Skip to main content

Please La. Pasal Ubat Gigi Pun Nak Ceghita Ke?

Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau korang perasan, aku ni sejak beberapa kemenjakan ni aku suka betul kongsi pasal produk dalam blog ni. Lebih kurang macam promote produk la. Padahal aku tak dapat bayaran pun, cuma aku saja nak kongsi dengan korang, mana la tahu kot-kot bermanfaat untuk korang bila tiba masanya. Ye dakkkk?

Kali ni aku nak gebang-bang-boom-bang pasal ubat gigi plak. Selama ni korang pakai ubat gigi apa? Aku selalunya pakai Colgate. Darlie kadang-kadang je. Dulu kecoh kejap pasal ubat gigi beberapa jenama femes seperti yang aku sebut tadi, diperbuat daripada tulang Cik Mukalabimba a.k.a khinzir. Boleh jadi tepu kejap kepala otak aku sebab jenama-jenama tu aku suka pakai. Susah la aku nak gosok gigi nanti. Nak guna ubat gigi apa? Aku bukan nak kutuk ke apa, tapi kalo aku pakai ubat gigi yg jenama2 tempatan tu, gigi aku macam tak cukup bersih. Tak cukup mengilatkan gigi T-Rex aku ni. 

Pastu aku ada try bersugi guna kayu sugi. Sugi tu pun ada orang bagi percuma sempena dia baru balik daripada haji. Sepatutnya kena berkongsi2 [potong sikit sorang, tapi aku berjaya melobi semua orang yg sepatutnya dapat tu supaya bagi kat aku sorang je. Hahah.. Sape je yg rajin nak sugi gigi dia? Korang pun mesti tak rajin betul tak? So, daripada membazir, baik bagi kat aku sorang je yang mana, last2 skali akibat ketamakan, siwak aku tu pun berakhir dengan kulapuk thirsty hippo, sebab aku guna separuh je. Selebihnya buang sebab berkulat. Ceh, sia-sia aku melobi. munchen glabach sungguh!!

Sugi ni best sangat tau. Kalo ko gonyoh gigi ko guna kayu sugi tu, gigi ko akan rasa licin yang bersih. Bukan licin lumut tau. Cuma ye la, seperti yang aku dah mention kat atas tadi, kayu sugi ni memang kalau untuk orang malas atau orang yang nak kejar masa agak tak sesuai la. [eh, aku tidak mengatakan apa yg Nabi suka itu tidak bagus. Tentulah siwak adalah terbaik. Cuma bagi yang tak biasa, mungkin agak leceh.]. Rasa siwak pun sedap jugak, tak la macam rasa akar kayu yang pahit kedamat. [ok, pekataan 'kedamat' tu aku reka bagi menyedapkan ayat.]. Rasa dia sangat fresh dan betul-betul memberi kesegaran mulut.

Kemain panjang aku punye mukadimah. Padahal nak cerita pasal ni haaa je. Ubat gigi ekstrak Sugi jenama Mukmin. Yang ni memang terbaik. Sebab katanya.... [dia tulis kat luar tiub ubat gigi tu], ini adalah 90% ekstrak sugi. Hanya 10 peratus je kalo ada bahan lain pun.


Setakat ni aku rasa dia belum keluarkan tiub yg besar. Besar 40ml je isipadu dia. Harga pun hanya RM2.30.

Texture dia jernih warna kayu.

Macam ada rasa kanji sikit mungkin dia letak tepung jagung ke tepung ubi. Tak pasti la kan. Yang penting, rasa dia menyegarkan tapi bukan rasa minty/pudina. Rasa sugi dia memang strong.
Cuma sejauh mana keaslian ekstrak sugi tu, tidak pula aku ketahui. Lagipun bila aku tengok label line hitam pada hujung tiub ubat gigi tu, aku dah jadi tak sure plak ubat gigi ni tinggi ke rendah kandungan bahan kimia dia. Ke korang rasa canne?



Ini maksud code warna pada hujung tiub ubat gigi. Wallahu'alam kesahihannya.
Rujukan aku adalah dari sini.

Comments

  1. Kalau macam tu belum tentu kesahihan bahan naturalnya...label hitam tukan All Chemical....

    ReplyDelete
  2. Dari segi kau punya tajuk entry tu aku ingat kau nak kutuk someone else yang cerita pasal ubat gigi. Hahaha. Kau punya tajuk mmg boleh jadi magnet untuk orang baca tau. Aku guna mukmin skang ni. Rasa best lak banding yang lain.

    ReplyDelete
  3. bersugi kito..alaaaa kalau tak sesuai jugak, gonyoh jer gigi pakai arang hak hak hak.

    ReplyDelete
  4. SA suka ubat gigi darlie..all time fav tu...

    ReplyDelete
  5. Hahahaha...
    Saya pun macam awak...kalau tak guna Colgate/Darlie..rasa macam tak bersih gigi...Punyalah kuat penangan advertising mereka..

    Bersiwak/sugi tu sunnah baginda...senang2 kita dapat pahala kan..
    Dan mmg kena yakin 100% akan kebaikan bersiwak ni..
    Dan saya dengar di radio IKIM bab Tahsinul Ibadah, bab ber sugi/ siwak ni, memang yang dinaggap bersiwak ikut sunnah baginda SAW ialah dgn guna kayu siwak tu...kalau guna ubat gigi yg ada ekstrak sugi, kita tak di anggap ikut cara siwak baginda ( yakni bukan ikut sunnah nya)..Ini yg di katakan ulama tersebut di radio...Wallahulam

    ReplyDelete
  6. Nak tengok ada byk chemical ke tak...org kata panaskan dlm sudu. Yg berubah warna tu ada chemical. ..katanya....tak pernah test lagi

    ReplyDelete
  7. tak pernah tukar ubat gigi...dr dulu memang colgate...

    ReplyDelete
  8. Sejak turun temurun saya sekeluarga suka pakai colgate...

    ReplyDelete
  9. waaahhh... kita pakai colgate je. darlie ni mint dia kuat sangat.. hoho
    klik libresse sini (:

    ReplyDelete
  10. Aku guna ubat gigi apa yg ada dijual dikoperasi...sbb aku nak redeem kupon mkn...haha

    ReplyDelete
  11. Dulu Darkie sekarang Darlie. Sesekali pakai juga Colgate. Adakalanya nak rasa mewah, bantai Pepsodent. Yang ini pernah tengok Hubbydearie beli tapi I tak pernah pulak 'menculik' ubat giginya untuk digunakan kat berus gigi I nih... Ya, ya.. kat rumah tu guna ubat gigi berbeza ikut suka anak tekak. Eh, apa ke...! Kayu sugi pun HD yang biasa guna, isterinya ni selalu aje mandi pagi kejar masa, mandi malam pun kejar masa jugak :(

    ReplyDelete
  12. tak pernah lg try yg ni..biasa guna ubat gigi safi atau mukmin je..hihi

    ReplyDelete
  13. Bagus ek.. Tp tula sy pakai yg topi itam tu jer..

    ReplyDelete
  14. Saya pun pakai colgate..sekarang pakai colgate fazura,..heheh..lekat nama colgate fazura sebab fazura dan iklan colgate optic white tu..heheh

    ReplyDelete
  15. nanti saya bagi gambar2 nye ye..saya emailkan je boleh??saya ni tak pandai pilih gambar..apa lagi ambik gambar..tak banyak gambar yang cantik..:p

    ReplyDelete
  16. weh ada yer produk ni.. KA x pernah cuba lagi... bersugi2 ni mmg malas lah LyD

    ReplyDelete
  17. Hurmm dekat rumah ni tak pernah kekal.. mana yg ada promotoin itu lah yg kita beli huhuu :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/sehari-di-kawasan-pendalaman-termeloh.html

    ReplyDelete
  18. mcm air gula plak warna nye . hehe

    salam singgah dr

    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. a.ah kan..ada tanda hitam pulak..
    sy dr dulu pakai safi je...xperasan tanda apa..nti balik cek

    ReplyDelete
  20. Pasal ubat gigi ni saya tak memilih. Kalau ada, saya gosok gigi. Kalau takda, selamba je bangun pagi kumur-kumur terus pegi kerja. Hahaha

    ReplyDelete
  21. ape da...aku dah bace link yang ko bagi..cube bace betol2 smpai habis...
    Looks pretty convincing, doesn’t it? Well, it’s an urban legend. Here’s the truth about those stripes
    The story on the meaning of the stripes is this: They have nothing what-so-ever to do with anything that would even vaguely interest a consumer. Long story short, it only relates to packaging and the stripes can be read by a scanner.
    The urban legend grew out of someone having way to much time on their hands and probably loves throwing a scare into people.
    Here’s a great way to find out what really is the make-up of your toothpaste: READ THE INGREDIENTS ON THE SIDE OF THE PACKAGE!


    Read More: Beware of Toothpaste Tubes With Black Stripe on Bottom | http://929thelake.com/beware-of-toothpaste-tubes-with-black-stripe-on-bottom/?trackback=tsmclip

    ReplyDelete
  22. hahaha, tajuk main peranan..padahal nak promote ubat gigi tu..

    ReplyDelete
  23. saya kureng suka sket tukar ubat gigi..asik ngan colgate jer lah..tp kat sini fatwanya kat halal...yg bersugi lak mcm best jer cr lyd describe tu..cam nak cuba jgk..

    ReplyDelete
  24. Sblm ni darlie. Lps tu safi. Tp dua2 tu label hitam. Sekarang pakai colgate. Tp kdg2 tkr jgk. Ikt sdp la.

    ReplyDelete
  25. wakakakaka..best laa penyampaian cik lady bird nim...

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,
    Penulisan perkongsian santai yang sangat menarik. Kejujuran mesej dapat dirasakan. Penulis berpotensi menghasilkan bahan penulisan berimpak. Tahniah .

    ReplyDelete
  27. Saya dulu pengguna tegar safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS.Produk baru yang betul-betul produk orang melayu dan islam kita. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!

    ReplyDelete
  28. HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!

    Cuba korang tengok link Kat bawah ni. 

    https://www.instagram.com/_makeitsmile/?hl=en

    https://www.facebook.com/mismistoothpaste/

    ReplyDelete

  29. Saya dulu pengguna tegar safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS. Produk baru yang betul-betul orang melayu dan islam kita punya. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!

    Cuba korang tengok link Kat bawah ni. 

    https://www.instagram.com/_makeitsmile/?hl=en

    https://www.facebook.com/mismistoothpaste/

    ReplyDelete
  30. Betul ke ubat gigi biasa ada tulang babiun... risau jugak teman nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya