Skip to main content

Intipati Ceramah Ustaz Sabri Rani: Hubungan Suami Isteri

Sejahteralah ke atas kamu........

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Kata Ustaz, kalau mahu hati betul-betul tenang, 10 minit sebelum masuk waktu, kita dah tunggu dah nak solat. Dah ready ada wudhuk dan hanya tinggal nak solat je.

Selepas solat pula, selepas berdoa duduklah sekejap untuk muhasabah diri. Bermonolog dengan Allah. Cuba bercakap dengan Allah, mengadu dengan Allah. InsyaAllah kalau kita bercakap dengan Allah, kita takkan dikata gile.

Kita ni, contohnya pasangan suami isteri la. Kadang-kadang kita dah tahu dah pasangan kita dah selamat sampai ke destinasi perjalanannya. Kita nampak dah kawan dia dah update gambar dia dengan pasangan kita di Facebook, tapi kita tetap nak tunggu pasangan kita sendiri yang inform kat kita, "Saya dah selamat sampai dah, alhamdulillah". Betul tak? Perasaan bila dia sendiri beritahu tu seperti terapi emosi untuk kita [yang isteri je la kot rasa macam terapi]. Atau pun contohnya yang selalu jadi kat aku. Bila anak aku nangis, aku tahu dia nk susu, tapi aku sengaja nak suruh dia cakap, "Nak tutu", baru aku gi buat susu. Sebab aku rasa macam comel sangat bila dia sebut tu. Saje nak dengar dia sebut sendiri.

Jadi, sama jugalah dengan apa yang Ustaz Sabri cerita. Allah hanya nak mendengar rintihan dan rayuan hambanya. Walaupun Allah dah tahu apa yang terjadi kepada kita sebab kita ni hambaNya, kadang-kadang Allah hanya mahu mendengar kita minta daripada-Nya sebelum Dia memberi kepada kita. Kita tak tahu betapa sayangnya Allah kepada kita. Dan kita pun takkan dapat membayangkan betapa comelnya kita ni di mata Allah, sehinggakan Allah kadangkala suka mengusik kita dengan ujian. Dulu, aku pernah jadi cikgu. Aku selalu usik budak-budak comel yang aku suka. Dalam erti kata lain, aku suka buli dierang. Sampai derang rasa macam cikgu ni selalu je buli dia, mesti sebab cikgu tak suka dia. Tapi sebenarnya kita lagi suka usik orang yang kita suka kan? Haa, bolehla cuba relate dengan hubungan kita dengan Allah.

Ustaz bagitahu, Rasulullah pernah bersabda, 'Setiap kebaikan itu adalah Islam, kerana setiap kebaikan itu datangnya daripada Allah.'.

Ustaz beritahu lagi, jika solat kita yang kita lakukan tu ala kadar saja, bermakna, kita belum lagi termasuk orang-orang yang soleh. Jika kita melakukan perbuatan soleh, walaupun di belakang anak kita, insyaAllah aura orang soleh tu akan sampai kepada anak kita yang akan menjadikan anak kita insan soleh.

Ada 4 peringkat di dalam perhubungan manusia.

1. Forming
2. Storming
3. Norming
4. Performing

Forming adalah proses membentuk sesebuah perhubungan. Kalo yang baru kahwin dan bercinta selepas nikah, masih di peringkat forming. Proses mengenali hati budi, kenal pasti perangai dan menyesuaikan diri dengan pasangan.

Selepas melalui fasa forming, akan berlaku storming. Iaitu sebarang ketidaksefahaman. Masalah-masalah yang kita kenalpasti dalam diri pasangan. Kekurangan-kekurangan dia yang sebelum ni kita tak nampak but now dah terang lagi bersuluh spotlight

Cara kita menangani storming ialah dengan menyesuaikan diri dengan segala kekurangan tu. Proses pasrah terhadap semua storming itu dipanggil norming. Maksudnya, macam redha dan alah bisa tegal biasa dah dengan kekurangan-kekurangan pasangan.

Akhir sekali, barulah hubungan itu berada di dalam proses performing. Menuju puncak, gemilang cahaya menuju cita, seindah rasa.

Okay, yang ustaz bagi tips tadi, katakan la rumah tangga kita ada masalah. Rasa macam sampai tahap pudar, dan bila tengok muka pasangan je dalam hati rasa macam, "Ya Allah, makhluk ni lagi. Takde muka lain dah ke yang nak muncul depan mata nih.", kalau dah tahap gitu, kena cepat-cepat forming semula hubungan kita. Salah satu cara yang paling berkesan untuk forming semula hubungan suami isteri, ialah bawa pergi berjalan. Ataupun melancong. Seelok-eloknya pergi ke tempat yang jauh. Yang takde orang pun kita kenal kat situ supaya kita hanya bergantung antara satu sama lain je, dah takde pilihan. Ustaz kata, insyaAllah bila spending time semasa travel tu akan memulihkan hubungan suami isteri. 

Okay itu je la yang dapat aku kongsi. Ceramah pun pendek je. Sejam je. Harap ada manfaat untuk yuolls.

Comments

  1. banyak ilmu yang dikutip kat entri ni

    ReplyDelete
  2. Wow.serius suka baca entry lyd hari ni.byk sgt ilmu yg rin dpt lyd.tq so much

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah..terima lasih atas ingatan nie..kadangkala yan ni ada ego juga..tahu nak menang je :-((

    ReplyDelete
  4. Perkahwinan adalah satu evolusi perasaan yg sukar dijangka. Makin lama kawin, makna cinta menjadi satu variasi yang kian kompleks dan sukar diterjemah dengan kata-kata mudah...

    ReplyDelete
  5. terima kasih Lyd..sangat bermanfaat..:)

    ReplyDelete
  6. setuju..
    kita pernah rasa mcm tu
    ye la dh lama kawin anak xda.. kan.

    pergi bercuti.. baru tahu..

    thanks lyd..

    ReplyDelete
  7. banyak ilmu ustaz bagi dikongsi bersama2 pembaca blog lyd..ehh kena melancong tenpat jauh2 perlu fulus agak ustaz.hahaha..gurau je!

    yg siap sedia seploh minit sebelum waktu Solat tu la punya susah nak buat..belum kategori soleh lagi la..uhuk..

    ReplyDelete
  8. Sangat bermanfaat ni..
    Boleh saya share di FB?

    ReplyDelete
  9. FSNP step yg kena harungi dgn akal yg positif ;) TQ sharing...

    ReplyDelete
  10. tq sharing. memang tengah ada masalah pun skrg ni. tapi tu lah. rilek2 dulu.

    ReplyDelete
  11. Thank you, Lyd. Bermanfaat sangat-sangat walaupun tak pergi mendengar sendiri. Lain kali you buatlah selalu macam ni. Suka pulak I membacanya. Mana yang elok, boleh juga kita teladani, kan.

    ReplyDelete
  12. cara penyampaian yg baik, gunakan analogi..mudah nak paham. i like!!!

    ReplyDelete
  13. org bujang ni dok fikir , mcm manalah agaknya bila dah melangkah masuk ke alam perkahwinan ...

    ReplyDelete
  14. terima kasih kak lyd atas perkongsian.. sgt bermanfaat.. insyaAllah

    ReplyDelete
  15. btw..byk manfaat dalam membentuk sesebuah hubungan sesama manusia mahupun dengan Pencipta..

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing lyd. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  17. Patutla tak pernah gi berjalan jauh...si dia tak jemu tgk muka koi rupanya

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya