Skip to main content

Dunia Ini Seumpama Sekolah

Sejahteralah ke atas kamu...

Kehidupan kita di di dunia ini seumpama sebuah sekolah. 

Sekolah ada pengetua yang paling berkuasa di sekolah. Kita ada Allah, yang paling berkuasa. [tidak menyamakan pengetua dengan Allah]

Sekolah ada guru-guru dan pengawas yang membantu tugas-tugas guru besar dalam mentadbir dan mengawal pelajar-pelajar sekolah. Seperti kehidupan kita yang adanya para malaikat menjalankan tugasan masing-masing mengawal manusia menjadi sebagai suruhan Allah.

Sekolah ada peraturan, ada undang-undang, kehidupan kita ada hukum Allah. Peraturan yang Allah sendiri aturkan. Kalau langgar peraturan sekolah, takut cikgu displin marah, tapi walaupun takut tetap langgar peraturan secara senyap-senyap. Kalau langgar peraturan Allah, ada yang takut Allah murka, tapi tetap ada juga yang tak takut dan tak rasa apa-apa melanggar peraturan Allah.

Kalau sekolah ada ujian dan peperiksaan, kehidupan kita juga ada ujian sebenar dalam kehidupan susah getir[soalan susah], cemas[tunggu result], gembira [dapat markah tinggi], sedih [dapat markah rendah/gagal].

Di sekolah, ada sistem merit-demerit. Buat baik dapat markah, buat salah markah demerit kena potong, pengawas yang bagi dan potong markah. Dalam kehidupan sebenar juga begitu, kita buat kebaikan malaikat tambah markah atau buat kejahatan malaikat potong markah.[eh, sekarang ada lagi ke sistem merit demerit ni? Hahaha.. ni aku cerita zaman aku sekolah dulu la. Zaman kuno bila ntah.].

Di sekolah ada pelajar pandai dan rajin belajar iaitu orang yang berjaya dalam peperiksaan, kehidupan kita juga ada orang yang rajin beramal dan alim. Cuma berjaya atau tidaknya dia, takkan kita ketahui selagi belum tiba hari amalan ditimbang.

Ada kawan-kawan yang baik [nafsu baik]. Ada kawan-kawan yang pengaruhi kepada kejahatan [syaitan]. Ada yang cemerlang dalam exam ,akhirnya penilaian terakhir dia gagal sebab dia selalu langgar peraturan sekolah, sama seperti orang yang rajin melakukan kebaikan, selalu sabar, tak mengumpat, suka bersedekah tapi tak mau ikut peraturan wajib yang Allah beri seperti solat, puasa dan sebagainya. 

Bezanya, di sekolah 'dosa-pahala'nya jelas. 'malaikatnya' jelas, 'syaitan'nya juga jelas. Paling penting, keputusan peperiksaannya juga jelas. Siapa yang malas belajar akan gagal, siapa yang rajin berusaha akan berjaya. 

Kehidupan sebenar kita juga begitu, yang rajin beramal dan taat kepada Allah akan masuk syurga siapa yang leka masuk neraka. Cuma 'keputusan' peperiksaan tu kita tak tau terus. Markahnya terkumpul ke hari pembalasan.

Sahabat.... sebagai mengingati diri sendiri, aku nak highlightkan, yang kalau kita gagal di sekolah.... kita masih ada peluang untuk bangkit semula memperbaiki kegagalan kita. Dalam kehidupan sebenar, segala test [ujian] yang datang tibe-tibe seperti pop kuiz jika tersalah jawab... jika kita tak ikut peraturan, jika selalu 'ponteng sekolah' dan paling malang, GAGAL... maka kita takkan diberi peluang lagi untuk repeat paper. Segala keputusan adalah muktamad.

Semoga bermanfaat. Maaf jika entry ini membosankan.

Comments

  1. bagusnyer n3 ni Lyd ingatan untuk diri sendiri juga ni, tq

    ReplyDelete
  2. lyd darling, u rindu sekolah kan sebenarnya?hehehe..(^_^) btw, ok gakla perumpaan ni..

    ReplyDelete
  3. Memang betullah perbandingan ni, Lyd. At least kalau gagal di sekolah, ada juga peluang kedua. Kalau gagal dalam ujian Allah, aduhai takutnya bila diingat-ingatkan.

    Mana ada entri ni membosankan. Sesekali memang baik saling mengingatkan.

    ReplyDelete
  4. sebut sekolah rasa malas nak g sekolah..
    tp wajib kan pergi..
    lyd,
    hidup ni kena terus belajar...
    x hbis.

    ReplyDelete
  5. Yang bezanya... kalau kat skeolah kita belajar dulu dan ditest kemudian, tapi dalam kehidupan mostly kita ditest dulu baru la belajar kemudian hehehe.

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing lyd. Betul apa yg diperkatakan tu.

    ReplyDelete
  7. setuju..sesekali baca entry mengingatkan seperti ni suatu ibadah juga.mengajak kita sama2 berfikir n munasabah diri..perumpamaan yg bagus,dunia ni saling tak tumpah macam sekolah..

    ReplyDelete
  8. tak boring pon.
    buatkan diri ini bermuhasabah.
    tenkiu :)

    ReplyDelete
  9. Bila ingt alam sana, gerun rasa. Bygkan di pdg mahsyar kita cuma blh berdiri dgn dua kaki je. Kita akan cuba melarikan diri sebab takut ada yg menuntut. Ya Allah...

    ReplyDelete
  10. thanks lyd atas peringatan tuh..betul tu hidup didunia cuma sekali sahaja...kalau dah mati kan dalam keadaan gagal takleh nak kembali dah nak repear course..

    ReplyDelete
  11. zaman sekolah ada gak try n error nya..klu dah duniawi n akhirat mmng hanya peluang taubat nasuhah je le ek..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya