Iklan! Iklan! Sila Click!

04 January 2017

Wajarkah Isteri Duduk Di Belakang?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku, kalau naik kereta dengan suami dan anak-anak, aku duduk belakang dengan Yafith. Luth duduk depan dengan driver (suami i). The only reason is aku selesa duduk belakang. Senang nak bersila masa nak susukan anak. Senang nak uruskan anak bila dia mengamuk. Senang nak suapkan anak makan memandangkan seat belakang lagi luas, aku boleh conquered seluruh seat. Aku rase ramai mak-mak yang buat macam aku kan? Praktikal betul tak?

Tapikan, ada orang yang menegur perbuatan aku tu. Katanya kalau naik kereta, jangan sekali-kali duduk di belakang. Tempat isteri di sisi suami. Perlu temankan suami di sebelah tak kira walau apa keadaan sekali pun. Itu resepi rumahtangga yang berpanjangan. Aku like, "what?! Nan nomu yepasso nan niga tanmina, nan nomu chaekesso nan niga tanmina..." Sambil buat tangan mcm kaki yang tengah kayuh beskal. Okay, aku sorang je faham. Hahahaha. Abaikan.

Aku ni, berfikiran terbuka. Kalau ada orang yang prinsip dia mcm tu, maksud aku 'isteri kena duduk depan sebelah suami masa naik kereta', aku okay je. Aku respect the principal. Terpulang la kan. Tapi kalau dia buat some sort of action, then dia kecam orang yang tak buat macam dia buat... Haaa tu aku tak dapat nak kumuh sangat. Terutamanya kalau sesuatu tu takde sebut dengan jelas halal haramnya di dalam al Quran dan Hadith. Prinsip yang aku pegang senang je, 'dalam urusan muamalah, yang mana tidak melibatkan isu akidah dan ibadah, selagi tidak ada nas menyatakan dengan jelas yang ianya harom, maka aku akan anggap ianya harus. Harus di dalam islam bermaksud BOLEH. 

Jadi, aku anggap sama juga dengan isu tak boleh panggil suami kita dengan panggilan yang sama dengan panggilan yang anak kita panggil. Maaf kalau aku terlepas pandang nas yang berkaitan. Tapi bagi aku, selagi ko tak pandang suami ko seperti ayah ko, dan ko tau bahawa panggilan ko terhadap suami ko tu bukanlah panggilan yang buruk, serta ko sedar ko panggil dia dengan niat nak merujuk dia sebagai ayah kepada anak ko, so ada masalah ke? Faham tak maksud aku? Point aku macam ni, ustaz kata kalau anak kita panggil suami kita 'papa', maka isteri tak boleh panggil suaminya 'papa'. Padahal kita tau la niat kita panggil macam tu kenapa. Ko faham je la anak-anak ni kan. Kita panggil suami kita 'Bi', dia pun panggil ayah dia 'Bi'. Jadi, kita yang mak ayah ni pun depan anak tukar la kejap panggilan manja kita kepada suami atau isteri mengikut apa yang anak-anak panggil. Cuma, demi mengecas kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga, pandai-pandai la kontrol penggunaan panggilan tu. Jangan la sampai permanent. Kang suami carik lain semata-mata sebab rindu nak dengar isteri panggil dia darling. Puih. Itu tektik otak penipu. Opss.

So, persoalan aku tadi... Wajarkah? Aku akan kata "Wajarrrrr", asalkan ikut kesesuaian dan persetujuan pihak yang berkenaan. Contoh kalau suami tak suka isteri duduk seat belakang masa dia drive, then isteri duduk la depan. Kalau suami jenis tak kisah, maka silalah berpesta muda mudi para isteri sekalian di seat belakang. Boleh buat movement snow angel kat seat belakang. Sama juga dengan panggilan, kalau suami isteri tak kisah dengan panggilan papa mama yang sama dengan panggilan anak pada mereka, just teruskan je. 

Actually isu-isu yang aku sebut ni kecik je. Tak patut pun nak jadi topik dalam blog. Tapi daripada takde post apa-apa, aku provoke la sikit. Kekeke. Aku bukanlah nak berlagak pandai dan bajet macam pakar tentang alam rumahtangga dan keibubapaan. Cuma diri sendiri tahu keadaan rumah tangga masing-masing. Maaf kalau ada tersalah cakap ye. Hampunkan ahjumma. 

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...