Iklan! Iklan! Sila Click!

11 October 2016

Kau Ketinggalan La Makcik!

Sejahteralah ke atas kamu...

Kawan-kawan ofis aku ni melampau tau. Masa aku cuti bersalin, derang pos gambar kuku yg derang cat guna nail polish. Marah sungguh aku. Main nail polish tak ajak aku. Nail polish yg kawan-kawan aku pakai tu jenis peel-off. Itu pun sebab ada salah seorang kawan aku yang aku panggil dia Harimau Bintang, ada anak dara yang masih bersekolah rendah. Anak dara si Harimau Bintang tu la yang membawa masuk nail polish peel-off tu ke ofis kiterang. Kalau tidak, makcik-makcik macam kiterang ni, mana la tahu akan kewujudan natang tu dalam dunia ni. Ingatkan jenis cat kuku yang macam cat yang takleh tanggal tu. Takut hoihhh nak pakai yang jenis tu, sementelah orang bercerita tentang jika mati dalam keadaan masih memakai cat kuku, nanti cat kuku tu takleh ditanggalkan daripada kuku walaupun dengan menggunakan nail polish remover. Jadi, kuku si mati perlu ditanggalkan daripada jari-jarinya. Spooky huh?

Nampak tak kat sini, jangankan budak-budak boleh terpengaruh. Kawan-kawan aku yang tahap-tahap ustazah ni pun boleh termakan dengan godaan nail polish. Dah, kata pompuan kan? Kalau dah namanya pompuan tu, mesti teringin nak pakai. Lagipun senang nak tanggalkan untuk berwuduk. Seronok la kita.

Aku masa tengah cuti bersalin tu, menggelupur rasa nak masuk kerja sebab nak gi main kuku-kuku dengan kawan-kawan. Pastu bila aku masuk ofis, aku suruh kawan aku bawak dtg ofis nail polish yang dia beli tu sebab aku nak try. Aiiii, pah ke ceroh dia tak bawak. Asyik lupa je. Taknak main dengan aku la tu. Takut aku pakai habis la tu cutex dia. (Ketawa tekup mulut dengan 2 belah tangan).

Lama sangat aku tunggu kawan aku nak bawa kat ofis, pastu aku nak gi beli kat kedai pun aku tak reti, lagipun tak tau kat mana ada jual, aku beli thru online je la penyudahnya. Teruk sungguh. Memang makcik-makcik sangat perangai kau kan kak? Ni memang balas dendam ni, Aku beli 8 kaler nail polish peel off tu. Okay starting from now let me call it 'cutex'. 

Lepas dah beli 8 kaler tu, aku dah berjaya buat kawan-kawan aku jaki. Kami pun seronok je main warna-warna kuku time lunch hour kt ofis. 

Pastu kan, kawan aku si Harimau Bintang tu dia taknak kalah. Senyap-senyap dia beli juga cutex yg macam aku beli tu sampai 20 botol!!  Maju sungguh. Seronok sungguh kehidupan kami bila dpt cuba satu persatu warna yg ada. 

Tak terhenti di situ je, dari masa ke semasa kami masih lagi membeli warna-warna cutex yang cantik yang kami belum ada. Semakin hari semakin tamak. Pantang ada salah seorang yang nak buat pembelian online, pasti ada kawan-kawan lain yang nak selit order. Padahal, kalau tanya orang lain, dah lama dah mereka tau pasal peel off cutex ni. Kiterang je yg ketinggalan zaman.  Hukhuk. 

Mari aku kongsi sikit kaedah memakai cutex peel off ni. Sorry ye, gambar-gambar ni agak disgusting. Sebab model tangan ni kulitnya hitam. (Aku la tu. Hahah.)

1. Untuk first-timer, masa pakai tu memang akan comot. but don't worry, practice makes perfect.

2.  Perlu pakai tebal sikit, jangan terlalu nipis pada kuku. Nanti susah nak peel it off. Kalau pakai tebal pula jangan sampai terlalu banyak nanti bertakung pun tak cantik juga. 

3. Pakai cutex tak perlu sampai betul-betul tepi kuku. Nanti susah nak tanggalkan.




4.  Kalau nak mudah tanggalkan cutex peel off tu daripada kuku, boleh cuba basuh tangan, basuh pinggan lagi baik. 

5. Cara lain untuk mudah tanggalkan cutex ialah dengan menggunakan wet tissue. 

6. Boleh combine warna ikut kretiviti. Boleh lapiskan dengan glitters.

Persoalannya, boleh ke pakai cutex ni? Huhu. Aku pegang sebagai harus la kot. Sebab pakai bukan untuk tunjuk ke sesiapa dan bukan berniat untuk impress kan sesiapa. Tak pakai depan orang pun hanya pakai sewaktu di meja kat ofis je. Dan lagi satu, bila nak ambil wuduk untuk bersolat, senang ditanggalkan. InsyaAllah sah wuduk.



Ini aku pakai pink cair code 05 + gold code 54

Sebelum aku tutup karangan aku ni, ingin aku kongsikan, aku beli peel off nail polish ni jenama BK. Di Shopee. Harga RM5 sebotol. Sekian.


Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...