Skip to main content

Niat Di Hati Nak Jelajah Penang, Tetapi......

Sejahteralah ke atas kamu....

Kan aku pernah cerita yang aku pergi ke belah utara dalam bulan January yang lepas. Dah lama punya cerita ni. tapi saje je la nak ungkit kisah silam sebab dah aku takde idea nak cerita apa. 

Tempat yang paling aku excited nak pergi semasa ke utara ialah Penang. Nak pegi art street dan Muzium 3D kononnya. Orang seni la katakan. Mula-mula nak pergi Muzium 3D, lepas tu konon-kononnya nak pergi cari street art. Setahu yang aku baca daripada pencarian di Google, street art tu letaknya di merata-rata di Georgetown. Kena cari kat belakang-belakang bangunan dan bukannya setempat je. Kena rajin explore. 

Tapi, niat suci ku itu tidak kesampaian sebab cuaca memang panas yang hamat. Lagi satu halangannya ialah sebab anak aku demam pulak time tu. Maka, hanya sempat singgah seciput je di Muzium 3D. Masuk dalam tu je, anak aku dah start meragam, menangis padahal pada setiap sudut dinding dalam muzium tu ditulis amaran 'Jangan Bising'. Huhu... Memang terganggu fikiran aku sebab tak fokus nak baca info dalam muzium tu. Lagipun takut anak aku ganggu orang lain. 

Nah ambik la tengok gambar. Che..che..checkidaut...





Cubaan memujuk anak yang sedang meragam. Tapi gagal.





Gambar ni paling epic failed. Kawan tu dah la demam. Aku pergi serkup pulak dia dengan tudung periuk. Mana la lagi tak menangis dia.

Hoihhh... Lebarnya pompuan tuh! Bini sape?!
Ni tengah nak kena tangkap dengan gergasi. Tapi masing-masing muka cam gembira je. Kalo betul2 gergasi ni depan mata, mau tak tercabar gergasi tu bila dia dah buat muka ganas giler, tetibe org boleh ketawa je kat dia. Confirm la kiterang kena kunyah 40 kali ikut sunnah nabi by the gergasang.


Baru la aku insaf, bukan senang nak jadi pelakon ni sebenarnya. Selama ni dok kutuk-kutuk pelakon tak reti berlakon, kaku la, tak menjiwai watak la, what so ever. Tapi aku ni setakat nak bergambar ni pun tak reti nak buat muka yang sesuai dengan latar belakang. Nak buat muka takut, tapi nampak macam muka excited. Nak buat muka cemas tapi nampak macam muka gembira. Pastu nak buat muka simpati jadi macam muka 'what evaaaa'. Yang paling pasti, aku memang gemuk gedempol. Puii.  

Aku rasa, kalau nak bergambar betul-betul, kena tunggu Luth besar sikit la. Baru la aku boleh hasilkan gambar yang betul-betul memuaskan hati, sekurang-kurangnya hati aku sendiri. Hakhak. Next time kalau rajin, insyaAllah nak pergi lagi.


Comments

  1. teringin nk tgok art 3d ni mcm best la....tapi sian plk luth ye demam mmng meragam je la jwb nye..

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee seronok tengok gambar gambar mentakjubkan 3D art begitu. Nanti kalau tungu Luth dah besar nanti Luth dapatlah 7 8 lapan adik pula. ;p

    ReplyDelete
  3. Cantik2 gambar 3D tu. Tak pernah ke Penang lagi. Kesian kan :-(

    ReplyDelete
  4. syoknya sis p melencong erkk silap melancong... kesin dkt Luth... hehehehe

    ReplyDelete
  5. laa..akak yg dok berjiran dhn Penang ni pun tak pernah ke muzium 3D tu lagi,..kesiann..

    ReplyDelete
  6. sy suka juga seni..tp klu dah ada anak kecik ni mmg susah sikit nak explore tempat2 camni.Penang mmg byk tempat best utk dilawati..sy yg membesar sebagai orang png ni pun tak habis explore lg,.street art n muzium 3d pun belum smp,huhu..

    ketawa tgok luth kena serkup dengan tudung periuk.hehe

    ReplyDelete
  7. ala kesian mummy Luth. xblh nak snap snap sepuas hati. Tira kureng minat seni. hihi

    ReplyDelete
  8. sian dia demam pulak..datang bulan 6 nanti..musim hujan tak hujan sangat la..hehehh

    ReplyDelete
  9. hahaha ...gambar paling cantik yang dekat nak kena tangkap dgn gergasi...tak takut langsung...huhu

    ReplyDelete
  10. Malu bila saya baca kerana saya sebagai anak jadi Penang tapi belum pernah pi lagi ke situ... malu... entah bila nak sampai tak taulah...

    ReplyDelete
  11. Cantik dah tu Lyd.....bolehlah kalau nak ambik Lyd jadi pelakon tambahan hihi....

    Kat PD pun ada jugak tau.....lebih kurang gitu jugaklah....

    ReplyDelete
  12. teringinnya nak pergi sini..tp bila la ade rezeki nak smpai penang ni hihi

    ReplyDelete
  13. dah merata tempat ada galeri art..trend skarang kot..yang penang ni kena bayar ke lyd?
    PD tu keno bayar..masuk ngan anak ramai ni memang terasa gak la mahei...hahahaa
    sian luth...

    ReplyDelete
  14. jauh pula muzium 3D ni... kalau ke sana nak singgah jugak nanti...tempatnya macam best... kesian luth jadi mangsa uminya..

    ReplyDelete
  15. Hancur luluh hati I tengok gambar you kat Penang tau, Lyd. Ni nak sambung nangislah tapi tersendawa pulak dah! I nak pi Penang seminggu masa cuti CNY hari tu, dah siap ambil cuti pun tetiba kena batalkan. Kalau tidak, I jejak jejak you kat H Residence tu tau tak! Hahaha....

    Omputih yang bagi tiket ke apa tu, itu bukan Abang Tom Cruise ke? Kenapa mata I macam nampak muka ex boyfriend I yang pendek tu agaknya ya....

    Kesimpulan yang I dapat buat, you memang tak sesuai berlakon. Kalau nak gantikan Wan Maimunah buat watak kelakar, maybelah boleh...tak banyak sikit jerk. Yang paling outstanding berpura-pura kat sini dah tentu Mat Azghul. Erk, minta maaf ya terpuji laki hang *_*

    Tapikan....pose Luth kena tekup tu memang comel giler. I suka sangat walaupun I tau memang sah Luth menyampah diperlakukan begitu oleh maknya!

    ReplyDelete
  16. At least berjalan gak la kan. Aku nama je duduk kat Kulim. Tapi nak pergi Georgetown tu utk berjalan shj, mmg x la. Kalo pergi Penang, aku pergi Queensbay je. Tak pun makan malam kat Batu Uban, pekena ikan bakar.

    ReplyDelete
  17. waaaa...syoknyer..lya pon klo kesini mmg nak pergi jugak kat sini.. kat penang pon byk y best2 kan..toys museum....

    hihi.. suka tgk gambo2 tu cubaan /mnjiwai watak... haha

    ReplyDelete
  18. suka tengok gmbr P.Ramle atas tikar terbang tu..

    ReplyDelete
  19. lamanya xdtg jengah luth...smpai penang dkt umah aunty dah tu...kalo x boleh bwk jumpa qisya ehhh...

    ReplyDelete
  20. saya yg ddk utara pon x sampai lg.
    lyd dkt pd pon ada juga kan. .

    tak pa lepas ni kalau pergi lagi lyd kena brtul betul menjiwai watak ye.ihik ;’)

    ReplyDelete
  21. tempatlah yang daku langsung tak jumpa
    sesat bandar georgetown tu...adehhh
    entah bila kala lagi boleh p

    ReplyDelete
  22. Still blh bergambar dgn luth yg meragam tu. Kira ok la. Ada jgk pix blh amk. Hehe...

    ReplyDelete
  23. banyak gak ekspresi lakonan yg menjadi ... heheheee

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya