Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

2 Minggu Kemudian...

Sejahteralah ke atas kamu... Tetibe je dah bulan Ramadhan semula. Rasa macam baru je lagi makan kuih batang buruk masa raya tahun lepas. Taik gigi raya tahun lepas pun tak abih lagi korek. Ni dah nak tambah lagi batang buruk sesi tahun ni plak. Sighhh....begitulah masa terbang. Nak cerita ni, tapi kang nampak macam buka aib sendiri plak kan. Semalam waktu husband aku gi terawih, aku masih dok melangut depan TV. Tertengok pulak rancangan Walimatul Urus Hanis Zalikha keknis. (Haa, kan dah terdedah rahsia aku tak meningkatkan ibadah di bulan Romadhon.). Memang gempak jugak sponsors untuk wedding dia. Dengki iolss tibe-tibe. Mula la terfikir, ngape la aku tak buat blog ni betul-betul dulu, kalo tidak boleh jadi blogger femes then jadi selebriti then kawen pun ada orang ceponcer. eWahh.... cantik sangat muka haku nak jadi selebriti.  Dalam masa tengah tengok tu, tetibe keluar trailer filem Pilot Cafe. Aku macam terkujuit juga sebab start je dengan gambar aksi, "Selangkah k

Sayangkan Harimau Hulur-hulurkan

Sejahteralah ke atas kamu, Aku berjalan seorang diri di laluan pejalan kaki sambil melayan berangan sebelum disapa oleh seorang wanita muda. Dia memperkenalkan diri sebagai salah seorang petugas WWF yang ditugaskan untuk mengumpulkan penderma-penderma bagi menyelamatkan spesis hidupan liar yang diancam kepupusan. Wanita itu dengan gigih menjelaskan kepada aku betapa pentingnya ecosystem terhadap bumi, dan ada juga dia offer untuk menjadikan harimau sebagai anak angkat. Aku sedar ecosystem tu penting. Tapi dengan berat hati aku menolak permintaan wanita muda itu untuk memberikan derma bagi mendanai haiwan-haiwan liar tersebut. Masa aku kata, tak apa la. Saya tak nak derma. Wanita itu terus bertanya, "Kenapa?". Dalam hati aku, boleh pulak dia tanya kenapa. Karang aku bagi tazkirah kang menyesal tak sudah ko buka kaunter kat tempat tu. Aku pun cakap dengan lembut kepada dia, aku menolak tu sebab ada ramai lagi manusia yang perlu dibantu berbanding haiwan. Sebenarn

Keber'ada'an

Sejahteralah ke atas kamu... Waktu ini, aku sedang merindukan anak aku, Luth. Owh, ye lah.. Aku mana ada anak lain pun buat masa ni. Memang dia sorang je la. Rindu tu bukan la sebab tak jumpa seminggu, apatah lagi sebulan. Tiap-tiap hari pun jumpa. Pagi tadi pun masih cium dan bacakan doa untuk dia. Cuma, memang gitu kot perasaan seorang mak terhadap anak. Fitrah la kot. Setiap masa rindukan anak. Padahalnya, bila di rumah, aku bukan la bermain sangat pun dengan dia. Dia main sendiri. Aku pulak buat hal sendiri,sama ada buat kerja rumah atau menjahit. *Tukang jahit sangat la kekononnya tuh. Hehe*. Tapi aku tak faham kenapa, bila dia tak ada aku rindu. Bila ada, aku buat hal sendiri je. Lagi teruk, bila depan mata aku selalu je jerkah dia. Bila aku di pejabat, mula la bila aku teringat  balik saat-saat aku marah Luth, aku rasa sayu. Bila terbayang muka dia masa kena marah dengan aku, aku rasa melting, ya Allah, comelnya anak aku. Kesiannya dia bila aku jerkah dia, dia terkebil-