Iklan! Iklan! Sila Click!

16 February 2016

Isteri Cemerlang VS Isteri Pemalas

Sejahteralah ke atas kamu....

Isu ni mungkin dah basi bagi kebanyakan Netizens, tapi takpe la, aku nak juga buat ulasan. Dah kata blogger, kan? Mesti la nak kupas isu-isu hangat di alam maya walaupun pendapat aku bukan penting pun.

Aku percaya, ramai yang dah baca screenshot status daripada seorang wanita yang memanggil dirinya Cik Atenn tu kan? Kalau ada yang belum, biar aku share sikit screenshot status tu.


Masa mula-mula baca status dia ni, aku memang rasa hot. Haiihhh panas hati aku ni. Dalam hati aku berkata, "Kau dah kenapa pompuan? Bajet good-good je ni?", sambil bibir tersenyum sinis sebab aku tau Cik Atenn tu masih lagi belum ada anak. Tapi ternyata aku hanya hot-hot chicken shit je. Aku takde la marah sangat pun. Keke.

Mari aku nak flash back sikit. Suatu masa dulu, sebelum aku jadi seorang isteri, aku macam dah letak mind set bahawa nanti bila aku dah berkahwin dan menjadi isteri, aku akan jadi isteri tip-top. Penampilan aku akan jaga supaya sentiasa cantik berseri dan vogue, rumahtangga akan sentiasa terurus dan akan aku uruskan semuanya sendiri dengan cemerlang tanpa sedikit pun menyusahkan suami. Ewah, giteww azam budak hingusan. 

Waktu tu, aku pelik bila tengok kebanyakan wanita yang  selepas berkahwin je tak jaga penampilan. Seolah-olah dia fikir macam, "aku dah bersuami, aku tak perlu try hard dah untuk kelihatan cantik". Waktu itu juga aku kesian rasa dengan wanita jenis macam tu. Apa salahnya kalau maintain je jaga body, jaga the hotness dan vogueness serta semua 'ness' yang ada kan? Baru la suami tak cari lain. Tu pun salah satu pandangan enteng aku juga satu masa dulu.

Hakikat sebenar, wanita selepas berkahwin tu yang tak jaga penampilan mungkin sebab suami yang suruh pakai moderate je supaya tak jadi perhatian lelaki lain. Walaupun memang ada lelaki yang kisah dan ambil berat tentang penampilan isteri. Itu terpulang kepada jenis suami masing-masing la kan?  Dan sebenarnya ramai yang berpakaian seperti 'makcik-makcik' selepas berkahwin iaitu pakaian longgar, warna baju yang kusam dan tudung besar tu sebab nak tutup aurat. Bukan pasal mereka tak reti melawa. Alahhhh, setakat bergaya tu, apa la sangat. Ada duit, beli baju baru, warna terang, pastu fit sikit bagi nampak bentuk montot dan nenen, nanti otometik akan jadi vogue. Pakai mekap tebal sikit dgn eye shadow yang bersesuaian, nampak la menarik. Sesungguhnya bukan kerja susah pun untuk melaram. Yang susah ialah bila seorang wanita perlu seimbangkan aurat dan penampilan supaya tak nampak terlalu makcik-makcik sangat. Itu pun puas dah berkompromi.

Apa yang aku fikirkan waktu itu bagi aku agak berasas jika aku menjadikan mak dan kakak-kakak sebagai rujukan kalau bab uruskan rumahtangga. Mungkin ada suami masing-masing menolong, tapi mungkin waktu suami tolong tu aku tak nampak. Boleh dikatakan rumahtangga mereka terurus, anak-anak terjaga dan makan minum suami juga terjaga. Memang tip top. Itu pun waktu aku belum kenal bakal mak mentua aku siapa. Kalau waktu tu dah tau siapa sebenarnya yang akan jadi mak mentua, lagi la aku berkobar-kobar nak jadi isteri tip top. Semua benda uruskan sendiri hokey. Mana ada bapak mentua nak tolong dalam pengurusan kerja rumah. Mak aku pun sama. Semua urusan rumahtangga uruskan sendiri, abah aku mana ada tolong. 

Aku bukanlah nak memburukkan kaum lelaki yang sezaman dengan abah aku. Aku cuma nak cerita je yang kejadian lelaki bernama suami yang tidak membantu langsung kerja rumah itu wujud. Dan wanita yang bergelar isteri membuat kerja rumah seorang diri sambil jaga anak itu juga memang wujud. Lelaki zaman dulu, pinggan dia pun tak angkat hantar kat sinki selepas makan. Tinggal je kat meja, biar isteri kutip. Ada yang lagi berperangai dewa, air basuh tangan pun tersedia kat atas meja. Suami memang raja.

Jadi, bila fikir balik status Cik Atenn tu, aku memang tak salahkah dia kalau dia keluarkan status macam tu jikalau rujukan dia ialah kaum wanita di sekeliling dia. Sudah terbukti yang wanita zaman mak-mak kita dulu hebat. Hebat mungkin kerana tiada pilihan. Terpaksa buat semua, sendiri. Sebab kalau nak kata mereka surirumah sepenuh masa, sekarang pun ramai juga surirumah sepenuh masa yang memang marah gila sambil komen maki-maki terhadap status Cik Atenn tu. Sekarang alasan mak-mak ni ialah, bila dah ada anak, nak berak pun tak sempat. Aku setuju tu. Kalau aku duduk rumah jaga anak pun, gitu la juga gayanya anak aku. Aku masuk toilet baru je 4 saat, dia dah melalak kat luar toilet tu suruh buka sebab nak tengok aktiviti aku dalam toilet tu. Ada ke patut? Kang ternampak najis mutawasitah mak dia ni kang mula la tak lalu makan 44 hari. 

Jadi, pernah terfikir tak, cemana mak kita lakukan dulu-dulu?  Hebat kan?

Kita yang menjadi isteri ni kalau nak diikutkan memang la nak memenuhi keperluan suami dengan sesempurna yang mungkin. Isteri mana la yang suka nak biarkan suami buat kerja rumah selagi kita larat nak buat semuanya. Terutamanya masa baru-baru kahwin. Saat itu, semuanya indah dan kelihatan sempurna belaka. Tapi percayalah Cik Atenn, keindahan itu semua hanyalah fatamorgana sebaik sahaja bila ada anak. Bukan pasal dah malas nak buat kerja rumah lagi, masalahnya sebab ko sendiri akan keletihan disamping tidak sempat nak uruskan semuanya tanpa bantuan orang lain. Senang cakap, tanpa bantuan suami. Waktu itu, baru la ko akan rasa betapa tak bersalahnya disaat ko tengok suami ko pegang penyapu apabila rumah ko bersepah, berhabuk dan bersawang. Belum tengok kain baju kotor yang menimbun. Kalau suami tu jenis lelaki tahap sultan, memang takkan susut la timbunan tu selagi isteri tak selesaikan. Tapi kalau lelaki budiman, tentu akan faham dan ringan tulang untuk tolong isteri dia selesaikan rumahtangga.

Ramai orang marah dengan status tu bukan sebab mereka bencikan Cik Atenn tu, cuma rasa bengang sebab statement yang dibuat tu tidak berdasarkan pengalaman sebenar kebanyakan isteri. Itu lebih kepada pengalaman personal yang sepatutnya hanya perlu dibincangkan dengan kawan-kawan secara tertutup je, bukan secara terbuka di laman sosial. Memang la Cik Atenn share status tu di FB dia je, tapi kena ingat, once uploaded di FB, sesuatu tu boleh jadi viral. Kalau dah viral, memang teruk la kena kecam. Kena ambil pelajaran tu ye. 

Untuk Cik Atenn, jika membaca ni... Jangan la putus asa untuk menulis buku ye. Mungkin ini adalah salah satu perjalanan hidup pahit yang awak terpaksa tempuhi sebelum jadi penulis yang berjaya. Allah nak awak belajar dan dapat pengalaman melalui cara ini. Nanti kalau dah keluarkan buku betul-betul, lagi berat dugaan. Kot kena kritik dengan penganalisa buku ke. Lagi pedas kot komen yang akan diterima. Nasihat hakak, kena kutip pengalaman banyak-banyak lagi sebelum tulis buku. Mungkin boleh test market dengan buat e-book sebelum habiskan duit publish buku bercetak.

AKhir kata, all the best isteri-isteri terhebat semua. Teruskan berjuang dalam mengurukan rumahtangga dan mendidik anak-anak hokey. 

11 February 2016

Pengalaman Bersalin Di PPUM

Sejahteralah ke atas kamu...

Sudah hampir 3 tahun berlalu, baru sekarang terbuka hati aku untuk kongsikan pengalaman aku bersalin di PPUM. Saja je malas nak cerita sebelum ni sebab aku rasa pengalaman tu tak menarik sangat. Macam biasa-biasa je. Tapi bila aku teringat, boleh buat aku tersengih sorang-sorang so aku fikir mungkin pengalaman tu kelakar juga kot. Tak tau la kot orang yang baca tu rasa tak kelakar. Kot-kot aku je yang fefeeling sendiri.

Sebenarnya mula-mula aku plan nak bersalin di hospital swasta kat Kuantan, tapi bila aku fikir sedalam-dalamnya, kalau aku bersalin kat Kuantan, bila masa yang sesuai aku nak balik Kuantan? Lepas tu, kalau aku bersalin kat Kuantan, siapa nak hantarkan aku gi hospital? Suami aku dah tentu la kerja. Takkan nak tunggu dia balik dari KL untuk hantar aku? Lagipun aku ni bukan orang kaya pun. Kalau duit untuk bersalin di swasta tu hanya mampu bayar untuk bersalin normal. Aku ni takut juga kalau tetibe doktor kata aku kena bersalin melalui pembedahan. Karang terpaksa gadai emas kang nak bayar bil hospital. Jadi, untuk tidak merunsingkan hati suami, aku decide je la nak bersalin di PPUM. Dekat dengan rumah lagipun. Dalam hati hanya berdoa agar kelahiran anak aku tu tidak disambut oleh doktor lelaki. Itu je concern yang paling utama.

Due date aku ialah 18 Mac 2013. Aku dah apply cuti bersalin awal seminggu daripada tarikh tu. Cuti bersalin aku 3 bulan, jadi kalau cuti awal seminggu tu apa la sangat kan. Kira cincai boncai je la. Tak larat sebenarnya dalam keadaan sarat mengandung tu ko nak drive dalam traffic jammed untuk ke pejabat. Nak bawak diri pun tak larat dah time tu. Yang mampu hanya baring terpukang. Lagi pulak aku memang spesis pemalas. Muahahah. Aku dan baring tu ibarat aur dengan tebing, tidak dapat dipisahkan lagi.

13 Mac 2013, bermula daripada pagi bangun Subuh tu aku dah mula rasa sakit sikit-sikit. Aku rasa agak mudah untuk aku kenal sakit contraction tu sebab sebelum tu aku langsung tak pernah rasa false contraction ataupun Braxton Hicks. Jadi, bila rasa sakit tu lain macam aku terus boleh agak dah tiba masanya. Masa mengandungkan Luth dulu, rasa perut mengeras pun aku tak tau. Seolahnya budak kenit tu tak pernah mengeraskan badan pun sewaktu dalam rahim aku. Betapa sopan santunnya anak aku yang sorang tu.

Aku terus je ajak suami aku pergi ke hospital pagi tu. Dalam jam 9 pagi aku sampai hospital, nurse terus suruh aku masuk wad, tukar baju dan terus kena berpisah dengan husband aku. Tak sempat dah aku nak berjiwang-jiwang karat dengan suami sebelum masuk wad. Aku ni dah la cengeng. Tetiba dia suruh suami aku tunggu kat luar. Henfon pun tak boleh bawak. Huhu... Sedih titew. 

Doktor datang untuk check bukaan sewaktu jam 10 pagi. Bila doktor check, bukaan baru 1cm. Eheee... Sengih kambing je aku bila doktor bagi pilihan untuk balik rumah dulu sementara tunggu bukaan jadi lebih besar. Doktor bagi balik rumah tu sebab rumah aku memang dekat sangat dengan PPUM. So, aku dengan hati kudusnya, balik le rumah. Selamat la masa tu suami aku memang setia tunggu kat luar ruang legar je. Tak la susah aku nak cari dia(sebab henfon kan takde pada aku.).

Hari tu suami aku tak gi kerja. Tugas dia ialah temankan aku je kat rumah. Sebab aku takut kang tiba-tiba sakit datang lagi. Lepas balik tu, aku masih rasa sakit. Tapi tak kerap. Bila dah jam 5 ptg tu sakit makin kerap. Aku mengadu kat husband, aku kata takleh jadi ni. Kena pergi hospital semula ni. Tapi aku decide nak gi hospital selepas solat Isyak. Senang selesaikan semua dulu, baru masuk wad. Sementara nak tunggu Isyak tu, tanggung je la contraction yang makin lama makin kerap dan makin sakit.

Kami ke hospital semula jam 9 malam. Sama macam tadi, kena masuk wad, tukar baju, henfon takleh bawak, duduk la dalam wad tu kekejungan. Sedihnya aku rasa sebab tak dapat ditemani oleh suami. Aku memang rasa takut sangat. Tapi takut je la kau sorang-sorang kat situ. Dalam wad ada 4 orang. Semuanya tengah tunggu waktu nak bersalin. Aku tidur-tidur ayam je. Doktor bagi aku sedut gas yang aku rasa tak membantu langsung pun. Sakit tu terlalu kuat untuk dilawan dengan gas yang tak seberapa tu. 

Jam 4 pagi, aku rasa makin sakit, sampai suara aku mengerang kesakitan tu terkuat pulak. Jiran depan katil aku kata, kalau tak tahan sakit, boleh panggil nurse dengan menekan loceng yang ada kat tepi katil. Aku memang nak panggil nurse dah, tapi aku gi toilet dulu sebab aku rasa macam ada something keluar daripada faraj aku. Eh, lucah ke ayat ni? Ehee. Sorry ye. Aku check, tengok-tengok ada kesan darah dan lendir putih yang keluar, agak banyak. Lepas tu baru la aku panggil nurse dan bagitau nurse pasal keluar darah tu. Nurse pun bawak aku masuk ke labour room guna wheel chair. Selamat la dia tak suruh aku berjalan sendiri. Kalau tidak aku nangis je kat situ sambil hentak kaki.

Masuk je labour room, bermula la episode yang tak best dalam kisah bersalin aku ni. Ada beberapa orang doktor pelatih, lelaki, cina yang ada dalam labour room. Masa mula-mula tu doktor senior yang attend aku. Doktor (pompuan) tu check bukaan, dia kata 4 cm. Lepas tu aku sempat request dengan doktor, aku taknak doktor lelaki yang sambut aku. So, doktor tu iyekan aje la. Masa tu aku dikerumuni doktor-doktor pelatih lelaki dan perempuan. Dan sorang-sorang cuba masukkan drip pada tangan aku. Memang tak berjaya. aku rasa dalam 8 kali kot baru berjaya cucuk pada salur darah yang betul. Memang panas hati aku. Sebab aku ni dah la takut jarum. Aku tengah sakit contraction pulak tu masa tu. Dengan tangan yang kena cucuk berapa kali. Sampai penuh lebam pada tangan aku, kiri dan kanan. Haihhh...marah ni...marah. Tapi semarah mana pun aku, aku cuma pendam je. Sebab takde gunanya ko nak tunjuk belang kat tempat yang belang ko tak laku pun kalau ko tunjuk. 

Lepas dah dapat drip tangan aku, aku pun menunggu je la. Sambil tunggu tu, CTG dipasang pada perut. Doktor pelatih cina lelaki  yang 2,3 orang tu pulak asyik la keluar masuk dalam labour room tu untuk pantau bacaan CTG tu. Aku memang tak buka tudung la waktu tu. Lepas tu dalam kesakitan tu, aku diarahkan untuk baring diam-diam je terlentang. Ko bayangkan la. Kita ni masa mengandung kalau duduk kat rumah sewaktu tak de sakit contraction pun memang tak selesa baring terlentang kan? Ni pulak waktu sakit cenggini, kita disuruh baring statik je jangan bergerak. Sebab dia takut bacaan CTG tu terjejas. Bila aku bergerak je, doktor pelatih cina tu membebel kat aku sambil kata, berapa kali dia nak ulang supaya aku duduk diam-diam? Waktu tu, bukan setakat perut aku je contraction, dengan hati-hati aku sekali sakit contraction tahuk? Eiii.... 

Last sekali bila doktor lelaki cina tu marah aku untuk ke sekian kalinya, semasa dia sedang betulkan tampalan CTG machine tu pada perut aku, aku tetibe je naik hangin, aku genggam lengan dia guna kedua-dua belah tangan aku, sambil aku hogoh tangan dia. Hogoh Pahang hogoh. Pastu aku cakap kat dia kuat-kuat, "sakit tahu tak?". Then muka doktor tu berubah ketakutan. Dia tanya aku dengan nada panik, "eh, eh apa you buat ni" dengan gaya macam aku nak perkosa dia pulak. Padahal dia yang mengacau aku. Punya kuat aku genggam lengan dia, sampai dia macam struggle nak lepaskan tangan aku tu. mUahahaha... Lepas dia betulkan CTG tu kat perut aku, laju-laju dia keluar daripada labour room. Lepas tu aku dah tak nampak lagi dah muka dia masuk dalam labor room aku tu. Hahahaha. Tahu pun takottt bila aku bertukar jadi mak lampir.  Jangan main-main dengan mak lampir ye.

Aku masih menunggu dalam labor room. Aku cakap pada nurse yang temankan aku dalam labor room tu. Aku nak berak. Sebab mendengar kawan-kawan aku cerita, sebelum bersalin biasanya nurse akan bagi ubat untuk berak. Tapi kat aku nurse tak bagi pulak ubat untuk berak tu. Pastu nurse tu jawab apa, "Eh, takpe, takpe. Kita memang nak tunggu awak rasa macam nak berak. Awak berak je la kat situ". Sampai hati dia tak bagi aku gi toilet. Sebab dia kata nanti susah nak buka semua mesin-mesin yang pasang kat perut aku tu. Okay... takpe. Kalau nurse dah kata gitu, aku berak jela atas katil tu. Aku tahu rasa tu memang rasa nak berak. So, aku teran je berak. Kahkah. Nak sangat kan? At least aku ni jenis yang patuh pada arahan nurse. Tak mau cari pasal dengan nurse. 

Waktu tu aku dipakaikan selimut daripada pinggang ke kaki. So walaupun aku berak, nurse tak nampak. Last sekali bila aku rasa memang dah tak selesa sangat, aku tanya nurse, "sebenarnya kita tengah tunggu apa ni?". Nurse cakap, "tengah tunggu awak rasa nak bersalin la". Sebenarnya masa tengah tunggu tu, bila aku rasa contraction je, aku lawan rasa sakit tu dengan meneran. Jadi, bila aku dah tanya nurse kita tengah tunggu apa tu, baru la nurse buka selimut aku tu. Pastu muka dia terkejut gile la sebab dia tengok ada berak aku sekali kat situ. Kahkah. Dan aku rasa bukaan aku dah 10cm kot sebab nurse tu kelam kabut panggil doktor Fazira. Doktor Fazira pun doktor pelatih, tapi aku tak kisah, asalkan perempuan. Nurse cuci hasil kumbahan aku atas katil tu. ganti dengan alas baru, lepas tu laju-laju je pakai sarung tangan sorang-sorang. Berlari-lari doktor masuk dalam labor room. Lepas tu doktor suruh push, aku push sekali then aku rasa doktor gunting sikit perineum aku, then dia suruh push lagi sekali, then keluar la budak kenit cikenit cekedis aku tuh. 2 kali je teran. Waktu tu jam 6.45 pagi. Aku dok terfikir, nak solat subuh waktu tu. Heheh. Mengarut je, padahal dah tentu takyah solat subuh dah kalau dah bersalin. 

Sebelum tu, doktor senior dah pecahkan air ketuban aku. Dan aku pun ada ambil suntikan pain killer yang sama je tak membantu macam gas yang aku sedut tu. So, waktu lepas bersalin tu, aku macam kesakitan sangat. Nurse angkat baby aku, tunjuk kat aku dan tanya lelaki ke perempuan nak suruh aku confirmkan. So, aku nampak la punai dia, then aku jawab la boy. Nurse sengaja nak make sure aku masih sedar. Nurse letak baby atas perut aku, aku pulak geli sebab kepala dan badan baby penuh dengan cecair ketuban. Heheh. Aku cuma usik kepala dia dengan jari je, aku kuis-kuis sikit kepala dia. Lepas tu, nurse menyampah kot tengok adegan tu, dia ambil baby aku bawak lari. Ramai orang kata, rasa sakit bersalin tu hilang bila ko tengok baby ko kan? Tapi aku tak. Aku macam, biar la dulu baby ni. Nanti aku ambik dia. Heheheheh. Sorry ye Luth. Mama masa tu memang sakit benor. Tak dapat nak berlakon jadi ibu penyayang. Lepas anak aku kena bawak lari dengan nurse, ada sorang lagi nurse datang bawak air milo suruh aku minum. Hoihhh... dalam keadaan gitu, takde hati aku nak minum air milo. 

Doktor Fazira jahit luka aku. Aku tunggu je la. Aku rasa macam dah selamat la sebab doktor lelaki tak sambut aku waktu bersalin. Lega rasanya. Walaupun masa tengah dijahit tu, ada lagi 2 orang doktor lelaki cina yang lain keluar masuk dalam tu. Aku dalam hati dah menyumpah dah (macam biasa, menyumpah dalam hati je). Sibuk je masuk-masuk dalam ni. Bila dah siap tu, aku ingat dah selamat dah.... Sekali, doktor Fazira panggil kawan dia doktor pelatih yang lelaki cina tu, then dia tunjuk jahitan dia, sambil tanya, "Cantik tak jahitan I?".. Huwaaa... aku tak kisah kalau ko tengah jahit selimut patch work kalau ko nak tunjuk kat kawan lelaki ko, tapi yang ko jahit sekarang ni ialah perineum aku hokey? Marah ni...marah. Tapi hanya marah dalam hati je la yang mampu. Aku ni hanya mangsa keadaan. Huhuu...

Lepas tu, aku dibawa ke wad. Anak aku pun aku tak tau kat mana. Kisah di wad, nanti aku sambung. InsyaAllah. 



10 February 2016

Review Jujur Set Bersalin Tanamera

Sejahteralah ke atas kamu...


https://tanamera.com.my/post-natal/


Kali pertama aku berpantang selepas bersalin dulu, aku gunakan Set Berpantang Tanamera. Produk-produk keluaran Tanamera ni yang paling membuatkan aku berkenan ialah prinsipnya yang menggunakan bahan-bahan alami atau 'natural'. Aku nak gunakan produk Tanamera ni pun terasa selamat dan lebih yakin. Maklum la, aku ni bajet-bajet macam suka tradisional sikit.

Dalam banyak-banyak jenis produk yang disertakan di dalam Set Bersalin Tanamera ni, yang jadi favorite aku ialah sabun dia. Nama komersil sabun ni ialah Brown Formulation Herbal Soap. Pertama sebab yang ni je yang paling senang untuk digunakan. Dan kesan pada kulit tu boleh dikatakan serta-merta kulit terasa lembut dan mulus. Yang halus yang tulus. Yang mulus yang kudus. Ewah!




Satu lagi yang aku suka ialah Boreh Body Scrub. Yang ni aku suka sebab ko tau je la kan ibu yang berpantang ni selalu je rasa sejuk-sejuk je. Boreh scrub ni bila pakai, ada rasa warm je pada kulit. Rasa selesa sangat masa pakai dan selepas bilas. Lagi selesa kalau ada orang tolong scrub kan badan ko masa tu. Lepas tu, nak lagi selesa lepas scrub tu ko tidur terus. Ammahh! Keindahan terasa dunia ni. Tapi mana la nak dapat ada orang scrubkan badan ko kan. Buat sendiri je la yang mampu. Huhu. Owh, dan pastikan ko bersihkan bilik air selepas mandi tu. Sebab scrub ni warna dia hitam. Nanti kalau bersepah dalam bilik air tu, macam buruk sangat rupanya. Nampak geli.

Okay. Itu 2 je yang aku betul-betul suka. 



Beralih pula kepada produk yang aku rasa just fine, seperti Massage Oil. Berbau serai. Tak berapa panas sangat. Tapi kira boleh la. 

Lepas tu Herbal Tea. Herbal Tea ni je satu-satunya produk yang kita kena telan dalam Set Bersalin ni. Kalau ko jenis yang suka makan jamu, kena beli ubat makan atau jamu tambahan la ye. Teh ni rasa kunyit dan rasa macam rempah-rempah macam nak buat kari tu. Aku suka buat pekat-pekat pastu telan je sekali teguk. Takyah la lama sangat rasa teh tu bergelumang dalam mulut aku. Tapi agak menyelesakan juga la lepas minum tu. Macam sendawa. Mungkin sebab herba yang digunakan tu jenis panas. (Kunyit bagus untuk memulihkan rahim wanita bersalin).





Feminine Herbal Wash dan Herbal Bath.
Yang ini sebenarnya okay. Mengikut arahan pada kotak tu, sepeket Herbal Wash atau Herbal Bath ni boleh digunakan untuk rebus 2 kali. Tapi aku tak tau le kenapa setiap kali nak gunakan kali kedua tu, uncang dia tu dah rabak. Aku rasa uncang kertas tu terlalu nipis kot. Jadi agak membencikan bila rebusan kali kedua tu, serbuk-serbuknya terkeluar sekali. Tak tau la kot-kot aku tersalah teknik buat ke. Cuma kalau ikut konsep asalnya, Herbal Bath dan Herbal Wash ni  memudahkan kita, rebus je herba yang dah disediakan tu. Takyah dah nak suruh mak bidan meranduk hutan untuk cari akar kayu dan daun-daun herba. Semua dah disiapkan dalam satu uncang. Alami tapi urban sangat kaedahnya hoih.

Virgin Coconut Oil.
Kelebihan VCO keluaran Tanamera ni ialah bau dia tak busuk. Bau sweet dan aku boleh telan. Patut la aku pelik apabila aku baca pasal kena telan VCO, ramai orang kata tak boleh telan. Rupa-rupanya sebab memang ada coconut oil/minyak kelapa yang baunya hapak dan tengik. No wonder la ramai yang takleh telan. Tapi VCO Tanamera ni okay. Not so bad la rasa dia. Masih wangi. Bau macam candy kelapa. Pastu satu lagi kegunaan dia ialah untuk sapu kat perineum area iaitu tempat nak keluar baby tu nanti. Tapi aku tak tau la ada effect ke tak VCO ni. Mungkin ada effect cuma aku tak perasan kot. Sebab aku bersalin agak mudah rasanya. 2 kali teran je budak Luth tu dah keluar. Hee.. 





Bengkung.
Bengkung tu biasa je la. Kebanyakan set bersalin pun akan bagi bengkung yang menyusahkan macam tu. Ada satu tali panjang, lubang banyak di kiri dan kanan. Kalau kena pakai masa kat dalam toilet, memang boleh berasap kepala sebab stress. Aku memang tak berkenan nak pakai bengkung ni. At least kalau dia letak 2 tali pastu boleh silang macam tali kasut tu boleh la tahan. Ini satu tali je. Memang aku tak berkenan. Last-last mak mentua aku alter bengkung tu, dia potong tali tu jadi pendek-pendek pastu jahit utk setiap layer lubang. So, tak la kejung sangat aku nak tunggu siap pakai barut tu. 

Tiba la ke produk-produk yang aku kurang berkenan. 

Firming Herbal Blend Paste.
Aku tak nafikan Firming Herbal Blend Paste ni memang sangat sedap bila ko apply pada perut ko. Owh, untuk yang belum ada pengalaman, Firming herbal paste ni ialah yang kita tampal pada perut sebelum pakai bengkung. Rasa selesa sangat perut rasa hangat. TAPI, masalahnya lepas dah kering tu, paste tu akan bertukar menjadi serbuk yang akan berterabur setiap kali ko bergerak. Adoiiii stress betul aku. Kalau duduk rumah sendiri tu takpe jugak. Nak bersepah pun kira cincai je. Tapi kalau duduk umah mak mentua, segan la. Mak mentua dah la jenis umah spotless, rajin menyapu. Karang dia asyik kena menyapu je sisa ubat perut aku. Malu woo. Dah tak tau cemana nak tadah dah blend paste tu supaya mereka tak berterabur. Yang paling aku segan bila aku masuk hospital sewaktu Luth suspected ada kuning dulu, hambik... berterabur kat lantai wad. 





Calming Herbal Blend Paste.
Yang ni, ko tengok nama pun dah macam sama dengan yang kat atas tu kan. Haaa, konsep dia pun sama juga dengan yang aku cite pompang-pompang kat atas tu. Cuma yang ini lagi le haru, tampal kat dahi. Memang aku pakai sekali je. Sebab setiap kali tunduk nak cium anak aku, bajet macam ibu penyayang, habis berterabur atas muka anak. Satu kerjaan pulak aku nak kena sapu muka anak aku daripada habuk blend paste tu. Mak mentua pun tengok aku macam kecik besar kecik besar je kot sebab tak pakai ramuan berpantang betul-betul. Heheh.. Menantu degil dia ni. Harap dia tak serik la jaga aku masa berpantang. Kwang-kwang. Aku rasa, Tanamera mungkin boleh improve produk ni dengan buat paste dia tu jadi liat-liat sikit. Jadi apabila ditampal kat badan atau dahi, serbuk dia tu tak berterabur bila dah kering.

Okay, itu sahaja la review aku. Agak terlambat nak bagi review ni. Dah nak masuk 3 tahun dah kot. But better late than never aight? Set berpantang apa pun yang kita pilih tak kisah, asalkan kita suka dan serasi dengan kita. Yang penting perlu pulihkan rahim tu betul-betul. Chey konon je nasihat org. Aku bukan berpantang beriya sangat pun. Kahkah.
 
Semua gambar produk Tanamera di dalam post ini diambil daripada laman rasmi Tanamera. Sila lawat jangan malu-malu dan ragu-ragu.




06 February 2016

Sentap Mengkarung atau Kekejangan Otot

Sejahteralah ke atas kamu....

Pregnancy kali ini, di usia kandungan aku 27 minggu, baru sekali aku terkena kekejangan otot. Berbeza dengan sewaktu aku mengandungi Luth dulu. Boleh dikatakan sangat kerap aku kekejangan hotot. Sejak usia kandungan 4@5 bulan lagi dah kena.

Melalui pembacaan aku yg sekali sekala je rajin ni, kejang otot tu terjadi kerana kurangnya kalsium di dalam badan. Padahalnya, kehamilan kali ini aku sangat jarang minum susu, sedangkan sewaktu Luth dulu, aku setiap hari minum susu. Aneh lagi bersuluh kan? Lagi perbezaan antara Luth dan adik dia ni, masa Luth dulu memang ada aku rasa sakit gigi dan gusi berdarah. Mula-mula rasa tak faham, kenapa aku macam tak ada masalah kekurangan kalsium pun kali ni walaupun tak minum susu, tapi bila aku berfikir menggunakan otak tengah aku nih, aku rasa ini mungkin ada kaitan dengan pola pemakanan juga agaknya. Walaupun sekarang aku jarang minum susu, tapi aku agak kerap makan makanan yg cheesy, creamy dan mostly memang western food. Ntah la tersampuk mende. Aku makan nasi dan lauk melayu pun sekali sekala je, seolah-olah western food Tu makanan ruji aku, dan nasi tu macam makanan asing utk aku cuba makan sekali sekala. Ewahhh... Diva universal sungguh budok dalam peghut kawan ni yek.

Aku ni kalau makan nasi waktu pregnant ni, memang confirm akan heartburn. Terbakar hati siapa yang tahu. Sebab tu la menu aku balik-balik pizza stuffed crust dengan topping deluxe cheese, pasta carbonara, fruit salad, mac and cheese, egg sandwich ermmm senang cerita makanan yg tak pedas, yang takde tumis bawang, takde rempah-ratus. InsyaAllah perut aku selesa. Maaf ye readers, i bukan berlagak hokey. Aku pun boring nak makan benda-benda gitu setiap hari. Lagi satu boleh jilo angka dalam akaun bank aku kalau asyik makan makanan mahal je. Huhu. Aku ni bukan kaya pun. Tapi...  tolong la faham keadaan aku ni. Aku tersepit. Owhhh....

Berbalik semula pasal sentap mengkarung atau kekejangan otot tadi. Subuh pagi tadi aku terkena kejang otot tu. Syukurlah kepada Allah sebab aku tidur sebelah footballer terhebat anak didik Zinedine Zidane. Dia la yang akan bagi treatment bila aku kejang otot. Caranya biasa je. Tak susah pun. Tak perlu bagi cpr mulut ke mulut pun. Kang lain pulak jadinya. Hahahah. Apa yang husband aku buat ialah tolak tapak kaki aku ke atas sambil dia cuba luruskan kaki aku perlahan-lahan. Bila dah berjaya lurus kan kaki aku tu, dia akan ulang lagi tolak tapak kaki aku ke atas sambil pusing-pusing tapak kaki aku menggunakan sendi pergelangan kaki sampai dia tertidur duduk. Tak lama lepas tu, alhamdulillah aku kembali okay. Sebab itulah kalau korang pernah tengok perlawanan boLosepok kat telibisen, kalau ada pemain yg kejang otot, lepas dapat rawatan drpd rescue team, pemain tu dah boleh terkinja-kinja semula kat atas padang. Itu menunjukkan bahawa kejang otot itu bukanlah sesuatu yg serius jika betul cara rawatannya.

Aku cerita pasal kejang otot ni sebab ada kawan aku yang kena kejang otot sampai esoknya MC tak gi kerja. Sebab katanya sakit tu terasa sampai ke petang. Aku macam pelik juga kenapa dia boleh rasa sakit tu sampai ke petang. So, aku tanya sorang lagi kawan aku yang pernah kena kejang otot sewaktu tengah tidur. Kawan yang sowrang lagi tu pun kAta sakit sampai ke petang. Maka aku ringan je la mulut utk bertanya, bila kena kejang otot tu apa yg dia buat? Katanya, macam takleh urut. Betul dah tu takleh urut. Cuma husband tolong picit perlahan-lahan labu betis dan sapu minyak panas je. Eh, betul ke ye kawan aku cakap gitu? Hakhak. Sebenarnya aku tak ingat dia kata cemana dia treat kejang otot. Tapi caranya memang lain la daripada treatment yang footballer yang tidur sebelah aku tu buat.

Jadi, kalau ada sesiapa yang pernah terkena kekejangan otot sewaktu membuta, terutamanya perempuan mengandung, boleh la cuba cara rawatan kekejangan otot yang aku kongsi ni. Just in case suami masing-masing tiada pengalaman Dengan kejang otot.

Aku hapdet blog kali ni guna aplikasi blogger kat fon je. Rasa macam lama sangat tak hapdet blog. Aku selalu busy sejak kebelakangan ni. Kursus la, tidur di tenGahari la, online screen shopping la, eh pendek Kata macam-macam la yang aku busy tu, dan kebanyakannya busy tak bertempat pun. Okay, nnt aku update lagi. InsyaAllah.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...