Iklan! Iklan! Sila Click!

20 December 2016

Menyokong Hobi Suami, Redha Atau Tidak?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku sebenarnya bersyukur sebab suami aku tak ada hobi yang boleh bawa mudarat (baca: akaun bank). Hobi suami aku hanya bersukan. Itu pun main bola je. Takde la hobi dia suka modify kereta ke, hobi sukan mahal macam golf ke, atau hobi yang perlu keluar berhari-hari seperti memancing. Dulu ada la hobi berkayuh basikal. Pergi jelajah Malaysia dengan berbasikal. Cuma sekarang dah sendu. Syukur alhamdulillah la sebab dah sendu. Kehkeh.

Hobi bermain bola suami aku tu pun tidaklah sekritikal mana. Walaupun minat dia terhadap sukan bola sepak tu setinggi minat Ramli Sarip terhadap muzik rock, tapi kalau aku buat statistik, setahun tu tak sampai doblas kali pun dia main bola. Cuma baru-baru ni, dia mula main takraw seminggu paling sikit pun 3 kali training. Ada la tournament yang dia akan join bulan 2 tahun depan. 

Aku ni bukan apa, aku suka hasben aku bersukan. Sekurang-kurangnya ada juga la keluar peluh. Memandangkan makan dah semakin berselera. Tau-tau je la kan, aku ni dah la rajin masak, kalau aku masak memang terlampau sedap pulak tu. (Dilarang percaya). Nak suruh keluarkan peluh dengan berkebun, macam jauh air fryer daripada power point. Bagus. Eloklah suami aku nak bersukan. Sila. Silalah sokong hobi bersukan suami you all. 

Tapikan.... Bersukan tu memang tak ada masalahnya. Walaupun time dia away from home tu kita ni dah macam orang giler uruskan anak-anak. Kang tetibe anak berak berjemaah. Kang sorang nak biskut. Sorang nak susu. Sorang nak baring kat mama, sorang nak makan bubur. Pastu sorang nangis nak tido, sorang lagi tukang kacau yang nak tidur tu. Belum kira lagi yang si kecik tu tak boleh mama hilang daripada radar pandangan dia. Mulalah nak menangis kwaaa kwaaa kwaaa macam baby yang baru lahir. Selalu dengar kan, mak-mak ni nak mandi pun tak sempat. Memang betul tu. Itu semua kita hadapi dengan kesabaran tahap Sabaruddin. Yang menjadi masalahnya bukan semasa kejadian dia gi berhobi-hobian tu. Sebaliknya sewaktu dia balik rumah lepas dia bersukan tu. Haaa, yang tu biasanya aku pandang kecik besar je suami aku. Ngeh ngeh. 

Dia kan, bila dia balik daripada beraktiviti sukan dia tu, mula-mula dia sakit badan. Sakit peha la. Sakit ankle la. Pastu bisa sana, bisa sini. Tu takpe lagi. Bila dah bisa sana bisa sini tu, haaaa part dia tido mata rabak tu yang aku paling stress. Maksudnya, bila dia dah mula tidur tu, aku juga la yang kena handle anak-anak. Anak sulung aku ni, dia nak ada orang layan dia bermain secara fizikal. Main lawan-lawan ultraman ke, boboiboi kuasa halilintar ke macam-macam lah. Nak harap mama main gitu, memang mama tiada bakat. Kalau suruh mama bercerita, mama boleh. Kalau ajak mama susun puzzle, mama boleh lagi layan. Tapi kalau tetibe nak main ultraman pastu suruh mama jadi raksaksa, mama sentap. Hakhak. So, bila aku tak layan dia main berlawan, dia main berlawan dengan adik. Huhu. Adik awak baru 8 bulan nak oii. Baru je reti duduk. Naya je ke adik tu.

Gitu la efeknya bila papa dia balik daripada bersukan. Heheh. Tapi takde la teruk mana pun. Aku nak marah pun takde alasan. Sebab suami aku memang tolong aku buat kerja rumah. Dia memang dah pastikan semua kerja yang aku patut buat, dia selesaikan dulu. Dan tugas aku sewaktu dia pergi bersukan hanyalah menjaga anak-anak je. Kira okaylah tu. Kalau tidak semakin gila la aku jadinya. Aku fikir, kalau dia ada hobi lain yang lagi mengabihkan duit atau yang mengabihkan masa, lagi la stress aku kang. Jadi, wanita... Terimalah hobi suami masing-masing dengan hati yang lapang walaupun kita perlu tepuk bahu sendiri sambil berkata, "Bertabahlah", semasa ketiadaan dia di rumah. Asalkan suami happy, insyaAllah kita akan happy. Dan asalkan hobi dia tu tak begitu melampau, pejam mata je la sambil terbayangkan dapat mandi dengan tenang sambil berenang-renang bersama dolphin bercorak zebra di kepulauan Hawaii.

18 December 2016

Drama Melayu Macam Ikan Pekasam

Sejahteralah ke atas kamu....

Drama Melayu ni ibarat seperti ikan pekasam. Busuk, masam. Rupa tak seberapa. Ketinggalan zaman. Kurang menyihatkan. Tapi..... Ramai orang suka.

Drama siri Korea pula seperti kimchi. Pedas dan masam. Katanya makanan yang paling menyihatkan di dunia, tapi still ada yang suka but ada juga yang tak suka.

Dan..... Drama siri Hollywood seperti burger. Nampak moden. Menyelerakan. Ada kelas. Complicated. Intelligent. Tapi, yang sebenarnya kalau dah burger, tetap burger. Tetap tidak menyihatkan.

Kebelakangan ini kalau ko perasan, drama Melayu yang keluar kat TV, tajuknya agak menggetarkan sumsum tulang. Itu baru tajuk, belum tengok lagi isi kandungan drama tu. Boleh bayang la betapa bergegarnya urat saraf ko bila tengok drama melayu yang tajuknya ala-ala 'suami ko sorang je la hensem kaya baik sweet' dan 'isteri ko sorang je la yang jelita lemah lembut menawan qolbu'. Kan bila buka topik drama Melayu ni, kibod warrior kat media sosial semua sarkastik dengan tajuk drama. Pastu kutuk memang kaw-kaw punya.

Aku memang la tak tengok drama Melayu. Tapi, aku tak setuju dengan orang yang suka kondem drama Melayu dengan cara yang tak membina. Kalau setakat kutuk cara implementasi drama tu, yang memang kita tau langsung tak realistik, itu okay lagi. Cuma jangan sampai kurang ajar mengutuk dan menghina orang yang menonton drama Melayu. Sebab apa? Sebab bukan semua orang seleranya sama macam selera ko.

Kalau ko jenis yang layan drama bersiri tahap pemikiran aras tinggi macam siries daripada Hollywood, dan sangat berbangga dengan tahap selera ko memilih bahan hiburan, tolong la jangan nak ketawakan orang yang layan drama Melayu. Kadang-kadang tu, orang yang layan drama Melayu t bukannya tak terpelajar pun. Tapi sebab dah selera hiburan mereka begitu. Ko nak marah kenapa? Ikut suka hati mereka la.


Kenapa ko nak marah kalau producer drama Melayu balik-balik buat drama yang sama je konsep dia. Lelaki kaya, anak chaebol ( chaebol ni kalau dalam bahasa korea merujuk kepada pewaris harta orang kaya gile babas ala-ala tahap tokei hyundai gitu), kacak giler vavi nak mamfus, cool gile, jatuh cinta dgn perempuan miskin. Pastu storyline dia sama je, ada tentangan keluarga, ada ancaman daripada pompuan hot sexy yang bimbo. Ulang alik, macam gitu je la jalan cerita drama Melayu. Tapi kita memang takleh salahkan producer sebab produce drama gitu. Sebabnya mereka kejar rating. Dan drama gitu, sama ada ko suka ke tak suka, ko kena terima hakikat yang peminatnya ramai dan menaikkan rating. Ko ingat kalau producer keluarkan drama Melayu ala-ala CSI, ko nak tengok ke? Ko tak tengok jugakkan? Dan yang pasti, makcik-makcik pengasuh yang suka layan drama Melayu pun confirm la tak tengok punya. Nak expect drama ala-ala CSI tu sebijik level dia macam CSI yang betul-betul memang a long way to go. At least bagi sokongan kat Gerak Khas tu dah membantu dah menaikkan rating. Tapi still ko tak tengok juga kan? Lagi sekali, yang tengok drama Gerak Khas dan bantu menaikkan rating ialah makcik-makcik yang masih tengok channel RTM.

So, orang yang tak suka nak tengok drama Melayu, jangan nak cakap banyak dan sesuka hati nak condemn je. Kalau ko nak tengok drama omputih, silakan. Kalau ko nak tengok drama Korea pun, silakanlah. Tak perlu nak kutuk sangat drama yang ko tak minat sebab ada orang lain yang minat. At least, respect la taste orang lain. Kalau yang mengutuk sangat tu seolah-olah ko paksa orang makan burger instead of ikan pekasam. Seperti ko dah paksa orang untuk suka makan benda yang ko suka makan tanpa menghormati selera orang lain.

Aku bukanlah nak membela sangat. Cuma aku nak belajar menghormati minat orang lain. Sebab kita ni bila kita terlampau banyak bagi komen, kadangkala kita tak sedar komen kita tu tak perlu keluar pun daripada jari kita. Cukup sekadar simpan dalam hati je lebih baik.

Okaylah. Aku nak gi makan kimchi kejap. Jangan paksa aku makan ikan pekasam ye. Sebab memang aku tak gemar. Kalau orang lain nak makan, aku tak kutuk ye. Seriously. Peace. ✌ 

17 December 2016

Perkara Yang Mengganggu Fikiran

Sejahteralah ke atas kamu.....

Ada banyak perkara yang aku kureng suka nak buat. Salah satu daripadanya ialah basuh berak Luth. Memang la tak baik aku umumkan kat sini. Kot dah dewasa nanti Luth baca, kecik hati dia. Hehe. (Luth maafkan mama ye. Tolong baca ni dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif hokei?). Jadi, aku dah make a deal dengan papa Luth, kalau Luth berak lagi afdhol kalau papa yang incharge urusan sanitasi Luth.

Tapikan, Luth selalu je memerut waktu papa dia takde kat rumah. Tak kira la time papa belum balik kerja ke, time papa gi main futsal ke, jumpa kawan ke atau secara harfiahnya memang nak ke tak nak aku yang kena istinjakkan dia. Kadangkala dia siap verak 2 kali time papa dia takde. Pernah masa aku balik berpantang kat kampung, tiap-tiap hari Luth verak pastu bila papa dia balik je ke kampung during the weekend, dia langsung tak veri. Pas papa dia dah balik semula ke KL. Barulah dia verak, bukan sekali, bukan dua, tapi 3 kali sehari. Grrrr ketap gigi sangat aku rase. Walaupun aku dah hypnosis dia, aku suh dia veri masa papa ada kat rumah ye, but still....aku yg kena cuci.

Satu lagi contoh perkara yang aku tak suka ialah lipas. Aku selalu je terfikir takut lipas keluar daripada lubang mana-mana ke. Dan memang aku je yang selalu jumpa lipas. Lagi haghu, bila dah berdepan one-to-one dengan lipas tu, dia boleh macam acah-acah nak datang kat aku macam tengah rules the battle. Aku memang panik bila berdepan dengan situasi lipas ni. Sbb aku memang takut lipas. Huuu. Padahal dia kecik je.

Aku bukanlah nak cerita sangat pasal berak anak aku dan lipas tu. Aku harap, tak ada la yang mencebik sambil kecam aku dalam hati, "pasal tahik anak pun nak cerita kat blog".

My point is, kita ni...... Biasanya apa yang kita selalu fikir, apa yang always bugging our mind, yang itulah akan selalu kita hadap. Lagi banyak kita fikir pasal benda yang kita tak suka tu, lagi kerap dia akan mendatang kepada kita.

Macam hasben aku pulak, dia memang selalu je rasa berbulu bila dia gi kedai makan, pekerja kat kedai tu sombong atau tak senyum kat dia, nak ambil Order pun muka macam tertelan susu basi. Apsal malang betul nasib dia. Sebab aku tak pernah pulak kena macam tu. Atau mungkin bila org tak senyum dan sombong dengan aku, aku yang tak perasan tak tau la pulak kan? So, agaknya bila sesuatu perkara tu aku tak kisah dan tak fikir, maka ianya langsung takkan menghantui aku.

Apa yang aku cerita ni hanya sebagai contoh. Aku tak pasti la teori aku ni betul ke salah. Tapi cubalah korang renungkan semula kehidupan korang pulak macamana. Ada tak ko alami perkara yang korang tak berapa suka tu berulang-ulang kali?


04 December 2016

Luth Yang SANGAT Talkative

Sejahteralah ke atas kamu..... 

Aku cuba nak jadi seorang hemak yang saksama ni. Oleh sebab post terakhir dalam blog ni ialah tentang Yafith, takkan la aku tak buat post pasal Luth pula. Betul tak? Kita semestinya lebih afdhol berlaku adil terhadap anak-anak kitcheww kan?

Lokasi: Gambang Waterpark & Resort City semasa temabuilding aku.


Luth ni, umur dia tiga tahun, 8 atau 9 bulan. Melampau kan. Malas nak kira. Hahah. Tahun depan dia 4 tahun. Aku belum ada plan untuk masukkan dia ke sekolah sebab aku nak sekolahkan dia tahun 2018, semasa umur dia 5 tahun. Lagipun, aku tiap-tiap haghi 'sekolahhhhkan' dia. Hehe. 

Sian Luth dapat mama garang. Bajet guru mengaji sangat aku bila aku ajar Luth mengaji, aku pegang rotan. Batang belon yang dapat masa birthday party bulan April lepas aku guna buat rotan. Cermat sangat family aku ni. Sampai benda gitu pun aku tak buang. Aku ajar Luth mengaji guna muqaddam. Macam yang aku guna masa kecik-kecik dulu. Tak gunakan iqra' pun. Kuno pulok rase. Tapi kan.... Saje nak kongsi, ajar anak kecil mengaji, ya Allah subhanallah....  Heart- melting sangat tau. Comel gile vavas. Ajar baca surah An Nas. Part yang 'allazi, yuwas wisufi' tu comel gile dia sebut. Macam 'witupi-tupi' lebih kurang la bunyi dia. Aku tahan je nak gelak. Muka buat serius, tapi dalam hati aku dah berguling-guling dah aku ketawa ni.

Sayang sangat ke adik dia terrr..

Luth ni kan, vocabulary dia aku consider sebagai agak memberangsangkan juga. Banyak juga benda yang dia kenal, terutamanya haiwan. Tu pun sebab tengok TV channel Zoo Moo. Dah kenal la lemur ekor cincin, katak marsupial, anaconda dan ntah mende-mende lagi la. Kang tengah-tengah main terlompat-lompat, tetibe je berlakon jadi 'arapaima'. Ko mampu? Ko tau arapaima tu apa? Aku ni, selamat la aku minat haiwan dan suka pergi zoo. So, aku masih lagi tau arapaima tu apa. Hehe. 

Luth boleh beza antara monkey dengan beruk. Dia tau orang utan tu spesis beruk ke monyet. Dia tau harimau bintang ada 3 jenis iaitu Leopard, Cheetah dan Jaguar. Kalau tunjuk corak harimau bintang pun dia boleh kenal yang mana leopard, yang mana corak cheetah dan mana corak jaguar. Lagi apa ye. Owh... Luth tau juga habitat beberapa jenis haiwan macam zirafah, zebra, hippo tinggal di Africa. Polar bear di Antartika. Alligator dok dalam sungai. Monkey di dalam hutan. Aku ada la ajar kangaroo dan panda dok di mana. Tapi tak beriya sangat aku ajar. Penah ajar sekali je kot. 

Aku tak ajar Luth cakap omputih sangat. Maklumlah kan.... Aku bukan pandai sangat sfeking homputih. Sebab utama ialah menurut pakar kanak-kanak, lebih elok ajarkan mother's tongue dulu kepada anak. Mahirkan bahasa sendiri dulu baru la mahirkan dia dengan second language. Tapi kalau macam Erra Fazira ajar anak dia bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, itu terpulang kepada masing-masing kan. Tiada peraturan betul atau salah. Didiklah anak ikut kesesuaian dan kehendak kita sebagai ibu bapa. Betui tak? Apa yang aku ajar Luth, supaya dia tak jauh ketinggalan, ialah english by word, not by sentence. Dia masih lagi tau giraffe tu zirafah, zebra tu kuda belang, starfish tu tapak sulaiman, sea horse tu kuda laut, buaya tu crocodile atau Alligator dan sebagainya. Dia sebut crocodile pun comel sangat. Bunyinya macam, 'krokodaiyo'. 

Tapi kan, Luth ni bila aku tanya, dia nak gi sekolah ke tak, dia kata taknak. Dia boleh kata, "takyah la nak sekolah-sekolah. Nak duduk dengan mama je kat rumah.". Dah canner? So sekarang ni aku dah start melobi Luth pasal betapa indahnya alam persekolahan. Ada playground. Boleh main puzzle. Ada ramai kawan-kawan. Boleh pakai beg sekolah robot, kasut sekolah cantik dan macam-macam la. Buat masa ni dia masih belum termakan lagi. Huhu. 

Luth ni dia suka bercakap. Suka bertanya tu standard la kan kanak-kanak yang baru nak naik. Memang gitu. Ada sekali tu, masa aku tengah suap nasi kat dia. Masa tu kul 12 malam. Tetibe je dia kata dia lapar nak makan nasi. Terhegeh-hegeh la mak panda ni keluarkan balik nasi daripada dalam peti untuk bagi dia makan. Selamat la baru simpan nasi tu, so masih suam2 lagi tak perlu dipanaskan. Tengah-tengah makan tu, tiba-tiba Luth turun dari kerusi dia, dia datang kat aku dan kata, "mama, nak peluk mama". So, aku peluk la dia. Pastu nak tau dia cakap apa, "mama lahirkan Luth ke?". Uih, ni dah nak hampir sipi-sipi soalan KBAT ni. So, aku jawab dengan penuh kasih sayam, "ye sayang. Mama la yang lahirkan Luth.". Then dia sambung, "Tima katih mama sebab lahirkan Luth". Ko rasa kalo ko jadi aku waktu tu? Aku ni, dah macam nak menitik air mata. Last sekali dia cakap ayat yang tiap-tiap hari dia cakap, "tayanggg mama". Owhh.. Air mata bertakung. Dia baru 3 tahun, tapi pick up line dia, cia cia sangat. 

Itulah sedikit kisah tentang progress Luth. (apa??! 'sedikit' ko kata??! Macam panjang berjela je. Mueheh.)

KBat. Opppss.  KBai!




03 December 2016

Yafith Yang Seminit Tak Diam

Sejahteralah ke atas kamu.......

Semalam,seperti kebiasaan hari Jumaat aku tak pam susu sebab hari Sabtu kan cuti. Nanti susu tu terbuang sia-sia je. So, semalam aku balik rumah, susu memang full. Yafith, punya la hebat, dia boleh sedut susu sampai kempis. Dua-dua belah. (Geleng kepala).


Kacau mama lipat baju. Eh, ye ke mama yang lipat. Hehehe. Rasa macam papa je yang lipat.


Malam semalam, hasben aku training takraw. Pemain harapan katanya. Keke. Aku tunggu dia balik kat depan TV. Aku baring sampai ketiduran, tanpa sedar Yafith merayap. Sedar tak sedar, terdengar Yafith menangis. Aku mencari Yafith dengan mata je. Tak jumpa. Tiada dalam lingkungan pandangan mata aku. Aku terpaksa bangun dan cari. Jumpa dia di dapur, ntah apa yang dia buat sampai dia nangis tu. Aku kutip Yafith dan bawa dia masuk bilik untuk tidur. Luth tak mau masuk bilik lagi sebab dia nak tunggu papa balik katanya. So okay la. Tidurlah aku dengan Yafith.

Punyalah penat agaknya aku, sehingga aku tertidur tanpa sempat aku simpan henfon di rak tepi katil. Macam aku letak kat atas bantal je kot. Pagi tadi bila alarm berbunyi kul 6 a.m., aku berniat nak snooze. Aku raba kat atas bantal kiri kanan dengan mata yang masih terpejam, takde pulak henfon aku. Tapi bunyi alarm agak kuat, menandakan henfon aku memang ada berdekatan. Pastu aku rasa dengan tangan kat sebelah kiri tempat Yafith tidur, kosong. Ah sudah. Mana pulak dompok ni pergi. Terpaksa aku rabakkan mata aku nak cari Yafith dan henfon. Sekali, aku tengok jauh di tepi dinding, ada makhluk halus tengah tenung screen henfon aku yang dipegangnya dengan kedua-dua belah tangan. Di dalam gelap. Spooky sungguh. Tak tidur rupa-rupanya Yafith. Aku kejut hasben aku, suruh dia tengok anak bertuah dia tu. Memang kami tak mampu buat apa-apa selain ketawa sama-sama melihat telatah budak dompok ni. (masa aku tengah taip entry ni, Yafith tengah makan perut aku. Sabo je la.)

Lepas tu aku check diaper dia, berat seolah-olah macam 2 kilo. Banyak gile dia kucil. Maklumlah kan. Minum susu banyak cenggitu. Harus la cencim pun banyak. Banyak tu macam lebih daripada biasa. Dah la tu, hari ni saja dah 4 kali dia berak dan bocor kat seluar. Haiyo ini budak. Manyak geram wooo.

Yafith sejak-sejak dia dah pandai merayap ni, habis satu rumah dah dia jelajah macam le tour de ghumah. Kejap-kejap kang ilang. Kejap-kejap kang bawah meja, kejap kat dapur, kejap main terbalikkan tong sampah. Eii. Seminit tak diam. Kalau bawak dia pergi kedai, tangan dia memang sentiasa mencapai apa-apa yang sempat.

Hari ni baru aku nampak dia dah boleh duduk sendiri. Progress setakat ni, dah pandai tepuk kalau aku nyanyi lagu tepuk amai-amai. Biase je kot tu. Cuma standard la. Semua mak pun akan terfeeling anak dia special dan pandai. Hihihi. Kan? Betul tak mak-mak semua?

Silicone spoon tu, memang terbaik. Saya suka! Saya suka!
Setakat ni macam dah 2 kali jatuh sofa, sekali jatuh katil. Makan solid food, aku masak bubur nasik blended. Puree macam tak berapa laku sangat di mata Yafith. Bagi puree pear siap menangis.
Berat Yafith, last aku timbang baru-baru ni ialah 8.2 kg. Panjang lupa nak sukat.

Ni gambar masa teambuilding aku di Gambang. Aku punya teambuilding, habih  satu family terpalit sama. Aku paksa ikut. Kuhehkuheh.

Yafith ni muka dia lain sangat dengan muka Luth. Orang kata muka Luth ikut muka aku. Tapi yang misterinya, bila orang tengok Yafith pun orang kata macam muka aku jugak. Dah aku ni ada berapa jenis muka sebenarnya? Abih tu yang semua aku bolot ni kenapa? Dah tu siapa nak ikut muka papa ni? Anak ketiga kot?. Kulit pula, Luth memang confirm ikut aku. Kulit kelat. Yafith tak putih, tapi dia ceghah la sikit daripada Luth.

Lagi apa ye. Yafith ni nampak macam bersemangat tinggi sikit. Kalau nak apa-apa dia macam gigih berusaha. Beza dengan Luth, manja sikit. Anak sulung kot. Sebab tu manja. Tapi Yafith, kalau dia menangis bila ada yang tak kena, dia menangis sungguh-sungguh. Macam baby yang baru lahir dia nangis, kwaaa...kwaa...kwaaaa... Comel gila.

Y A F I T H  DAN  L U T H, mama saranghae.



02 December 2016

Sensitif Dengan Panggilan 'Kak'

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku masuk asrama masa umur 12 tahun. Masa tu aku tingkatan 1 kat sebuah sekolah rancangan khas di Kuantan. Gaya macam budak cerdik je kan sebab umur 12 tahun dah form 1. Padahal masa tu sekolah start bulan 12. Sapa ntah Menteri Pelajaran masa tu. Aku nak bagitau dia, yang dia berhutang cuti sekolah kat batch aku. Sila bagi cuti ganti tanpa rekod kat kami semua sekarang! Boleh gitu? Haha.

Bila masuk asrama tu, seniors memang berkira sangat dengan panggilan. Semua seniors wajib dipanggil dengan awalan 'kak'. Kak Leha, Kak Emma, Kak Yani, Kak Laila, Kak Lin dan macam-macam 'kak' lagi la, walaupun beza hanya setahun. Kalau aku berani tak panggil 'kak', aku akan di'marked' sebagai 'kuahajo' oleh seniors. So, budaya tu aku bawa sampai la aku habis sekolah. Adik-adik junior yang masuk selepas aku pun aku paksa panggil aku 'kak' kalau tidak aku kurung dia dalam bilik stor, pas tu aku tutup lampu dan aku buat bunyi hantu dari luar bilik stor. (ceh, bajet gangster.). Padahal aku la mangsa buli adik junior. (bajet insan yg lemah pulak). Haha.

Bila aku mula masuk kolej dan awal-awal kerja pun aku masih lagi berpegang kepada ke'hakak'an tu. But now, aku dah macam buat relax je. Tak ambik tau umur orang dan tak ambik kisah sangat nak panggil orang kak. Kalau setakat beza 3-4 tahun tu aku buat selambe je panggil nama. Atau yang muda-muda daripada aku pun aku cakap aku nkau je dengan dierang dan bila derang tau umur sebenar aku,derang pun kaget nak panggil aku kak. Hal kecik je kot. Dia macam ni, kita agak-agak la sesuai ke tak. Jangan la senior yang umur beza 30 tahun pun ko nak panggil nama je. Tu biadab. Ataupun takkan la budak2 yg beza 15 tahun bawah ko pun ko nak suruh dia panggil ko nama je. Maksud aku, biarla berpadan.

Tapi ada sekali tu, cleaner kat ofis aku bercuti, jadi supervisor dia ganti dengan temporary cleaner. Cleaner tu nampak la lagi muda daripada aku. Pastu masa dia nak lap meja aku kan, dia panggil aku makcik. Aku macam 'gulp' kejap. Tapi aku fikir positif je la. Mungkin dia baru habis sekolah. So kalau baru abih skolah, dalam umur 18 tahun kot(walaupun muka tak la nampak semuda 18 tahun). Aku ingat aku boleh let go je. Tapi dalam diam, hati aku rasa berbekas sentap tu. Hahahah. Bengong. Jadi, bila aku jumpa cleaner baru tu dalam toilet, aku tanya umur dia. Dia jawab, 27 tahun. Dalam hati aku like, "you whattttt????!". Umur ko 27 tahun then ko panggil aku makcik??!! Seriously? Muka aku setua makcik nkau? Chincha?!! Baboya! Opps. Marah sungguh aku rasa. Hehe. Over pulak.

Husband aku pulak, kalau kat kedai makan atau nak beli barang ke, selalu je panggil pekerja kat kedai tu, 'kak' atau 'bang' walaupun jelas muka pekerja tu lagi muda daripada kiterang. Aku selalu tegur dia kalau nak panggil org, kena tengok juga anggaran usia orang tu. Sebab setau aku, kebanyakan orang sensitif dengan panggilan yang menampakkan dia tua. Terutamanya kaum wanita. Korang setuju tak dengan kata-kata aku ni? Tapi hasben aku kata, mungkin perempuan je kot rasa gitu, sebab kalau lelaki, panggilan abang tu mcm biase je. Seperti panggilan default untuk lelaki. 

Kalau panggilan makcik tu, aku boleh terima kalau memang orang yang panggil tu memang layak panggil aku makcik. Kalau budak-budak sekolah menengah tu aku masih boleh terima la. Tapi kalo umur dah nak dekat 30 tu nak panggil aku makcik, itu memang elok aku sumpah dia jadi kambing je. Mbekkk.

01 December 2016

Kekasih Lama

Sejahteralah ke atas kamu....


Aku saja je nak bagitau. Menonton drama Korea semasa single/bujang lain sangat feel nya berbanding dengan menonton semasa dah kahwin ni. Aku tak pasti la aku sorang je ke yang rasa gitu atau orang lain pun rasa benda yang sama. Beza sangat. Sebab bila tengok kisah cinta semasa bujang dulu, hati terbuai tapi rasa sunyi sangat sebab tak ada sesiapa. Rasa tak pasti siapa jodoh sendiri. Rasa macam entah ada peluang ke tidak untuk mengalami semua benda-benda sweet macam dalam drama tu. Tapi sekarang bila dah kahwin dan tengok drama percintaan, dalam hati rasa secure, rasa selamat dan tak ada rasa jeles pun. Yang paling penting, hati dah tak rasa sunyi bila tengok adegan sweet dalam drama. Mungkin sebab dah ada seseorang yang boleh disandarkan untuk semua perkara sweet tu. Halal pulak tu. Kan? Ke guane?

Dulu aku kaki drama Korea. Mula tengok Winter Sonata, pastu Autumn In My Heart dan melarat-larat ke cerita seterusnya yang keluar kat TV. First crush Korea aku mestilah hero Winter Sonata, Bae Yong Jun. Hero tua weh. Walaupun aku mula belajar tengok drama Korea kat TV, tp aku tak suka tengok Kdrama kat TV sebab dah alih bahasa ke Mandarin. Senak telinga dengar suara alihbahasa macam kemik sangat, suara halus nyaring. Sedangkan suara asal pelakon Korea macam besar je. So, bila tak tengok kat TV, kena la beli VCD. Zaman tu VCD la. Lepas VCD baru upgrade ke DVD. Memang pokai la poket aku kalau nak ikut semua cerita yang ada. Satu set drama Korea pun paling murah masa tu dalam RM40 juga. Last-last rasa macam tak larat dah nak follow. Terpaksa la aku berenti tengok drama Korea. Masa tu kat TV ada je lagi siarkan. Cuma aku tak sudi nak tengok mulut pelakon tak synch dengan suara.

Last aku tengok drama Korea, hero yang menambat hati aku ialah Kim Rae Won. Biarlah orang nak cakap gigi dia jongang. Tapi ada aku kesah. Aku minat jugak tak kira.

Baru-baru ni tetibe je aku dihidangkan dengan drama-drama Korea yg kawan-kawan ofis download. Banyak senarai drama yang ada dalam hard disk dia. Lama ada baru pun ada. Kawan aku si Harimau Bintang dok promote drama Descendants of The Sun. Aku mula-mula nak copy cerita tu je. Sekali bila aku tengok list drama tu yang terbaru ialah Doctors (Crush). Laju terus tengok. Sebab... Err.. Sebab heronya ialah Kim Rae Won. Rasa macam bertemu semula dengan ex-boyfriend yang terpisah 10 tahun. Tapi ayat, 'ex-boyfriend yg terpisah 10 tahun' tu boleh buat salah faham kan? 

Pernah terjadi sekali, aku share clip video Zamani kat FB, pastu aku taip ayat yang lebih kurang macam ni, "Rasa macam tengah tengok ex-bf bila tengok Zamani". Agak kontroversi juga bila aku up post macam tu. Makcik hasben aku siap komen, dia cakap "Abg Ngah lagi hensem". Hahah... Cute makcik hasben aku. Aku bukan la bermaksud apa-apa pun. Mana ada ex-bf aku yg muka mcm Zamani pun. Aku cuma feeling macam, satu masa dulu aku minat Zamani. Minat kumpulan Slam. Pastu bila dah lama tak tengok Zamani, tetibe dia buat comeback. Err, tu pun lepas kena tangkap. Huhu. Bila tengok Zamani nyanyi, terimbas kenangan lalu masa sekolah. Setakat tu je la. Takde kaitan dengan hati dan perasaan langsung.

Macam tu juga la perasaan aku bila tengok Kim Rae Won  dalam drama Doctors. 2 bulan lepas Kim Rae Won datang Malaysia. Ada sesi bertemu peminat kat Pavilion. Aku takde la rasa nak pergi jumpa. Sebab bukan fanatic. Lagipun dah kawen ni, dah ada anak, macam tak tergamak nak ketepikan anak2 demi benda2 lagho cenggitu. Ewah. Yeeeee je kan.

Sebut pasal hero Korea, aku ni oleh sebab umur dah nak masuk waktu asar (hekhek), aku tak berapa minat sangat hero2 muda yang muka plastic surgery. Aku minat hero2 tua yang muka keKoreaannya masih lagi pekat. Aku masih boleh terima kalau hero korea buat surgery sekadar buat double eyelids atau pun sikit nose job je. Maksudnya takde la sampai nak bedah kecikkan rahang, buat dagu apa semua. 

Owh. Sungguh KPop entry post ini. Sarang hae poink poink. Kamsahamnida. Bee anhae. Fighting! Ceh tetibe. Kbai.







Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...