Sejahteralah ke atas kamu...
Kehidupan kita di di dunia ini seumpama sebuah sekolah.
Sekolah ada pengetua yang paling berkuasa di sekolah. Kita ada Allah, yang paling berkuasa. [tidak menyamakan pengetua dengan Allah]
Sekolah ada guru-guru dan pengawas yang membantu tugas-tugas guru besar dalam mentadbir dan mengawal pelajar-pelajar sekolah. Seperti kehidupan kita yang adanya para malaikat menjalankan tugasan masing-masing mengawal manusia menjadi sebagai suruhan Allah.
Sekolah ada peraturan, ada undang-undang, kehidupan kita ada hukum Allah. Peraturan yang Allah sendiri aturkan. Kalau langgar peraturan sekolah, takut cikgu displin marah, tapi walaupun takut tetap langgar peraturan secara senyap-senyap. Kalau langgar peraturan Allah, ada yang takut Allah murka, tapi tetap ada juga yang tak takut dan tak rasa apa-apa melanggar peraturan Allah.
Kalau sekolah ada ujian dan peperiksaan, kehidupan kita juga ada ujian sebenar dalam kehidupan susah getir[soalan susah], cemas[tunggu result], gembira [dapat markah tinggi], sedih [dapat markah rendah/gagal].
Di sekolah, ada sistem merit-demerit. Buat baik dapat markah, buat salah markah demerit kena potong, pengawas yang bagi dan potong markah. Dalam kehidupan sebenar juga begitu, kita buat kebaikan malaikat tambah markah atau buat kejahatan malaikat potong markah.[eh, sekarang ada lagi ke sistem merit demerit ni? Hahaha.. ni aku cerita zaman aku sekolah dulu la. Zaman kuno bila ntah.].
Di sekolah ada pelajar pandai dan rajin belajar iaitu orang yang berjaya dalam peperiksaan, kehidupan kita juga ada orang yang rajin beramal dan alim. Cuma berjaya atau tidaknya dia, takkan kita ketahui selagi belum tiba hari amalan ditimbang.
Ada kawan-kawan yang baik [nafsu baik]. Ada kawan-kawan yang pengaruhi kepada kejahatan [syaitan]. Ada yang cemerlang dalam exam ,akhirnya penilaian terakhir dia gagal sebab dia selalu langgar peraturan sekolah, sama seperti orang yang rajin melakukan kebaikan, selalu sabar, tak mengumpat, suka bersedekah tapi tak mau ikut peraturan wajib yang Allah beri seperti solat, puasa dan sebagainya.
Bezanya, di sekolah 'dosa-pahala'nya jelas. 'malaikatnya' jelas, 'syaitan'nya juga jelas. Paling penting, keputusan peperiksaannya juga jelas. Siapa yang malas belajar akan gagal, siapa yang rajin berusaha akan berjaya.
Kehidupan sebenar kita juga begitu, yang rajin beramal dan taat kepada Allah akan masuk syurga siapa yang leka masuk neraka. Cuma 'keputusan' peperiksaan tu kita tak tau terus. Markahnya terkumpul ke hari pembalasan.
Sahabat.... sebagai mengingati diri sendiri, aku nak highlightkan, yang kalau kita gagal di sekolah.... kita masih ada peluang untuk bangkit semula memperbaiki kegagalan kita. Dalam kehidupan sebenar, segala test [ujian] yang datang tibe-tibe seperti pop kuiz jika tersalah jawab... jika kita tak ikut peraturan, jika selalu 'ponteng sekolah' dan paling malang, GAGAL... maka kita takkan diberi peluang lagi untuk repeat paper. Segala keputusan adalah muktamad.
Semoga bermanfaat. Maaf jika entry ini membosankan.
bagusnyer n3 ni Lyd ingatan untuk diri sendiri juga ni, tq
ReplyDeletelyd darling, u rindu sekolah kan sebenarnya?hehehe..(^_^) btw, ok gakla perumpaan ni..
ReplyDeletehmmm sgt terkesan =)
ReplyDeleteMemang betullah perbandingan ni, Lyd. At least kalau gagal di sekolah, ada juga peluang kedua. Kalau gagal dalam ujian Allah, aduhai takutnya bila diingat-ingatkan.
ReplyDeleteMana ada entri ni membosankan. Sesekali memang baik saling mengingatkan.
well said lyd..
ReplyDeletetq for sharing...
sebut sekolah rasa malas nak g sekolah..
ReplyDeletetp wajib kan pergi..
lyd,
hidup ni kena terus belajar...
x hbis.
Paling tak suka sekolah ganti
ReplyDeleteYang bezanya... kalau kat skeolah kita belajar dulu dan ditest kemudian, tapi dalam kehidupan mostly kita ditest dulu baru la belajar kemudian hehehe.
ReplyDeleteThanks for sharing lyd. Betul apa yg diperkatakan tu.
ReplyDeletesetuju..sesekali baca entry mengingatkan seperti ni suatu ibadah juga.mengajak kita sama2 berfikir n munasabah diri..perumpamaan yg bagus,dunia ni saling tak tumpah macam sekolah..
ReplyDeletetak boring pon.
ReplyDeletebuatkan diri ini bermuhasabah.
tenkiu :)
Bila ingt alam sana, gerun rasa. Bygkan di pdg mahsyar kita cuma blh berdiri dgn dua kaki je. Kita akan cuba melarikan diri sebab takut ada yg menuntut. Ya Allah...
ReplyDeletethanks lyd atas peringatan tuh..betul tu hidup didunia cuma sekali sahaja...kalau dah mati kan dalam keadaan gagal takleh nak kembali dah nak repear course..
ReplyDeletezaman sekolah ada gak try n error nya..klu dah duniawi n akhirat mmng hanya peluang taubat nasuhah je le ek..
ReplyDelete