Iklan! Iklan! Sila Click!

28 July 2015

Tak Sangka Itu Yang Terjadi

Sejahteralah ke atas kamu....

Sambung skit lagi cerita raya. 

Aku memang tak ambil cuti sebelum raya. Hari Khamis sehari sebelum raya tu aku masih setia menunggu di ofis. Nampak tak ciri-ciri pekerja contoh bagi tahun 2015? *padahal cuti tahunan dah tinggal ciput*. Syukurlah balik kampung malam tu langsung tak jem. Terase genius plak tetibe sebab berjaya balik kampung tanpa jem.

Lepas raya, aku cuti 5 hari. Tapi hari Khamis selepas raya aku dah balik semula KL. Hari Jumaat tu masa aku balik daripada kedai, cucu-cucu Pak Berahim dok melepak luar umah derang. Luar rumah derang bermakna lur rumah aku juge. Ye la, takkan la luar rumah derang tu dalam rumah aku plak. Rumah firaun mende plak pelik gaye gitu. Bila aku nak masuk rumah, cucu-cucu Pak Berahim minta izin dengan aku untuk beraya umah aku. 

Aku okay je kalo orang nak datang umah. Aku suka. Cuma biasanya aku tak pelawa sebab takut orang tak selesa je dok dalam umah aku. Umah aku seyes tak besar mana. Pastu kalau ramai-ramai memang panas berkuap. Aircond tak beli lagi. Tunggu la ada duit lebih sok. Eh, ni cite pasal mende ni merepek ke aircond plak?

Oleh sebab waktu itu Luth tengah tidur kat atas dukung aku, aku response la kat bebudak tu, boleh kalau nak datang tapi datang la kul 6 petang nanti. So derang setuju, nak dtg kul 6. Siap pesan, acik hidang la makanan yang sedap-sedap ye. Aku tak jawab le, terus masuk umah. 

Aku ada cakap kat atas tadi, aku balik hari Khamis. So, sebenarnya umah aku takde apa-apa pun untuk dimasak. Yang aku kata gi kedai tu tadi, actually aku gi Mid Valley bergalok dengan Luth berdua je sbb papa dia kerja. Tak sempat nak singgah kedai runcit pun sebab dia tidur dah dalam kereta. Takkan aku nak tinggal Luth dalam kereta plak untuk pergi beli barang. Kang tak pasal jadi viral dan dituduh mak bodoh tak sayang anak. 

Memandangkan takde apa-apa yg boleh dimasak di rumah, melainkan mee sedap, aku terfikir nak call delivery service je la. Takkan nak hidang mee segera pulak kat anak orang. Anak sendiri sikit punya jaga pemakanan, so takkan nak sabotage kesihatan anak orang kheennnn? Tak bahek tahuk.

Aku call KFC. (macam la KFC tu sihat sangat ye dok? Ehehe). Order Hot Box. Utk 5 orang (cucu Pak Berahim dalam 5-6 org gitu la).  Aku berkejar nak unpacked beg balik kampung, dengan Luth yg dah bangun pastu nak berdamping je... Then aku hidang KFC Hotbox tu, bentang alas picnic, sambil suap Luth makan ayam dengan hati berdebar sikit menanti tetamu-tetamu kecil. 

Tunggu...tunggu punya tunggu.....punya tunggu.... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sampai azan Maghrib budak-budak tu tak datang. Sampai husband aku balik dari kerja, dia tanya budak-budak dah dtg ke belum? Aku kata aku kena janji kulat je dengan cucu-cucu pak Berahim. Pah ke ceroh tak datang. Last-last husband aku kata, hantar la KFC tu ke rumah Pak Berahim. Sebab aku memang diet (kononnya la), utk husband aku plak memang aku dah beli Zinger seketui. So, banyak-banyak tu daripada takde orang makan, lebih baik la hadiahkan je kepada Pak Berahim dan keluarga. 

Bila aku bagi hidangan KFC tu kat budak-budak tu, aku tanya, kenapa tak datang? Dengan muka tulus sucinya dia jawab, hihi... lupa. Aii budak-budak. Sabar je la. Selamat le comel. Haa..gitu le kesahnya. Aku takde la marah. Nak kata gembira pun tak. Perasaan aku flat je. Boleh gitu?

27 July 2015

Ini Kisah Raya Aku.

Sejahteralah ke atas kamu. 

Kena la terima hakikat yang sekarang aku memang dah tak rajin update blog. Harap-harap ada la lagi orang nak baca blog aku ni.

Raya ketama. Bergambar family by family. Aku yg snap foto. Guna kemre aku cap kudik. 


Sampai hati. Gambar aku semua mendung. 

Luth bergambar dgn anak sedara sepupu dia. Iaitu cucu sedara aku. Aku ni dah bercucu hokey. Tua sgt dah. Baju raya Luth aku jahit sendiri. Begitu juga dengan jubah papa dia dan baju ntah hapa-hapa mamanya.


Raya kedua, Luth pakai jubah putih yg Nekwan dia beli di Mekah. Leher tu sebenarnya cekak musang dan lengan pun ada cuff. Aku gunting, sebab takut tercekik budak tu rimas.


Saksikanlah.... Anak bertuah aku ni, dia boleh bersila dan buat macam rumah sendiri kat The Store Kuantan Parade. Main Robocar Poli.





Aku dah cuba untuk tak bagi dia bergelumang dengan gadget, tapi... aku tak mampu. Kadang-kadang aku bagi juga.


Dan akhir sekali, ini ialah ikan bilis. Kirim dengan kawan yg beraya di Sabah. Aku rasa aku memang ketagih ikan bilis Sabah la. Asal aku dengar je ada kawan yg balik Sabah, mesti nak kirim. Ataupun kalau ada kawan dari Sabah yg nak datang kursus di HQ, siap la dia. Kena  kirim. 


Ok. Itu je la serba ringkas kisah raya aku. Sampaikan ikan bilis pun masuk line. Doakanlah aku rajin update blog tiap2 hari 2 entry. Aku dah betul-betul macam terkena ilmu pembenci ni. Ilmu pembenci blog. Hehe. Ada ke.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...