Skip to main content

Posts

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Syaratnya, copy seluruh entry penganjur... Ini bisa di aturrrr... Salam, Are you ready?? Ok, get set go!! TEMA GIVEAWAY  Daddy and Baby Cool SYARAT PENYERTAAN Mode garang is on! keskes 1)  Follow blog ..life after "i do" 2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway 3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu. 4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha) 5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagi...

UMIE SUE 2ND GIVEAWAY - VERSI ANAK SOLEH SOLEHAH

SEJAHTERALAH KE ATAS KAMU... OIT, HURUP BESAR SEMUA. excited sangat aku nak join giveaway anjuran SueSukaSusun ni. [sue, boleh saya tanya sikit, apa yang sue suka sangat nak susun tu]. tak kisah la apa hadiahnya yang ditaja oleh insan mulia dan pemurah iaitu BondaLesungPipit . aku tetap jugak nak menang. ye, ikhlas ku katakan, aku join sebab nak menang. kalau tak menang aku sentap. k bai. eh belum bai. Doa ini, aku bacakan setiap hari pada setiap botol susu badan aku yang aku pam untuk diberikan kepada Luth. Luth soleh, Luth taat pada Allah, Luth taat pada Rasul, Luth taat pada mama dan papa. Luth cerdik, Luth bijak, Luth faham dan hafal Al-Quran dan Hadis. Luth penegak kebenaran, Luth pembela agama Islam. [InsyaAllah]. Luth sihat, Luth kuat, Luth penyabar, Luth berakhlak mulia, Luth berhemah tinggi, Luth hormat orang tua, Luth sentiasa berkata benar. Semua orang sayangkan Luth, semua orang sukakan Luth. Mama, papa sayang Luth... Luth sayang mama dan papa....

Beli Secara Online, Kerenah

Sejahteralah ke atas kamu... aku suka shopping secara online. 8hokey, shift key aku tak berfungsi balik... ftttff8. aku ni kalau membeli, memang tak banyak kerenah pun. kalau aku rasa okay, terus beli. nak tunggu aku rasa okay tu pun senang je. soalan yang aku tanya pun 2, 3 je. biasanya pasal saiz la[kalau baju]. semata-mata nak make sure yang betul2 sesuai.  lepas tanya 2,3 soalan tu kalau aku rasa kriteria barang tu tak menepati kehendak, maka aku tak beli. so, aku nak bertanya... adakah salah kalau aku tak beli kalau aku rasa tak sesuai? itu la dilemma sebagai seorang pembeli online macam aku ni. biasanya kalau barang yang display secara online ni hanya ada gambar sekeping. kalau peniaga tu rajin skit, mungkin ada gambar daripada pelbagai angle. Itu membantu la. tapi kalau yang jenis gambar ada satu je, pastu kecik plak tu. saiz gambar pun besar sikit je daripada lubang hidung zirafah. lepas dah click untuk view yang lebih besar pun, tetap jugak kecik. kalau dah gitu g...

Hahaha, Buah Apakah Yang Mencurigakan Ini?

Sejahteralah ke atas kamu.... Siapa tahu ini buah apa? Boleh dapat kat mana? Apa rasa dia? Lain macam benar bentuk dia. Ini kategori lelaki bagi buah Loofah. Hahahah

Double Standard!

Sejahteralah ke atas kamu... Ini kisah di jalanraya. Lebih specific kepada laluan pejalan kaki.  Aku, selalunya bila lalu kat lintasan pejalan kaki yang belang-belang kuning tu, aku akan berhentikan kereta kalau ada orang nak melintas.  Tapi tengok jugak. Kalau aku tengok kereta depan dah berenti untuk bagi pejalan kaki lalui, then aku pon berenti kat belakang kereta tu, tetiba masa aku nak lalui, ada plak lagi sorang pejalan kaki nak melintas, memang aku tak berenti la.  Dia kena la tunggu kan. Lagipun dia sorang je. Pastu aku tak berenti jugak kalau aku tengok dia baru je sampai situ dan hanya dia sorang je tunggu nak melintas jalan.  Biasanya aku akan beri laluan kalau yang menunggu tu lebih daripada seorang. Tapi, yang aku tak suka dengan diri aku sendiri ialah sikap double standard aku.  Kalau foreigner terutamanya orang putih yang nak lintas walaupun hanya sorang, otometik je aku berenti. Huhuhu...  Sebenarnya bukan sebab ...

Aku Bukan Nak Berlagak Pandai

Sejahteralah ke atas kamu,..... Cara terbaik anda boleh membantu bayi atau anak kecil anda belajar dan membangunkan otak yang sihat adalah untuk mematikan TV dan skrin media lain , dan bermain dengan mereka, kata American Academy of Pediatrics (AAP ) yang baru dasar mengulangi , dalam cahaya yang lebih baru data, cadangan mereka sebelum ini bahawa ibu bapa dan penjaga menjaga anak-anak di bawah umur 2 tahun sebagai " skrin percuma" yang mungkin. AAP dibebaskan mereka laporan dan kenyataan dasar , " Media Penggunaan oleh Kanak-kanak yang lebih muda Daripada Dua Tahun ", pada Selasa di AAP Persidangan Negara & Pameran Boston. Ia juga muncul dalam talian menjelang cetak dalam jurnal Pediatrics . Laporan dan dasar baru mengesahkan bimbingan AAP yang diberikan pada tahun 1999 untuk kanak-kanak di bawah 2: bahawa terdapat lebih negatif daripada kesan positif dari mendedahkan kumpulan umur ini ke TV dan skrin media. Dasar terdahulu lebih berlandaskan...

Meredakan Stress Tanpa Perlu Ke Salun

Sejahteralah ke atas kamu... Aku nak kongsi cara aku meredakan, melegakan atau menghilangkan stress. Aku tak pastilah yang aku rasa itu stress ke bukan. Kalau nak kata kerja kat ofis banyak, memang mustahil. Stress sebab suami pun memang takde la. Pasal anak nakal pun buat masa ni belum lagi. So, aku anggap je la stress aku bersamaan dengan penat. Biasanya bila aku guna teknik ni, memang aku rasa release, lega dan hilang penat. Caranya ialah dengan mandi. Mandi bukan sebarang mandi. Mandi datang dari Melaka. Pertama, perlu pastikan mandi guna air biasa, bukan air suam yang guna water heater. Maksudnya air sejuk la. Bukan sejuk yang dalam peti sejuk tu, i mean sejuk biasa la. Hah oklah aku anggap je la ko dah paham. Lagi bagus kalau guna getah paip berbanding shower yang macam air ujan tu. Tapi kalo takde getah paip, mana-mana pun boleh la. Kedua, tundukkan badan dalam posisi rukuk. Kemudian biarkan air paip tu mengalir dari tengkuk ke seluruh tulang belakang tanpa henti s...