Iklan! Iklan! Sila Click!

21 October 2015

Susahnya Bila Anak Dah Pandai Takutkan Hantu

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku memang tak pernah ajar anak aku takut. Takut yang berkenaan dengan takut hantu ke, takut gelap ke, takut bunyi guruh ke, atau apa-apa ketakutan yang sengaja aku create konon-konon untuk bagi dia dengar cakap aku. (Tapi dia takut dengan orang kalau yang tak biasa jumpa. Dan juga takut dengan aktiviti fizikal macam nak suruh terjun ke meja ke. Yang tu aku tak ajar. Sendiri datang).

Mula-mula dulu, aku masih boleh suruh Luth ambil barang dalam bilik yang gelap seorang diri. Dia hanya akan bertenang je kalau bunyi ribut petir. Kalau aku tinggalkan dia seorang diri di mana-mana dalam rumah pun dia masih lagi bertenang.

Sejak akhir-akhir ni, seksanya aku rasa bila anak aku dah mula pandai takut kepada hantu. Ntah mana dia belajar tak tau. Kang tiba-tiba dia kata.."Mama, ada hantu". Aku pulak yang rasa nak jadi hantu, sambil bertanya, "Kat mana ada hantu?". Dia jawab, "Dalam bilik". Aku dengan suami aku selalunya akan beriya-iya explain kat dia, "Tak ada hantu. Dalam bilik tu cuma ada katil, ada kipas, ada selimut, ada almari". Pastu dia berani la sekejap. Esok, jadi penakut balik.

Sekarang kalau aku nak suruh dia ambil botol air dia dalam bilik, dia akan suruh aku balik. "Mama ambik", dengan muka selamba dia suruh aku. Eii, geram aku tobat pong.

Yang aku paling serabut, bila aku nak pergi ke dapur sekejap je pun, dia menangis-nangis peluk kaki aku suruh aku duduk dekat dia kat ruang tamu. Kalau setakat nak gi dapur untuk hantar pinggan tu aku masih boleh hold. Kadang-kadang aku nak gi toilet pun payah. Haih la budak ni. Sambil menangis-nangis dia cakap, "Duduk cini, duduk cini". 

Aku rasa mungkin juga sebab banyak sangat tengok TV. Kalau cerita kartun yang macam Chibi Maruko Chan dengan Hagemaru pun, kadang-kadang ada juga cerita yang sengaja nak create rasa seram walaupun sebenarnya ending dia tak seram pun. Agaknya itu yang dia terbawa-bawa sangat tu kot. Ataupun mungkin juga kawan-kawan di rumah pengasuh yang biasa sebut pasal hantu. Tapi tak baik pulak aku menuduh kan? 

Kadang-kadang, Luth bercakap dengan aku, dia cakap "Ko niiiii". Mintak air sirap segelas la aku kalo gitu.

Itu membuatkan aku terfikir. Akan ada banyak benda yang kita tak ajar anak kita, tapi tiba-tiba anak kita balik rumah, dia dah pandai. Kalau pandai benda positif dah pastilah aku orang pertama yang akan melompat bintang then suami aku orang kedua. Tapi yang menakutkan aku kalau dia pandai benda-benda negatif. Sekarang anak aku kecik lagi. Masih di dalam kawalan aku. Nanti dah sekolah, tak tahu la lagi apa benda yang dia akan bawak balik. Ni bukan la nak paranoid tak tentu hala. Tapi pengalaman kawan-kawan sekeliling yang bercerita. 

Ada kawan yang cerita, anak dia semasa kat sekolah tadika, memang tiptop. Belajar bahasa Cina, hafazan dan perangai pun okay. Bila masuk je sekolah rendah, semua yang diterapkan semasa sekolah tadika dulu seolah-olah faded away. Bukan la nak salahkan sesiapa. Cuma aku rasa bila dah ramai sangat kawan, akan ada seribu satu perangai yang mungkin dibawa daripada rumah masing-masing. Yang akan bercampur mana baik dan buruk tanpa ada filter. Bila sampai rumah, mak ayah dah filter, esok pergi sekolah datang lagi bawak 'kepandaian' baru. Berdebarnya nak tunggu anak besar. Itu belum kira soalan-soalan cepuk dahi yang bakal ditanya oleh anak-anak. Huuu... Seram mama. 

Mommies gojes sekelian, ada tak pengalaman 'kepandaian' yang yuolls tak pernah ajar anak yuolls tapi tetibe mereka pandai sendiri? Kongsi la dgn iolls.

16 October 2015

Cerita Lembu Korban

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku sebenarnya malu nak cerita, tapi aku cerita jugaklah. Raya Haji tahun ni, adalah pertama kali aku melakukan ibadah korban. Huhu. Sedih kan? Raya tahun ni juga, aku tak balik kampung. Pertama sebab buat ibadah korban tu di flat tempat aku tinggal ni. Lagi satu sebab, mak dan pak mentua aku datang ke sini untuk beraya di sini. (Rumah adik ipar, di Banting). 

Di flat kami tu, ada 4 ekor lembu yang disembelih untuk ibadah korban tu. Salah satu daripadanya ada satu bahagian ibadah korban aku.

Dalam 4 ekor lembu tu, ada seekor lembu yang paling besar. Warnanya hitam. Dia gemuk dan nampak kuat. Lembu hitam yang besar tu adalah yang pertama disembelih. Kalau tidak silap, lembu tu dikorbankan oleh tokey lembu dan keluarganya. Selesai urusan penyembelihan lembu pertama tu, barulah turn untuk lembu korban yang ada bahagian aku. Kiranya lembu aku, adalah lembu kedua.

Jarak antara lembu hitam yang pertama tadi dengan lembu korban aku hanya lebih kurang 4 meter. Yang lembu hitam tu dah terbaring dah. Dah mati.

Oleh sebab ini adalah pengalaman pertama aku buat ibadah korban, semasa tukang sembelih berselawat dan memuji Allah bersama-sama aku serta orang-orang yang ada bahagiannya di dalam lembu kedua tu, aku jadi macam sebak sikit. Ye lah, ko bayangkan la. Punya lama aku hidup. Punya lama dah bekerja. Baru sekarang ada peluang buat ibadah korban. Dalam hati aku terharu la sebab Allah beri peluang kepada aku. Dan Allah permudahkan urusan aku. Sedih tau. Pastu aku dah start menangis dah masa orang sembelih lembu tu. Bukan nangis sebab simpati kat lembu tau. Tapi nangis sebab mengenang simboliknya ibadah korban tu dan macam-macam la benda yang buat aku rasa terharu sangat. Konon je kan.

Masa tengah feeling-feeling syahdu tu kan.... aku tengok orang-orang yang sebelah kiri aku macam lari. Potong terus feeling sedih aku. Berenti kejap nangis. (aku bukan la nangis teresak-esak tau. Cuma aku keluar air mata je la). Mata aku melilau memandang ke kiri. Kenapa pulak yang kecoh-kecoh tu? Sekali bila kawasan sebelah kiri tu dah clear sebab semua orang dah lari, barulah mata tertancap kepada lembu hitam yang telah mati disembelih tadi. Dia bangun nkau! Berdiri tegak memandang ke arah aku dan semua orang yang ada berdekatan situ. Berdiri dengan leher yang terkelobong dan masih berdarah berjejesan. Spooky gile oiii!

Masa tu tukang sembelih tengah sembelih leher lembu kedua. Sebelum tu ada ramai orang tolong pegang badan lembu yang sedang disembelih tu. Bila masing-masing dah tengok lembu hitam tu bangun, semua pakat lari tinggalkan tukang sembelih tu sendirian je dengan lembu yang dia tengah sembelih tu. Dalam masa yang sama, lembu hitam pun tengah tenung tukang sembelih. Cube ko bayangkan kejap apa perasaan tukang sembelih tu. Huhu. Aku masa tu dah menceliput lari naik tangga untuk ke jalan besar. Dari jauh aku nampak husband aku yang sedang mendukung Luth pun dah mencibang lari ke lorong nak masuk rumah kami. 

Memang panic at the disco la sorang-sorang masa tu. Mujurlah ada saudara seagama kita dari Pakistan yang turut serta dalam acara korban tu, pandai handle situasi genting tu. Mereka adalah dalam 3,4 orang lelaki dewasa berpakaian kurta mengambilalih untuk menguruskan lembu hitam yang bangkit dari kubur tu. Mereka la yang berhempas pulas untuk menjatuhkan semula lembu hitam tu. Rasanya sebab mereka lebih berpengalaman kot berurusan dengan lembu dan haiwan ternakan. Bravo! Tahniah baiya! Aku tengok yang tukang sembelih tadi pun dah selesai sembelih lembu kedua tu dengan selamat. Alhamdulillah. Lepas tu baru la aku turun balik ke tempat sembelih tu, dan masuk rumah. Mabuk la aku lama-lama bau darah dan tahi lembu kat situ.
Lembu hitam yang bangkit tu. *budak kenit tu pun pakai kurta jugak. Kemain orang pakistan minat ke dia. Siap amik gambar dengan budak Luth ni. Aku rasa sebab dia pakai kurta kot.



Macamana lembu hitam tu boleh bangun, aku dapat tahu ada orang pergi cabut ikatan pada kaki lembu tu. Kan aku dah kata lembu tu nampak kuat. Mungkin lepas putusnya urat halkum dan urat merih dia, dia masih ada kekuatan yang bersisa. Itu yang boleh bangun balik tu. Memang pengalaman betul la tu untuk aku. Heheh.

Daging bahagian aku, aku yang perlu agihkan sendiri. Mereka bagi dengan tulang dan hati serta limpa juga. Tapi agak susah juga nak agihkan daging-daging korban tu. Sebab nak cari fakir kat kawasan yang aku sendiri pun tak berapa kenal sangat orang situ, agak susah la. So, selain bagi kepada jiran dan keluarga, husband aku agihkan juga kepada saudara seislam kita yang bekerja di Petronas sebelah rumah kami tu. 


Daging korban yang dah dibahagi-bahagikan ke dalam plastik

Lepas tu masukkan pulak ke dalam paper bag.


 

13 October 2015

Cranky & Clingy

Sejahteralah ke atas kamu...

Tajuk je bahasa inggeris, post ni dalam bahasa melayu. Jangan risau. Berdebor la tu nak buka google translate. Heheh. (cheh aku ingat org lain bodo bahse inggeris macam aku gamoknya. Kekeke.)

My Beloved Husband
Sejak aku pregnant ni, orang yang paling penat ialah husband aku. Sebab aku sangat-sangat mabuk. Selalunya tak ada tenaga, moody dan tak larat nak layan si kenit budak Luth. Aku tidur awal. Kul 9.30 malam aku dah tido. Husband pulak akan take over semua..... Maksud aku SEMUA tugas-tugas aku seperti basuh baju lipat baju sidai baju, kemas rumah, main dengan Luth, mandikan Luth dan penuhi semua keperluan rumahtangga termasuk la memasak. Huhu... Walaupun dia hanya mampu masak nasi dan sayur. Kadang-kadang goreng cekodok. Atau rebus kentang dan telur. Bukan sebab dia tak boleh masak makanan-makanan canggih yang lain. Tapi aku tak boleh langsung nak terhidu bau-bauan menumis atau bau rempah-rempah. Memang termuntah la aku. 

Aku kesian kat suami aku. Sebab sejak aku tak berselera makan ni, dia pun terpaksa makan makanan-makanan yang tak menyelerakan macam aku. Bubur kosong. Nasi kosong. Telur rebus. Kentang rebus. Semua makanan-makanan yang takde bawang atau rempah. Dia pulak memang jenis lelaki yg tak berapa suka makan makanan luar. Biasa kalau dia beli pun, mesti macam tak kena selera dia. Tapi dia akan tetap habiskan. Aku pernah cakap kat dia, "Sian papa... kena makan makanan yang macam ni je tiap-tiap hari". Dia kata, "Takpe... Orang Afrika tu, makan lumpur je buat biskut". Huuhuuhu... Hokey... kalau dia dah jawab gitu, what can i say la kan. Tapi memang aku bersyukur sebab aku memang boleh bergantung harap dengan suami waktu aku tengah tak sihat ni. Ini lagi sebulan dia kena outstation plak 3 hari. Aku dah mula jiwa kacau dok fikir cemana la kalo dia takde nanti. Aku memang jadi the lost world of Tambun la aku rase. Kalau aku sihat tiada masalah. Tapi ni tak sihat.

My Beloved Son
Luth pulak, sejak aku alahan ni, dia memang aku serahkan terus kat papa dia. Memang aku tak layan dia sangat. Cuma ada masa-masa yang aku rasa dia rindu kat aku, dia akan panggil je aku. Mama...mama...mama... Tapi takde apa-apa pun. Dia cuma panggil je. Kadang-kadang dia akan baring atas perut aku. Aku memang tak mampu nak layan dia sebab aku loya.... Aku kena baring dan bersendiri je. Huhu. Teruk. 

Malam tadi, aku macam biasa tidur awal. Dalam jam 12 malam baru papa dia ajak dia tidur dalam bilik. Sebelum tu papa main dengan dia. Mula-mula dia tidur. Lepas tu kul 1.30 pagi dia nangis. Bergolek-golek daripada sebelah aku ke sebelah papa dia. (Luth tidur kat tengah. Aku tidur setepi birai katil yang boleh. Papa dia pun tidur setepi birai katil yang boleh. Kat tengah tu seluas-luas katil Luth punya.) Itu pun dia masih lagi suruh kiterang tepi. Melampau la tu. Pastu dia nangis tu mula-mula dia kata nak air. Aku pun korek bawah bantal, keluarkan air kosong yang aku dah letak dalam botol susu. Pastu aku bagi kat papa dia, then aku sambung tidur. Aku dengar la papa dia pujuk dia, tanya nak apa, tanya sakit apa.

Aku terlelap kejap, bila aku terjaga balik, aku dengar Luth tak abih lagi menangis. Aku tanya, papa dia tanya, dia tak jawab. Aku dah rasa nak naik hangin dah ni. Perut aku dah la tengah sakit masa tu. Pedih sebab gastrik. Pastu aku biar lagi papa dia handle. Tak reda-reda jugak menangis dia. At last Luth cakap suruh buka lampu. Papa dia pun buka lampu.

Bila dah buka lampu tu, baru la aku take over. Aku tanya dia (dengan lembut walaupun aku sebenarnya sangat sakit perut).... Luth kenapa? Luth sakit apa? Dia tak jawab. Aku teka, "Nyamuk gigit Luth?", tetibe dia senyap. Berhenti menangis.  Maknanya betul la tu kena gigit nyamuk. Aku tanya lagi, "Mama letak Mopiko nak?", pastu laju je dia jawab, "Ye". Pastu aku pun suruh dia tunjuk, kat mana yang kena gigit tu, dia hulur tangan kiri. Aku pun usap-usap tangan dia, memang la ada 2 bintat gigitan nyamuk. Aku sapu Mopiko laila kat situ, lepas tu aku tanya lagi, kat mana lagi, dia hulur tangan kanan pulak. Aku sapu je la, melayan walaupun sebenarnya takde pun kat tangan kanan. Lepas tu kaki dua-dua belah pun aku sapu Mopiko. Sambil sapu tu, sambil mulut aku kata, "alaaaa shiannya anak mama". Sambil cium-cium kepala dia. Pastu baru dia diam. Dia sambung tidur. Errmmm.... Rupa-rupanya dia nak mama dia yang layan. Bukan sebab papa tak bagus. Cuma dia nak perhatian mama je. Sian anak aku.

Lepas aku dah sapu Mopiko, aku pujuk dia nak tutup lampu, lepas tu dia baring atas badan aku. Dia kata, "nak baring mama, nak baring mama". So aku bagi la dia baring atas badan aku yang lemak-lemak air ni. Hehe. Mula-mula meniarap. Lepas tu baring terlentang atas badan aku. Aku peluk dia, baru dia lena. Padahalnya, Luth ni, selama ni dia langsung tak suka kalau aku peluk dia waktu nak tidur. Memang berbeza la karektor dia bila nak jadi abang ni. Aku pulak yang rasa sebak. Dia memang nak perhatian mama rupa-rupanya.

Aku mohon agar semua urusan aku Allah akan permudahkan. InsyaAllah.

08 October 2015

Style Rambut Lelaki Melayu Jaman Sekarang

Sejahteralah ke atas kami.. eh, ke atas kamu...

Korang tahu cemana rambut mohawk? Takkan tak pernah dengar rambut mohawk? Ok, bagi yang tak tahu, ni la salah satu gambar rambut mohawk yang keluar bila ko taip 'mohawk'. 

Aku perasan, ramai lelaki Melayu kat Malaysia ni yang suka buat rambut gaya mohawk ni. Kawan-kawan, keluarga, budak muda, budak kecik, separuh umur semua nak tiru gaya ni belaka. Selamat la aboh aku yang umur 80 tahun tu tak buat rambut gaya gini. Kalo tidak aku nak viralkan je kat FB biar dia femes. Boleh aku tumpang femes. Hehek. Amboi, giler femes rupa-rupanya aku ni ye.

Biasanya rambut yang cuba digayakan oleh lelaki Melayu ni takde la macam gambar kat atas tu. Yang atas tu teruk benor rupe dia. Setakat yang macam Zayn Malik ni je.


Kira jambu la kan kalau buat style rambut camni. Tapi harus la lelaki-lelaki melayu ingat, bahawa bukan semua jenis muka sesuai buat fesyen rambut gini. Kalau dah try sekali then nampak macam kelakar, next time kalo potong rambut, sila jangan mintak fesyen rambut ni dah ye. Ni nasihat yang ikhlas dan fatonah daripada kak Fatonah ni tau.

Secara jujurnya aku memang kurang suka tengok lelaki yang potong rambut macam ni. Kecuali la muka dia memang sesuai macam mamat yang pakai subang dalam gambar kat atas ni. Boleh la dimaafkan.  (Hamboi aku mengutuk plak. Hampun ye adik-adik kalau terase. Akak ikhlas ni.). Lelaki melayu biasa potong rambut Mohawk, akan jadi macam gini;

Rambut tengah tu terlalu panjang. Pastu kat belakang kepala tu nampak macam daun kelapa ditiup angin berjuntaian. Memang kena... Kena ketawa. Tapi end up yang lelaki melayu akan dapat ialah, dia akan kelihatan seperti muka Bobo. Ko kenal lagi Bobo? Ala, Bobo yang dub-smash lagu Sayang by Shae tu.

Bobo ni;

Rambut Bobo ni pun actually style mohawk juga hokey. Tapi versi muka Bobo la. Tak dapat nak bantu.


.......................................


Ada satu hari tu, husband aku nak gi potong rambut. Dah berapa minggu aku bising pong pang pong pang suruh dia potong rambut dia. Sebab nampak macam sebotol minyak ZamZam tumpah atas kepala sangat dah. Pastu dia pergi la.... 

Bila balik tu, dia bawak balik rambut macam ni,

Nampak rambut tepi tu dia sepat bagi skin head, pastu kat tengah-tengah dia biar panjang berjerebik. Aku pun hape lagi. Kutuk la husband aku depan-depan. Aku panggil dia Brendan [Frazer] macam nama pelakon dalam gambar ni. Aku memang tak berapa minat style rambut gini. Pastu husband aku beriya explained, dia kabo dia gi kedai suruh trim. Sekali brader tukang gunting tu buat macam ni. Tak baik betul isteri deraka ni nak gelak-gelakkan suami sendiri kan. Awak tu macam la santek sangat muka. Kekeke.

Pastu masa raya haji, aku beraya kat rumah adik ipar aku, Tinee. Aku cerita pasal rambut Abang Ngah dia tu kat adik-adik ipar (Ina dan Tinee). Sekali Tinee kata, suami dia Helmi pun gi potong rambut dan dapat rambut macam tu. Helmi pun kena ketawa dengan Tinee sebab rambut kelakar. Dan Ina pun kata, suami dia Hisham pun buat rambut macam gitu. Itu pun kena ketawa juga dengan Ina. Kesimpulannya, kalau pergi potong rambut kat kedai gunting sekarang ni, agaknya kalau cakap suruh potong pendek, memang tukang gunting akan buat rambut cam Bobo la kot? Hahahah.. Geli hati plak rase.


Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...