Sejahteralah ke atas kamu....
Al Quran ini adalah mukjizat yang terbesar yang Allah turunkan untuk umat manusia. Umat manusia tu siapa? Kita la. Tak lain dan tak bukan. Memang kita la yang kena baca Al Quran ni.
Aku yakin ramai yang mahu mengamalkan membaca Al Quran setiap hari. Paling tidak pun nak baca satu ayat pun dah cukup la setiap hari. [Selain daripada baca di dalam solat la maksud aku]. Tapi.... azam tu hanya sekadar azam je betul tak? Nak laksanakan tu... memang sangat mencabar. Aku faham. Sebab itu bukan hanya masalah ko sorang. Semua orang mengalami ujian yang sama. Ujian untuk merasa berat untuk membaca Al Quran. Syaitan ada di mana-mana. Kita rasa macam kita tak sempat nak baca Quran, dan rasa nak postpone membacanya waktu kemudian, tapi waktu lapang tu seperti bermain galah panjang pulak dengan kita. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, kekadang macam dekat, kekadang jauh, tapi selalu je terlepas. Korang paham ke tak apa aku cakap ni? Tak faham angkat tangan.
Di sini aku kongsikan cara-cara untuk kita semua mulakan beramal membaca satu ayat Al Quran sehari, dengan istiqomah. Cuba la dulu, tak cuba tak tahu kan?
1. Baca Quran selepas solat. Mana-mana waktu solat.
Kalau nak baca selepas setiap solat pun lagi baik. Sekurang-kurangnya dalam sehari, dapat la 5 ayat kan?
Kalau ada yang rasa solat dia tak penuh, boleh cuba baca pada selepas perkara rutin yang kamu buat.
Contohnya perkara rutin yang kamu buat seperti makan. Lepas makan, cuba baca satu ayat je.
2. Letak Al Quran di tempat yang mudah diambil.
Kalau kamu perasan, dugaan yang paling berat untuk mula membaca Al Quran ni ialah.... semasa nak pegi ambil Al Quran tu.
Terasa berbelah bagi je masa nak capai Al Quran tu. Dalam hati berkecamuk "Eh, sempat ke nak baca ni,", "Semalam dah baca, hari ni rehat la sehari", "Kejap lagi la baca". Dan macam-macam lagi bisikan hati kita yang membuatkan kita rasa taknak ambil naskhah Al Quran tu.
Sebenarnya... bila kita dah pegang naskhah Al Quran tu pada tangan, kita buka dan baca satu ayat kemudian dah.. Tutup. Itu je. Bukan mende pun. Tak sampai berapa minit pun. Kadang-kadang satu ayat kita perlu baca tak sampai seminit pun. Tapi oleh sebab nak capai Al Quran tu yang dugaan sangat.
Jadi, kalau macam tu, sila letak Al Quran tu betul-betul sebelah tempat kamu solat [kalau kamu decide nak baca Quran selepas solat]. Atau kalau nak baca selepas masak, letak betul-betul tepi meja atas rak pinggan. Biar tempatnya permanently di situ.
Kalau boleh, tempat kamu letak Al Quran tu pun biar kamu boleh nampak. Jangan letak atas almari yang tinggi. Nanti bila tak nampak, kamu lupa. Betul ni. Biar selalu nampak Al Quran.
Kalau susah nak letak Al Quran dekat dengan tempat kita solat, biar kita yang pergi solat dekat dengan almari atau rak yg letak Al Quran tu. Solat la tepi almari pun takpe. Kalau boleh, biar kita boleh capai Al Quran tu tanpa perlu kita bangun daripada duduk tahiyat akhir tu. Haaa, sampai mcm tu skali pemalasnya kan.
3. Baca ikut turutan.
Kena baca daripada awal Surah Al Fatihah diikuti dengan Al Baqarah, Ali Imran, An Nisa, Al Maidah, Al An'am dan seterusnya. Kena tanda elok-elok guna penanda buku. Ada macam-macam cara nak tanda. Guna pen pun boleh. Asalkan ko sendiri tahu kat mana ko baca.
Bila ada turutan macam tu, baru ko dapat tgk sebanyak mana dah ko baca Al Quran. Bukan tak boleh baca random je, pilih mana-mana surah. Boleh. Sangat la boleh. Tapi nanti ko takde semangat nak jadikan rutin, sebab setiap kali nak buka Al Quran, ko kena pikir nak baca surah apa pulak kali ni. Fikir tu pun dah menyumbang kepada malasnya ko nak baca Al Quran. Jadi, bila ko baca ikut turutan, setiap kali nak buka tu, ko dah tau dah nak baca apa. Lagipun, bila ko dah baca ikut turutan, senang la ko nak tau berapa kali ko khatam.
4. Baca Al Quran Yang Ada Terjemahan
Mula-mula, ko baca yang Arab satu ayat. Lepas tu, ko baca pulak terjemahan ayat tu. Make sure baca dengan niat nak faham. Baca je. Baca macam biasa. Cuba fahamkan apa maksud ayat yang ko baca tu. InsyaAllah, ayat Quran ni, setiap kali ko baca makna terjemahan dia... MasyaAllah, setiap kali tu ko akan rasa terkena-kena je dengan keadaan sekeliling. Ko macam akan dapat relate je dengan contoh yang terjadi depan mata ko. Dalam setiap perkara. Kena percaya itu. Malahan, walaupun ayat tu ko dah pernah baca sebelum tu, tapi pemahaman ko akan berubah setiap kali ko baca. Ermm.. nak explain macamana ye. Kena cuba buat dulu, baru ko akan faham.
Tapi kalau Al Quran terjemahan pun belum beli, takpe. Mana-mana yang ada la. Takkan la Al Quran pun takde. Ada aplikasi percuma yang kita boleh download juga daripada Google Play Store. Banyak alternatif.
5. Perlu Bermula Sekarang
Mulakan langkah. Tak perlu tunggu sampai lemari dah beli, tak perlu tunggu ada bilik solat sendiri nanti senang nak simpan Quran, tak perlu tunggu pindah rumah sendiri, tak perlu, tak perlu. Mula je terus. Yang bekerja di pejabat lagi la senang. Letak je kat workstation masing-masing satu Al Quran atau terjemahan. Kalau rasa tak sempat sangat nak baca, cukuplah dengan menyentuh Al Quran tu. Mudah-mudahan bila dah sentuh al Quran, terus rasa nak ambil. Bila dah ambil, rasa nak buka, bila dah buka akan rasa nak baca.
6. Tak Perlu Berwudhuk.
Sebab itu aku katakan, lebih mudah jika gunakan terjemahan. Al Quran terjemahan boleh dipegang walaupun tanpa lapik dan tanpa wudhuk. Islam itu mudah.
7. Jangan Pernah Jemu.... jadikan alQuran itu teman kita semasa hidup. Kalau terasa malas nak membacanya, tolong la lawan perasaan malas tu. Good luck sahabat-sahabat semua...
Siapa yang belum ada terjemahan Al Quran kat sini? Mari sini aku hadiahkan kepada dia. Siapa nak, boleh komen "Saya perlukan Al Quran terjemahan daripada LydSunshine. Berserta nama penuh, alamat dan no tepon.". *ohh.. siapa yang komen dia nak tu, aku takkan publish comment dia. Biarlah rahsia. **Valid sehingga 31 Disember 2014 sahaja.
***Pastikan kamu betul-betul perlu. Aku takkan soal siasat siapa yang betul-betul ada atau tak, cuma sendiri -sendiri tahu je cukup.
InsyaAllah aku akan penuhi keperluan anda. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Yang dok obersi pun aku sanggup pos tau.
***Pastikan kamu betul-betul perlu. Aku takkan soal siasat siapa yang betul-betul ada atau tak, cuma sendiri -sendiri tahu je cukup.
InsyaAllah aku akan penuhi keperluan anda. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Yang dok obersi pun aku sanggup pos tau.