Iklan! Iklan! Sila Click!

08 September 2016

All About Yafith

Sejahteralah ke atas kamu.....
Aku kononnya dah serik nak mengandung lagi selepas kelahiran anak pertama, Luth. Lelahnya, sakitnya tak reti nak explain. Sehinggakan, aku pernah mentioned di dalam salah satu post aku di blog ni, yang aku rasa anak aku cukup sorang je lepas aku bersalinkan Luth. Syukurlah Allah menegur aku melalui komen seorang pembaca blog aku, en nizam namanya. Dan aku menarik semula kata-kata aku tu dan mohon ampun.

Sebelum aku mengandung kali kedua, suami aku kata kalau dapat seorang lagi anak lelaki dia nak namakan dengan nama Jarfit. Aku dalam hati, "kejadah mende nama Jarfit tu. Pelik je.". Aku buat tak tau je mula-mula. Tapi bila sebut pasal anak kedua je, mesti dia dok sebut nama Jarfit, Jarfit, Jarfit. Dia kata nama anak Nabi Nuh. Aku memang tak berkenan lalu dengan nama tu. Pertama sebab tak sedap. Kwang2. Kedua takut kena kecam dengan family dan org sekeliling . Huhuhu.

Pastu aku pregnant. Dapat tau anak lelaki lagi. Aku pulak memang dah takde nama boy yang aku berkenan. Semua aku nampak macam tipikal. Aku bukanlah nak nama canggih sangat. Asalkan rare dan simple. Nama Nabi banyak yang aku suka. Tapi banyak sangat benda aku fikir. Takleh sama dengan nama orang sekeliling. Takleh sama dengan nama ayah kawan2. Takleh sama dengan nama anak2 kawan terdekat. Ramai yg suggest nama Nuh. Tapi ada kawan dah nama Noah. Anak kawan sepejabat pun nama Noah. Nama anak sedara pun Noah. Pendek kata, nama Noah mmg tengah 'in' arrr sekarang. Nama Yusuf pun aku suka sebab nabi yang hensem. Tapi anak ofismate aku pun dah ada nama Yusuf. Ayyub sama dengan menantu makcik suami. Ismail nama ayah kawan aku. Yunus pun nama ayah kawan aku. Zakaria nama bos aku. Harun nama anak Zakaria bos aku tu. Adam pun anak kawan aku. Haihh... Buntu nih. Buntu.

Dalam masa yang sama, si suami dok sebut-sebut nama Jarfit. Eiii... Aku kabo doh aku takmboh. Degil laki aku ni. Pastu ada aku terbaca salasilah nabi-nabi. Aku ternampak nama anak nabi Nuh ada 3, Ham, Sam dan Yafith. Then tetibe rasa macam tersuka pulak nama Yafith tu. Dah yang Jarfit tu datang dari mana pulak la laki aku ni. Hehe. Aku pun mula la buat kajian. Kajian Google la apa lagi. Googler sangat nih.

Dalam bahasa Inggeris, nama anak nabi Nuh yang ketiga tu dieja 'Japhet'. Manakala di dalam bahasa Arab, ejaannya ialah Yafith. Ya, alif, fa, ya, tsa. Memang takde makna, tapi takpe la, ambil sempena nama orang terdahulu. Ikut pembacaan aku di Wikipedia, selepas banjir besar itu surut, anak2 nabi Nuh la yang membentuk peradaban manusia baru selepas nabi Adam. Dan Yafith adalah the father of Roman. Asal usul orang2 Rom, belah2 Itali dan Mediterranean adalah daripada Yafith.
Tapi still aku tak la terlampau minat sangat dengan nama Yafith tu. Biase-biase je. Aku mengadu kat kawan meja sebelah kat ofis. Aku kata aku buntu sungguh nak letak nama anak aku ni. Pastu kawan aku kata, bagi je la suami aku pilih nama yang dia suka. Mana la tau kot anak kedua ni ikut muka suami aku pulak. (maklum la, Luth anak sulung aku tu memang ngikut muka aku). Bila kawan aku bagi cadangan gitu, aku termakan juga la. So, aku pun setuju la nak bagi nama anak aku yang kedua ni sempena nama anak nabi Nuh. Dengan syarat ejaannya Yafith, bukan Jarfit seperti yg suami aku idam-idamkan tu.
Lalu lahirlah Yafith. Luth sebut nama adik dia 'Yapik'. Erm.. Boleh la tu Luth, asal bunyi. Tapi, Yafith anak aku tu, takde la macam muka papa dia pun. Tapi tak juga macam muka Luth. Tak tau dia ikut muka siapa. Sekali sekala aku rasa macam muka abah aku. Dagu sejemput gitu.

Baby kan, sepatutnya seminggu selepas lahir kena bawa dia jumpa Paed untuk follow up takut ada jaundice ke tak. Aku hari ke 7 tu masih belum habis dengan confinement lady. Pastu suami aku pun masa tu ada benda yang dia perlu uruskan jadi aku nak postpone la appointment Yafith utk berjumpa Paed kat Shah Alam Specialist Centre. Bila aku cuba set appointment lain, kebetulan Paed yg check Yafith selepas lahir tu (Dr Nazir), bercuti 2 minggu. Dah kalau 2 minggu lagi, aku dah balik kampung. So, kelam kabut sangat aku tak bawa pun Yafith pegi jumpa doktor. Huu. Orang yang datang melawat Yafith ada yang kata Yafith nampak kuning. Kena gi check. Aku memang nak gi, tapi aku ni macam jenis lembab kelubi skit. Bertangguh dari sehari ke sehari. Sehingga hari yang ke-30, baru aku bawak Yafith ke klinik. Memang doktor klinik kata masih ada kuning sikit. Bayangkanlah,  hari ke 30 masih ada kuning tapi sikit je, maksudnya doktor tu kata prolong jaundice. Doktor di klinik tu minta aku refer Yafith ke hospital untuk test takut ada infection. Test urine. Aku debor terus la kalo dengar hospital. Tapi aku tanya pendapat doktor dalam keluarga aku. Katanya takyah risau sangat sebab dah 30 hari. Kalau ada infection baby akan demam. Tapi Yafith tak demam, so aku konsider macam takde apa-apa la kot. Konpiden je. Aku harap Yafith sihat la sentiasa. Semua ibu mahukan anak mereka sihat kan? Sekarang dah kemain dompok budak Yafith ni. Berat dia dah 7kg. Pipi macam pau ayam dah. Rambut dia, papa dia cukur masa umur 21 hari. Tak sempat nak cukur hari ke 7 tu. Sekarang rambut tumbuh kemain lebat dan keras macam berus dawai. Ikut sape ntah rambut keras ni. Heheh. Ikut mama lettew. (i'll take all the blame... Sob..sob..)

Ramai yang tanya, Luth okay ke dengan adik dia? Tak jeles ke? Tak buat adik dia ke? Well, tak. Luth sayang sangat adik dia. Cuma dia macam selalu nak ajak adik main tapi tak reti nak control pegang adik dengan kasar. Ada ke diajaknya adik main berlawan. Baru kejap tadi dia letak bantal kecik atas belakang badan adik dia yang tengah meniarap. Berkuis-kuis adik dia macam penyu. Yang buat aku jadi tak berapa risau Luth ni ialah sebab dia memang jenis budak yang berhalus. Gentleboy. But still, I could not put a fully trust on him. He's only a kid. Aku memang tak tinggalkan Luth lama-lama dengan adik dia. Setakat gi mandi atau solat tu boleh la. Kalau aku memasak pun kejap2 kena jenguk.

Okay la. Tu je la cerita Yafith. Penat dah aku merapu. Haha. Macam biasa, post aku macam anti-klimaks. Muahaha. Rasakan.
Membesar dengan baik ye Yafith. Mama sayang Yafith dan Luth. Saranghe!

05 September 2016

Manis-manis Buah Itu Suamiku...

Sejahteralah ke atas kamu....

Bulan 4 dulu, aku bersalin kali kedua. Due date sepatutnya 5 Mei, tapi dia tazaba pulak nak keluar dalam keadaan aku ada banyak lagi benda yang belum diselesaikan. Meja kat ofis pun aku tak kemas. Kemudian ada beberapa barang yang aku tak sempat nak beli.

Barang yang aku tak sempat nak beli tu pula agak penting. Takleh kalo takde. So, selepas 2 minggu bersalin aku hajak husben gi Fabulous Mom kat area ioi mall Puchong. Sejak dah jadik mak-mak pegi pasar ni, aku dah kureng berminat nak pergi shopping mall. Aku prefer pergi butik yang dekat lot kedai. Senang, park kereta luar kedai, masuk kedai beli barang dan berambus kau dari situ! Lebih selamat untuk kesihatan tapak kaki dan juga kesihatan dompet anda. Manakan tidak, kalau masuk shopping mall, lalu kat macam-macam jenis kedai, pastu singgah. Terutamanya yg jual makanan. Bahaya. Bahaya. Ish ish ish (geleng kepala).

Bila sampai di lot kedai di mana Fabulous Mom itu terletak, husben aku parked kereta depan kedai, tapi tak la betul2 depan kedai. Bersebelahan 2, 3 buah kereta juga daripada depan tangga untuk ke Fabulous Mom tu. (Kedai tu kat tingkat 1. Kena naik tangga.).

Aku suruh husben aku tunggu dalam kereta je dengan Yafith dan Luth. Sebab aku perlukan 'me time' untuk shopping dengan aman. Lagipun Yafith masa tu baby sangat lagi. Bau syurga tu masih pekat lagi. 

Aku keluar kereta dan terus ke tangga dan masuk kedai. Aku nak beli nursing bra sebenarnya. Jadi memang ambik masa yang lama la nak test satu persatu. Daripada pelanggan ramai dalam kedai tu, sehinggalah tinggal aku seorang je customer kat situ. Masa aku tengah fitting dalam fitting room aku dengar telefon di kaunter bayaran berdering. Aku dengar cashier tu jawab panggilan telefon tu, tapi aku memang tak fokus dan tak ambik port langsung dengan perbualan dia di telefon tu. Aku terus dengan urusan aku men'try' dan try dengan tamaknya.

Bila aku keluar dari fitting room, cashier tu tanya aku dalam keadaan masih memegang gagang telefon ditangannya, "Puan, nama puan Sa* * * * ke?". 

Eh, aku kaget. Cemana pulak dia boleh tau nama aku. Jackpot sungguh ni. Aku mengiyakan pertanyaan cashier tu. 

Sebelum sempat aku tanya, cashier tu terus menjelaskan, "Suami puan call ni. Dia nak cakap dengan puan.". Aku macam terpinga-pinga. Dalam hati aku, ngape laki aku ni. Debor rasa. Saikonya laki aku. Keke.

Aku sambut gagang telefon itu daripada cashier, lantas bercakap dengan hasben aku di talian. Hasben aku kata dia panik dan risau sebab aku pergi lama sangat, dah la aku tak bawa henfon. Lagipun hasben aku kata dia tak sempat tengok aku naik tangga sebab masa tu dia sibuk betulkan kedudukan anak-anak. Dia takut aku kena culik ke apa. Owoh dia ni. Imaginasi surat kaba metro juga tu.

Lepas bercakap dengan hasben, aku sambung beli botol susu dan beberapa lagi barangan baby. Tapi laju-laju je aku pilih sebab takut anak nangis nak menyusu.

Bila aku sampai kat kereta, aku gelakkan hasben aku. Tanya dia, mana pulak dia dapat no telefon Fabulous Mom tu. Dia kata dia google. Perghhh... Stalkernya. Walaupun aku agak malu bila hasben aku call kedai untuk cari aku, tapi secara jujurnya aku rasa kembang juga hati bila aku tau hasben aku caring sangat. Imam mudaku romantik kan yuolls. 

Pastukan, sebelum raya Aidilfitri yang lalu, aku ada buat speck mata baru. Power speck mata dah naik jadi 5.00 dah setiap sebelah mata. Maksudnya contact lens aku pun lepas ni kena beli yang power lebih tinggi la daripada sekarang. Sekarang aku pakai 4.25. Naik lagi la hoih. Okay itu hanya kisah selingan. Bila speck aku tu dah siap, dah bawak balik rumah, sekali aku rasa macam longgar sikit. Tu la, masa staff kedai speck tu suruh fitting aku macam berlagak poyo dan confidence lebih. Jadi, esoknya aku kena pergi lagi sekali kedai speck kat MidValley tu untuk ejas sikit skru speck tu untuk bagi ketat. Aku nak balik kampung terus lepas ambik speck tu. Jadi taknak lama-lama nak hangkut anak-anak kang leceh. Jadi, aku suruh hasben aku tunggu kat parking je dalam kereta dengan anak-anak kemudian berpesan, "Jangan call pulak Focus Point nanti ye. Mama gi kejap je ni". Haha. Aku nganjeng dia je. Bengang hasben aku sebab aku memang selalu nganjeng dia pasal call kedai tu. Apapun. Thanks to my hubby for loving me unconditionally. Titik.

Nah, belanje satu lagi gambar masa raya. Baju anak beranak ni semua ai jahit sendiri tau. Hasben request jubah lengan pendek. Aku redah je walaupun tak penah belajar jahit jubah lelaki. Hantam saja. Suka rasanya bila menjadi dan nampak terletak je bila hasben aku pakai. 



02 September 2016

Peraturan Dalam Rumah!

Sejahteralah ke atas kamu.

It's been a while.

Okay, let me tell a story. Dalam rumah aku, ada peraturan-peraturan tertentu yang aku tetapkan untuk semua orang. Luth, papa Luth dan Yafith pun kena. Muahahaha. Aku agak kejam di situ. Alaaa, tapi semuanya untuk kebaikan keluarga juga. Dan sebenarnya orang yang paling banyak kena ikut peraturan macam-macam tu hanya Luth sorang je. Orang lain takde la mende sangat nak kena ikut.

Peraturan yang general untuk semua orang dalam rumah ialah:

1. Dilarang Makan Di Atas Karpet.
Kalau nak makan sambil tgk tv, silalah makan di atas lantai di tepi karpet. Kalau tidak, aku akan membebel berkarung-karung. Kalau ikutkan aku nak buat peraturan, 'jangan makan sambil tgk tv' terus. Tapi tak berapa nak logik sebab jarak meja makan dengan depan tv tu hanya lebih kurang 4 langkah je. Rumah kan kecik. Walaupun kecik, rumahku istanaku tau. Wowww.

2. Susun Selipar Sebelum Masuk Rumah.
Yang ni aku rasa biasa je kot untuk setiap rumah. Mesti la kena susun selipar, letak kat rak kasut. Luth pun memang menyerap peraturan ni dengan baik, sejak umur 2 tahun dia dah susun selipar dia sendiri tanpa disuruh.

3. Sinki Perlulah Sentiasa Kosong.
Aku ni agak pemalas tapi aku tak suka bersepah. Jadi aku buat peraturan supaya aku tak perlu buat kerja. Hehe. Dalam sinki tu aku memang takleh kalo ada pinggan yang tak basuh. Aku pesan siap2 kat hasben ai, kalau taknak basuh pinggan lagi, letak pinggan kotor tu kat atas tepi sinki tu takpe, asalkan jangan kat dalam sinki. It's a big NO. Part ni aku rasa hasben aku okay kot sebab kalau ikutkan, dia lagi la pengemas daripada aku. Rajin plak tu. Kacak plak tu. Eh, terpuji lebih-lebih pulak.

4. Jangan Sangkut Baju Merata.
Yang ni biasa hasben aku la. Sangkut kat kerusi makan. Sangkut kat birai katil. Sangkut kat baby chair Luth. Kadang2 kat tempat yang tak berkaitan langsung seperti di atas water dispenser. Daaaa?! Aku bebel jugak la, tapi dia selambe je menjawab. Dia kata dia tumpang kejap je, atau ayat yang selalu dia jawab, "ala, sementara je". Zaba je la.

Itu antara peraturan untuk semua orang. Peraturan-peraturan untuk Luth pulak lagi la banyak. Nasib kau la nak. Ini di antaranya;-

1. Main Tab Hanya Pada Jumaat, Sabtu dan Ahad Sahaja.
Dah zaman gadget. Takkan la aku tak bagi langsung dia main gadget kan? Kena ikut peredaran zaman juga. Dah cuba ko bayangkan kalau zaman kita kecik dulu, mak kita tak bagi kita main lompat getah atau main batu seremban. Mau kita jadi naik gila kan? Setakat ni peraturan main hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ni Luth masih boleh serap. Aku bersyukur sebab dia ni memang reti bahasa. Aku tak susah nak ajar dan jaga dia. Yang kelakarnya, ada sekali tu sebelum aku bagi tab, aku cakap, "boleh main tab hari ni, tapi Luth kena.....?", aku sengaja biar tergantung ayat tu nak suruh dia sambung. Dia jawab sambil mengekek-ekek suka, "........kena kemas mainannnnn". Aku pun iyekan terus la padahal sebenarnya aku nak suh dia makan nasi je malam tu. Dah dia offer plak nak kemas mainan, rasa nak melompat plak mama rasa.

2. Dilarang Bawa Mainan Ke Tempat Tidur.
Luth dan Yafith masih tidur bersama kami. Aku memang stressed out kat Luth, jangan bawa mainan kat atas katil. Kalau kami ajak dia tidur waktu dia tengah main mainan, then dia bawak mainan masuk bilik, aku suruh dia pergi simpan balik mainan tu. No way. Tapi kadang-kadang ada gak terlepas. Pandai dia, bila aku dah tidur, dia senyap2 gi ambik mainan dia. Biasanya satu je dia bawak. Aku kalau dah tidur aku dah takde mood dah nak membebel. Aku bior je la.

3. Makan Aiskrim atau Coklat Hanya Selepas Makan Nasi/makanan berat.
Kat umah aku biasanya memang ada aiskrim. Penting tu. Untuk dijadikan umpan untuk Luth dengar kata. Keke. Tapi yang lagi kuat makan eskem dan selalu ngabihkan eskem ialah papa dia. Aku kureng skit eskem. Kena ikut mood kalo nak makan. Biasanya kalau Luth nak aiskrim, aku akan pastikan dia makan nasi dulu. Lepas tu baru aku bagi dia aiskrim. Itupun 5 suap je. Kadang2 aku umpan dengan Horlick Malties. Itupun aku cuma bagi 3 ulas je. Kalau vitamin C atau vitamin kanak-kanak pun sama. 3 ulas je aku bagi. Certain time kalau prestasi dia bagus sangat macam dia dah kemas mainan sendiri ke, aku up sikit dos gula-gula. Jadi 4. Itupun dia dah menggelitik gembira. Terhibur pulak aku rasa. Yelah, mana taknya. Dia appreciate sangat padahal aku masa kecik dulu, nak makan cekelat sekilo pun mak aku takde marah pun. Ehee. Luth ni dia sangat choosy. Picky eater orang putish kata. Tapi yang bagusnya bila dia macam tu, dia memang tak makan sebarangan la. Kalau orang bagi makanan pelik-pelik sikit je, mmg dia refused. Nenek pengasuh bagi air sirap pun dia taknak sbb warna merah. Sumi jelly pun tak makan. Air kotak pun dia taknak kecuali susu dutch lady. Nuggets pun taknak. Burgers apatah lagi. Kalau jajan cikedis, yang potato chips macam Mr Potato atau Pringles dia makan la. Tapi dia tak pernah mintak kalau gi kedai.

4. Kalau Pergi Kedai Hanya Boleh Tengok Je Mainan, Tak Boleh Beli
Ini dah kira peraturan luar rumah. Tapi applicable hanya untuk Luth. Dia dengar kata je setakat ni. Memang tak pernah lagi menangis kat kedai atau pasaraya sebab nak mainan atau nak coklat atau nak eskem. Tapi pernah sekali ari tu dia menangis kat Midvalley bila aku suruh dia berhenti main kat games arcade dan ajak balik. Hahah. Comel. Tu pun aku tak turutkan terus. Aku bagi dia syarat dulu. Kalau nak main lagi, kena ikut mama dengan papa beli barang dulu, lepas tu baru sambung main. So dia okay la lepas tu. Lega aku.

5. Cium Adik Guna Hidung.
Luth ni sejak ada adik, dia punya cium kat adik dia sampai berlendir muka adik tu. Cium guna mulut kena air liur. Geli aku tengok. Menderita sungguh nasib adik dia. Aku selalu je larang dia cium adik dia. Nanti dia mesti dia jawab, "Luth nak cium guna hidung je". Haihh. Geram kiteww.

6. Jangan Gigit Kuku.
Orang kata kalau budak gigit kuku ni kecacingan. Ye ke? Habit dia gigit kuku sampaikan aku langsung takyah potong kuku dia guna pengetip kuku. Sentiasa pendek. Bab yang sentiasa pendek tu dah betul dah. Tapi selekeh la, kotor. Yekkk sangat kau ni Luth. Aku dah marah tak jalan. Aku dah slow talk tak jalan. Aku soft talk pun tak jalan. Aku bagi reverse psychology pon tak berjaya jugak menghentikan tabiat gigit kuku dia tu. Last sekali aku hypnose dia. Masa dia tengah tidur, aku cakap kat dia, "Luth tak gigit kuku kan?". "Luth tak suka gigit kuku kan?", "Gigit kuku tu kotor kan?". Setiap ayat aku tu, dia akan angguk. Kalau angguk tu maksudnya masuk dah dalam minda separa sedar dia. Aku ulang lagi selama beberapa hari. So, sekarang dia dah tak gigit kuku. Sebab aku tengok kuku dia dah panjang. Baru semalam aku potong kuku dia guna pengetip kuku. So, parents. Baca ni. Kalau ada apa-apa yang kita nak anak kita ikut cakap kita, boleh cuba cara hypnosis ni. Eh, aku ada sijil tau. Tapi level beginner je la. Kahkah. Cukup la tu, tau sikit sikit.

7. Letak Botol Susu Di Sinki.
Aku baru je buat peraturan ni dalam 2 minggu. Aku suruh Luth hantar botol susu ke sinki selepas dia minum susu. Buat masa ni, kadang-kadang dia ikut, kadang-kadang dia buat tak tau je. Tapi aku pun kalau peraturan baru, aku tak kuatkuasakan terus. Bagi masa sikit untuk dia sesuaikan diri.

Itu je la kot peraturan-peraturan yang aku ada untuk keluarga aku. Hasben aku pun ada juga buat peraturan. Peraturan buang sampah ikut kategori. Tapi tu memang perlu buat juga sooner or later kan. Kiranya dia dah suh kami berlatih buat dulu la sebelum PBT wajibkan asingkan.sampah. Demi menyahut seruan YB KJ.

Korang pula macamana? Ada peraturan-peraturan yang menarik untuk dikongsi? Mana la tau kan, kot-kot idea menarik yang boleh aku apply kat rumah aku pulak.

Aku belanje gambar Yafith sekeping. Ni nenek pengasuh panggil anak Oshin. Sbb mata sepet sgt ni. Dah tu, aku ke yang Oshinnya? Ke papa dia?

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...