Iklan! Iklan! Sila Click!

28 December 2015

Bila Dapat Apa Yang Diidamkan

Sejahteralah ke atas kamu...

Sebelum ni kalau ada sesiapa masih ingat, aku ada bagitau yang aku mengidam nak makan buah kurma fresh warna kuning yang masih bertangkai dan masih crunchy lagi. Kurma tu macam ni rupa dia.

Gambar ini daripada post Suka Makan Buah-buahan. Jemput baca kalau nak mengimbau kenangan lalu.


Aku sedar peluang untuk mendapatkan kurma fresh di musim sejuk ni agak mustahil. Tapi bagi aku, tak salah menaruh harapan. Rezeki ni kita tak boleh nak jangka betul tak? Lagipun dalam hidup kita ni sentiasa ada perkara ajaib yang berlaku, cuma sama ada kita nak sedar dan ambil pelajaran atau tidak. Tu je.

Dulu masa mengandungkan Luth, aku langsung tak ada mengidam apa-apa. Kali ini, baru aku faham apa perasaan mengidam tu. Hehehe. Gedik je lebih. Sampai tahap, aku tanpa segan silu beritahu kawan-kawan dalam beberapa group kawan sekolah di Whats App tentang mengidam aku tuh. Tapi siapa je mampu nak cari kurma fresh hujung-hujung tahun macam ni? Bila lama sangat tak dapat apa yang aku idamkan tu, aku jadi lupa. Bila dah terlupa, dah macam tak mengidam sangat dah pun. 

Sehinggalah ke satu hari, ada salah seorang kawan aku di dalam group sekolah rendah bertanya kepada aku, nak tak kurma fresh? Sebab dia yang bertugas di Arab Saudi, akan pulang ke tanahair dalam masa sehari dua lagi. Dia ada hantarkan gambar kurma yang dia dah beli untuk bawak balik kat aku. Owhhh terharu LydSunshine beberapa saat. Sepatutnya kurma memang tak berbuah dah waktu-waktu hujung tahun macam ni. Tapi yang kawan aku beli ni pak-pak arab dah frozen kan. Jadi kiranya macam tak cukup fresh la. Apa-apapun, it's better than nothing, aight? 

Tak perlu la kot aku cerita kronologi details janji pertemuan antara aku dengan kawan aku tu. Sebab memang bak kata orang Kelamtam, bolok bok. Timing dan lokasi nak jumpa tu memang agak huru-hara, last-last kawan aku tolong hantar ke ofis aku. Melampau pulak aku rase. Kehkeh. Dah la kirim dengan orang tu. Pastu orang tu siap tolong hantar lagi. Tapi memandangkan kawan aku tu baik orangnya, aku harap dia tak kisah la kot. Lagipun dia kawan hasbeng aku jugak. Sama-sama duduk kat asrama putera dulu buat nakal together-gether. Takkan berkira pulak kan? Huhu. Oh, lagi satu. Dah la free je dia bagi. Aku nak bayar dia kata takyah.

Ok, kembali kepada kisah kurma. Aku dengan hati berbunga-bunga dan juga berdebar-debar masa nak buka kurma tu seolah-olah berdebar nak jumpa bakal suami untuk pertama kali pulak rasanya. (Masa tu kat work station aku la.). Pembalut tu tebal la pulak. Aku main rabakkan je semua pembalut yang ada tu dengan kerakusan yang tahap maksima. Tak sabar ni nak makan kurma fresh. Terbayang dia punya crunchiness dan rasa kelat-kelat nipis pada hujung buah kurma tu. Ohhh... Gembira rasanya hati, coklat cair dinikmati, choki-choki enak sekali, choki-choki adik gemari.

Bila habis semua hijab kotak kurma tu terbuka, maka.... tadaaaaaa.....ini lah kurma yang aku idam-idamkan itewww...


Masih lagi kekuningan. Masih lagi gebu-gebu bentuknya. Cuma..... (ada je nak komplen kan? Hakhak. Orang dah tolong beli tu patut bersyukur je la). Cumanya, kurma ni tak crunchy dah. Tekstur buahnya dah jadi lembut. Dan rasa dia dah bertukar jadi manis semua, no more rasa kelat-kelat. But still sangat sedap berbanding kurma kering yang biasa kita beli timbang kilo mahupun di dalam kotak Ucop Taiyok. Kurma ni, rasa dia manis yang sangat lite. Betul-betul manis buah tanpa gula tambahan. Sedapnyaaa.... Kalau tak percaya, tanya Ijan dengan Izwan. Eh, tetibe. Kurma macam ni yang mereka panggil ruthab agaknya. Kalau yang kurma kering tu dipanggil tamar. Agak je la. Kalau salah tolong tunjukkan ye.


Cerita tambahan :
Dalam masa aku menunggu dan menanti rezeki untuk dapat makan kurma fresh ni, aku tersentuh hati bila membaca ayat di dalam surah Maryam. Kisah semasa Maryam sakit ingin bersalin di bawah sepohon kurma. Lalu Allah memerintahkan beliau (melalui perantaraan Jibril) untuk menggoyangkan pohon kurma tersebut lalu gugurlah kurma yang masak kepada Maryam. 



Kurma masak tu, aku terbayangkan kurma yang aku dok mengidam ni lah. Tetibe terfeeling macam anak yang aku kandung ni mesti akan jadi seorang yang hebat seperti Nabi Isa atau para anbiyak, sebab dia beri aku feeling mengidam, apa yang ibu seorang nabi makan semasa mengandung. Ewah. Gitulah harapan seorang mak ye tak, walaupun sedar yang diri sendiri ni merapu boleh tahan dengan amal ibadah yang sangat sedikit. Tapi takpe la. Harapan untuk mendapat anak yang soleh, cemerlang gemilang, terbilang, berguna untuk agama dan negara tu rasanya memang jadi impian setiap ibu kot.


23 December 2015

Star Wars. Tuti Tebei.

Sejahteralah ke atas kamu.....

Star Wars.
Semalam kami 4 beranak pun pergi la menonton Star Wars kat Signature. Aku, suami, Luth dan sorang lagi tengah bersantai dalam perut aku. Luckily, aku faham jugak cerita tu. At least untuk episod yang aku tengok tu je la. Kalau tanya aku asal usul Han Solo ke, Obi Wan Kenobi ke, droid ke ke, memang le aku tak tau. Malahan, bila tengok di akhir cerita keluar Luke Skywalker pun aku tak feeling apa-apa sedangkan kalau Star Wars geek yang tengok Luke tu, mesti rasa macam terubat rindu. 

Dengan muka tak malunya, masa aku nak tebus tiket semalam, aku selamba je tanya, "ada souvenir tak?". Pastu dapat la. Sekeping poster hehe. Poster tu apa la aku nak buat dengannya? TUnggu la Luth skolah nanti aku buat balut buku teks dia. Hancur harapan nak dapat keychain atau figura comel Star Wars. Deng! Oleh sebab aku tengok midnite semalam. Sampai rumah pun dah kul 2.15 pagi. Memang rabak gile mata aku hari ni. Mengantuk.


Tuti Tebei.
Aku baru je nak ajar anak aku makan roti bakar dengan peanut butter. Dia tu kalau makanan yang dia nampak pelik sikit atau yang dia tak pernah tengok, memang payah nak cuba rasa makanan tu. Buka mulut pun tak hendaknya dia. Demi nak bagi dia terbuka hati untuk makan roti dengan peanut butter, aku pun nyanyi la lagu iklan mentega kacang Sun Bear. Iklan tu selalu keluar kat Astro Ceria. Lepas aku nyanyi tu, dia pun excited la kata nakkk...nakk... Walaupun peanut butter yang aku beli tu jenama Lady's Choice.

Oleh sebab aku dah promote peanut butter tu dengan lagu Sun Bear, sepanjang masa waktu dia makan roti bakar tu, dia akan suruh aku nyanyi lagu Sun Bear. Lenguhnya la mulut aku nak nyanyi lagi sama ulang-ulang. Last skali aku nyanyi je macam walkman kehabisan bateri, sesuai dengan habisnya roti tu.

Bila terkenang betapa comelnya dia masa nak minta roti bakar daripada aku, datang berlari-lari kepada aku lepas tu kata, "Mama, nak tuti". (Tuti = roti). Nak tuti te bei". (te bei = Sun Bear). Pelat gile. Tapi comel sangat. Sebab selalunya hanya aku je faham dia cakap apa. Papa memang tak faham. Heheh.

Esok cuti. Jumaat cuti. Selamat bercuti semua. Bye. Take care Sun Bears!

22 December 2015

Dalam Keterpaksaan Aku Relakan

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku ni kalau kat tempat yg aku takde kemudahan untuk update blog, idea nak update blog tu kemain mencanak-canak keluar. Bukan setakat topik yang aku tulis je melintas anak-beranak di fikiran aku ni, sekali dengan idea lawak jenaka pun aku dah imagine sekali. Tapi bila tiba je saat nak mengarang a new post, semua yang aku pernah terfikir tu, sepatah haram pun aku tak ingat. Lain kali aku kena tulis idea aku tu pada post-it, then lipat-lipat, kunyah dan telan. Baru la idea tak hilang. Haihh... Rosak reputasi aku sebagai seorang awam yang turut dikenali sebagai blogger sambilan ni.

Haaa, pilih-pilih nak warna apa untuk suruh aku telan.


Sekarang ni tengah trending dengan Star Wars The Force Awaken. Secara jujur-sejujur-jujurnya, aku memang tak pernah ikut cerita Star Wars ni sejak aku lahir ke dunia yang fana ini. Ewah. The biggest effort yang aku pernah lakukan berkaitan dengan Star Wars ni ialah aku pernah cuba untuk tengok setiap movie yang pernah keluar sebelum ni. Aku tak bangga ye. Kalau berusaha nak hafal Juz Amma tu boleh la jugak aku nak banggakan. Ini setakat ulang tayang tengok Star Wars je, perkara lagho yang memang aku tak bangga langsung. Bertambah-tambah tak bangga, bila aku tengok Star Wars, otak aku tak dapat digest pun cerita tu. Ternyata otak aku agak memerlukan Thirsty Hippo di situ. Kalau tengok dengan husband aku, memang tak sempat la tebu nak tumbuh tepi bibir dia, sebab tepi bibir dia berbuih-buih nak cerita kat aku part yang aku tak faham. Err... boleh katakan semua part pun aku tak faham. Hahah. Selamat la suami aku penyabar walaupun ada time dia macam termasuk sekali melarut dalam movie tu sampaikan bila aku tanya pun dia tak dengar.

Walauuuuuu bagaimana pong. Demi menyokong minat suami aku terhadap Star Wars, aku plan nak belanje dia dan aku sekali untuk tengok Star Wars kat wayang. Kami ni memang suka tengok movie. Mungkin menghargai seni filmography. Kaedahnya. Cuma biasanya memang tak tengok di wayang. Tengok kat rumah je. Tunggu je la filem terbaru tu keluar kat HBO. Atau download. Atau copy daripada kawan/family. Ataupun tunggu keluar Astro First@Astro Best. Asalkan boleh tengok je. Cuma ada la movie tertentu yang memang terhebat di dalam abad ni yang rasa macam kena tengok di wayang. Contohnya Transformers, The Hobbit. Dan Star Wars pun salah satu filem yang aku rasa nak tengok kat wayang. Sorry, tersupport plak Amareka. Opps.

Aku pun mula la buka website GSC. Select tarikh. Khamis. Midnight. Sesuai tengok hari Khamis. Sebab memang cuti. Jumaat pun cuti. (Cuti maulidur rasul aku nak gi tengok wayang. huhu. Jangan kutuk. Berdosa.) Lokasi Signature, The Garden. Buat sekali, tak jadi. PC hang. Part nak bayar jadi hangggg je manjang. Berangin sungguh aku rase. Minum Eno Nenas kejap bagi keluar angin. So, aku buat sekali lagi. Dah select time, tempat, tarikh. Deng! Hang lagi. Last sekali aku tutup lagi dan buat lagi sekali. Akhirnya... Berjaya.... Nak print tiket, aku buka inbox email untuk tengok balik confirmation tiket yang aku beli......




Sekali......






Aku terlupa nak tukar tarikh... Kwang! Tarikh yang aku beli tu hari ni. Huhuhuhu... tengok midnight. Huwaaa... Kenapa la aku rakus sangat!! Nak burn tiket pun sayang. Sebab mahal huhuhu. Maka, terpaksalah... Aku melepaskan. Apa yang telah tersimpan sekian lamaaa.... Malam ni dah la husband aku ada kelas. Esok dah la kerja. Rabak la mata aku esok menahan mengantuk. Luth aku akan bawa la. Sengaja pilih midnight sebab nak suruh dia tidur je dalam wayang tu. Sebab tu aku suka tengok wayang kat Signature. Pertama sebab dekat dengan umah. Kedua sebab semua couple seat. Ketiga sebab aku berharap dapat souvenir Star Wars daripada GSC. Macam last time aku tengok The Hobbit kat Signature, aku dapat pedang the Hobbit bak hangggggg.... [Padahal keychain je punnnnnnnnnn. Hakhak. ]



Jadi, itulah kisah sadist aku hari ni. Silalah tumpang nangis keluar kelempung ikut hidung ye.

07 December 2015

Merangkak Mencari Artis Di Padang Mahsyar

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku rasa, kalau aku ada mengutuk pun yang paling banyak ialah aku kutuk artis Malaysia. Ye lah. Biasanya artis je yang selalu buat benda-benda yang 'kita rasa geram nak kutuk' dan mereka jugalah yang selalu keluarkan statement yang memanggil-manggil kita untuk kondem perbuatan mereka secara berjemaah di laman sosial.

Aku kan.... ada sorang selebriti ni yang aku selalu kutuk bila dia keluar TV. Aku rasa mungkin ramai yg tak kenal dia kot sebab dia penyampai berita sukan kat Astro Arena. Aku tengok tu pun bila hasbeng aku yg buka channel Astro Arena tu. Kalau tidak, jangan mimpi la aku nak buka channel tu. Penyampai berita sukan ni, dia kembar. Aku kutuk dia pun bukan sebab paras rupa. Cuma aku selalu je rasa macam dia suka buat kelakar yang tak kelakar. Ada sekali tu masa dia jadi pengulas Sukan Sea, aku gelak dengan penyampaian dia sebab dia cuba buat lawak yang tak lawak tapi nampak beriya sangat. Kederat gila.

Lepas tu.... Pada suatu hari.... Semasa aku nak balik ke rumah daripada ofis, aku lalu di lobby ofis aku, aku ternampak selebriti ni. Memang waktu tu hanya aku dan dia je ada kat lobby tu, tapi dia tengah berjalan bergegas untuk duduk di sofa, di lobi. Aku betul-betul berselisih bahu dengan dia. Ya Allah, ya Allah. Aku tetibe je kaget. Sebab aku teringat yang aku selalu kutuk dia. Terus terlintas dalam fikiran, adakah Allah sengaja menduga kita, di mana kesabaran manusia  aku? Adakah Allah nak aku minta maaf dengan selebriti ni sebab tu Allah aturkan serendipity ni pada aku. Eh, sesuai ke perkataan serendipity ni aku guna dalam situasi ni? Hahaha. Belasah je la Mak Embong. 

Aku berfikir dengan pantas, nak gi mintak maaf ke tak? Nak mintak maaf ke tak? Lepas mintak maaf boleh bergambar. Sementelah, dia tu agak ensem. Hahaha. Sempat pulak nak birah. Saje je la. Dah dia kan selebriti. Mesti la nak ambik gambar. Pastu sambil pikir, tu sambil jalan, last-last dah sampai ke pintu keluar lobi. Then, aku terus je la keluar dan pergi tempat parking tanpa menoleh lagi ke arah selebriti tu. Buat penat fikir tadi, kalau akhirnya aku setakat nak balik bodoh camtu je. Hakhak.

Balik rumah, aku cerita kat hasbeng aku pasal keterserempakan aku dengan selebriti tu. Pastu boleh pulak hasbeng aku lagi provok dan buat aku menyesal sebab tak mintak maaf pasal aku kutuk dia tu. Menyampah betul. Tapi ko fikir la kan... Katakan aku tiba-tiba je muncul depan selebriti tu, kemudian aku kata, "Saya mintak maaf encik, sebab saya selalu kutuk encik". Tak ke awkward situasi tu. Tak ke ko rasa selebriti tu malu kat situ. Lagi malu kalau rupa-rupanya yang aku jumpa tu bukan yang aku kutuk tu, tapi sebenarnya kembar dia. Eh, tapi kembar dia pun perangai sama macam dia, dan cara cubaan buat kelakar yang tak kelakar tu pun sama je. So, sama je kena kutuk dengan aku. Astagfirullah. Teruk betul. 

Ada ke korang terkutuk artis-artis terutamanya artis Malaysia? Agak-agaknya, antara pekerjaan artis dengan ustaz, siapa yang lagi banyak dapat pahala free hasil kutukan orang lain? Rasa macam artis je kan? Tapi betul ke memang derang akan dapat pahala free, walaupun dia kena kutuk tu perkara yang dia memang salah contohnya? Tak tau kan? Jadi, orang yang suka kutuk artis tu, meh la insaf. Takyah la kutuk sesiapa dah. Simpan je la dalam hati atau jangan kisah langsung pasal artis. Bukan penting pun. Cuma, tu lah. Kalau dah ternampak tu kan, rasa macam ringan je mulut nak komen ye tak?


04 December 2015

Ajarkan Anak-anakmu Surah Al Fatihah

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku sekarang dalam usaha nak mengajar anak aku membaca Al Fatihah. Kenapa Al Fatihah? Kerana Al Fatihah ni surah yang paling penting dalam kehidupan umat Muhammad dan yang paling kerap dibaca setiap hari. 17 kali sehari. Kalau aku ajarkan surah Al Fatihah kepada seseorang, bayangkan la banyak mana pahala ilmu yang dia manfaatkan tu sampai kepada aku. Owh, pakcik kayo.

Cuma aku ada masalah sikit la untuk mengajar anak aku ni. Dia ni, culas sangat tau kalau bab-bab yang berkenaan dengan 'keakhiratan' ni. Aku tak tau la kenapa. Bila aku sebut je, "Mari ikut mama baca Al Fatihah", dia mula la berdalih. Dia buat-buat batuk la (macam tak sihat la konon), sometimes dia akan humming je tak buka mulut pun semasa mengikut aku baca. Atau bila aku baca, dia akan tanya, "Apa mama? Apa?" dan memaksa aku mengulang banyak kali. Aku masih bersabar kalau nak ulang banyak kali tu, tapi aku tahu dia sengaja buat-buat tak faham. Eiii, sakitnya hati nurani i ni ya Allah.

Kalau aku buka TV dan tukar ke channel zikir, dia siap menangis-nangis sambil cakap, "Tanak zikirrr, tanak zikirrrrrr". Aku memang suspek, dia ni dikuasai syaiton. Aku terus pegang kepala dan dada dia dan baca "Auzubillahiminasyaitonirrojim", ulang-ulang kali. Tapi lepas aku baca tu pun, dia sama juga tak nak dengar langsung zikir. Dah kenapa anak aku ni? Tapi biasanya aku takkan mengalah kalau dia menangis taknak dengar zikir tu. Sebab biasanya aku akan alih perhatian dia untuk main mainan dia. Jadi TV tu akan terus mengalunkan zikir-zikir. Itu belum cerita lagi kalau aku tinggal berdua dengan dia, dan aku kata aku nak gi solat. Dia siap menangis-nangis tak bagi aku bangun. Dia suruh duduk je tepi dia, jangan pergi mana-mana. Aiyooo... Stress sungguh.

Cabaran juga aku rasa nak mendidik budak kenit ni untuk dekatkan diri dengan Allah. Kadang-kadang bila aku muhasabah diri aku, aku rasa silapnya aku dengan papa dia juga. Aku jujur nak mengaku, sepanjang aku alahan waktu hamil ni, aku dah sangat jarang buka naskhah Al Quran di rumah. Jarang yang dah nak hampir dengan 'langsung tak ada'. Kalau aku baca Quran pun, hanya di henfon. Itu pun aku baca dalam hati je. Sebab aku loya, tak mampu nak project suara aku keluar. Sedangkan solat pun, aku agak kerap solat duduk dan kebanyakan bacaan aku baca dalam hati sebab memang aku tak larat. Tenaga aku rasa macam semakin susut sebab waktu tu kan aku tak makan. Jadi, mana la nak datang tenaga tu. Sekarang ni je dah semakin pulih kesihatan dan alahan aku. Aku dah boleh solat seperti manusia sihat dan normal. Itu pun aku dah bersyukur sangat.

So, itu je la yang aku nak cerita pasal dugaan aku nak mendidik anak sulung aku tu. Korang ada tak cara yang boleh aku gunakan untuk mengajar anak aku membaca dan menghafal surah dengan lebih mustajab? Kalau ada, ce kongsi. Mana la tahu, kot-kot idea bernas korang tu mungkin sesuai untuk Luth.

02 December 2015

Pengalaman Berpantang ............Dengan Ibu Mertua

Sejahteralah ke atas kamu...

Selepas melahirkan anak sulung, aku balik berpantang di kampung selepas 3 hari bersalin di PPUM. Ibu dan bapa mertua datang ke rumah kami dengan menaiki bas untuk sama-sama balik ke kampung dengan kami. 

Ikhlas aku katakan bahawa, ibu mertua menjaga aku dengan sangat baik. Memasakkan lauk berpantang untuk aku. Menguruskan anak aku. Membakar tungku untuk aku menungkukan pertu gendut aku ni. Sediakan air mandian herba untuk aku. Dan membasuh pakaian aku dan anak, tanpa berkira. Aku terharu sebab aku ni kan dah tak ada emak. Boleh la menumpang perhatian seorang ibu mertua.

Waktu malam, ibu akan bentang tilam di tepi katil di dalam bilik aku, atau di luar bilik untuk standby kalau-kalau anak aku menangis atau meragam. Bila anak aku menangis, ibu akan terus take over dan comfort kan anak aku sampai anak aku tertidur semula. Mungkin kerana kesiankan aku yang kena berjaga malam untuk menyusukan anak. 

Aku segan sebenarnya. Pertama sebab, yelah... ibu mertua. Walaupun nak anggap macam emak sendiri, tapi masih lagi perlu ada boundary. Tak pandai nak begitu selamba. Kedua sebab ibu mertua pun bukan muda lagi. Aku kesian pada dia. Lagipun, ibu pun mungkin ada rasa segan kalau nak tegur atau nak marah aku tentang apa-apa. Sebab aku ni menantu. Mungkin ibu takut aku tersinggung ke kalau nak marah aku. Padahal aku bukan kisah pun. Hee. 

Itu part yang baik. Yang tak bagusnya bila berpantang di rumah ibu mertua, ialah suami aku takde. Huhu. Dia hanya balik hujung minggu. Yelah, sebab dia kerja. Takkan dia nak melangut 3 bulan dengan aku yang cuti bersalin ni. Mau kena maki dengan boss dia. Bila suami aku tak ada di sisi, aku jadi susah. Kehkeh. Jangan la loya membaca pengakuan aku ni. Antara kesusahan pertama ialah bab nak panggil orang mengurut. Tukang urut yang ibu perkenalkan kepada aku, memang bagus. Dia urut memang sedap. Cuma dia duduk jauh. Kena ambil dia di rumah dia untuk datang mengurut aku. Dah kalau suami aku hanya balik hujung minggu, nak konsisten menjemput dia di rumah tu, susah la. Aku kena tunggu minggu depannya pulak untuk complete kan hari berurut aku. (aku berurut dengan dia 3 hari je). Lepas tu, aku ada berurut juga dengan tukang urut yang lain yang duduk dekat dengan rumah ibu. Tapi tak berapa okey sangat. Rasa macam urut biasa je, bukan urutan selepas bersalin. 

Kesusahan yang paling aku terasa bila suami aku tiada di sisi ialah waktu berjaga malam. Ya Allah, penatnya Allah je yang tahu. Bangun untuk menyusukan anak 3 ke 4 kali setiap malam. Setiap kali menyusu pula, anak aku akan berak. Prekkkk... Nak tukar diaper, lepas tu nak tidurkan dia semula, katakan paling kurang sejam. Itu pun kalau semuanya berjalan lancar. Ada time dia menangis, takkan dapat nak settle dalam masa sejam. Jadi ko kira la. Setiap malam berjaga 4 jam. Esok pagi nak bangun pagi-pagi bertungku kul 6.30 pagi. Kalau ada suami aku, sekurang-kurangnya bahagian tukar diaper dan tidurkan anak tu aku terus pass kat dia. Jadi, relax la sikit aku. Hanya bangun untuk menyusukan je. Suami aku ni dia suka participate dalam setiap aktiviti yang melibatkan anak. Kalau aku kata takyah bangun pun, dia akan bangun juga. Kadang-kadang, bila anak menangis nak menyusu, suami yang terjaga dulu. Aku dah krohhhh..krohh macam gergasi. Langsung tak sedar.

Aku ni sebenarnya tak kisah langsung berpantang. Aku suka bertungku, suka makan lauk pantang, suka pakai bengkung. Tapi, yang aku tak suka ialah aku malas nak buat tu semua sendiri. Kalau ada orang tolong tungkukan untuk aku, kalau ada orang tolong pakaikan bengkung untuk aku, masakkan lauk kesihatan untuk aku setiap hari, insyaAllah aku rajin je nak ikut. Tapi bila namanya kena buat sendiri, aku bertungku pun main-main je la. Sekejap je siapnya. Ngelat la banyak. Bengkung pun aku pakai ikut suka aku je. Tak ikut timing. Dah tu cemana nak kurus? 

Jadi... Bila aku memikirkan semua tu, aku plan untuk bersalin dan berpantang kali ni, aku nak upah confinement lady untuk jaga aku berpantang. Mungkin bukan sepenuhnya 40 hari. Mungkin 2 minggu je ke. At least sehingga aku dapat completekan jumlah hari berurut dan dapat kuatkan badan aku sikit sebelum balik berpantang di kampung. Jadi tak la menyusahkan sangat ibu mertua aku nanti. Ini, waktu aku tengah luka tak baik lagi aku dah kena berjauhan daripada suami. Chey chey.. biroh. Pasal confinement lady tu, nanti next entry la aku cerita insyaAllah. Pakej mana dan set berpantang apa yang aku nak gunakan kali ni. No more Tanamera. 

01 December 2015

Setakat Bersalin C-Sec Tu Apa La Sangat...

Sejahteralah ke atas kamu...

Okay, tajuk entry ni saja nak provoc. Sebab nak suruh orang tertarik nak baca je. Sorry ye.

C-Sec vs Bersalin Normal
Kebelakangan ni, aku perasan ada orang viralkan pasal pembelaan diri panjang lebar oleh orang yang bersalin C-Sec (secara pembedahan), tentang betapa susahnya dan betapa teruk dia menanggung kesakitan. Post di FB itu untuk menjawab sindiran orang-orang yang bersalin normal terhadap yang bersalin C-Sec bahawa orang bersalin normal je yang sakit, yang bersalin C-Sec pula senang takyah tanggung sakit. Mesti sakit benar hati dia sebab orang kutuk dia bersalin tak sakit kan? Pendapat aku, asalkan mengandung dan bersalin, tak kira la ikut jalan mana, bersalin normal atau keluar ikut tingkap (pembedahan), masing-masing ada kesakitan tersendiri yang tak wajar langsung dibandingkan. Yang mengata orang bersalin secara pembedahan tu, hanya segelintir kecikkkkkk sangat, dan aku yakin majoriti wanita faham tentang kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan.


Surirumah vs Wanita Berkerjaya. 
Masing-masing beriya-iya explain panjang lebar kesusahan masing-masing dan mempertahankan apa yang mereka wakili. Yang surirumah kata penat, yang berkerjaya pun kata penat. Kesimpulan aku, dua-dua penat. Mana boleh compare benda yang tak setara. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Surirumah mesti la ada cabaran mereka tersendiri. Seperti nak berak pun tak sempat tu, aku setuju. Sebab aku pun time cuti, susah nak berak sebab anak akan tolak pintu toilet dan tunggu dan ketuk sampai la aku buka pintu. Mana boleh fokus nak melakukan pelaburan kalau cenggitu. Itu satu contoh je la. 

Bagi aku, susah ke senang nak jadi surirumah atau wanita berkerjaya ni, bergantung kepada 'kau ni jenis surirumah yang macamana' begitu juga dengan 'kerjaya kau jenis macamana'. Tak boleh pukul rata je bagi pendapat. Aku rasa, kalau aku jadi surirumah, aku tak penat sangat kot (kalau ikut situasi sekarang la). Pertama sebab aku bukan spesis yang begitu rajin nak sental dan gilap semua benda sampai bersinar. Kalau setakat tgk habuk sikit-sikit tu aku boleh maafkan je. Kalau memasak pulak, aku masak simple gila. Takde lauk 4 jenis pun. Lagipun anak kecik lagi kan. Setakat rumah bersepah tu, aku relax je boleh tgk tv. Sama juga dengan kerjaya. Aku kerja, bukan jenis pekerjaan yang kena outstation, bukan jenis kerja stress setiap masa, so aku rasa biasa-biasa je. Tak de kena marah dengan boss. Takde dateline yang nak kena kejar. Jadi aku memang langsung tak boleh nak samakan diri aku dengan orang lain. Itu tidak adil namanya. Jadi, orang lain pun, tak boleh nak bandingkan atau banggakan diri sendiri tentang kehebatan masing-masing dengan orang lain. No--no--noo...


Breastfeed vs Susu Formula. 
Topik ni paling serabut nak hadam. Masalahnya timbul bila ada yang suka pertikaikan apa yang orang lain buat. Perkataan lebih tepat ialah memperlekehkan. Tapi yang memperlekehkan tu, percayalah... Hanya beberapa kerat je. Ramai lagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka dengan breast milk yang faham tentang rezeki Allah bagi. Ibu-ibu yang tak menyusukan anak dengan susu badan tak perlu explain pun kepada mereka yang kondem korang. Tak ada guna pun. Sebab bagi mereka-mereka yang suka kondem tu, mereka dah pasakkan dalam kepala hotak mereka yang mereka adalah betul. Jadi, buat relax je. Baca komen dan senyum. Yang penting, kita tahu apa kita buat. Satu yang perlu kita ingat, semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka. Aku adalah ibu yang breastfeed anak aku selama 2 tahun tapi aku tidak sedikit pun pandang rendah pada ibu-ibu yang beri susu formula kepada anak-anak mereka. Sebab bagi aku, setiap orang pasti ada kekangan sendiri yang membuatkan mereka terhalang untuk berikan susu badan kepada anak mereka.


Terlampau Ikut Trend Boleh Jadi Gila.
Aku ada join beberapa group di FB. Contohnya group Home Schooling, group Bento, group Berkebun. Kalau tengok ilmu yang mereka kongsi memang boleh buat aku rasa kerdil. Lagi pulak kalau mereka kongsi usaha mereka untuk buat sesuatu. Contohnnya dalam group Home Schooling. Ramai ibu-ibu yang kongsi buat busy book (yang bagi aku, sekarang tengah viral la kot, busy book untuk bayi dan toddler). Aku kagum dengan usaha dan kerajinan mereka. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa down. Sebab bila mengenangkan yang aku tak berapa rajin nak buat apa yang mereka buat. Itu belum lagi bila mereka share kepandaian anak masing-masing. Umur anak mereka sebaya dengan anak aku, tapi dah kenal huruf-hurup hijaiyyah, dah boleh baca surah-surah lazim yang pendek. Mau tak stress macam nak giler aku tengok sebab anak aku macam ntah hapa-hapa je lagi sekarang setakat boleh main blocks buat keretapi je.

Itu belum cerita pasal mak-mak yang buat bento (bekal cantik-cantik) untuk anak mereka bawa pergi sekolah mahupun rumah pengasuh. Aku ni bekalkan anak aku dengan air kosong dan cornflakes je bawak gi umah pengasuh. Huhu. Kadang-kadang biskut gula, kadang-kadang biskut cicah nutella. Memang takde la nak buat nasi bentuk Minions ke, atau potong buah-buahan bentuk bintang, susun cantik-cantik dengan toothpick yang ada bentuk kartun-kartun. Mereka semua hebat. Aku pulak terasa tak hebatnya aku. 

Bila baca dalam group Natural Remedies pulak, tengok cara mak-mak merawat anak-anak mereka dengan menggunakan bahan-bahan alami, rebus halia la, bakar garlic lepas tu tumbuk la, aku rasa giler babeng, bukan setakat down dah ni, tapi tahap hancur jadi serbuk dah.

Begitu sekali penangannya kalau kita nak compare diri kita sebagai seorang ibu dengan ibu-ibu lain. Jadi, sebab tu la aku tulis entry ni. Semata-mata nak bagitau kat korams, supaya, tak perlu bandingkan diri dengan sesiapa. Buat lah mana yang termampu. Tak perlu peduli kalau orang nak kutuk atau sindir kita. Tak perlu explain panjang lebar, sebab yang kutuk tu je yang tak sedar rezeki tu daripada Allah. Rezeki kepandaian dan keupayaan dia untuk buat sesuatu tu sebab Allah yang permudahkan, bukan sebab dia pandai. Kena sentiasa ingat yang ada ramai lagi orang yang berfikiran terbuka dan menerima kekurangan orang lain seadanya.

So, wanita yang bersalin C-Sec sila la stop bagi penjelasan kepada wanita yang bersalin normal. Ibu yang bagi anak dengan susu formula, sila berhenti bagi hujah tentang kenapa, mengapa dan bagaimana korang boleh berikan susu formula kepada anak. Ibu yang bersalin di hospital kerajaan tolong la berhenti explain kepada ibu yang bersalin di hospital swasta. Stop self explaining. Tak ada guna okey? Sebab yang kutuk dan tak faham tu hanya seorang, tapi yang faham tu ada sejuta. Be positive, alright? Doa banyak-banyak. InsyaAllah, selamat dunia dan akhirat.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...