Iklan! Iklan! Sila Click!

30 November 2015

Beza Yang Pertama Dan Kedua

Sejahteralah ke atas kamu...


Sekarang ni, aku suka sangat tengok Shah Rukh Khan(SRK). *Tersipu i masa nak buat pengakuan ni tau*. Padahal biasanya kalau tak pregnant dulu, atau bila-bila pun sebelum ni, aku tak pernah minat pun SRK. Tak faham aku. Aku selalu je tengok clip video lagu-lagu daripada filem yang SRK berlakon. Yang paling aku suka lagu Chammack Challo. Lagu yang dinyanyikan oleh Akon untuk filem Ra One. Dalam filem tu SRK jadi robot.

Dulu masa mengandungi Luth, aku suka tengok cerita kartun Barbie. Lagi la melampau. Agaknya sebab tu la anak aku sopan kot. Sopan sangat la Barbie tu ye. Hakhak.

Bab alahan tu memang la sama. Tapi sekarang aku sukaaaaaaa sangat makan benda-benda masam. Tak padan dengan gastrik tu. Tak kira la buah ke asam ke. Kalau mangga, nak yang masam je.
Ini contoh benda masam yang aku suka makan sekarang. Aku panggil asam taik hidung. Hehehehe.

Berbeza la dengan masa pregnant kan Luth dulu. Aku langsung takleh makan benda masam. Makanan yang masam membuatkan aku lagi loya. Waktu Luth dulu, aku hanya boleh makan buah honey dew. Sekarang aku dah takleh makan dah honey dew. Kembang tekak aku. Benda-benda manis aku dah tak berapa suka kali  ni.

Ada dua benda yang aku mengidam nak makan. Satu dah dapat. Iaitu persimmon atau pisang kaki. Yang kedua, aku kepingin sangat nak makan kurma fresh yang masih ada pada tangkai. Yang masih keras dan berwarna kuning. Tapi memang aku rasa macam takde harapa nak dapat dalam masa terdekat ni. Sebab daripada pembacaan aku di Google, kurma hanya berbuah pada musim panas (summer) sehingga pertengahan musim luruh (Autumn). Sekarang ni bulan November. Dah musim sejuk. Takde harapan la nak beli. Kalau ada pun nanti mungkin tahun depan la baru aku dapat makan. Tapi takpe la. Malas nak fikir sangat. 

Kandungan aku sekarang dah masuk 17 minggu, lebih kurang 4 bulan la. Alahan, muntah tu dah kurang. Pagi-pagi masih muntah, petang-petang masih loya. Tapi dah cukup baik sebab aku dah tak muntah bila makan. Dah boleh makan tu kira bersyukur sangat dah. Alhamdulillah. So, sekarang aku nak wish, "Welcome back weight gain". 

Aku tak tau la kenapa, pregnant kali ni aku jadi malas sangat. Masak tu memang dah tak la. Kemas rumah memang jauh sekali. Rumah aku sekarang dah macam sarang beruang. Pastu yang paling jijik, aku malas mandi. Hakhak. Setiap hari aku mandi sekali je kalau hari bekerja. Tu pun memang mandi kerbau. Jirus air sikit, sabun ala kadar then bilas. Gosok gigi pun laju-laju je. Suami aku mandi lagi lama daripada aku mandi. Ye lah. Dia kan jambu. Kena la jaga penampilan. Kekeke. Tapi ada yang lebih jijik. Kalau time cuti, aku memang tak mandi 2 hari. MUahahahahah. Teruk benor aku rasa. Tapi aku rasa terlampau sejuk untuk mandi. Rasa macam nak kejang urat-urat aku kalau aku mandi. Harap-harap bau aku tak busuk la. Kalau busuk pun, harap-harap suami aku bertahan la. Bertabahlah ye Papa Luth. Lagi 5 bulan je lagi perangai pelik macam ni akan berlaku. 

Dulu masa mengandungkan Luth, aku tak reti cemana rasa 'baby mengeras'. Luth pun aku hanya dapat rasa dia bergerak masa kandungan dah 7 bulan. Tapi baby yang kedua ni, masa 4 bulan ni aku dah selalu dah rasa dia bergerak. Pastu selalu mengeras. Rasa macam terharunya akhirnya dapat juga rase cemana kalau baby mengeras. Hari tu masa aku pegi buat rutin check up, doktor buat ultra sound, memang aku nampak baby aku duduk tak diam langsung. Asyik bergerak je ke sana ke mari. Doktor kata, aktif sangat macam ni, no wonder la mama dia alahan teruk sangat. Kehkeh. Tertanya-tanya jugak aku, "ada kena-mengena ke baby aktif dengan alahan?". 

Jantina baby masih belum nampak. Aku excited nak tahu sebab aku tak sabar nak gi shopping baju baby. Tapi kadang-kadang aku rasa malas juga nak shopping sebab sebelum shopping, aku kena tengok dulu baju-baju lama Luth dulu yang mana boleh pakai lagi. Haaa, part itu la aku paling malas. Kalau boleh taknak la membazir sangat. Aku ni bukannya kaya. Selagi boleh jimat, aku nak jimat. Ni, baju aku pun dah lama aku tak beli. Sebab rasa macam takde feel langsung nak beli baju sendiri. Ye lah, aku kan konon-konon nak jahit baju sendiri je. Baju-baju ready made ni selalunya tak kena dengan kriteria aku. Kalau ada pun, aku kena mencari. Part nak mencari tu yang aku paling malas. Huu... Kriteria aku bukanlah nak yang vogue sangat pun. Cuma aku nak baju yang takyah gosok, tapi bukan Lycra. Baju mengandung pun takde lagi. Baby bump dah mula menjelmakan diri. Aku pakai jubah je la kot. Lagipun baju-baju aku, saiznya lebih kurang je macam saiz baju orang mengandung. So, apa nak risau, kan?

Ok, ni aku saje nak cerita. Ada orang sekampung dengan aku, di ups status kat FB. Dia kata tak sedar dia mengandung, sekali bila pergi check tu pun secara tak sengaja rupanya dah 6 bulan dia mengandung. Aku rasa, best gile dia ni. Mesti la kalo tak perasan tu takde alahan apa-apa. Tinggal lagi 3 bulan je. Takyah susah-susah nak menanggung. *Kawan sekampung aku tu kata, dia memang jenis yang aturan haid tak tentu masa. Lepas tu badan jenis gempal.*. Tapi tu lah. Rezeki orang kan? Seronok woo.

Itu je la nak cerita kali ni. Panjang kan, macam biasa. Hanya orang-orang yang gigih je rajin nak baca post aku yang panjang ni. Yang tak gigih, hanya tumpang komen walaupun sekadar baca perenggan pertama dan skip-skip. Peacee.




27 November 2015

2 Perkara Mendebarkan Bila Anak Demam

Sejahteralah ke atas kamu...

Minggu lepas Luth demam. Aku rasa, mana-mana mak (dan ayah) pun akan terselit rasa panik bila anak demam, walaupun demam tu demam biasa je, termasuk la aku. Risau. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni kan macam-macam penyakit pelik-pelik yang muncul. Yang mula-mulanya nampak macam penyakit biasa tapi tetibe sebenarnya penyakit kronik yang tak dapat diselamatkan lagi. Abih tu macamana la mak-mak ni tak risau kan?

Bila Luth demam, ada 2 perkara yang aku cukup rasa berdebar-debar nak harungi. Satu debaran negatif, iaitu risaukan kesihatan dia. Risau nak hadapi dia punya cranky dan tantrum. Tau je la kan orang sakit ni. Kalau kita demam pun rasa cepat nak marah je. Muka pun boleh bertukar jadi Maikel Jeksen dalam video clip lagu Thriller macam ni;


Inikan pula kalau anak kecil yang sakit. Nak cakap sakit kat mana tak pandai. Yang boleh harapnya menangis je la sekuat-kuat hati. Mak ayah ni kalau tak sabar boleh terpelanting sampai ke dinding budak tu kena tendang. Hehe. Harap je masih lagi waras. Kalau dia menangis yang kita tak tau dia nak apa, mak dia ni paling jahat pun, hanya menjauhkan diri sekejap untuk tenangkan perasaan. Atau kalau dah tak sabar, aku tengking gak dia sekali lepas tu aku peluk dia minta maaf. Heheh.

Satu lagi debaran bila anak demam ni ialah, bila dia baik daripada demam tu esok-esok. Makin banyak akal dan kepandaian dia yang boleh buat mak ayah gerammmmmm sesangat. Yang ni debaran yang positif la kot. Macam ala-ala Debaran Cinta by TokTi. Luth ni memang setiap kali lepas baik daripada demam, perangai makin keletah, mulut makin kuat menjawab, pot pet pot pet dah macam Chef Wan. Pulak tu sekarang dia dah makin pandai bercakap. Kalau dia main sorang-sorang yang aku paling rasa nak ketawa. Berlakon weh... Siap berdialog lagi. Biasanya lakonan dia berkenaan kenderaan yang dalam kesusahan dan perlukan bantuan pasukan penyelamat la. Macam Robocar Poli. 

Hah, semalam Luth buat drama. Masa aku nak masuk tidur, dia tengah main lagi dengan blocks dia. Aku kata, "mama nak tidur dah, Luth tunggu sini dengan papa ye, nanti dah habis main Luth masuk la tidur". Mula-mula dia kejar aku dan berkata, "mama, tunggu saya". Pastu beriya dia menangis peluk kaki aku, pastu dia cakap, "Mama, jangan pergi, jangan pergi". Eii. Padahal aku nak gi tidur je. Pfftttt.... Drama terlampau la dia nih.

So, itu je la yang aku nak cerita. Kuhik.

24 November 2015

Perihal Orang Yang Berhutang.

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku pernah berhutang dengan orang, meminjam duit dengan orang, tapi aku dah habis bayar walaupun mungkin lambat. Walaupun lambat, aku bagi tahu siap-siap kepada orang tu, kenapa aku lambat bayar. Alhamdulillah hutang-hutang semua dah selesai. Perasaan aku bila dah habis bayar hutang tu memang rasa lega sangat. Rasa seperti melepaskan 10 ekor badak sumbu yang ada di atas pikulan aku selama ini.

Dalam masa yang sama, ada orang juga berhutang dengan aku. Nak kata terlalu banyak tu, tidaklah sampai puluh ribu. Tapi ada la dalam ribu juga. Aku mula la rasa geram. Sebab aku rasa, aku gigih bayar hutang orang lain. Tapi orang yang berhutang dengan aku seolah-olah tiada usaha pun nak bayar hutang dia pada aku. Sampai satu tahap bila aku ingatkan dia tentang hutang, dia boleh tanya, "eh, ada eh?". Maksudnya dia tak ingat pun yang dia ada hutang dengan aku. Jadi ko expect dia nak bayar pulak kalau hutang tu pun dia tak ingat?

Kalau ikutkan hati memang la bengang bila orang tak bayar hutang. Yelah, duit kita kan? Tak fikir pula kesusahan apa yang kita terpaksa hadapi di saat-saat kesempitan duit. Banyak cantik muka dia nak buat-buat lupa? 

Sekali, masa tengah dok feeling 'macam bagus' sebab dah berjaya bayar hutang sedangkan orang lain tak nak bayar hutang aku tu, aku terbaca forwarded mesej kat WhatsApp. Isi mesej tu lebih kurang macam ni la, (the exact wordings aku dah lupa), "Jangan  merasa bangga jika telah dapat membayar hutang, dan jangan memandang rendah kepada orang yang masih belum melangsaikan hutang, kerana Allah-lah yang memudahkan kita untuk membayar hutang tersebut, bukan kerana kehebatan kita.". Ala, lebih kurang gitu la maksud ayat tu. 

Insaf terus bila baca ayat-ayat tu. Bila fikir-fikir balik, memang kalau bukan Allah yang permudahkan aku untuk bayar hutang, mesti la sampai sekarang aku masih mereput dengan hutang yang banyak tu. Jadi betul la, aku tak boleh rasa hebat lepas tu nak compare diri aku dengan orang lain. Aku berbaik sangka je la. Mungkin dia belum mampu nak bayar hutang aku.

Bila dah terlampau insaf macam tu, aku terfikir untuk halalkan je semua hutang-hutang orang dengan aku. Sebab kalau mereka tak bayar hutang tu sampai  kiamat, nanti dia akan merangkak cari aku kat padang mahsyar. Terbayang orang tu tak akan terlepas dengan hutang-hutang dia, kita pula akan terasa macam 'kemenangan milik kita' kalau dia cari kita kat padang mahsyar, kan? Time tu boleh la kita tempelak dia depan muka dan berkata, "Haa, tau pun kau nak cari aku sekarang ye? Dulu buat-buat lupa dengan hutang kau. Now, rasakan seksaan api neraka!". Terasa macam best je kan kalau kebenaran berpihak kepada kita. 

Tapi bila aku fikir semula sedalam-dalamnya..... Aku kenal diri aku. Aku ni tak suka menunggu lama. Lebih-lebih lagi kalau kena berdiri lama-lama di dalam lautan manusia. Memang aku sangat tak suka. Sedangkan nak pergi Baby dan Mom Expo pun aku malas. Sebab aku malas bersesak dengan ramai orang, lepas tu aku malas nak tunggu lama beratur untuk bayar dan kesimpulannya aku memang tak suka aktiviti yang menyusahkan aku, jadi aku fikir kat padang mahsyar tu keadaannya sangat la sesak dan lama. Kalau perhimpunan sekolah tiap-tiap pagi Isnin pun aku tak tahan berdiri, apatah lagi kat padang mahsyar nanti. 

Jadi, aku harap urusan aku semasa di padang mahsyar tu dapat dipercepatkan. Cara nak percepatkan ialah, dengan menghalalkan hutang, memaafkan orang lain walau pun mungkin ada dendam yang aku rasa takkan maafkan seseorang sampai bila-bila, tapi demi supaya dia tak melambatkan urusan aku, lebih baik aku maafkan je. Yelah, dosa aku sendiri dengan orang lain dah banyak menimbun. Urusan aku nak gi merangkak mencari orang yang aku pernah 'berdosa dengan' pun tak tau berapa lama nak selesai. sekurang-kurangnya kalau aku dah maafkan orang yang pernah berdosa dengan aku, cepat la sikit kot urusan aku kat padang mahsyar nanti.

Niat suci nak memaafkan dan menghalalkan hutang tu tiba-tiba terpotong bila aku terbaca pula satu quote yang orang kongsi di Facebook. Sama la, ayat penuhnya aku tak ingat, tapi maksud dia lebih kurang, "Ustaz kata, kalau ada orang yang berhutang dengan kita, kita jangan halalkan, biar dia cari kita kat padang mahsyar nanti dan hutang dia tu nanti akan dibayar di dalam bentuk pahala yang mungkin akan menyelamatkan kita di akhirat nanti.". Mula-mula aku terfikir, "Ustaz mana yang kata tu? Ustaz ke yang ajar macam tu? Rasa mcm woww...hebatnya ilmu ustaz tewww.". Selepas tu aku fikir, hutang orang dengan kita, kalau kita halalkan, maka hutang itu akan jadi sedekah. Pahala sedekah itu pastinya lebih besar daripada hutang yang bertukar menjadi pahala semasa di padang mahsyar. (Wallahua'lam. Yang ni aku memang tak pasti. Tapi aku rasa je.). Sebab kalau baca di dalam Al Quran, disebutkan betapa ramainya umat manusia yang meminta untuk kembali ke dunia, hanya untuk bersedekah. Mereka nak bersedekah, bukan nak tambah solat atau tambah puasa atau solat sunat. Bermakna, pahala sedekah tu pastilah tersangat besar. 

Jadi, korang rasa korang boleh tahan tak menunggu lama semasa di padang mahsyar? Harus diingat, sehari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Bukan main-main punya lama tu. Golongan elf pun tak dapat hidup selama tu tahu. Kalau rasa tak tahan, sementara masih ada peluang untuk memaafkan orang ni, marilah kita maafkan orang lain. Sementara masih ada peluang untuk menghalalkan hutang ni, marilah kita tukarkan hutang tu menjadi sedekah. Jangan fikir pasal, "ohhh sedap la dia... tak payah bayar hutang kita". Jangan, jangan fikir pasal orang tu, tapi fikir pasal diri kita ni. Peluang yang kita boleh bantu diri sendiri di akhirat. Sementara masih boleh buat keputusan ni. (Aku hanya mencadangkan aje ni. Bukan aku paksa suruh halalkan ye. Korang mestilah rasa macam rojak sama ada nak halalkan ke tak hutang-hutang orang dengan korang. Last sekali, terpulang juga la kepada kesanggupan masing-masing.). Peace.

Firman Allah yang bermaksud;


Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...