Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Budak 2 Tahun Tak Boleh Jadi Saksi

Sejahteralah ke atas kamu... Kejadian ni berlaku pada 2 minggu lepas. Suatu petang, seperti selalu, aku akan hantar kereta ke rumah kemudian berjalan kaki ke rumah pengasuh Luth untuk mengambil Luth. Semasa berjalan kaki bersama Luth untuk pulang ke rumah, aku perasan pada cuping telinga Luth seperti kemerah-merahan. Seperti kesan melecet. Aku bertanya kepada Luth, "Kenapa telinga Luth ni merah?", sambil menyentuh cuping telinganya yang kemerahan itu. Dengan spontan Luth menjawab, "Atuk tubit". Jawapan yang sepantas kilat tanpa berfikir-fikir lagi daripada mulut kecil Luth. [*tubit = cubit]. At first, aku rasa terkejut sangat bila dengar tu bertambah pula dengan perasaan marah. Apa pula anak aku buat sampai kena cubit? Tapi bila aku dah kembali waras beberapa minit lepas tu, aku terfikir balik, "Pasti ada sebabnya kalau betul Atuk cubit". Bila masuk je dalam rumah, aku belek cuping telinga anak aku. Sambil berkali-kali aku bertanyakan soalan