Iklan! Iklan! Sila Click!

16 April 2015

Book Review: DIAgnosis dan DIAgnosis 2

Sejahteralah ke atas kamu...




Aku beli buku ni 2 ketui di MPH Online. Aku rasa aku lagi suka beli buku online la, sebab kadang-kadang kalau pergi kat kedai MPH, buku yang aku nak tu takde stok di cawangan tu. So, kena gi cawangan lain. Itu kalau ko memang dah tau buku apa yg ko nak beli la. Tapi kalau saje-saje walk in dan belum decide lagi buku apa nak beli, lagi elok pergi ke kedai buku terus. Boleh la belek-belek, baca synopsis.

Buku DIAgnosis ni penulis-penulisnya ialah para doktor-doktor yang bertugas di Hospital Kerajaan. Aku kalau di alam nyata, aku suka dengar pengalaman doktor merawat pesakit, sebab selalunya pengalaman yang mereka cerita tu ada ilmunya. Contoh paling mudah aku bagi, blogger Daddy Ziyyad. Dia doktor tau. [Cepat gi mintak MC dgn dia]. Blog Daddy Ziyyad, [Macam Macam Ada] ni aku memang admire sebab banyak ilmu yang aku boleh dapat di situ. Dengan ucapan, "Bila DZ nak tulis buku plak?"

Jadi, sebab tu jugalah aku suka buku DIAgnosis ni. Sebab penulis-penulisnya yang doktor-doktor belaka tu, cerita tentang pengalaman mereka bersama pesakit. 

Kenapa DIA tu mereka buat guna hurup besar? Sebab DIA itu melambang Allah. 

Salah seorang penulis di dalam DIAgnosis ialah Dr Anwar Fazal. Cerita yang dia kongsi agak menarik dan kelakar juga.

DIAgnosis, aku baca dalam masa sehari. Itu memang pecah rekod personal la tu. Sebab biasanya aku amik masa sebulan nak habiskan sebuah buku. Tu pun selalunya lebih daripada sebulan. Memang ralit aku mengadap buku ni. Bilangan muka surat dia lagi kurang daripada buku DIAgnosis 2 yang sekarang ni aku masih belum habis baca. 

Salah seorang penulis di dalam DIAgnosis 2 ialah blogger femes, cantik, comel, eduketed dan buah hati mesti akan suka juga tulisan dia di dalam buku DIAgnosis 2 ni. oggers semua iaitu Fatin Liyana. Homaiii... FL tulis buku? Woww... Sapa suka baca blog FL, mesti akan suka dengan tulisan dia dalam DIAgnosis 2.DIAgnosis 2 aku belum habis baca lagi. Tapi dah 2/3 dah. Masih lagi dikira cepat berbanding buku-buku lain. Maknanya apa? Maknanya buku ni betul-betul kena dengan selera aku la tu.


pstt: Nak gossip sikit. Kalo nak tahu, Dr Anwar Fazal tu, tunang kepada Fatin Liyana. Tepuk kompang! Pung pak ke pung pak kepung pak kepung.

*memanggil orang lain bodoh, takkan menjadikan ko cerdik walaupun sedikit*

15 April 2015

Persatuan Salah Cakap

Sejahteralah ke atas kamu....


Masa kejadian: Pagi tadi
Lokasi: Depan cermin, sebelum pakai contact lenses.
Pesalah: Aku, Lyd Sunshine
Saksi: Husband aku, Mat Azghul


Aku nak pakai kanta lekap masa tengah bersiap nak gi kerja.
Tetibe rasa macam kewring sangat mata. 
Terus je panggil husband yang masa tu ada kat dapur...


"Bubi! Oooo bubi!
Bubi ada Dynamo tak? "

Sayup-sayup je dengar jawapan dia, "Ada, Dynamo nak guna buat basuh apa?" sambil aku dengar dia ketawa. Cis. Jadi bahan la ni.

Perkataan salah:  Dynamo  [Sabun basuh kain]
Perkataan betul: Eyemo [Ubat titis mata]




Kejadian ke-2;

Keluar nak pergi Mydin Mart yg kat depan rumah.
Aku duduk seat belakang dengan Luth. Cermin tingkap aku turunkan.
Kat sebelah Mydin tu ada gerai Char Kuey Tiaw sedang beroperasi. 
Elok je masa lalu kat tepi gerai tu, tiba-tiba aku teringat kisah silam dan terasa nak kongsi cerita tu dengan husband.

Aku kata, "Dulu masa bujang, syg selalu makan kat kedai ni", terlupa yang cermin tingkap terbuka, dan kepala aku betul-betul  menghadap ke luar tingkap. 

Aku hanya tersedar, bila aku tengok tokei char kuey tiaw dan pelanggan-pelanggan gerai tu memandang ke arah aku serentak. Malu tak usah cerita la.


Sumber gambar daripada Google.

13 April 2015

Nenek Pengasuh Luth 3.0

Sejahteralah ke atas kamu....

*aku lebih suka kalau korang baca sampai habis kalau nak komen*

Nenek pengasuh Luth disahkan menghidapi kanser sel pada tahun lepas. Kanser sel tu katanya ialah sejenis kanser yang sangat unik dan boleh dikatakan hanya satu dalam sejuta. Dalam tengah sihat, tiba-tiba dia dimasukkan ke hospital kerana muntah dan sakit perut yang teramat, kemudian selepas menjalani pembedahan membuang cancer tersebut aku tengok kesihatan dia semakin susut. *Waktu dia sakit, anak dia yang menjaga Luth.*

Aku sedih. Sebab aku rasa aku dah mula sayang pada nenek pengasuh Luth tu. Aku macam ni la, susah nak mula berkawan, susah nak berkenalan, tapi once aku dah mula kenal seseorang di dalam hidup aku, aku akan jaga silaturrahim itu supaya terus berkekalan. Ewahh dah macam bercinta pulak. Lagipun, aku memang berazam untuk buat baik pada orang yang menjaga anak aku. Aku belajar daripada ibu. Sebab ibu mentua aku pun mengasuh anak-anak orang juga di kampung. Pengalaman ibu dengan ibu bapa kepada anak-anak yang dia asuh, aku jadikan pedoman untuk aku menjaga hubungan baik aku dengan pengasuh Luth. Nenek pengasuh Luth tu aku dah anggap macam keluarga, walaupun aku tak tahu dia dah anggap aku macam keluarga ke belum. Ehee.

Ada sekali tu, nenek pengasuh Luth dimasukkan ke hospital lagi sekali kerana tenat. Itu kalau tak silap pada hujung tahun lepas. Pertama kali Luth terpaksa ikut papa dia pergi kerja sebab tak ada orang nak jaga dia. Selepas mendapat rawatan rapi di hospital, nenek dibenarkan keluar hospital. Kesihatan nenek bertambah teruk selepas dia menjalani rawatan chemo. Terus terbaring je dan bercakap pun dia tak larat. 

Waktu tu, aku memang berusaha untuk dapatkan doa-doa dan petua-petua rawatan alternatif untuk diberikan kepada nenek. Malah ada satu malam tu, aku bangun malam untuk bersolat hajat dan berdoa serta membuat air penawar untuk nenek. Sesuatu yang aku tak pernah buat sebelum ni walaupun terhadap arwah mak aku sendiri. Esoknya..... Bila aku tanya anak nenek, macamana keadaan nenek malam tadi [dengan harapan anak dia akan kata yang "mak semakin pulih, seperti ada kuasa ajaib yang membantu"], tapi hampa pulak aku rasa bila anak dia kata, "malam tadi keadaan mak memang sangat-sangat teruk, paling teruk setakat ni". Sentap sekejap aku. Seolah-olah, doa aku langsung Allah tak terima. Tapi takpe, Allah lebih mengetahui.

Isnin minggu lepas, nenek dimasukkan sekali lagi ke hospital kerana dia tenat lagi sekali. Luth pun terpaksa ikut papa dia ke tempat kerja sebab anak nenek mestilah kena jaga mak dia di hospital dan tidak dapat menjaga Luth. Tapi itu bukan satu masalah pun kepada kami sebab papa Luth memang suka Luth ikut dia pergi kerja. Aku tanya anak nenek tentang mak dia. Katanya mak dia semakin tenat. Lemah sangat. Doktor pun dah pesan supaya bersedia. 

Aku turut merasa risau. Hari Selasa, waktu di ofis, aku buat lagi solat hajat dan berdoa untuk kesihatan nenek selepas Shera, anak nenek menghantar gambar maknya di dalam keadaan terlantar tak sedarkan diri, dengan wayar oksigen terpasang pada hidung. Sebak sangat aku tengok. Seolah-olah melihat mak sendiri. Aku berdoa bersungguh-sungguh, memohon agar Allah memberi tangguh kepada nenek. Supaya dia boleh terus berbakti kepada masyarakat dan supaya dia boleh menambahkan lagi amalannya. Aku sangat berharap nenek kembali sihat. Sebab bagi aku, dia itu sangat baik orangnya. Sepanjang hari tu, aku memang hanya memikirkan nenek. Aku rancang nak melawat dia esoknya. Sampai di rumah petang tu, aku memasak seperti biasa. Dalam jam 7 petang, aku dapat panggilan telefon daripada Shera dan dia memaklumkan bahawa nenek telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.10 petang Selasa tu. Aku speechless........................... 

Nenek selamat dikebumikan pada hari Rabu. Aku mendoakan kesejahteraan beliau di sana, dan semoga Allah memberikan tempat yang lebih baik untuk nenek di sana berbanding dengan tempatnya di dunia ini. Aku mendoakan agar nenek dilindungi daripada seksaan kubur, semoga dilapangkan kuburnya seluas-luasnya, semoga kuburnya sentiasa diterangi dengan cahaya yang terang benderang dan menjadi salah satu daripada taman-taman syurga. InsyaAllah. Damaikanlah kamu di sana wahai Azizah binti Daud.



 ..............................

Maaf ye, kalau ada yang terasa... "what the fuuu dia ni dok cerita pasal dia solat hajat, berdoa bla-bla untuk orang. Bukan ke sepatutnya amalan-amalan tu perlu disembunyikan daripada orang ke? Takebor bercampur riak lettew.". 

Ye, aku pun sebenarnya tidak selesa untuk menceritakan amalan yang aku lakukan Cuma aku nak ceritakan betapa tersentapnya aku, bila doa-doa yang aku mohonkan kepada Allah, seperti tidak diterima. Sedangkan pada waktu aku berdoa tu, aku berdoa dengan yakin seolah-olah Allah pasti akan makbulkan. 

Pengajaran sangat untuk aku. Sebab selama ni, aku berdoa dan berdoa, memohon untuk diri sendiri dan keluarga, aku seperti yakin Allah akan makbulkan. Malah aku rasa dah cukup dah doa-doa aku untuk menempah tiket aku ke syurga. Tapi amat merisaukan bila aku kenangkan, 2 kali aku solat hajat untuk nenek, kali pertama kesihatannya menjadi semakin buruk dan kali kedua pula dia dijemput Allah.

Aku jadi sangat takut bagaimana jika Allah tidak makbulkan doa-doa aku yang lain sebelum ini? Bagaimana nantinya aku kalau sewaktu aku sedar bahawa doa-doa aku selama ini Allah tidak terima ialah pada waktu aku telah mati atau pun sedang menghadap Allah di padang mahsyar? Aku memang jiwa kacau sangat bila fikir semua tu. Lagi satu, yang menginsafkan aku..... bahawa janji Allah itu pasti. Jika tertulis ajal seseorang hamba Allah itu, pasti tidak akan lewat atau awal walau sesaat.

06 April 2015

Intipati Ceramah Ustaz Sabri Rani: Hubungan Suami Isteri

Sejahteralah ke atas kamu........

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Kata Ustaz, kalau mahu hati betul-betul tenang, 10 minit sebelum masuk waktu, kita dah tunggu dah nak solat. Dah ready ada wudhuk dan hanya tinggal nak solat je.

Selepas solat pula, selepas berdoa duduklah sekejap untuk muhasabah diri. Bermonolog dengan Allah. Cuba bercakap dengan Allah, mengadu dengan Allah. InsyaAllah kalau kita bercakap dengan Allah, kita takkan dikata gile.

Kita ni, contohnya pasangan suami isteri la. Kadang-kadang kita dah tahu dah pasangan kita dah selamat sampai ke destinasi perjalanannya. Kita nampak dah kawan dia dah update gambar dia dengan pasangan kita di Facebook, tapi kita tetap nak tunggu pasangan kita sendiri yang inform kat kita, "Saya dah selamat sampai dah, alhamdulillah". Betul tak? Perasaan bila dia sendiri beritahu tu seperti terapi emosi untuk kita [yang isteri je la kot rasa macam terapi]. Atau pun contohnya yang selalu jadi kat aku. Bila anak aku nangis, aku tahu dia nk susu, tapi aku sengaja nak suruh dia cakap, "Nak tutu", baru aku gi buat susu. Sebab aku rasa macam comel sangat bila dia sebut tu. Saje nak dengar dia sebut sendiri.

Jadi, sama jugalah dengan apa yang Ustaz Sabri cerita. Allah hanya nak mendengar rintihan dan rayuan hambanya. Walaupun Allah dah tahu apa yang terjadi kepada kita sebab kita ni hambaNya, kadang-kadang Allah hanya mahu mendengar kita minta daripada-Nya sebelum Dia memberi kepada kita. Kita tak tahu betapa sayangnya Allah kepada kita. Dan kita pun takkan dapat membayangkan betapa comelnya kita ni di mata Allah, sehinggakan Allah kadangkala suka mengusik kita dengan ujian. Dulu, aku pernah jadi cikgu. Aku selalu usik budak-budak comel yang aku suka. Dalam erti kata lain, aku suka buli dierang. Sampai derang rasa macam cikgu ni selalu je buli dia, mesti sebab cikgu tak suka dia. Tapi sebenarnya kita lagi suka usik orang yang kita suka kan? Haa, bolehla cuba relate dengan hubungan kita dengan Allah.

Ustaz bagitahu, Rasulullah pernah bersabda, 'Setiap kebaikan itu adalah Islam, kerana setiap kebaikan itu datangnya daripada Allah.'.

Ustaz beritahu lagi, jika solat kita yang kita lakukan tu ala kadar saja, bermakna, kita belum lagi termasuk orang-orang yang soleh. Jika kita melakukan perbuatan soleh, walaupun di belakang anak kita, insyaAllah aura orang soleh tu akan sampai kepada anak kita yang akan menjadikan anak kita insan soleh.

Ada 4 peringkat di dalam perhubungan manusia.

1. Forming
2. Storming
3. Norming
4. Performing

Forming adalah proses membentuk sesebuah perhubungan. Kalo yang baru kahwin dan bercinta selepas nikah, masih di peringkat forming. Proses mengenali hati budi, kenal pasti perangai dan menyesuaikan diri dengan pasangan.

Selepas melalui fasa forming, akan berlaku storming. Iaitu sebarang ketidaksefahaman. Masalah-masalah yang kita kenalpasti dalam diri pasangan. Kekurangan-kekurangan dia yang sebelum ni kita tak nampak but now dah terang lagi bersuluh spotlight

Cara kita menangani storming ialah dengan menyesuaikan diri dengan segala kekurangan tu. Proses pasrah terhadap semua storming itu dipanggil norming. Maksudnya, macam redha dan alah bisa tegal biasa dah dengan kekurangan-kekurangan pasangan.

Akhir sekali, barulah hubungan itu berada di dalam proses performing. Menuju puncak, gemilang cahaya menuju cita, seindah rasa.

Okay, yang ustaz bagi tips tadi, katakan la rumah tangga kita ada masalah. Rasa macam sampai tahap pudar, dan bila tengok muka pasangan je dalam hati rasa macam, "Ya Allah, makhluk ni lagi. Takde muka lain dah ke yang nak muncul depan mata nih.", kalau dah tahap gitu, kena cepat-cepat forming semula hubungan kita. Salah satu cara yang paling berkesan untuk forming semula hubungan suami isteri, ialah bawa pergi berjalan. Ataupun melancong. Seelok-eloknya pergi ke tempat yang jauh. Yang takde orang pun kita kenal kat situ supaya kita hanya bergantung antara satu sama lain je, dah takde pilihan. Ustaz kata, insyaAllah bila spending time semasa travel tu akan memulihkan hubungan suami isteri. 

Okay itu je la yang dapat aku kongsi. Ceramah pun pendek je. Sejam je. Harap ada manfaat untuk yuolls.

03 April 2015

Cara Membuat Sendiri Kentang Goreng Sejuk Beku

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku suka sangat makan fast food walaupun aku tahu itu adalah makanan yang sangat tak sihat. Aku masih tergamak lagi makan burger dan kentang goreng yang aku beli dari restoren makanan segera. Biasanya aku makan fast food masa hari bekerja. Aku memang jarang sangat beli fast food jika Luth ada bersama aku.

Pernah sekali tu, husband aku cuti. Dia bawak Luth datang ofis aku. So, petang tu sebelum balik, kami sempat beli set burger di Burger King. Sebab masa tu ada promotion kupon yang berharga RM6 dapat beli belian bernilai RM20. Aku beli burger yang setnya ada kentang goreng. Aku harap-harap Luth tak suka, tapi jangkaan aku silap. Aku tengok anak aku makan beriya sangat kentang goreng tu. Pegang tangan kiri dan kanan. Lepas tu suap laju-laju, then tadah tangan mintak lagi. Waktu tu rasa macam nak luruh hati aku sebab rasa bersalah, bagi dia makan makanan yang tak sihat. Well, ko tahu la kan. Kentang goreng daripada restoren makanan segera, dengan bahan pengawet, dengan minyak gorengan yang berapa kali ulang tu, dan ntah apa yg dimasukkan lagi pada kentang goreng tu pun kita tak tau. Seram sejuk bila aku fikir. Kita yang dewasa ni, mungkin takpe lagi walaupun tak elok. Sebab kita dewasa. Yang si kenit tu, perut suci lagi. Owhh... Ku tak relaaaa... *tekup muka*.

Sejak kejadian tu, aku memang tak pernah beli lagi fast food depan Luth. Hehe, tapi aku masih mentekedarah lagi burger dengan fries. Ni pun kejap lagi rasa nak gi beli Whopper Double kat Burger King. Hakhak. 

Jadi, demi memenuhi selera anak aku [sekali sekala], aku bersemangat api nak buat sendiri fries di rumah. Gigih aku mencari gi google. [Sebenarnya tak gigih mana pun. Senang je jumpa peralatan ni.]. Namanya Potato Chipper.  As Seen On TV katanya.





Aku beli produk ni sebab nak dapatkan bentuk kentang goreng yang sekata dan sama saiz. Baru nak nampak sopan santun sikit masa nak makan tu. Aku gunakan ialah 6 biji kentang jenis Russet. Sebab kentang ni besar-besar, isi putih dan kurang mata tempat tumbuh tunas tu.





Langkah demi langkah membuat kentang goreng. Cara ni aku adaptasikan daripada How's It Made yang aku tengok di YouTube.

1.  Kupas kulit kentang dan potong guna potato chipper. *Harap maaf, tiada adegan mengupas dan adegan memotong kentang pula dilakukan oleh Mat Azghul. *
 

2.  Rendam kentang yang telah dipotong di dalam air biasa selama 5 minit untuk membuang kanji pada kentang itu.

Pangjangggggg....








3. Selepas itu, tos kentang tersebut dan keringkan. Lap dengan tisu jika ingin cepat. Kalau ada banyak masa lapang, boleh tunggu kentang tu mengering sendiri.








 
4.  Kemudian kukus atas rebus kentang tersebut sehingga separuh masak. Ingin diingatkan, jangan terlebih kukus atau rebus. Nanti kentang terlalu lembik akan menyusahkan proses seterusnya. Hanya sekadar separuh masak. Masa dicadangkan: 15 minit.







5.  Selepas kukus. Biarkan sejuk [suhu bilik]








6.  Kemudian goreng separuh masak lagi. Jangan sampai garing. 



7.  Selepas itu toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika sebelum dibungkus untuk dimasukkan di tempat sejuk beku anda.





Kalau nak makan terus, di step no 6 tu, selepas angkat, goreng semula. Pandai-pandai la kawal api ye. Jangan besar sangat nanti hangus dan jangan terlalu kecil nanti serap minyak. Minyak untuk menggoreng pula haruslah banyak. Jangan goreng setakat minyak pada dasar kuali je. Tak setaraf mekdinal la kentang goreng tu nanti.

Masih lagi failed bab-bab menggoreng. Serap minyak. Heh. Bingai. Yang aku buat ni agak lama aku kukus, jadi dia terpatah-patah. Lepas ni insyaAllah boleh improve.


Memang leceh sikit nak buat ni. Sebab banyak step. Tapi bila aku tengok anak aku makan sungguh-sungguh, aku rasa berbaloi dan terharu sebab aku tahu makanan tu aku buat sendiri, dan terjamin kebersihan dan mutunya.

02 April 2015

Sewing Tools Kit Pattern

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini contoh sewing tools kit yang aku buat sendiri. Tujuannya adalah untuk menyimpan alatan menjahit aku dengan lebih kemas dan tersusun. Mutu jahitan memang la 'out'. Tengok warna benang pun terlampau contra dengan warna fabric. Tapi macam biasalah, asal boleh je aku ni.



Aku gunakan fabric daripada shopping bag. Malah, memang shopping bag tu la yang aku potong untuk buat sewing tools kit ni. Senang bila ada beg peralatan menjahit macam ni. Senang nak usung bawak pergi-balik ofis. Kadang-kadang ada masa rasa nak menjahit waktu rehat kat ofis. Siapa nak tempah angkat tangan? Okay, tempahan ditutup. Hewhewhew.

01 April 2015

Cara Mudah Membuat Playdoh Atau Plasticine Di Rumah

Sejahteralah ke atas kamu...

Saje nak share resepi membuat playdoh di rumah. Kalau korang ingat lagi masa kita kecik dulu, main plasticine atau nama kampungnya tanah liat, bau dia, Allahurabbi, macam nak pitam. Bau macam cat yang kuat sangat kan? Itu sebenarnya toksik. Eh cemana mana eja dia? Toksid? Toksin? Tokmoh? Ahh tak kisah la, yang penting in English dieja toxic. 

Banyak je non-toxic plasticine dijual kat pasaran. Cuma nak membelinya tu, mampu ke? Beli sekali memang la mampu. Beli banyak kali boleh mampu[s]. *plural*.

Meh sini aku nak ajar cara korang berjimak berjimat dengan membuat sendiri playdoh untuk anak-anak yang baru nak up ni. Ramai dah tahuk rasanya, tapi kalau yang tak tahu, silalah baca. 

Pertama sekali ingin aku pesan, untuk membuat playdoh ni ada banyakkkkkk resepi. Tak semestinya apa yang diajar oleh seorang tu adalah paling betul dan takleh tukar-tukar ingredients. Be creative and open your mind. Ni salah satu resepi paling mudah dan sempoi mampoi cikepoi yang aku dapat daripada kawan balik terbaru aku, iaitu G to the O to the O to G to L to the E, gooooo google!! [*berangan nak jadi pom pom girl dulu masa kecik, tapi tak layak sebab muka banyak jerawat*].

Okay...okay... Back to the track. Ini bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat playdoh sendiri.


1. Tepung gandum cap Sauh. Atau cap wau atau cap kunci atau ikut suka. Aku guna tepung Self Raising flour yang aku beli konon-kononnya nak baking, tapi pah ke ceghoh batang idung kek pun tak muncul. Memang aku dan kek tidak ditakdirkan bersama, melainkan untuk makan je. Buat kek? Nehi babuji nehi.

2. Pewarna makanan. Ko boleh guna pewarna sirap ros, atau pewarna lebihan yang korang guna buat apam polkadot ke kalo ada buat la. Atau beli je la food coloring. Sebotol baru singgit setengah. Nak guna setitik je pun. Yang lebih tu, nanti boleh guna buat water color home made pulak. Nanti aku kongsi kemudian.

3. Losyen tangan dan badan. Biasanya lepas kita bersalin, akan dapat banyak set toiletries baby yang ada mandian bayi, losyen, talkum. Tapi biasanya losyen lambat sikit habis. Eh, ke anak aku je yang tak pakai losyen. [Jap tengah fikir.]. Aku rase ye la.. Anak aku je yg tak dipakaikan losyen. Sebab tu kulit dia kerapu sikit dengan gigit nyamuk. Atau pun boleh je gunakan losyen mana-mana yang dah tak kuasa nak pakai tu. Daripada biar dia berubah bau warna dan rase, lebih baik le tukar jadi playdoh. *Resepi asal suruh gunakan hair conditioner. Tapi kat umah aku takde hair conditioner, so aku kan terlebih kretip. Aku pakai je la losyen. Utk makluman, aku memang spesis tak rajin pakai losyen. Huhu, Sebab tu kulit aku macam kulit buaya. Boleh buat handbag.


Okay itu je 3 bahannya. Playdoh yang aku buat ni tak sesuai utuk dimakan ye. Kalau nak resepi yang boleh dimakan tu, kena gunakan tepung, pewarna dan air garam. Tapi walaupun kata selamat dimakan, kalau anak termakan banyak, boleh cirit birit juga. Dah tu tepung mentah kan? Apa tak ciritnya. Playdoh ni kalau untuk anak yang besar Luth dan tengah excited nak makan tu, tak sesuai la. Tapi kalau untuk anak yang dah 4 tahun dan dah pandai beza makanan dengan plasticine, insyaAllah bagus. Pertama sebab secara tak langsung boleh melembutkan tangan mereka. Dan kedua senang nak cuci dan tak melekit sangat kalo tertinggal kat lantai. Maklum le, dalam losyen kan bahan dia licin dan menyerap. Satu lagi kelebihan guna losyen ni, dia akan berbau harummmmm je.. 

Nak tengok je gambar ni. Dan cuba hadamkan. Kalau tak faham angkat tangan.

















So, that's it. Rupa mmg nampak macam kering, tapi mereka sebenarnya sangat moisture dan lembut serta tak mudah patah. Agak liat-liat la. Selamat mencuba!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...