Skip to main content

Cerita Pasal Jahit-Menjahit

sejahteralah ke atas kamu....

aku percaya ramai yang ada sikit rasa kagum bila aku share pasal hasil jahitan aku. aku happy terima pujian, cuma aku sebenarnya sangat segan sebab aku tak la pandai sangat pun menjahit. aku hanya mampu buat jahitan lurus-lurus je. baju pun aku tak reti buat. serius aku katakan, jangan la kagum sangat, sebab aku ni tak reti buat kek tau. eh, ada kena-mengena ke. tapi kalau korang nak kagum pun aku suka je. hikhik.

aku suka menjahit sebab aku rasa aku mudah dan senang nak belajar sesuatu jahitan yang aku nak buat tu melalui internet. ada banyak website yang menyalurkan ilmu jahitan tanpa sempadan di internet ni. sama ada rajin atau tak rajin je nak belek satu-satu tutorial yang mereka kongsikan tu. 


ada website yang ownernya melayu dan tak kedekut ilmu seperti AZIMA D.I.Y. Memang bagus sangat puan azima ni. langsung tak lokek berkongsi ilmu dan tutorial menjahit dia. tapi banyak tutorial yang aku tengok daripada website omputih. omputih ni memang sangat tak kedekut ilmu. 

aku bukan nak kata apa, sesetengah tukang jahit melayu ni, terutamanya yang berniaga, memang takmahu kongsi langsung ilmu jahitan dia dengan orang lain. kalau dia nak kongsi pun, kena beli ebook dia. ye la, aku tahu itu hak dia, nak jual ilmu yang dia ada. tapi aku rasa macam 'hek elehhhhh'. Kenapa nak kedekut sangat kan. kalau ko kongsi teknik-teknik jahitan ko sekalipun, takkan menghilangkan rezeki ko pun. sebab bukan semua orang ada bakat menjahit. kalau ko reveal rahsia jahitan ko pun, orang tu belum tentu boleh jahit macam ko jahit. atau,..... ramai yang boleh menjahit, tapi tak ada masa nak menjahit. jadi, yang tak sempat nak menjahit tu pun tetap akan tempah dengan  org yang reti menjahit dan ada masa untuk menjahit. haaa.. kan aku dah membebel.

errr, rasa macam mengata diri sendiri pulak. sebab aku pun tak share apa-apa tutorial jahitan pun lagi kat blog aku. heheheh... aku belum berkesempatan nak buat tutorial. lagipun apa yang aku buat tu macam cap ayam je. tapi insyaAllah kalau ada peluang nanti aku memang nak share tutorial yang simple supaya jiran-jiran blogger aku boleh DIY sendiri.

buat masa ni, aku plan nak buat; 

1. baju dan seluar luth. untuk pakaian kasual dia hari-harian. pastilah nak recycle je baju buruk aku dan papa dia. hehehe.. tak habis-habis nak recycle. dasar cheapskate. 

2. ready stock barut baby. nak buat banyak-banyak, nanti senang aku iklankan je, kalau ada orang nak beli, boleh terus pos, takyah nak tunggu2 aku jahit beberapa hari.

3. ready stock alas tilam bayi, sarung bantal, sarung tilam. 

4. beg untuk breastpump. [hahaha... yang ini aku belum give up lagi rupa-rupanya. ]. aku tak nak la buat yang complicated sangat. buat yang simple je rasanya. cuma kena cari ruang waktu skit.

5. nak kemaskan stok kain dan peralatan menjahit supaya sedap skit mata memandang.

6. baju melayu luth untuk raya. [hoiiii... raya lambat lagi...]. hey, hello, nak buat sesuatu yang belum pernah dibuat, perlulah ada rancangan sejak awal. hehe.

7. beli mesin jahit tepi. aku nak melobi kawan aku supaya dia jual mesin jahit tepi dia murah2 je kat aku, pastu nak racun dia supaya beli mesin jahit tepi 4 benang. kekeke.  

8. Seluar capoera  untuk Papa Luth.

ya Allah, aku mohon agar segalanya dipermudahkan untukku... amin..

Comments

  1. Lyd, doakan saya ye..moga-moga ada rezeki zuriat.. Bolehla saya beli hasil jahitan awak... :-)

    ReplyDelete
  2. haha...koi dah bertahun mintak mesin jahit tepi dari ayah umar3....tak lulus lulus lg

    ReplyDelete
  3. rajinnya uols, saya pun minat jahit tp belum berkesempatan nk belajar, tingin nak jahit baju kurung anak2

    ReplyDelete
  4. seluar capoera tu macam mana?

    aku paling menanti2 baju raya luth yang bakal ko jahit nanti...

    mesti nampak cute gile si kecik tu...

    ReplyDelete
  5. Good luck lyd..nti ai tmph bju melayu aish dgn lyd boleh?

    ReplyDelete
  6. Recycle-recycle ni bukannya cheapskate, itu boleh dikategorikan sebagai perbelanjaan berhemah. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Amin amin... eh I masa pas spm dulu ada gak belajar jahit ngan my nenek (dia mmg buat kelas untuk ajar orang menjahit pun so I tumpang la dua kaki), sempat la jahit baju melayu untuk bapak dan adik2 lelaki, bangga giler tau. Pastu masuk U langsung tak menjahit, terus lupa sampai sekarang.

    Jahit menjahit ni nak kena sellau praktis, talent itu bonus, dan I juga tak pandai bakar kek semua ni lagi, masih banyak perlu belajar hiu hiu.

    ReplyDelete
  8. aamiin. xlist lyd sedaya upaya mencuba kan.
    wah, nak buat melayu luth. chaiyok chaiyok. jimat duit papa luth lgi. hihi.
    betul tu, kena buat awal awal. kalau x puas hati boleh buat lagi dan lagi.

    good luck..
    nak tempah barut dgn lyd la, boleh?

    ReplyDelete
  9. Akk ni nak bukak mesin jahit pun mls. Padahal ada je nak jahit seluar koyak la. Jahit kain la dll.

    ReplyDelete
  10. Kalau pandai menjahit, memang best. Saya ni kat pejabat ada satu perempuan Jepun, memang klasik gila. Blouse semua jahit sendiri. Lawa-lawa pulak tu. Saya telan air liur aje. Satu blouse dia jahit, beli kain semua dalam RM20+ aje tapi blouse yang lebih kurang sama saya beli RM50 ke atas tu.... Betapa ruginya orang mcm saya yang kaki bangku eh, bukan... tak reti menjahit nih! Mak mentua pun gelak hebat bila minta tolong jahitkan lencana sekolah anak dengan name tagnya sampai Mami kata, "RM5 satu baju!" Adui.... malu saya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya