Iklan! Iklan! Sila Click!

28 August 2015

Kecelakaan Semalam

Sejahteralah ke atas kamu...

Selepas mengambil Luth dari rumah pengasuh, aku terus bawa Luth ke taman. 

Mula-mula dia main gelongsor. Lepas tu main buaian. Selalunya buaian yang dia main, jenis buaian yang untuk baby. Yang ada hadang kat sekeliling buaian tu. Yang macam cawat besar tu. Korang dapat imejing tak? Tapi semalam ada baby yang lebih kecil sedang menggunakan buaian cawat tu, maka aku letakkan Luth pada buaian biasa. 

Memang la nampak Luth agak kekok sebab dia kena imbang badan. Dia tu badan tak berapa keras sangat lagi. Masih goyah. Aku hayun buaian Luth dengan berhati-hati, tetapi walaupun berhati-hati, tangan aku yang menghayunkan buaian ni mampu menggoncang dunia hokey. Eh tetibe.

Tiba-tiba Luth cakap, "Abang Amin". Abang Amin tu ialah kawan yang tinggal bersama dia di rumah pengasuh. Aku terus tanya, "Mana?". Luth tunjuk la Abang Amin dia. Perhatian aku teralih sekejap masa tengah cari Abang Amin Luth, sampai aku terlupa yang aku tengah hayun buaian yang tiada gelung penghadang tu. 

Bila aku sedar, aku pandang Luth, dia dah tertumus atas simen. Bila dia angkat muka, aku tengok berkicap bibir dia. (baca: berdarah). Aku terus panik. Tengok darah pada anak yang lemah lembut dan sopan santun macam tu lagi la aku panik. Aku terus dukung dia. Pastu aku kata jom balik, sambil berjalan meninggalkan taman.


Luth terus menangis meraung-raung, kuat gile babeng. Aku peluk dia, pujuk-pujuk pastu dia tetap menangis. Aku lagi la panic room. Dah lintas jalan pun dia masih lagi menangis. Dalam hati aku ni, memang rasa bersalah sangat. Rasa terkilan sebab cuai. But then aku baru perasan dia sebut, "taman! taman! taman!" masa tengah menangis tu. Maksudnya dia bukan menangis tu sebab jatuh mahu pun kesakitan. Sebaliknya dia menangis sebab marah aku bawa dia balik. *bergolek-golek aku ke tanah*..

Lepas dah balik, senang je pujuk. Aku buat lawak kederat pun dia dah ketawa semula. Syukur alhamdulillah takde apa-apa pun dia. Aku ni memang mak yang cepat panik. Haih. Macamana la nak suruh Luth jadi lelaki macho yang kuat dan gagah perkasa. Jatuh buaian sikit pun aku dah terlebih protecting dia. 




24 August 2015

Mak Tak Pandai

Sejahteralah ke atas kamu....

Mak aku bukan seorang yang pandai. Dia belajar hanya sehingga darjah 4, jadi aku buat kesimpulan yang mak memang bukan seorang yang pandai. Puncanya semenjak aku kecil dulu, setiap kali mak ingin mengira sesuatu, sama ada duit atau kuih atau buah-buahan atau hampir apa sahaja, mak akan suruh aku kira. Katanya begini, "Da, cuba tolong kira ni kejap. Mak tak pandai.". Begitulah setiap kali. Kadang-kadang aku berperasaan macam, "Kenapa la mak ni tak pandai. Asyik suruh aku kira je.". Tapi selalunya aku suka bila mak aku suruh aku kira. Aku suka bila mak aku kata aku pandai. Dan dia akan senyum setiap kali aku selesai mengira. 

Kadang-kadang, mak ada juga suruh aku tolong bacakan untuk dia. Bacakan surat khabar atau surat yang kakak hantar. Ternyata. Memang mak tak pandai. Itu yang aku percaya sehinggalah aku dewasa. 

Sekarang, bila aku dah ada anak..... Aku selalu buat-buat bodoh depan anak seperti tak pandai buang sampah, tak pandai sebut sesuatu semata-mata nak tengok kebolehan anak aku membuat sesuatu. Jadi, baru sekarang aku dapat faham kenapa mak selalu sangat suruh aku mengira dan membaca untuk dia sambil dia pura-pura tak pandai. Dah la suruh baca, lepas tu senyum-senyum pulak tu.  

Rupa-rupanya memang macam tu perasaan seorang mak. Terpaksa pura-pura tak pandai demi nak tengok pencapaian anak. Sebab kalau kita nak suruh anak buat sesuatu dengan nada nak nilai kepandaian dia, confirm dia takkan buat. Malas nak layan punyalah. Lebih-lebih lagi kalau mak suruh aku kira sekadar nak menguji lepas tu berulang-ulang kali. Ko ingat aku nak layan?

Barulah aku tahu betapa bangganya perasaan mak setiap kali aku berjaya mengira atau membaca, sama seperti aku bangga dan gembira setiap kali anak aku mampu buat sesuatu mengikut perkembangan usia dia. Dan sekarang juga, barulah aku sedar bahawa mak aku bukan tak pandai. Dia pandai.

Mungkin mak takde peluang untuk bersekolah lebih tinggi tapi kemahiran berfikir dia aku yakin lebih tinggi daripada Ahmad M mahupun Hasan M. Mungkin lebih bergeliga daripada sesetengah menteri. Cuma bezanya dia tak ada sijil. 

Penilaia aku terhadap mak memang berubah sama sekali sejak aku ada anak. Apa yang mak buat pada aku dulu, baru sekarang aku faham. Owh, kalaulah mak tahu yang aku akhirnya faham, tentu dia akan senyum sekali lagi. :)

17 August 2015

Tudung Buatan Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu...

Sebenarnya ianya hanyalah sehelai tudung. Tapi dah cukup untuk membuatkan aku terasa genius sebab berjaya buat shawl yang santek dan sesuai dengan wajahku yang kembang setaman ini. 


Agak melampau watermark aku. Harap-harap korang mahapkan la aku ye di atas water mark yang dah macam graffiti kat sarang drug addict je kaedahnya. Sebab yang aku nak bangga-banggakan melalui gambar ni hanyalah shawl tu je. 

Tudung ni aku potong ikut potongan tudung Cik Lopa-lopa kita yang jelita bertahik lalat di pipi tu. Harap-harap beliau tak saman i. Sebab i hanya buat untuk kegunaan sendiri je. Cantik tak? Cantik tak? (Soalan ni merujuk kepada tudung sahaje ye. Orangnya dah sedia maklum cantik rupawan sejak di Luh Mahfuz lagi. Hakhak. Gelak golek golek.). Fabric pulak dull satin. Lepas potong, jahit tepi halus. Terus, belit sapp..sap..sap... dan tadaaaaa........ Terserlah ke'anggum'an cik lidi yg dah tak selidi namanya.

Nanti kalau aku buat giveaway, boleh la aku offer hadiah shawl ni. Tu pun kalau ada orang yang sudi nak join giveaway aku. Sebab aku ni memang selalu je liat nak join giveaway orang. Hiii...

Haa, itu je la kisahnya.

14 August 2015

Gaduh Dengan Anak

Sejahteralah ke ateh henko....


Ni status aku kat FB 3 hari lepas. 

Hari Selasa, papa Luth akan balik lambat. Biasa kul doblas malam baru balik. So, hari Selasa biasanya aku memang tak masak. Sebab konon-konon macam hari cuti memasak la untuk aku. Tapi Selasa baru ni, aku daripada ofis lagi dah plan nak masak . Untuk Luth. Sebab malam Isnin tu, Luth mintak biskut kul 12.30 malam. Lapar la sebab kul 8 mlm tu aku suap nasik dia taknak makan. Aku ingat mungkin sebab bukan lauk yg dia suka makan, menyebabkan dia taknak makan. Jadi aku decide nak masak sayur bayam + lobak merah (sup yg tumis dgn ikan bilis). Lagi lauk ayam goreng kunyit. Simple je la. Sedap tau aku masak. Sehingga menjilat lengan. 

Balik je daripada ofis, aku terus bersilat harimau kat dapur demi menyediakan makanan buat putera ku yg terulung. (Ko bayangkan la ye, masak sayur bayam pun nak bersilat, kalo masak gempak-gempak macam kambing golek ke, grill kukus panggang ke, mau le kena karate-do bercampur muay-thai terus tu.).

Lepas dah siap masak, aku dengan langkah macam peserta masterchef datang menghidangkan makanan untuk chef juri kecik si kenit, mula-mula si kenit muka excited nampak aku bawak pinggan datang kat dia, siap 'yeyyy' lagi. Pastu bila tgk lauk cenggitu, dia cakap nak broccoli. Aku bagitau la... broccoli takde. Ada bayam je. Pastu dia kata tanak..... Berkecai hati aku. Aku pujuk-pujuk suh dia makan, dia resist. Last-last aku terpaksa bertukar jadi singa. Konon dah cukup ganas dah tu. Padahal Luth buat relax je sambung tengok TV.

Aku terus merajuk, aku macam ambik pinggan nasik tu bawak pegi dapur dengan gaya macam hempas-hempas sikit pinggan (saje nak bagi drama sikit, biar dia gentar sikit tengok aku merajuk), sekali tak menjadi rajuk aku tu. Dia buat tak nampak je. Dan terus tengok TV. Aku siap cakap, kalau taknak makan nasi, sudah, biar mama yang makan konon-konon nak suruh Luth rasa bersalah... Tapi.... Still... dia buat tak kisah je. Terpaku jugak tengok TV. Menyirap sungguh aku rase.

Lepas aku habiskan nasi dia, dan aku dah basuh pinggan tu, aku pegi kat tempat dia tengok TV tu, pastu dia menyapa aku panggil-panggil aku, "Mama.... hai mama..." Banyak kali dia mengehaikan aku. Lagi le aku panas. Aku dah la tengah marah dia, pastu dia tak sedar pun aku marah. Ishh.. Gerammmmnyeee....

Then aku geram sangat, aku cakap kat dia, kalau taknak makan nasik, jangan bercakap dengan mama. (Ye aku tau tak elok buat perangai gitu depan anak. Nanti kalo dia buat balik kat aku, baru la aku nak menyesal terjun kolam renang terus walaupun tak reti berenang). Lepas aku cakap gitu, aku terus masuk bilik, tutup bilik (tapi aku tak hempas pintu hokey). Aku terasa Luth tolak pintu daripada luar dan panggil mama...mama...mamaa.... las skali dia nangis. Yes! Puas hati aku baru dia sedar aku marah dia. 

Pastu daripada dalam bilik aku cakap, kalau nak duduk dekat mama, kena makan nasi. Then dia jawab... nak makan...nak makan....

Aku pun buka pintu. Aku pun peluk dia. Pujuk dia yang tengah menangis tu. Then aku tanya dia.... Nak makan nasi tak?..

...
...

..
Pastu dia jawab... Taknak....

Huwaaa..... Sakitnya  hati akuuuu...

Daripada spesis singa tadi, aku terus bertukar jadi naga. Keluar api ikut mulut aku ni.

Aku terus je ambik dia yang kat dalam pelukan aku tadi, aku letak dia kat lantai, aku tolak dia tak bagi dekat dengan aku bila dia nak peluk aku lagi. Aku tepis dia, pegang kepala dia, ambil tangan dia terkapai-kapai nak peluk aku. Hahah.. Tolong la imagine. Kelakar wei.

Aku tanya dia lagi, nak makan nasi ke tak?!! 

Dia kata, nak acik... acik...

Heheh... Yey.. Kemenangan.

Lepas tu aku berjaya suap nasi kat dia. Tapi sikit je, setengah senduk je. Kira okay la daripada langsung tak makan. Then selepas tu, aku rasa menyesal sangat sebab aku marahkan dia pada sesuatu yang aku fikir, 'sepatutnya aku boleh slow talk je dengan dia. Dan kalau dia tetap taknak makan sekalipun, aku biar je la, jangan paksa.'. 

Menyesal pulak aku rasa sebab marah dia . Kesimpulannya, dengan budok kecik pun ak bergaduh. Muah hah hah.

Luth..... kalau Luth baca ni waktu Luth dah besar nanti... Mama nak Luth tahu... mama sayang Luth, lebih daripada 2.6 billions tau. Mama minta maaf sangat sebab marah Luth. Huhu..

13 August 2015

Tamak Pahalakah Anda?

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku sekarang ni tengah berusaha nak menyiapkan baby blanket yang ada hoodie, untuk didermakan kepada projek Baby Box ni;

Memang mulia orang yang berusaha menjalankan projek ni. Ini adalah peluang untuk kita masing-masing berlumba-lumba untuk kumpul pahala. Kalau ada sesiapa yang nak dermakan pakaian terpakai untuk bayi yang berusia 0-12 bulan, boleh la hubungi cik adik manis seperti no yang tertera di gambar. 

Berkenaan Baby Box Projek ni, kumpulan Tamak Pahala ni akan sediakan satu set lengkap barangan keperluan asas bayi di dalam sebuah kotak. Setiap kotak akan mengandungi pakaian, tuala, bedung, stokin, kasut, minyak angin, lampin dan beberapa barangan yang berkaitan. Kotak-kotak tersebut akan dihadiahkan kepada insan-insan yang memerlukan, sama ada keluarga susah atau individu yang kurang bernasib baik yang bakal melahirkan anak. (Ada la cara mereka mengagihkan kotak-kotak tersebut). 

Aku nak bagi baju Luth, aku rasa macam terlalu buruk. Sebab Luth tu baju dia yang kecik-kecik dulu memang sangat tak semenggah sebab dia memang pakai baju bersaiz 0-12 bulan sampai umur 2 tahun. Sebab dia tu halus je budaknya. Malahan sekarang pun masih ada lagi baju bersaiz tu yang aku pakaikan kat dia. Jadi, dok terfikir-fikir, apa yang boleh aku bantu. Sebab aku suka terlibat dengan kebajikan malahan sesiapa yang ingat, cita-cita aku yg masih belum kesampaian ialah nak jadi sukarelawan. So,  aku selongkar kotak kain aku, jumpa kain putih yang aku nak buat barut baby untuk jualan. Ada la dalam 7 meter. Kutip-kutip kain flanel yang dulu-dulu tu dapat la potong kain untuk buat 9 helai bedung. Harap-harap dapat bermanfaat dan berguna untuk orang yang menerimanya.

Semoga apa yang aku lakukan ini walaupun kecil, dapat membuka hati kalian yang membaca blog ini untuk turut menyumbangkan apa-apa yang termampu jika ada. Allah memandang usaha kita walaupun sedikit.

*nota tapak kaki:- sesuatu perkara itu akan menjadi buruk atau kelihatan buruk jika hati yang menilai itu kotor dan penuh dengan prasangka. Sekian.

12 August 2015

RUPAlistik

Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau orang yang terlalu memandang material kita panggil materialistik kan? Aku pulak selalu memandang paras rupa maka aku ciptakan perkataan rupalistik ni, khas untuk orang-orang yang suka mementingkan paras rupa macam aku ni, terutamanya dalam bab mencari jodoh. Biasanya orang yang rupalistik ni, macam aku la... Rupa sendiri tak berapa santek setakat suam-suam kuku je, tapi kemahen nak mencari orang yang terpaling henseng ataupun cantik dalam dunia. Itu dulu la. Sekarang apa aku nak kesah lagi pasal rupalistik ni sebab aku dah jumpa jejaka yang paling enseng di kanta lekap mata aku iaitu suami aku. Ewah...cak pong cak pong... (aku perasan je. Mohon tidak berlaku pendarahan mata membaca karangan ini).


Biasanya kalau lelaki tu henseng, pastu perempuan yang jadi pasangan dia pulak muka biase je, orang mesti akan kagum dengan lelaki tu, "ternyata lelaki itu tak memandang paras rupa". Atau pun orang tuduh perempuan tu dah bomohkan lelaki tu. (kuanghassam kan orang tuh?)

Kalau lelaki pulak yang bermuka biasa-biasa dan perempuan pulak cun giler, orang akan saspek.... "wah lelaki ni mesti seorang yang kelakar dan pandai mengambil hati, sebab tu perempuan tu jatuh cinta" ni kalo sangkaan positif, atau mungkin juga orang terus tuduh pompuan tu giler harta atau kaki kikis sebab biasanya lelaki yang bermuka so-so, perut boroi, kepala botak, jerawat batu skilo kat muka tu selalunya banyak harta. Biasanyala. Aku tak kata semua.

Tapi aku nak kabo, cantik tu kan subjektif. So, muka aku ni pun subjektif juga kecantikannya. Berkenaan Luth, anak aku yang tercinta, terkasih, terbelake-belake terr... Semua orang tahu muka Luth tu sejibik seputat, sepusing seputar mengikut muka aku. Sejuk orang kata. 



Tujuan aku tulis ni ialah nak kata yang rupa tu memang langsung tak penting. Ye, perlu kemas dan bersih tapi cantik bukan segala-galanya. Bersepah orang cantik yang aku kenal tapi perangai buruk dan jahat. Tapi kalau rupa buruk, perangai pulak buruk, memang kena baca auzubillah je la. Dan ciptaan Allah tu semua cantik belaka.Cuma sama ada mata kita tu je la yang suka tengok ke tak. Kalo kita tak suka tengok ciptaan Allah tu maknanya diri kita sendiri yang bermasalah.

Ini namanya Bayu Kumbara. Ko boleh?



Ko mampu?

11 August 2015

Tak Boleh Marah Anak, Tapi..........

Sejahteralah ke atas kamu...

"Budak-budak, biasa la."

Selalu dengar ayat tu? Bila anak-anak berlari, mak bapak akan kata, "budak-budak... biasa la". 
Bila anak-anak memanjat pun cakap ayat yang sama. Anak-anak bergolek-golek pun tetap cakap ayat yang sama.

Bagi aku tak ada salahnya. Memang betul pun, budak-budak memang gitu. Tak ada siapa boleh nafikan. Budak-budak memang ada perangai mereka, ada yang kuat berlari, ada yang kuat meloncat ada yang kuat berlakon dan kita tak perlu marah pun anak-anak KECUALI bila tiba situasi tertentu yang aku akan hurai panjang lebar dalam entry ni.

Orang kata, anak-anak ni tak boleh la nak dilarang sangat. Sebab lagi kita larang, lagi la dia buat apa yang kita larang tu. Kemudian, kalau kita larang-larang sangat takut terbantut perkembangan otak dia. Ye ke macam tu? Jadi adakah perlu dibiarkan je anak-anak nak buat apa-apa sekalipun di atas tiket, "Budak-budak, biasa la"?

Ini pendapat peribadi aku. Budak-budak (baca: anak-anak kita), memang tak perlu dimarah sangat. Kita memang perlu biar mereka explore segala benda yang terhidang depan mata mereka, dengan syarat; 

(1) Tak membahayakan keselamatan diri dia sendiri, 

(2) Tak membahayakan keselamatan orang lain di sekeliling , 
(3)Tidak mengganggu ketenteraman orang lain - yang ini selalu orang terlepas pandang dan membiarkan anak-anak bermain sampai orang lain rasa terganggu tapi terpaksa buat muka faham, "takpe, budak-budak memang gitu", sambil tersengih kerang walaupun dalam hati nampak kecik besar kecik besar je budak tu. 

(4) Tidak melakukan perkara-perkara yang negatif seperti biadab dengan orang lain, berkelakuan/perkataan tidak senonoh atau perkara yang merosakkan harta benda orang lain. (harta benda sendiri masih boleh dimaafkan, tapi kena pupuk la juga untuk jaga harta benda elok-elok demi kebaikan semua).

Faham?

Tapi kita ni biasanya terbalik. Bila anak buat sepah makanan, baju comot, karpet comot, sofa kotor, haaa yang itu la yang paling kita rase nak jerkah dan cepat nak bertukar jadi serigala jadian kan? Sebab, kita stress bila fikir nak kena cuci semua angkara anak kita tu sebab betapa penatnya kita ni, dah la siang bekerja, malam kena buat tugas-tugas pembantu rumah Nepal pulak.

Sebaliknya bila anak main pukul-pukul orang, kita boleh tengok je sambil feeling, "ya Allah, ya Allah, comelnya anak aku masa dia tengah main tampar-tampar kepala kak Bedah ni".  Kenapa kita jadi tak kisah bila anak kita ganggu ketenteraman orang lain? Adakah sebab, asalkan dia tak ganggu kita so kita tak rasa nak marah pun. Mungkin waktu dia ganggu orang lain tu je la 'me time' yg kita ada, gitu kot? So, biar la dia main sepuas-puasnya asalkan dia tak ganggu kita. Aku pernah ada experience, anak dia dok tampar-tampar muka aku depan mak dia. Tapi mak dia tak buat apa-apa pun. Aku pulak hanya mampu tepis dan cakap elok-elok, jangan buat macam tu sayang. Ko ingat dia nak dengar cakap aku kalo mak dia sendiri tak larang dia? Satu aku nak pesan, orang takkan marah anak ko depan ko. So kalo dia buat orang, ko tolong la masuk campur. Asingkan dia daripada orang yg dia pukul tu. Please. Itu sangatlah bermakna untuk orang yang terganggu tu.

Sepatutnya, yang betul-betul kita boleh bagi anak explore  tu, kalau dia main pasir, main kotor bagi kotor tangan kotor baju. Bagi dia main dengan warna, kertas, air dan sebagainya yang termasuk dalam kategori renyah dan hazab nak mengemas. (Anak aku je yg tak suka main pasir. Bandar sangat kan. Huhu. Mandi kolam pun sopan dok setempat je.). Sebenarnya benda-benda yg macam tu la bila dilarang yang boleh terencat perkembangan otak. Bukannya larang dia main tepi escalator. Main tepi escalator, main kayu pastu libas-libas orang tu PERLU dilarang ye. Malahan kalau tak larang tu lagi terencat attitude dia.

Kesimpulannya, kita akan marah anak kalau dia buat sesuatu yang kita rasa 'bakal mengganggu kita', tapi kita selalu biar anak-anak buat apa-apa yang 'bakal mengganggu orang'. 

Ye la... aku tau ramai yang akan marah. Awak anak sorang boleh la cakap gitu. Cuba kalau anak pat belas. Mampu ke nak control? Dan aku tahu juga, kadang-kadang parents yang ada anak-anak active ni, bukan tak cuba nasihat anak-anak. Tapi anak-anak tetap taknak dengar. Aku boleh nampak juga effort tu dilakukan oleh segelintir ibubapa yg ada anak ramai dan aktif-aktif belaka tu. Cuma tetap kena gigih dan jangan jemu la kawal mereka. Bak kata mak mentua aku, "kita nak melahirkan seorang manusia ni bukan senang Da." (*Da tu nickname aku la. Hekhek.) Sebab kalau jadi apa-apa kat mereka, terutamanya melibatkan keselamatan, nanti kita jugak yang menangis keluar belon ikut hidung. Mata kena selalu tancap pada anak-anak. Kalau rasa macam takde kerja lain pulak aku nak mengadap anak-anak je, so kurang-kurangkan la keluar. Ni cadangan je la. Kalau rasa boleh handle situation, takde masalah la kan. Keluar la 6 hari 6 malam pun.

Akhir kata, kita semua ibu bapa yang terbaik dan tentu juga mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Usaha perlu sentiasa ditingkatkan untuk jadi ibubapa yang lebih baik.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...