Skip to main content

Mula-mula OK, Bila Berlebihan K.O



Sejahteralah ke atas kamu...

Matahari dan Angin mahu beradu kekuatan. Si Angin sedikit bongkak dan mencabar Matahari untuk membuktikan bahawa dia lebih hebat daripada Matahari. Matahari lek je. Memandangkan Matahari adalah cool walaupun dalam masa yang sama dia sangat hot, maka dia berikan peluang kepada Angin untuk memilih cara yang Angin mahukan utk peraduan tersebut....

Angin dengan sangat yakin berkata, "Mat [nick name matahari], ko nampak tak lelaki kat atas bukit tu?"

Matahari jawab, "Ha ah, nampak. Apa kaitannya lelaki tu dengan aku?", sambil makan biskut Hwa Tai perisa sayur cicah air Vico.

Angin meneruskan kata-kata, "Ko nampak baju Ed Hardy yang dia pakai tu? Ada butang-butang plak kat depan. Baju tu imitation.", gelak menghina.

"Ok... baju dia imitation. Dah tu? Ko nak buat apa dengan lelaki tu?" Tanya matahari dengan wajah yang cool memakai sunglasses Oakley.

"Cenggini... aku cabar ko Mat, sape antara kita yang boleh buatkan lelaki tu buka baju, akan memenangi peraduan ni.", Angin memberi penjelasan.

Tanpa ragu-ragu, Matahari pun berkata, "Hakeyyyyy" dengan nada sengau ala-ala Dee Jangan Ketawa.


Memula, Angin mulakan.... Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa... dan lelaki tadi mula terasa selesa dan membuka butang baju imitationnya. Angin mula merasakan usahanya berjaya dan bertiup lagi kencang dengan harapan, lelaki tersebut membuka bajunya. Tapi Angin sudah silap telahan. Lelaki itu merasa sejuk lalu terus membutangkan kembali bajunya.

Matahari pun tergelak menghina.. "Heh..Heh.. Heh.." dengan niat nak mengjengkelkan Angin. "Ko tak cukup hebat Ang[nick name Angin]. Ko tengok plak kehebatan aku...."

Dan Matahari pun mula bersinar dan memancarkan cahayanya dengan begitu panas. Lelaki itu yg tak tahan panas...... Alaa.. korang tau kan, apa yg lelaki tu buat? Dia terus masuk keta dia, pasang air-cond paling sejuk then balik umah, tak lepak dah dah bukit tu.



Cerita kat atas ni korang mesti biasa baca masa kecik-kecik dulu kan? Sape yg belum baca tu bagus la.. tak sia-sia saya citer semula kisah ni. Hahah. Cuma cerita asal, endingnya ialah lelaki tu buka baju sebab panas. Jadi, Matahari menang.

Point saya kat sini ialah, kadang-kadang usaha yang sedikit itu lebih baik jika dilakukan secara konsisten daripada usaha yang berlebihan tetapi dilakukan secara melampau.

Dalam kehidupan ni, saya selalu perhatikan [dan saya pun kadang2 melakukannya juga], ada orang yang apabila dia buat sesuatu perkara yang kecil, orang lain akan suka dan orang lain ada yg menyokong. Tapi apabila orang itu semakin bongkak bila ramai orang sokong perbuatan dia, terus sahaja dia melampaui batas.

COntoh : Si Ambiga tu lah. Sape lagi. Masa dia anjurkan Perhimpunan Bersih 2.0 dulu, saya tidaklah begitu setuju dengan perhimpunan tu, tapi apa yg dia ingin tegakkan tu seperti pengundian yg lebih telus dan sebagainya tu masuk akal juga. Tapi bila dia dah mula merepek nak anjurkan Queer Without Fear ataupun Seksualiti Merdeka* ni, rasanya memang agak sampah masyarakat jugak pemikiran dia ni. Sebelum ni dah la dia jugak yg buat memo komplen pasal azan.

Bak kata Timbalan Ketua Polis Malaysia, hak asasi, hak asasi jugak. Tapi jangan la sampai melampaui batas.

*Seksualiti Merdeka ini memperjuangkan hak asasi gay, lesbian utk diterima masyarakat tanpa menyorok-nyorok lagi.

Comments

  1. hmm.. tak setuju jugak ambiga tu. melampau pulak kan. eh tak pernah baca cerita ni, baru pertama kali baca. menarik la! :D

    ReplyDelete
  2. salam;
    si ambiga tu..memang bencikan islam sebenarnya dah mcm cara dia gunakan utk melemahkan islam tapi gagal..kali ni guna cara ni pulak..

    ReplyDelete
  3. pernah dulu dgr time kecik2.. tp dulu pemikiran cetek.. hanya ambik pengajaran jgn bongkak.. :)..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya