Skip to main content

Sweet Persimmon

Sejahteralah ke atas kamu..

Biasa nampak buah ni ? Nampak macam tomato separuh ranum. Nampak macam terung tak jadi pun ada. 


Buah ni nama omputishnya dipanggil persimmon. Tapi kalau di Malaysia lebih dikenali dengan nama pisang kaki. Silap cakap boleh dapat kaki. 


Aku suspect, mesti rasa dia tak sedap ni. Tapi oleh sebab aku ni memang suka buah-buahan, aku tergerak hati nak mencuba.



Aku sebenarnya tak pasti cara sebenar untuk makan buah ni. Tapi aku hentam je. Aku belah 2, then kupas kulit macam buah epal. Then potong macam buah ciku.





Nak tahu rasa persimmon ni macamana? Biar aku explain. Texture buah ni macam isi kelapa muda yg keras dan warna putih tu. Dia takde bau yang kuat. Rasanya manis. Sedap sangat. Aku memang suka. Buah yang aku beli ni macam kurang masak lagi. Kalau buah pisang kaki yang dah betul-betul ranum, dia lembut pastu rasa dia lagi manis. Sedap sangat tau.


Memang buruk hasil potongan aku ni. Jangan geli plak tengok ni ye.


Tinggal biji saja daaaaa....




Kalau nak rasa, cuba la beli sekali.




Comments

  1. sedap.. dulu aku suka beli.. manis... alamak... termengidam lak aku nanti. haih!

    ReplyDelete
  2. Isi kelapa muda ke atau isi kepala muda ni, Lyd? Hahaha...itu dia cikgu bahasa omputish dah sampai :)

    Kat rumah I, buah-buahan yang luarbiasa (macam buah ini juga) hanya jadi santapan Hubbydearie. I dan anak-anak balik-balik makan epal, pear, orange je. Itu je buah-buahan yang kita arif rasanya macam mana. Hubbydearie kata buah ni lagi terlebih masak lagi sedap. I tak pernah pulak cuba so tak tahu nak komen rasanya macam mana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk.. typo la ..malooonya shaye. Ok, i dah betulkan. Thanks ye sebab tegur.

      Delete
  3. Memang sedap. Pernah rasa. Itu pon sebab orang bagi, Tapi tak pernah beli lagi. Bila tengok ni terus rasa macam nak beli lah pulok ☺

    Tapi kena hati2 jugak makan pisang kaki ni. Tak boleh makan selalu. AKu pernah up entry pasal ni:

    http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2010/02/persimmon-pisang-kaki-must-be-aware.html

    ReplyDelete
  4. kat kg biasa gak mak beli, tapi saya mkn mcm tak berapa sedap kat tekak. Kat sini jumpa pun tak belilah. Mybe belum makan yg sedap macam Lyd dapat ni.

    ReplyDelete
  5. Kakak sekeluarga suka pisang kaki ni.
    Tapi biasa kami makan buang tampuknya, cuci terus ngap tak ada buang kulit
    Kakak biasa pilih yg keras bila makan krup-krap-krup-krap. Kalau dah masak tak best sebab lembik..

    ReplyDelete
  6. saya suka..pertama kali makan tinggal kat jb 15 tahun lalu..heheh..masa tu bukan tahu namanya pisang kakai.makan pun sebab cina sebelah rumah bagi..ehhhehe..sejak tu kalau pi pasaraya mesti beli..

    ReplyDelete
  7. Hubs rin suka beli pisang ni dulu2 kalau pegi singapore.xsurela kat sana lbh murah ke apa.tp buah ni rasanya mahal la sikit kan lyd

    ReplyDelete
  8. oooo ina ke buahnya pisang kaki..kejakunan kejap..boleh juga cuba kalau ada nanti..

    ReplyDelete
  9. kaknoor sama macam mummydearie tak pernah rasa, tapi anak2 suka sangat pisang kaki ni, pantang jumpa mesti nak beli, biasalah org lama jarang nk mencuba takut kang tak cukup anak2 pulak haha

    ReplyDelete
  10. sekarag memng musim dia... hehehe sy klu p pasar malam dkt changloong memng sy beli.. sy suka buah ni...

    ReplyDelete
  11. Wa pernah makan..tapi yg kering..masa tu kami beli kat tembok besar china...tak tau kat mlaysia ada sebab tak pernah nampak...memang sedap sangat.... yg fresh belum pernah try lagi he he

    ReplyDelete
  12. Pernah juga mkn tapi mcm rasa tak begitu spt pisang, itu kata tekak sayalah...

    ReplyDelete
  13. penah try tp xsuka sangat..masa kt korea ada sorg nenek jual buah ni kt tpi jalan tp seb xmkan so xbeli la...sian tgk nenek pula pelawa beli..huhu

    Norsalihah

    ReplyDelete
  14. X pandai mkn buah ni. Tgk sj klw org jual

    ReplyDelete
  15. peberet cik abe dgn ayah saya
    cik abe hari hari dok makan.stok beli di pasar chow kit tu haaa..
    ni pon tinggal sebiji je lagi tgk dlm esbok.
    esok comfirm pergi top up..

    saya..
    ntah tak terasa pulak nak rasanya..

    ReplyDelete
  16. saya dah pernah makan . boleh kenyangkan perut bila makan buah ni ...

    ReplyDelete
  17. thumbs up untuk buah ni...memang selalu makan...sedap manis..kalau dapat yang mengkal..rangup...manis..lemak..lagi sedap

    ReplyDelete
  18. teringin jugak nak rasa..dh byk kali baca dekat blog rakan2 blog..ohh pasni klu jumpa mesti terus rembat..tp kt mana ye ada jual?dh la jarang ke mall..klu pergi lagilah jarang membelek ke sektor buah.hehe

    ReplyDelete
  19. selalu nampka kat pasaraya, tapi tak tau nak makan amcam.kalu pisang biasa ok je.. takut tekak tak tertelan..hihi..

    ReplyDelete
  20. buah yang jadi kegemaran acik sejak 1998..pertama kali jumpa masa tu..acik pernah ambik tanam biji dia tu..elok je hidup ada 4 pokok..letak kat nursery opis..belum sempat cuba tanam ke tanah..nursery tu dah diswastakan..acik pi cari lagi dah tak jumpa...kena buang ke tak tau la..apo nak dikato..

    ReplyDelete
  21. Okje pun ada entri pasal ni....pasal experienced makan buah ni. Tak beli pun kakak bagi. Bagi okje tak sedaplah Lyd . Mcm buah plumkan....Tekak org mmg lain lain yek....

    ReplyDelete
  22. Owhh macam tak pernah tengok.. Nak kena cuba cari ni..
    Lyd pun ckp sedap mcm isi kelapa muda...
    Ai likeee ;)

    ReplyDelete
  23. KA bab2 buah ni semua KA minat dan suka !

    ReplyDelete
  24. Biasa je tgk pisang kaki tp blm tergerak hati nk mkn lg.

    ReplyDelete
  25. saya dulu tak penah tahu kewujudan buah ni
    pastu ada member dok sebut pasal pisang kaki
    awak tak tahu, jadi bahan gelak...esoknya dia bawa suh rasa
    not bad lah rasa dia, tapi memang tak penah beli
    tu aje 1st time rasa =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya