Skip to main content

Posts

Blogger Ni Tak Pernah Ada Masalah Ke? Atau Hipokrit Je?

Sejahteralah ke atas kamu... Kalau ko adalah seorang pembaca blog dan mengikuti perkembangan ramai bloggers di dalam blog mereka, satu perkara yang ko pasti akan perasan ialah, kehidupan bloggers tu semua nampak seperti menarik dan indah-indah saje. [Well, ada juga la yg tak menarik tapi bukan tak menarik kenapa, cuma ceritanya bosan, tu je.]. Mereka [bloggers] tu seperti tak pernah dihinggap masalah pun. Semuanya seperti baik-baik sahaja. Betul kan? Atau pun ada juga yang pernah terasa, blogger sekian dan sekian ni hipokrit je lebih. Menunjuk-nunjuk je yang dia tu bahagia, sedangkan life sebenar dia ada masalah dengan suami. *Contoh la*. Biarlah aku menjawab bagi pihak bloggers. Ye, aku tahu aku ni bukan blogger selebriti, apatah lagi blogger muka cun yang femes dan ramai follower. Pembaca blog aku pun tak ramai mana. Tapi perasaan sebagai seorang blogger tu, tetap tertanam di dalam kepala. Ntah dari mana prinsip 'kebloggeran' aku tu datang, aku pun tak pasti tapi...

Nak Habaq Mai Baq Hangg

Sejahteralah ke atas kamu... Last weekend aku ke utara. Mengikut rombongan meminang yuols. I ni dah tahap makcik-makcik, sebab dah ada anak sedaranya yang dah besar-besar gajah dan sampai masa untuk berumahtangga. So, aku sebagai seorang maksu, kena la ikut rombongan bila anak sedara nak meminang demi untuk memberi sokongan padu kepada beliau . Sokongan moral je la. Masuk je highway PLUS, aku dan Mat Azghul dah start cakap utagha, yang mana kalau orang utara dengar kami spekong utara, boleh mendatangkan rusuhan kaum sebab marah bahasa mereka dah dirosakkan. Ok. Hiperbola. Sepanjang perjalanan dok "baq hang, baq hang" je la kiterang, pastu gelak berjemaah. *pahadal tak kelakar. Tapi saje nak gelak. Eh, tapi sebenarnya memang kelakar kalo dengar sebab tak reti, tapi nak bercakap gak slang Utara. Org utara, hampunkan la kami ye.* Majlis bertunang tu aku tak perlu la cerita detail, sebab majlis orang. Mereka mungkin mahukan privacy, so aku tak yah le cerita sangat. ...

Hasil Jahitang Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu... Bukanlah niat aku nak mengexpose sangat paras rupa aku yang terlebih jelita ni. Serius, takde niat pun. Aku sedar la aku sape. Aku hanya wanita yang perasan cantik di alam blogger je. Wahwah. Namun, [eceh, bila guna je pekataan 'namun'  aku terfeeling macam wartawan majalah 3 yang tgh buat liputan pasal ikan pari] niat aku hanyalah nak menunjukkan hasil jahitan baju aku. Yer. Ianya masih berniat untuk menunjuk-nunjuk. Kalau bukan kepada korang, nak tunjuk kat sape lagi kan? Korang je la yang selalu puji dan impress dengan hasil seni aku. Hakhakhak. Jangan la korang terasa nak terbluwek plak kat sini. Sungguh, memang niat aku sengaja nak puji diri sendiri ni. Sebab di alam nyata, tak de orang nak puji haku. Hian hat haku han? Baju ini blouse. Jangan tanya saiz apa. Kalau nak tahu, tanya la mak mentua aku. Kehkeh. Nampak kat bahagian pinggang tu macam tied-in sikit. Itu memang pesen. Aku jahit getah kat tengah-tengah baju tu, so, bila aku...

Top Up Ilmu Melalui Group Di Facebook

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku join banyak group di Facebook. Aku yakin korang yang ada FB pun ada join group tertentu kan? Sebenarnya ada terlampau banyak group yang bagus di FB. Di antara group yang aku paling suka dan aku rasa paling berbaloi untuk aku follow ialah group untuk orang-orang yang menjahit, namanya Geng Jahit.  Aku joined group Geng Jahit ni pun sebab seorang kawan blogger yang add aku dalam tu.  Memang banyak sangat ilmu menjahit yang aku dapat daripada group ni. Aku jadi lebih yakin melenjan mesin jahit aku tu pun sebab terdorong bila tengok ahli geng ni share hasil jahitan mereka. Aku kenal jenis-jenis mesin jahit dan spare parts mesin pun dekat situ gak, malahan aku main kutu untuk beli mesin jahit pun dengan ahli geng. Kadang-kadang sampai tepu sel otak aku nak cuba faham pasal jahitan dan fesyen yg mereka share. 'Geng' sangat kan kiteorang ni? Macam ala-ala Pekida dah aku rase.  .................... Bila ada anak...

Aku Pun Pernah Obsessed!

Sejahteralah ke atas kamu... Dulu aku pernah muda. Dulu aku minat KPop juga. Eh, bukan KPop sangat la, cuma KDrama dan KMovie je. Tapi sebelum aku berkecimpung dan hanyut dalam dunia KDrama dan KMovie ni, aku sangat obsessed dengan seorang penyanyi reggae ni. Namanya Quino. Pernah aku ceritakan kat sini . [Tapi i promise you, entry tu memang merapu giler. Kalau baca, jangan nyesal la ye. Pesanan lagi, tidak sesuai untuk bacaan mak-mak.] Sape pernah mengalami fasa obses ni akan faham cemana perasaannya minat seorang artis, terutamanya pada waktu takde internet dulu-dulu. Kalau dapat sekeping gambar Quino, itu pun yang terselit kat dalam majalah Galaxie, dan gambar tu pulak cinonet sangat, lebih kecik daripada lubang hidung aku sendiri, itu pun aku dah rasa berdebar-debar dan rasa macam ada jodoh dengan Quino.  Pertama kalau obses, akan kumpul gambar. Bila ada masa terluang sikit je, dok ulang-tatap gambar dia. Tenung punye tenung, sampai setiap inci muka dia aku kaji. ...

Sweet Persimmon

Sejahteralah ke atas kamu.. Biasa nampak buah ni ? Nampak macam tomato separuh ranum. Nampak macam terung tak jadi pun ada.   Buah ni nama omputishnya dipanggil persimmon. Tapi kalau di Malaysia lebih dikenali dengan nama pisang kaki. Silap cakap boleh dapat kaki.  Aku suspect, mesti rasa dia tak sedap ni. Tapi oleh sebab aku ni memang suka buah-buahan, aku tergerak hati nak mencuba. Aku sebenarnya tak pasti cara sebenar untuk makan buah ni. Tapi aku hentam je. Aku belah 2, then kupas kulit macam buah epal. Then potong macam buah ciku. Nak tahu rasa persimmon ni macamana? Biar aku explain. Texture buah ni macam isi kelapa muda yg keras dan warna putih tu. Dia takde bau yang kuat. Rasanya manis. Sedap sangat. Aku memang suka. Buah yang aku beli ni macam kurang masak lagi. Kalau buah pisang kaki yang dah betul-betul ranum, dia lembut pastu rasa dia lagi manis. Sedap sangat tau. Memang buruk hasil potongan aku ni. Jangan geli plak te...

Bau Matahari

Sejahteralah ke atas kamu.... Ingat lagi tak dengan bau matahari semasa kita kecil-kecil dulu? Mentari pagi yang menyimbahkan cahayanya kepada daun-daun pokok yang masih bersisa embun pagi, memberi pantulan yang sangat indah seperti adanya emas pada daun-daun pokok itu. Seolah-olah pokok itu adalah pokok emas. Bersinar terang. Warna permandangan pada waktu itu pun seperti kekuningan. Cantik sangat and i loved it! Waktu tengahari pula, langit terlampau cerah tanpa awan. Aku terimbas kenangan lalu semasa waktu balik dari sekolah. Teriknya seperti mendidih otak. Sepatutnya bila otak dah cair tu aku cerdik la kan? Tapi tak seperti yang diteorikan. Otak menggelegak belum tentu cerdik. Haha. Panas tu memang la panas tapi entah kenapa rasa macam masih boleh tahan. Mungkin sebab muda lagi kot. Matahari petang, masih panas. Waktu bermain untuk kanak-kanak Kinder Joy. Tak kira la walaupun mak pesan jangan keluar sebab panas tapi keluar juga. Main itu penting. Main itu nyawa. Masih t...