Skip to main content

Kenapa Lelaki Tak Cepat Melenting Dan Kisah Cincin

Sejahteralah ke atas kamu...

Satu masa dulu, rumah aku pernah dimasuki pencuri. Barang kemas aku yang memang dah sikit tu pun nak dikeruknya. Diantara barang kemas aku yang dah bertukar milik tu ialah 2 bentuk cincin, [1 bertunang dan satu cincin yg arwah mak hadiahkan], rantai tangan kahwin dan 2 utas rantai tangan lain. Itu je lah barangan emas yang aku ada. Aku ni sebenarnya tak la berapa suka sangat pakai barang emas, eh sebenarnya aku takut. Takut kena rompak. Sebab tu le cincin dan rantai tangan tu aku tak pakai dan tinggalkan je kat rumah. Kononnya lebih selamat. Sekali... kalau dah tertulis yang itu bukan rezeki aku, letak kat rumah pun kena rembat juga. Kuang hasam punya penyamun.

Sejak kejadian tu.... Aku lagi la rasa tak yakin nak beli barang kemas. Kalau beli pun sorok betul-betul, tak la main lempar je merata-rata mcm dulu. [Aku harap pencuri tak dapat cari tempat aku sorok tu. Eh tapi lagi baik aku berharap agar pencuri tak masuk dalam rumah aku lagi]. 

Memandangkan dah tak ada sebarang 'tanda' ikatan perkahwinan lagi yg tinggal pada aku, aku request kepada suami aku.... belilah satu cincin lain untuk aku. Sebagai tanda yang aku ini dah berkahwin dan dimiliki oleh suami aku. Gitu.. Cuma aku kata, tak payah beli yang emas atau yang berharga mahal. Sebab aku tak mahu cincin tu jadi beban dan ancaman kepada keselamatan aku. Aku cuma nak cincin tu menjadi 'tanda' je, bukan untuk menyerlahkan jari kerapu aku ni. So, aku cadangkan untuk suami aku beli cincin silver yang biasa je dan takde batu. Nak yang belah rotan je.

Satu hari, hasben aku belikanlah cincin yang menepati kriteria tu, yang simple, takde batu-bata dan silver, seperti yang aku nak. Mula-mula aku kemain suka. Yelah, hadiah daripada suami. Pastu cincin tu bila aku pakai, pada edges dia terasa tajam. Lepas tu oleh sebab cincin tu disaluti dgn warna kuning, mungkin tembaga, dia jadi warna kehitam-hitaman dan nampak berkarat. Aku tak suka itu. Maka dengan selamba aku tak pakai pun cincin tu. Aku biar juga kat atas lemari. Terakhir yang aku ingat, aku tengok suami aku je yang pakai cincin tu pada jari kelingking dia tiap-taip hari. Aku macam tak rasa apa-apa pun bila tengok dia pakai tu. Dalam hati aku rasa macam bagus le dia pakai sekurang-kurangnya tak le tersadai je cincin tu. Sesungguhnya aku bingai di kala itu.

Sehinggalah ke suatu hari selepas solat berjemaah, aku tengok suami aku bermain dengan cincin yang ada pada jari dia tu. Aku tengok cincin tu dah lain. Warnanya dah cerah dan berkilat. Sudah tidak berkarat dengan warna kuning lagi. Aku tadah tangan sebagai isyarayt yang aku nak tengok cincin tu. Bila aku belek, memang betul cincin tu dah berkilau [berkilau perak la maksudnya] dan bila aku rasa tepi-tepian cincin tu dah tak tajam-tajam lagi. Aku terkesima 10 saat. Aku terus je bersuara, "Eh, cincin ni dah tak tajam dan tak berkarat.". Suami aku kata, dia gosok cincin tu dengan kertas pasir supaya tajam2 tu hilang dan dia kerap berus cincin tu supaya dah tak berkarat lagi. Dengan muka tak malunya, aku ambil cincin tu dan pakai. Muka tak bersalah je.

.............................................................

Itu hanya secebis cerita tentang drama rumahtangga aku. Apa yang aku nak cuba sampaikan kat dalam cerita tu ialah karektor seorang lelaki, sangat berbeza dengan perempuan [perempuan tu merujuk kepada aku]. Betapa lamanya aku buat tak tau je dengan cincin pemberian suamiku, dia tanpa sedikitpun marah atau mengungkit mahupun mengeluh jauh sekali memaksa untuk aku pakai cincin tu. Betapa tenangnya seorang lelaki menerima hakikat dalam situasi tertentu. Baik, cuba bayangkan kalau situasi tu berubah, yang mana cincin tu aku beli then suami aku tak pakai. Confirm tiap-tiap hari aku tanya, kenapa tak pakai? kenapa tak pakai? Mungkin aku jugak akan menangis di tepi laut sambil melutut, muka menghadap ke langit dan menjerit sekuat hati, "Why?, Why?". Bukan setakat sentap mengkarung dah lagi dah nanti, simpul biawak terus aku.

Aku bertanya dari hati ke hati kepada suami aku.... Apa perasaan dia bila aku tak hargai cincin yang dia beri? Adakah dia marah? Lalu dia kata, dia tak marah. Bagi dia itu hanya perkara kecik. Itu hanya cincin je kot. Tak perlu nak perbesarkan hal kecil. Katanya lagi, memang dia harap aku akan pakai cincin tu, dan akan rasa gembira kalau aku pakainya.... Tapi kalau aku tak pakai, dia takkan paksa aku. Wahhhh... Nampak kan bezanya lelaki dengan wanita handle emotion. Ternyata sebenarnya suami terasa dengan aku, cuma dia tak project rasa kecewa dia. Dia pendam. Owh, yang pendam ni lagi bahaya kan? 

..........................................................................


Siapa pernah baca tentang kisah RAHSIA DALAM KOTAK KASUT ni? Kisah tentang seorang isteri yang menjahit patung kain setiap kali beliau merasa sakit hati dengan suaminya. Agak menarik kisahnya, kalau rajin boleh la click pada link yang aku beri kat atas ni. Aku ceritakan secara verbal je kepada suami aku tentang kisah ni. Tetibe dia kata, "agak menarik juga idea tu, tapi dia tak reti jahit patung kain"... Owh nooo... Nampaknya banyak le tu dia rasa tak puas hati dengan aku.


Comments

  1. Lelaki juga punya perasaan, cuma mungkin kerana ego, mereka lebih suka memendam perasaan itu... :)

    ReplyDelete
  2. bagus share ni..
    lelaki mmg xkisah... kita la org pompuan... mau terasa smpai ulu hati kalau mcm ni

    ReplyDelete
  3. hehe.. lelaki selalu ckp.. 'xde apela' .. bile kite tanye dia marah ke?, terasa ke?..

    ReplyDelete
  4. sabor je la kak ;p huhu sib baik dia yg pakai klu dia geram terus buang meratapiiii la ye ;)

    ReplyDelete
  5. betul la orang kta lelaki ni dia buat dalam diam2 saja..sedar2 je dah ada,sedar2 je dah siap..heheh

    ReplyDelete
  6. perenggan last tu.hihi.agak agak kalau encik azghul pandai jhit ptg tu, dh berapa yg ade ye. hihi

    selamat tahun baru lyd
    kluarga dikg ada yg terlibat dgn bnjir ke?

    ReplyDelete
  7. saya nak buat macam tu jugak lah..tiap kali rasa sakit jahit anak patung..biasanya saya sental toilet kot kalo marah

    ReplyDelete
  8. orang lelaki mmg selalunya cool . saya harap saya blh dpt suami yg cool jer sbb saya kuat melenting !

    ReplyDelete
  9. Jap nk pikir laki rin pesen camne ek..hahahaha

    ReplyDelete
  10. Menarik sangat baca entry ni.... simpan baik2 tau cincin tu hehehe

    ReplyDelete
  11. Laki memang selalu cool je.. kalau betul dia fikir perkara kecik la.. kalau benda tu besar dan terasa hati, habisla.. lainla kalau nabi muhammad s.a.w yg merupakan seorang yg cukup pemaaf yg tiada tolok bandingnya...

    ReplyDelete
  12. wife aku mmg akan tanya kalau aku x pakai cincin. tp tanya je la. x sentap kot. hehehe...

    ReplyDelete
  13. menarik kisah cincin dan kisah rahsia dalam kotak kasut tu.. ^_^

    ReplyDelete
  14. saya setuju tu, sebab tu lelaki adalah pemimpin bagi wanita
    kalau saya pun mau tiap jam dah tanya
    topi saya belikan dia tak pakai pun saya tiap jam tanya...hehe

    ReplyDelete
  15. betui, betui... lelaki nih kadang2 sgt simple...

    ReplyDelete
  16. org laki mmg kebanyakkan ada jenis yg tak reti nak luah perasaan..asalkan boleh lebih kurang dengan benda2 simple camni no hal la.sweet dah tu.haha..

    ada jugak lelaki yg cepat melenting.siapa itu..hakhak..

    ReplyDelete
  17. :) senyum saya baca entry lydsunshine....
    mcm kena batang hidng sendiri... :)

    ReplyDelete
  18. Sama jer kot emosi pompuan ni Lyd.... Kalau okje pun rasanya gitu jugak haha....mesti meroyan tak tentu pasal haha
    Lelaki ni cool jer yek....

    ReplyDelete
  19. Kalau I lah Lyd, tak tunggu melutut kat tepi laut lagi dah.... Dan-dan tu juga I buat babak sedih dalam drama! I jenis tak boleh pendam duka nih... Hahaha.... Yalah, lelaki memang berbeza cara mereka mengawal emosi berbanding dengan kita yang over bebenor emosinya. Macam I ni kan, dah kering air mata setiap kali nak anniversary tetiba bagi soalan pop kuiz kat HD - esok hari apa? Setiap tahun dengan sempoi HD menjawab - ulangtahun kahwin kita! Tapi setiap tahun juga I tetap tak puas hati kalau tak ingatkan HD tau :)

    Eh, tetiba teringat kisah ni... bukan ke I baca dalam blog you? Ke kat mana ye ... yang isterinya guna berus gigi suami sental toilet bowl setiap kali dia marah pada suaminya. Of course, si suami tak tahu *_*

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya