Iklan! Iklan! Sila Click!

23 September 2015

Kisah Ibu Mengandung

Sejahteralah ke atas kamu....

Antara alahan mengandung dengan sakit bersalin, aku lagi tak tahan nak tanggung alahan mengandung. Ohh, saia taa kuadddd.... Sakit bersalin tu, walaupun kesakitan dia, memang bapak la sakit sangat, tapi dia macam sekali je. Rasa sakit sebelum bersalin masa contraction, lepas tu bersalin... then dah takde dah sakit tu. Tapi kalau alahan.... aduiii... pening kepala, loya sepanjang hari.

Dulu masa pregnant kan Luth, aku memang akan muntah setiap kali aku makan. Huhu. Tiap-tiap hari. Sehinggakan berat badan aku turun banyak kilos. Aku dah tak ingat tapi aku rasa macam belas-belas kilo jugak turun. Mengandung kali ini, aku harap yang alahan tu tak terjadi. Kalau setakat rasa loya-loya tu bagi aku, aku masih boleh handle. Masa mula-mula aku tahu aku pregnant ni, kandungan dalam 5 minggu. So, alahan tu takde sangat melainkan rasa loya je. Aku dah rasa happy sebab harap-harap macam gitu je la alahan aku untuk trimester pertama ni. 

Masuk je 7 minggu, dah mula la episod muntah kuning tiap2 hari. 2 hari lepas, sampai tahap aku terpaksa berhentikan kereta kat tepi jalan sebab aku dah termuntah dalam mulut masa tengah drive. Bayangkan kemam muntah dalam masa beberapa minit. Gelinya jangan cerita la. So, sekarang ni, berat aku sedang menyusut. Sebab memang tiap2 hari aku muntah. Dari satu segi, aku rasa agak bagus sebab at least, nanti bila selera aku dah okay, takde la naik banyak sangat berat aku kan? Cuma nak tanggung sakit perut gastrik tu, pastu betapa peritnya tekak sebab muntah tu yang keluar air asid perut. Pastu bila aku muntah kat umah, budak Luth tu sibuk berdiri tepi aku, pastu nak dukung masa aku tengah muntah tu. Sebab nak tengok. "Mama, engok, nak engok". Eii.. Kalo ikutkan rasukan ablasa, aku nak tengking je sekali budak tu. Dia tak tau ke aku tengah dalam keadaan genting yang tak best langsung perasaannya? Dia pulak sibuk nak tengok. Tapi aku masih bersabar... aku gosok kepala dia je sambil muntah. Lepas tu suruh dia tengok TV. Penyabar kan aku? Kuheh...kuheh...

Masalah yang menyebabkan aku gastrik tu ialah sebab aku tak selera makan. Langsung aku takde perasaan teringin nak makan apa-apa. Tiap2 hari puas aku perah otak aku ni memikir nak makan apa.Tapi semua benda aku macam takde hati nak makan. So, bila perut aku lapar, asid perut dah makin banyak, tu yang buat aku muntah tu. Memang seksa kalo takde selera makan ni. Pastu ada benda yang aku makan, yang perut aku takleh hadamkan. Contoh aku makan nasik lemak pagi. Tengahari aku makan roti. Petang karang, aku boleh muntah keluar nasik lemak. Sepatutnya dah lebih daripada 4 jam dah hadam la kan? Seolah-olah badan aku takleh digest makanan tu. Aku pun pelik.

Aku memang berharap anak kali ini perempuan. Saje je la nak bagi cukup sepasang. Kalau ikutkan aku tak kisah pun. Lelaki pun okay. Cuma kalo anak pompuan, seronok la aku jahit gaun kat dia banyak-banyak. Nak jahit kat anak orang, sometimes aku rasa orang bukan hargai sangat hasil jahitan aku. So, daripada aku sentap, lebih baik aku takyah bagi kat orang dah la hasil jahitan aku. Biar aku sendiri je guna. Memang, aku sedar jahitan aku bukan cantik pun. Eh, tetibe buat cerita sedih.

Cerita pasal menjahit. Dulu sebelum pregnant anak kedua ni, aku dah plan nak jahit baju pregnant sendiri. Macam-macam pesen dah terbayang dalam kepala ni. Nak buat gitu, gini. Sekali sekarang bila dah pregnant, aku pandang mesin jahit pun dah rasa macam nak pitam. Apatah lagi nak main dengan jarum dan benang. Mekasih je la. So, nampak macam harapan untuk jahit sendiri baju mak mengandung tu macam makin tipis. Huhu. Kena beli je la ye bubi.

Itu je la buat masa ni. Aku memang tak larat ni. Kena baring untuk hilangkan rasa loya ni. Tapi waktu ofis, mana la tenang sgt nak gi baring-baring kat surau kan? Nak MC kang rasa macam takut rekod kehadiran tak cantik pulak.

18 September 2015

Entry Ini Tiada Gambar.

Sejahteralah ke atas kamu...

Dua minggu yang lalu, aku jadi tak faham dengan diri aku sendiri. Mula-mula aku asyik rasa serabut sampai aku rasa macam muka aku nampak hitam dan keruh. Takde nur bak kata orang. Pastu aku memang rasa macam cepat naik hangin. Owh, kawan aku kata bukan ke selalunya aku memang cepat marah jugak ke? Ye la, betul la tu cuma pada 2 minggu sebelum ni, aku sekali ganda lagi cepat naik hangin daripada biasa. Selamat la aku tak marah Luth atau pon suami aku. Masih lagi waras kat situ.

Lepas tu perut aku pulak asyik meragam je. Aku ni memang ada gastrik. Gastrik ni kalau dengar macam penyakit enteng je. Namun, hanya sape yang ada gastrik je tahu apa perasaannya sakit gastrik tu. Ini bukan semata-mata alasan sakit bagi orang yang malas puasa ye. Memang seksa gastrik ni. Tapi dua minggu lepas, memang gastrik aku berlebihan sikit. Aku macam rasa bloated sepanjang masa. Pastu banyak sendawa, yelah dah bloated kan.  

Lagi teruk bila aku rasa macam selalu je nak terkencing yang jenis tak boleh nak tahan-tahan dah tu. Perasaan dia sebelum aku buang air tu, macam nak kencing sebaldi urine. Sekali bila kencing keluar macam ciput je. Huhu. Teruk penyakit nih.

Kawan aku kata aku pregnant. Lagipun aku memang dah lewat period beberapa hari. Tapi aku tak rasa macam aku pregnant. Sebab macam tiap2 bulan pun ada lewat 2, 3 hari, then aku gabra lebih, aku test guna pregancy test kit yang aku beli sendiri, pastu result dia negatif. Aku rasa macam dah 4 ketul pregnancy test aku bazirkan dengan result yang negative. Selamat la aku beli yang murah je, cap Guardian. 

Aku ni sebenarnya, acekonon tengah nak diet Atkins. Nak amik very low carbs dan low kalori. Tapi kalau dah gitu gaya kesihatan aku, aku pun berbelah bahagi jugak nak teruskan diet Atkins tu. Aku takut jugak kalau-kalau aku sebenarnya pregnant pastu aku pegi amalkan Atkins Diet. Kang mudarat pulak kandungan aku.....

So, di suatu pagi yang indah, aku rasa macam dah menggelupur nak tahu. Aku ni pregnant ke tak pregnant. Iye ke tidok? Iye ke tidok? Sebab nak diet ni. Heheh. Bila aku test tu, nampak kertas dalam pregnancy test tu laju je menyerap urine aku. Bila sampai kat garisan 'T' (penanda sama ada pregnant atau tidak), terus je jelas nampak garisan purple. Terang tebal garisan tu. Bukan setakat pudar-pudar warnanya hokey. Aku terus macam terharu sebab dah sah aku mengandung! Gals, i'm pregnant!

Aku keluar toilet, aku panggil husband aku, "Bubi! Bubi!" Bajet buat suara cemas macam ada lipan kat dalam toilet, husband aku bergegas datang kat aku. Dia tanya "Kenapa? Kenapa?" Aku pun tunjukkan pregnancy test yang pada mulanya tadi aku sorok kat belakang aku, sambil berkata, "tadaaaa". Dia tenung lama je pregnancy test tu. Muka berkerut, pastu dia tanya. Kenapa? Ni apa maksud dia?... *ko bayangkan tadi mula-mula ada muzik indah alunan biola bersama piano tengah berkumandang, tiba-tiba terus bunyi macam CD lekat cicak. Potong ahh husband aku! Dia boleh tak faham plak. Aku kata la aku pregnant. Lepas tu baru la dia melompat-lompat. (Okay, itu aku tambah-tambah. Sebenarnya dia tak lompat, tapi dia peluk aku.).

Haa, jadi begitu la kisahnya. Lepas ni kalau aku update blog, muntah la korang nak baca cerita pasal aku pregnant je memanjang. Hahahahah... Silalah gelak sekarang. Oh, my EDD will be on 7 Mei 2016. InsyaAllah.




10 September 2015

Untung Larrr Anak-anak Zaman Sekarang *Ayat Cliche

Sejahteralah ke atas kamu....

Anak aku dah tak berapa minat dah menonton Baby TV. Sekarang ni dah mula nk jadi kanak-kanak normal yang suka tengok TV, cerita otomen [baca: ultraman]. Tapi aku taklah bagi sokongan sangat kalau dia nak tengok otomen. Memang aku pesan ke dia, berlawan tak baik, ultraman ni tak bagus. Tapi dia bukan kesah pun bila aku bagi ceramah gaya gitu ke dia. Dia makin ajak aku berlawan lagi ada. Tersinggung hati kecil aku hokey bila ajak berlawan, dia suruh aku jadi dinosaur [raksaksa]. Ye la.. yela.. mama tau la mama besor macam dinosaur. Dia mesti nak jadi hero kan. So, hambik... hambik semua. Hambik menang. Ceh, dengan budak kecik pun nak emo.

Walaupun aku tak galakkan sangat dia tengok cite otomen, tapi ada satu cerita katun yang aku approved kalau dia suka tengok. Mungkin sebenarnya sebab aku pun suka katun tu. Robocar Poli. Comel sangat kereta-kereta yang boleh transform jadi robot penyelamat. Kartun daripada Korea.


Yang aku nak ceritanya, bila aku dah suka akan Robocar Poli ni, maksudnya aku la yang lagi beriya-iya beli mainan untuk Luth. Mula-mula aku beli yang kecik keras kejung hanya boleh jadi kereta je.


Kemudian, aku dapat tahu, ada mainan Robocar Poli ni versi yang boleh transform jadi robot. Bersemangat aku suruh kawan aku yang meniaga barang mainan pergi cari Robocar Poli tu. *pakse hehehe.*

Kawan aku pun bawak le Robocar Poli tu ke rumah kiterang. Sekor tu harganya RM20. Rasa macam mahal giler tu kalau nak beli semua. 4 dah RM80. Tak logik sebenarnya nak beli mainan mahal-mahal kat anak. Aku dengan husband aku mula-mula buka satu je kotak. Kami kata, takpe la... beli satu je. Sekali bila buka, pulas punya pulas, boleh jadi robot, terus je kiterang terlopong sebab terlampau takjub. Menggelupur nak buka lagi satu. Lepas buka satu, satu, satu then last-last 4-4 dah kami buka. Mama dengan papa yang lagi sakai daripada Luth. Yang sebenarnya kiterang beli tu untuk kiterang, bukan untuk Luth pun. Heheh. Dengan alasan, dulu masa mama dengan papa dia masih kecil, tak pernah dapat peluang main mainan yang canggih-canggih macam ni. Aku rasa ramai kot mak ayah yang beli barang-barang untuk anak, sesuatu yang dulu diri sendiri tak pernah dapat. [Terutamanya ayah la kot. Sebab orang lelaki je yang masih suka main mainan walaupun dah tua. Contohnya kereta remote control, lego, Play Station, etc.].



Untung larrr budak kenit ni....


........................

 
Tentang orang lelaki yang suka main mainan walaupun dah dewasa tu aku agak tak faham. Masa kecik, mainan orang perempuan ialah anak patung dan main masak-masak. So, bila besar, main anak patung tu dah real bila main dengan anak sendiri dan masak-masak pun real bila kena masak betul-betul untuk keluarga.

Macam orang lelaki pulak, mainan mereka masa kecik, contohnya kereta mainan. Bila besar pun mereka ada kereta yang real punya. Tapi kenapa masih suka main kereta remote control? Dunia khayalan orang lelaki ni memang tetap wujud kot walaupun mereka dah meningkat dewasa. Mungkin juga lelaki tetap suka main mainan sebab ada sesetengah mainan yg memang dierang tak boleh terjemah ke dunia realiti seperti main perang dalam Play Station, atau main kapal terbang remote control. Ye la, nak jadi pilot kang belajar tak pandai mana. Hehe. Jangan sentap ye. Ke ada sebab lain? Ce kabo. Ce kabo. Kaum isteri ada ke experience dapat suami yang masih suka mainan kanak-kanak? Boleh share.

 
 

03 September 2015

Cover La Sikit Sikap Pemalas Tuh!

Sejahteralah ke atas kamu...

Entry ni takde gambar. Sebab ni entry marah lepas tu nak berleter. 

Kita kalau pergi rumah orang, kita macam automatik faham-faham-sendiri je untuk jaga kelakuan. Kalau tumpang solat contohnya. Pinjam sejadah. Pinjam telekung. Selepas solat, kita lipat sejadah tuan rumah yang kita gunakan tu elok-elok. Lipat telekung elok-elok. Kita segan la kan (baca: malu, bukan segan=pemalas macam orang utara kata), dah menumpang kat rumah orang, kena la jaga tatasusila dengan baik. Walauuuuupun, hakikat sebenar kalau kat rumah, lepas solat kita longgok je telekung dgn sejadah tu ikut sesedap rasa. Paling tidak, biarlah kita cover sikit sikap pemalas kita tu masa bertandang kat rumah orang. Kan? Kan? 

Kat rumah orang, pandai kita jaga kelakuan. Habis tu kenapa kalau bertandang ke rumah Allah, selepas solat, telekung dengan sejadah tu tak diletakkan pun seperti keadaan semasa kita ambil? Kalau selalu travel, tak kiralah balik kampung atau bercuti, bila singgah di surau R&R, aku tengok sejadah dan telekung memang ada je yang tak diletakkan semula ke tempat asal. Maksud aku, kalau mula-mula ambil telekung daripada tempat gantung, lepas solat, boleh letak je telekung tu kat tempat sangkut sejadah. Ataupun, ada yang suka bungkus telekung dalam sejadah. Mungkin dah terbiasa kot habit di rumah, suka gulung telekung dalam sejadah, so bila pergi surau pun nak buat macam gitu ke? Mana boleh!! Kena letak balik kat tempat asal!! Gantung balik telekung tu. Lipat balik sejadah, elok-elok. Jangan main longgok je ikut suka hati nko!

Oooo, mentang-mentang la surau kat R&R tu kecik je. Pastu tak la secantik rumah kawan-kawan kita yang tersergam tu, maka ko ingat, boleh kita nak buat sambil lewa? Harus diingat, surau itu walaupun kecil tapi darjatnya tinggi. Itu rumah Allah. Harus dihormati dan dijaga dengan baik. 

Sekarang macam ni la.... Aku cadangkan, kita jaga diri kita sendiri. Setiap orang mainkan peranan masing-masing. Pergi surau, selepas solat, tolong letakkan semula apa yang kita pinjam daripada surau tu ke tempat yang sepatutnya. Jangan pulak masa kita ambil telekung tu, telekung tu dah sedia berlonggok atas lantai, maka lepas solat, kita longgokkan balik kat tempat dia berlonggok tadi. Itu namanya bengap. Ada otak kan nak fikir, simpan balik la tempat yang sepatutnya. Kalau semua orang faham tanggungjawab masing-masing, insyaAllah, surau kita akan sentiasa kemas dan bersih.

Nak pahala lebih, kalau tengok ada tahik cicak atau kotoran pada rumah Allah, jemput bersihkan. Kalau tengok sejadah bersepah, tolong la kemas. Kalau betul-betul nak cepat nak tak sempat nak berbakti di rumah Allah, at least, kemaskan yang kita gunakan tu je pun dah cukup. Silalah jadi umat Islam yang bertamadun, yang bersih dan tertib. Jangan memalukan imej Islam dengan perangai selekeh dan pemalas macam tu. Sekurang-kurangnya tidak di rumah Allah. Jangan nak guna alasan "Tempat tu ada pekerja yang akan tolong kemas, so biar dierang la buat. Kalau tidak buat apa bayar gaji dierang"?. Siapa yang ada rasa macam tu, maksudnya dalam hati tu ada longkang. Muahaha...

Kupai.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...