Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Pengalaman Bersalin Kali Kedua

Assalamualaikum murid-murid. Mungkin ada yang dah tahu, tapi aku yakin ramai yg belum tahu bahawa aku sudah selamat melahirkan anak lelaki yang kedua pada 24 April 2016. Alhamdulillah, bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Tinggi kerana mempermudahkan semuanya untuk kami sekeluarga. Biar aku cerita krono kejadian bersalin aku ni sementara ingatan ini masih segar di dalam kepal-hot aku nih. 24hb tu Ahad. Ari Sabtu 23hb April , aku dah mula rasa contraction yang agak kerap pada jam 3-4 pagi. Spesis yang cepat panik macam aku ni, serta merta ajak suami aku gi hospital. Dah masuk labor room jam 8 pagi, pastu check contraction. Adehh, sekali doktor suruh balik sebab doktor kata takde pun contraction dan jalan pun belum buka. Kuhehkuheh. Actually ada, tp mild contraction je. Bacaannya setakat 10 ke bawah je. Patut kalau contraction yg nak bersalin tu bacaannya perlulah 40 ke atas. Ada kawan aku, dia tak sedar pun dia contraction. Pergi hospital sebab nak buat check up bias

Anak Dahi Jendul

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku baru je pergi check up di hospital 4 kali. Hospital yang aku pilih tu di Shah Alam. Kali pertama aku pergi, doktor scanned baby aku. Dia komen pasal kaki anak aku panjang. Aku hanya tersenyum je la. Sebab aku anggap itu pujian. Waktu tu memang tak nampak muka baby sebab muka dia menghadap ke tulang belakang aku. Doktor ada tanya, mana suami aku? Aku cakap la suami kerja. So, okay la. Selesai check up pertama. (Aku suruh suami hantar aku je, pastu suh dia gi kerja bawak Luth. Lepas dah selesai, suami ambik aku then aku akan duduk di kedai dia sampai le ke petang. Oh, lupa nak cakap. Aku gi check up hari Sabtu supaya tak perlu ambil cuti atau MC.) Kali kedua pergi check up, aku kena test gula. Kena ambil darah 2 kali sebelum dan selepas minum air gula. Yang aku bersyukurnya ialah air gula yg aku kena minum tu ialah air botol yg macam 100 plus, macam dulu juga masa pregnantkan Luth dulu. Masa scan perut aku, tetibe dapat la tengok muka baby d