Iklan! Iklan! Sila Click!

31 March 2015

Mari Memuji Anak. Hihu

Sejahteralah ke atas kamu....

Dah lama dah aku tak cerita pasal Luth. Eh ye ke? Ke perasaan aku je dah lama? Betul kot dah lama, sebab aku pun memang bentat kelubi dah nak menghapdet blog sejak kebelakangan ni. 







Bercakap
Luth dah 2 tahun. Sekarang ni, mulut dia riuh je bercakap. Tapi ada benda yang aku faham. Kebanyakannya aku tak faham. Pertama sebab pelat, kedua mungkin sebab dia main bercakap je konon-konon nak join papa dan mama berborak. Dengan erti kata lain, "Nakkk jugakkk masuk campur". Tapi... Depan orang, dia pemalu.

Luth tak pandai sebut hurup 'L'. Kalo dia sebut perkataan yang berbunyi L, akan jadi hurup 'N'. Contohnya, 'Bahulu, akan jadi 'nu'. Sebab dia amik sukukata last je. Dia panggil belon= non. Kalau aku tanya nama dia siapa, dia akan jawab, "Nut". [Sebutan 'noot'. Bukan 'Nat'] aku dah tak sampai hati nak gelak walaupun comel. Pelat dia comel. 'Susu' mcm biasa la panggil Tutu. Pastu dah pandai sebut Peek-A-Boo. Kadang-kadang jadi Peek-A-Paa. 

Bila aku cakap kat dia, "I Love You", dia dah pandai balas, "i love you too", tapi bunyi u too je. Mungkin sebab selalu dengar mama dan papa sebut macam tu. Dia boleh ikut. Dia dah pandai mengira tahu. Bila aku suruh dia kira, kiraan dia hanya one, two, one two, one two. Sampai la habis. [nangis kejap mama bila dengan dia mengira].


Makanan
Dia dah pandai mintak nasik. Bila aku tanya dia, "Luth nak makan kentang goreng?", dia geleng. Aku sambung lagi tanya, "Dah tu Luth nak makan apa?". "Acik", dia jawab sepatah. Pastu aku terus bersilat kat dapur pergi masak nasi dengan sup sayur untuk dia. Bila siap masak, aku cuba nak suap kat dia, dia makan sesuap je. Sentap mengkarung kejap mama. Moral dia, lenkali, sebelum suap nasi kat anak, jangan bagi dia minum susu. Kan dah kenyang. Tapi kebiasaannya dia akan makan kalau kena selera dia. Dia suka makan telur rebus. Dia suka makan aiskrim yang aku buat sendiri. Suka carrot, suka broccoli. Dan sup. Suka kerepek pisang dan keropok ikan.

Kat rumah pengasuh sekarang hanya tinggal dia dan Eva. Budak2 lain sudah diberhentikan serta merta sebab nenek pengasuh tak sihat dan tak boleh dah dengar suara budak ramai-ramai. Bila aku bekalkan dia makanan, dia akan kongsi dengan Eva. Pengasuh kata, dia makan banyak sebab suka kot bersaing dan berkawan masa makan.


Mainan
Luth ada mainan baru. Blocks yang warna-warni dan besar-besar saiz dia. Cik De dia hadiahkan. Memang dia suka kemain dengan block tu. Waktu ni aku dah nampak imaginasi dia makin berkembang. Dia susun-susun blocks then dia kata, "ipash...ipash". Maksudnya kipas. Kadang2 dia buat gajah. Kadang-kadang zirafah. Tapi semuanya berunsurkan haiwan je la. Dia tak kenal otomen, kamen rider atau spesis robot dan superheroes. Sengaja aku taknak bagi dia kenal. Nanti pening kepala nak layan minat kat benda-benda yg macam tu.

Ada sekali tu, dia amik blok, dia letak kat mulut. Pastu dia kata, "Gigi". *tengah gosok gigi guna block. Huhu. Kretip sangat ko nak...

Kadang-kadang aku sedih gak tengok dia main dengan soft toys. Suapkan soft toys makan atau minum air. Kadang-kadang solat berjemaah dengan soft toys. Aku tahu dia boring kot main sorang-sorang. Bukan aku taknak bagi dia adik. Cuma buat masa ni, belum ada rezeki. So, tunggu je la. Sementara takde adik ni, mama dengan papa je la yang layan dia main kejar-kejar, main nyorok-nyorok atau main bola dan main kereta. Sian pulak. Takpe, nanti ada rezeki Allah nak bagi, ada la kawan Luth nanti.


Minat
Biasanya waktu aku memasak, aku terpaksa lalaikan dia dengan memasang TV. Channel BBTV. Kadang-kadang tu senyap je suara dia, aku terus rasa suspicious... Ni mesti tengah buat benda-benda pelik ni kalo senyap macam tu. Aku pun intai dia diam-diam....[mak-mak ni sokmo le nak curiga kat anak sebelum bersangka baik. huhu.. buruk betul tabiat]. Betapa sejuknya hati aku bila tengok dia tengah belek buku. Ko bayangkan la... Mama dengan papa dia yang tak rajin baca buku ni, bila tengok anak baca buku tanpa disuruh, rasa macam cair sangat hati. Banyak kali juga kejadian begitu aku tengok. Doa aku, sampai ke besar la dia rajin baca buku. Nak harapkan mama, baca novel The Hobbit ni tak habis-habis lagi.


Faham
Lagi satu, buat masa ni, aku tengok Luth dah makin reti bahasa. Korang pun tahu kan, budak-budak ni, ada masa, bila kita cakap dia bukan nak dengar. Kalau kita larang, sikit pun dia tak endah. Tapi aku bersyukur, sebab Luth, memang dengar kata tapi dengan syarat, aku kena cakap elok-elok. Yang aku nampak paling ketara ialah bila dia nak main sesuatu yang dia tak boleh main. Ada sekali tu dia nak main pinggan. [Pinggan yang aku guna kat umah memang pinggan kaca. Pinggan plastic ada 1 je.]. Kadang-kadang ada juga dia nak main gunting. Atau lampu suluh. Atau power bank. Setiap kali bila dia nak main benda-benda yg dia tak boleh main tu, aku akan kata, "Luth... Ini bukan mainan, Luth tak boleh main ni. Mainan Luth ada banyak lagi, Luth boleh main mainan Luth je." Dengan mudahnya dia akan hulur barang tu kepada aku atau papa dia.  Tanpa menangis dan tanpa janji palsu untuk reward dia apa-apa. Alhamdulillah.

Outdoor
Aku pernah bawak dia main pasir kat tepi rumah. Bawah pokok, kira macam redup juga la. Pasir pun jenis kering yg bersih, bukan pasir hahik huhing. Dia main la. Tapi macam kekok sikit. Esoknya aku ajak dia main pasir lagi, dia kata, "taknak". Huhu... tak kedesaan langsung anak aku nih. 


Luth kalau aku bawak dia ke taman, dia hanya suka main buaian dan see saw. Dia sebut 'titow'. Comel je pelat. Gelongsor pun dia main juga, tapi dia paling suka buaian la. 

Pernah ari tu, aku buat homemade playdoh untuk dia. Aku buat warna pink, kuning dan coklat. Sebab food coloring warna tu je ada dalam rumah. Dia bukan main excited. Sekali aku tengok dia bukan excited nak main, tapi dia nak makan. Sabar je la aku. Walaupun playdoh tu aku buat daripada tepung dan pewarna makanan, tapi tetap tak selamat untuk dimakan sebab aku guna losyen. Last-last aku terpaksa la tarik balik playdoh tu daripada dia. Huhu... Kalau tidak nanti cireng pulak anak aku.


Nakal.
Pernah ada kawan aku tanya, Luth nakal tak? Erm, aku pun bagi jawapan jujur. Luth tak nakal. Dia jenis yang duduk elok-elok main. Bukan jenis budak yang melompat-lompat dan berlari tak tentu hala. Dia bermain dan buat sepah dalam rumah[ya Allah kalo ko tengok kehebatan dia membuat sepah setiap ari, mau pitam], dia berlari dan main kejap-kejar juga [dgn 2 orang gemuk dalam rumah tu la, sape lagi], tapi dia bukan jenis yang 'tak boleh duduk diam seminit pun'. Ada masa dia memanjat, tapi kita tak risau sebab dia jenis yang berhati-hati. Tapi tangan tu jangan cerita la, berapa banyak kali terkepit pintu kabinet. Hehehe. Mungkin sebab dia nakal diam kot? Huhu. Yang pasti dia bukan jenis budak yang kalo dia ada, orang lain akan rasa terancam dan rasa cemas. Dia jenis budak biasa je. Ni pengasuh yg cakap. Bukan aku.

InsyaAllah Luth akan jadi permata agama Islam. Aku tengah gilap sinar dia. :)


30 March 2015

Isteri Rajin Post Update Di Facebook: Apa Suami Rasa?

Sejahteralah ke atas kamu....

Soalan aku pada tajuk tu, sila baca sekali lagi dan hadam.

Aku belum pernah buat survey tentang ni dan mungkin takkan buat kot. Sebab malas. Cuma aku nak cerita je la pengalaman aku.

Aku ada 2 orang kawan yang termasuk dalam friendlist aku di FB. Mereka ialah suami dan isteri. Yang si isteri ni memang sangat rajin up cerita pasal hidup mereka anak-beranak. Ke mana mereka pergi, apa yang mereka beli, apa yang mereka makan, ke mana mereka bercuti dan apa jua keberuntungan mahupun musibah yang terjadi dalam hidup mereka anak-beranak. Aku ni sebenarnya, kalo orang post, aku baca je selagi keluar kat newsfeed aku. Dan aku suka je baca hal rumah tangga orang ni, saje nak buat-buat kaypoh.

Itu bab isteri. Yang suami dia pulak, jenis relax je. Akaun FB tu ada tapi pasif. Aku rasa kebanyakan lelaki macam tu kot. Update sekali sekala. Share apa-apa yang menarik daripada berita luar, bukan pasal diri dia dan keluarga. 

Ada sekali tu, ada la musibah yang melanda mereka sekeluarga. Si isteri post cerita tu di FB dengan nada sedih segala. Aku yang membaca pun turut le bersedih ni. Yelah.. Kata kawan kan? Kebetulan, esoknya, aku terserempak dengan si suami. Lalu aku pun ringan je mulut gi tanya, "macamana keadaan musibah tu? Aku baca status wife ko semalam kat FB". Pastu si suami tu terus berubah airmukanya. Dengan nada macam bengang gile, aku dengar dia merungut sendiri, "Semua benda nak cerita"[merujuk kepada isteri di yang post pasal hal tu]. Tapi suami dia tu jawab juga la soalan aku. Cuma dia tak bercerita banyak la. Mungkin tak selesa kot untuk ceritakan. Maklumlah, kami bukan la begitu rapat. Mesti la tak selesa nak cerita masalah. 

So, itu contoh seorang suami yang muka bengang bila isteri suka cerita hal rumahtangga kat FB.

Ni kisah aku pulak. Antara aku dan suami, kawan-kawan kami kebanyakannya adalah orang yang sama. Yang mana kawan dia adalah kawan aku juga. Selalunya kami akan membaca update cerita yang sama daripada orang yang sama di FB masing-masing. Dan kami sama-sama rasa rimas dengan status update orang tersebut. Suami aku cakap macam ni, "Selamat la syg[aku] bukan jenis perempuan yang suka update status kat FB.". Gituuuuu... Mendalam bagi aku kata-kata dia tu. Aku tak tanya la kenapa. Tapi aku faham-faham sendiri je la maksud dia tu.

Suami ni... Maksud aku, orang lelaki. Ada banyak benda yang dia tak tegur pun kesalahan isteri dia walaupun perkara tu dia tak suka. Atau mungkin dia pernah tegur tapi isteri dia tak endah. Pertama mungkin sebab dia nak jaga hati. Kedua sebab malas nak gaduh. Ketiga sebab tak kuasa nak layan merajuk. Tapi, ada juga aku tengok yg si suami pulak rajin update status, tapi si isteri pulak jenis relax je.

FB ni lain daripada blog. Blog memang la kita selalu cerita pasal diri sendiri, tapi blog ni orang lain ada pilihan untuk baca atau pun tidak. Tapi kalau FB, memang kita terpaksa hadap cerita orang tu walaupun merecik otak kita membaca status taknak kalah dan mintak puji dia tu. Takkan la nak unfriend pulak kan. Dan takmo la sampai turn off notification daripada dia ataupun hide dia. 

Rajin post ni maksud aku ialah jenis yang tiap2 hari update status. Dan yang paling hebat, setiap hari 4,5 kali update kisah bersiri hidup dia. Kalo jenis yang update sekali sekala tu tak perlu nak terasa hokey.

Jadi, aku nak tanya korang, ko rase cemana?


13 March 2015

Intipati Ceramah Ringkas: Raising Gadget Kids

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku sempat mendengar satu cemarah ceramah keibubapaan di bangunan UEM, selang satu blok dengan ofis aku ni. Agak menarik tajuknya. Dan isinya memang menarik, cuma terlalu ringkas untuk satu topik yang besar seperti itu. Hanya 45 minit termasuk pengenalan diri penceramah, tentang isteri penceramah dan juga 6 orang anak mereka. Juga termasuk selingan-selingan yang tak berapa ada informasi sangat. Tapi setakat mana yang aku sempat tulis, yang ini je la isi penting yang boleh aku share dengan korang. Harap bersabar.

Penyampai : En Fadhli & Pn Jamilah.

1:  Don't Compare.
Kita dah biasa dengar atau baca tentang parenting guide yang mengatakan, 'JANGAN SESEKALI MEMBANDING-BANDINGKAN ANAK'. Jangan membandingkan tu tidak kira dengan sesiapa pun, sama ada kawan-kawan atau adik beradik yang lain. Contohnya kalau anak tu malas bangun pagi untuk pergi sekolah, kita stress, jadi kita pun dok kata kat anak, "Nape la kau ni liat benor nak bangun pagi [eh, macam mengata diri mak dia ni plak], cuba kau tengok Abang Long ko tu, senang je nak bangun, rajin plak tu, pandai buat cheesekut lagi. Yang ko ni apa je yang ko reti? Apa nak jadi ntah!". Haaaa... lebih kurang gitu la kaedahnya kalo jenis mak/ayah yang suka membanding-bandingkan.


TAPI....Siapa kata kita terus tak boleh compare anak kita? KITA BOLEH MEMBANDING-BANDINGKAN ANAK kita dengan DIRI mereka sendiri.  Anak kita tu walaupun ada hari-hari dia buat perangai, tapi mesti la ada juga hari tertentu yang dia baik dan berperangai elok, sempurna, berakhlak mulia berhemah tinggi apa semua kan? Jadi, bila mereka buat perkara yang kita rasa menyirap, boleh la kita bandingkan perangai tak semenggah dia tu dengan waktu dia buat perangai yang semenggah dulu-dulu punya. Contohnya, "Semalam Vovoi baik je, bangun awal, rajin pegi sekolah, malahan sempat buat lempeng nyior lagi kat mama. Buat macam semalam kan bagus?". 


2:  Ganjaran Segera vs Menangguhkan Ganjaran
Satu kajian telah dijalankan di negara barat. Ujian ini dilakukan terhadap beberapa orang kanak-kanak berusia 4 ke 5 tahun. Apa yang mereka lakukan ialah, mereka menempatkan setiap kanak-kanak itu tadi di dalam sebuah bilik yang di dalamnya terdapat hanya sebuah meja, kerusi dan sebiji piring yang berisi dengan seulas marshmellow.  Pengkaji meninggalkan setiap kanak-kanak tadi dengan memberi pesanan, jika tunggu sehingga pakcik [pengkaji] datang, dia [kanak-kanak] itu akan dapat seulas lagi marshmelow. Maknanya akan dapat 2 ketul la marshmellow tu. Kalau aku, setakat 2 ulas tu dalam satu nafas je aku telan terus. Mana cukup??!! 

Kemudian si pengkaji itu turut berpesan jika kanak-kanak itu merasa tidak tahan untuk makan marshmellow tersebut, mereka boleh makan marshmellow itu dengan menekan buzzer menandakan mereka dah tak tahan menunggu. Alaaa... sape ingat iklan chipsmore dulu. Ada sekali dia buat iklan ketahanan nafsu kanak-kanak untuk makan biskut Chipsmore tu. Ingat tak? Ingat tak? Haihh.. pelupa betul korang ni. 

Keputusan daripada ujian itu ialah, terdapat beberapa orang kanak-kanak yang berjaya menunggu selama 15 minit untuk mendapatkan marshmellow ke-2 dan beberapa orang pula yang hanya mendapat 1 marshmellow. 

14 tahun kemudian, semua kanak-kanak tadi dijejaki semula dan ibubapa mereka ditemuramah. Hasil kajian mendapati bahawa, ternyata kanak-kanak yang mendapat 2 marshmellow lebih cemerlang kehidupan mereka berbanding dengan yang hanya mendapat 1 marshmellow. Keputusan ujian dan prestasi di sekolah semuanya kanak-kanak 2 marshmellow mendahului kanak-kanak 1 marshmellow.

Apa kaitannya kisah kajian ini dengan mendidik anak?

Kata penceramah, "patience is what we need to teach our children, deliberately". Kalau inginkan anak-anak berjaya dan cemerlang, ajarkan anak-anak supaya BERSABAR. Sabar ini pun dalam Quran ada sebut, mafhumnya, "dan jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu,"




Haaa, jadi..... marilah kita ajar anak-anak kita supaya bersabar. Tapi untuk mengajar anak bersabar, mak ayah le yang kena bersabar dulu. Itu yang mencabar sikit tu ye dak?



3: Quality Bonding Time
Berapa banyak perhatian yang kita berikan kepada anak-anak kita? Berapa banyak kali kita biarkan anak-anak kita bermain sendiri sedangkan kita [yakni aku] dok menghadap telefon bimbit ataupun kejung melayan filem kat dalam TV? Kata penceramah, kalau ibu-ibu yang surirumah yang menjaga sendiri anak-anak mereka tu kira okay lagi. Sebab sepanjang hari anak ada bersama-sama. Tapi yang bekerja, balik kerja jam 6 petang, berapa jam sangat masa bersama anak. Lepas bekerja tu la waktu nak selesaikan kerja rumah, lepas tu jam 10 malam, anak dah nak tidur. Dah tu, bila masa quality time tu nak wujud dalam hubungan parent-child? Ce royak ko ambo?

Memang kita selalu dengar, ibu yang lebih rapat dengan anak-anak. Itu betul. Sebab ibu ni lebih teliti dan lebih prihatin terhadap anak-anak walaupun pada perkara-perkara yang kecil. Tapi, penting bagi ayah untuk memainkan peranan di dalam membina perhubungan dengan anak. Ayah yang sepatutnya lebih banyak berkomunikasi dengan anak dan menyelami perasaan anak. Sebab dengan ibu, perkara itu dah semacam otometik. Anak akan ada feeling yang special terhadap ibunya tanpa ibu berusaha sangat pun. Sebab ibu memang diperlukan secara fitrahnya. Tapi ayah, perlu berusaha untuk memenangi hati anak. Owh... memenangi itu bukan bermakna menjadikan anak sebagai 'tuan' ye. Jangan sampai semua anak nak, boleh dapat. Itu namanya lembu, bukan ayah.

Di dalam Al Quran, terdapat lebih banyak ayat-ayat yang menceritakan perbualan di antara 'ayah-anak' berbanding perbualan 'ibu-anak'. Al Quran itu kan petunjuk. Jadi apa yang tekandung di dalam Al Quran itu banyak mutasyabihatnya dan perkaitannya dengan kehidupan seharian kita. Berkenaan ayat-ayat perbualan 'ayah-anak' di dalam Al Quran itu di antaranya ialah perbualan;

  1. Luqman dan anaknya
  2. Ibrahim dengan ayahnya Azar
  3. Ibrahim dengan Ismail
  4. Yaakob dengan Yusuf
  5. Syuaib dengan anak perempuannya
  6. Nuh dengan anaknya.

Menunjukkan kepada kita betapa pentingnya komunikasi diantara seorang ayah dengan anaknya. Ada fehem?

Selepas itu, masa ceramah pun tamat. Jadi dah habis la kisah pasal parenting ni. Kalau ada manfaat, silalah kongsikan dengan kawan-kawan akan entry ini dan amalkan. Jika tiada kebaikan pun pada entry ini, maafkan aku kerana itu adalah kerana kelemahan cara penyampaian dan diri aku sendiri.

Jadi kita akhiri tazkirah kita ini dengan tasbih kifarah dan surah Al Asr. Kupai!



09 March 2015

Sakitnya Tuh Di Sini

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau korang pengguna media sosial, korang mesti perasan dengan salah satu trend netizens iaitu VIRAL. Aku mula-mula tak rasa apa-apa sangat dengan fenomena viral kat media sosial ni. Kadang-kadang rasa macam best je sebab kita tahu apa yang semua orang tahu. Tapi lama-lamanya aku rasa macam, "Ya Allah serabutnyaaa korang ni!!"

Kalau viral yang bagus seperti 'Cara Mendidik Anak' ke, atau minta bantuan dana untuk perubatan ke boleh terima la. Sebab memang perkara baik. Tapi kalau bab-bab lagho tu memang aku benci. Kadang-kadang memang aku tak suka nak ambil tahu tentang perkara-perkara tak berfaedah yang jadi viral tu, tapi oleh sebab semua orang share dan hashtag benda yang sama, secara tak sengaja aku akan ada rasa perasaan nak tahu, "Apa benda la yang korang perkatakan ni?". Contohnya yang terbaru ni orang dok hashtag 'Sakitnya Tuh Di Sini'. Siap ada video parody lagi. Aku tertanya-tanya juga, kes apa ni? Kes kemalangan ke? Atau pembedahan yang gagal? Bila google, sekali tengok-tengok lagu dangdut. Tetibe aku tengok badan aku dah jadi makin jernih lepas tu warna macam pink-pink sikit. Rupa-rupanya aku dah bertukar jadi air sirap sebab aku menyirap!! Buang masa aku je, aku rasa tertipu. Aku nak report polis! Sebab rase tertipu!

Dulu pun gitu, bila semua orang dok sebut "Awak kat mana". Aku memang sikitpun tak faham. Sebelum tu, APTB. APTB tu ialah tagline kumpulan lawak Jambu yang bermaksud Apa Pun Tak Boleh. Satu masa dulu, viral dengan Gangnam Style. Tapi itu bukan Malaysia je. Seluruh dunia. Maka aku tak mampu nak komen apa-apa la kalo dah satu dunia pun kena rasuk dengan viral yang macam gitu. Sumpah aku serabut. Sebab kat news feed di Facebook penuh dengan perkataan tu ulang-ulang. Bila baca komen orang-orang pun asyik sebut benda yang sama. At last terpaksa la kena tahu juga benda yang kita tak minat pun nak tahu. Ada banyak lagi perkara yang bodoh-bodoh dan takde pekdah yang orang jadikan viral. Malahan perkara yang jadi viral tu jarang sangat ada yang bermanfaat. Mungkin perkara bermanfaat orang tak suka share dan tak menarik minat sangat kot.

Itu baru bab benda merepek. Bab makanan satu lagi. Pantang bila keluar resepi pelik sikit je, terus jadi viral. Nak aku bagi contoh? Goreng pisang cheese. Sambal hitam Pahang. Jeruk mangga asam boi. Potato fritters. Lagi apa? Kek keju leleh. Cheesekut. Tapi bab makanan aku masih boleh maafkan. Sebab ianya bersifat mengenyangkan. Hahah. Dan sesetengah daripadanya memang sedap pun. Dah nama pun makanan. Memang logik kalau terliur. Nak-nak pulak kalau orang yang ambil gambar tu zoom in gambar tu sampai nampak sejelas-jelasnya. Menitik air liur sampai ke lantai tau.

Tapi itulah... Apa lah kuasa dan daya aku untuk halang trend mem'viral'kan semua benda ni di internet. Dah kalau orang suka, tapi aku tak suka, sape je nak layan permintaan aku supaya, jangan viralkan benda yang takde faedah. Mungkin takde faedah untuk diri aku, tapi berfaedah untuk orang lain ye tak? Mungkin kalau aku dengar lagi Sakitnya Tuh Di Sini tu aku rasa ianya seperti satu amalan yang mensia-siakan usia aku, tapi orang lain yang dengar mungkin dapat pahala ke, tak tahu la kan? Cuma aku nak suggest, kalau korang perasan ada satu-satu isu yang orang lain viralkan dan benda tu korang dah tengok dan nampak macam takde faedah, cuba korang jangan share malahan jangan like sekalipun. Cuba matikan viral tu supaya dia dormant. Ceh tetibe keluar perkataan dormant. Pendaftar syarikat sangatkan aku. Hah hah.

05 March 2015

Niat Di Hati Nak Jelajah Penang, Tetapi......

Sejahteralah ke atas kamu....

Kan aku pernah cerita yang aku pergi ke belah utara dalam bulan January yang lepas. Dah lama punya cerita ni. tapi saje je la nak ungkit kisah silam sebab dah aku takde idea nak cerita apa. 

Tempat yang paling aku excited nak pergi semasa ke utara ialah Penang. Nak pegi art street dan Muzium 3D kononnya. Orang seni la katakan. Mula-mula nak pergi Muzium 3D, lepas tu konon-kononnya nak pergi cari street art. Setahu yang aku baca daripada pencarian di Google, street art tu letaknya di merata-rata di Georgetown. Kena cari kat belakang-belakang bangunan dan bukannya setempat je. Kena rajin explore. 

Tapi, niat suci ku itu tidak kesampaian sebab cuaca memang panas yang hamat. Lagi satu halangannya ialah sebab anak aku demam pulak time tu. Maka, hanya sempat singgah seciput je di Muzium 3D. Masuk dalam tu je, anak aku dah start meragam, menangis padahal pada setiap sudut dinding dalam muzium tu ditulis amaran 'Jangan Bising'. Huhu... Memang terganggu fikiran aku sebab tak fokus nak baca info dalam muzium tu. Lagipun takut anak aku ganggu orang lain. 

Nah ambik la tengok gambar. Che..che..checkidaut...





Cubaan memujuk anak yang sedang meragam. Tapi gagal.





Gambar ni paling epic failed. Kawan tu dah la demam. Aku pergi serkup pulak dia dengan tudung periuk. Mana la lagi tak menangis dia.

Hoihhh... Lebarnya pompuan tuh! Bini sape?!
Ni tengah nak kena tangkap dengan gergasi. Tapi masing-masing muka cam gembira je. Kalo betul2 gergasi ni depan mata, mau tak tercabar gergasi tu bila dia dah buat muka ganas giler, tetibe org boleh ketawa je kat dia. Confirm la kiterang kena kunyah 40 kali ikut sunnah nabi by the gergasang.


Baru la aku insaf, bukan senang nak jadi pelakon ni sebenarnya. Selama ni dok kutuk-kutuk pelakon tak reti berlakon, kaku la, tak menjiwai watak la, what so ever. Tapi aku ni setakat nak bergambar ni pun tak reti nak buat muka yang sesuai dengan latar belakang. Nak buat muka takut, tapi nampak macam muka excited. Nak buat muka cemas tapi nampak macam muka gembira. Pastu nak buat muka simpati jadi macam muka 'what evaaaa'. Yang paling pasti, aku memang gemuk gedempol. Puii.  

Aku rasa, kalau nak bergambar betul-betul, kena tunggu Luth besar sikit la. Baru la aku boleh hasilkan gambar yang betul-betul memuaskan hati, sekurang-kurangnya hati aku sendiri. Hakhak. Next time kalau rajin, insyaAllah nak pergi lagi.


02 March 2015

MasyaAllah Sedapnya Donut Ni

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku paling suka tengok rancangan masak memasak kat TV. Terutamanya masakan western atau pun Chinese cuisine. Memang cukup banyak dah rancangan yang aku tengok setakat ni dan rasanya kalau ilmu-ilmu masakan tu aku amalkan, insyaAllah aku dah boleh buka food court. Tapi kenapa ye? Kenapa bila aku memasak, end up dengan menunya ialah Ayam Masak Merah jugakkkkk... Bila aku tengok rancangan memasak, laki aku tanya, "kenapa syg tak pernah pun masak makanan macam tu?" *'makanan macam tu' tu merujuk kepada masakan western*. Tak thrill langsung.

Itulah salah satu masalah domestik aku. Kalau tidak kenapa nak buat donut pun aku tak reti? Muka aku nak buat donut memang tak mungkin. Aku memang tak pernah jadi buat donut, sebab aku memang tak pernah cuba pon. Hakhak. Tak tau la nak cakap, mungkin sebab aku memang dah set dalam kepala otak yang kalo aku buat donut nanti mesti tak gebu+keras+bantat+rase tahik tak sedap. So, lebih baik aku mudahkan je matematiknya dengan membeli saje donut kalau aku nak makan donut. 

Sedang elok pulak tu, ofismate aku ada jual donut frozen. Eh, aku ni, walaupun tak reti buat donut tapi tetap nak jugak 'fe feeling' macam buat homemade donut, sebab tu aku beli spesis frozen. Let it go, let it gooooo.. So, aku tetap ada saham di dalam penyediaan donut tu iaitu part menggoreng.

Gini la kaedahnya donut yang aku beli dengan hopismek aku tuh. Sebekas ni berapa RM ye, aku lupa dah. Kena tunggu kat komen la nanti tokei donut komen. Aku rase mcm RM5 sebekas. Eh, ke RM10? Serius tak ingat. 

Oleh sebab freezer mcm kosong je tak berapa ada lauk, so boleh la amik gambar. Nampak la kemas sikit. Kalo tidak bersimpang siur je dalam tu. Sampai 3 bekas aku lahap uolls. Mana tak tergemuk.

Close up sikit. Boleh jadi Pin Up Poster. Kot-kot boleh masuk majalah Mangga.

Kalau ko jenis manusia biasa yang sukakan perkara-perkara biasa, boleh la golekkan donut ni dalam gula castor. Kalo nak lagi comel guna la icing sugar. Baru la nampak macam Big Apple.

Tapi kalau ko jenis yang sukakan kelainan, boleh cuba siram donut ko tu dengan Butterscotch Sauce. Perghhhh.... bertingkek-tingkek baq hanggg... Apa yang bertingkek-tingkek tu pun aku tak tau. Main sebut je. Sebab nak tunjukkan betapa muhibbahnya rakyat Malaysia ni ada banyak dialek.
Fine. Rupa dia nampak macam tak senonoh sikit. Sebab butterscotch sauce ni macam beku-beku sikit bila aku letak dalam petisejuk. Bila aku twist jadik la rupa dia macam 'hahik' hikit.


Tapi bila dia cair...... Dia terus je meluncur di atas donut....

Bila masukkan dalam mulut, gabungan rasa butterscotch sauce tu dengan donut gebu dan ringan tu seperti melompat-lompat di dalam mulut anda. Haaa... gitu la perumpamaannya.

Okay, sos butterscotch ni pun aku beli dengan tokey yang sama yang jual donut tu. Punye la tak perajin aku ni. Ada yang mencadangkan untuk aku buat sendiri sos tu. Tapi aku tetap memilih pengiraan matematik yang simple iaitu... elok aku beli je la. Cepat skit. Dapur tak kecah. Hahah.

Siapa yang sama ofis dengan aku, boleh la cuba beli donut berkenaan kalau teringin. Tak tipu. Memang sedap. Butterscotch sauce pun ko boleh beli dengan dia, boleh makan dengan roti, cicah dengan biskut pon boley. Sebab apa eloknya beli dengan hopismek aku ni, sebab ternyata takde bahan pengawet dan lelemak tiruan. Dan dijamin bersih lagi suci. Untung la sape kawen dengan kawan aku ni. Dia dah la pandai menjahit, pandai masak some more. Perghh. Pakej. Pakej... Untungggg larr.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...