Iklan! Iklan! Sila Click!

27 November 2014

Menjahit Formal Suit Untuk Luth

Sejahteralah ke atas kamu,...

Aku berkenan betul tengok baju baby/toddler. Walaupun tak beli, dapat belek pun dah suka dah. Sebab comel sangat. Terutamanya kalau baju tu jenis yang hanya orang dewasa pakai, tapi ada versi kecil. Minggu lepas aku jalan-jalan cari pasal kat butik H&M di Nu Sentral. Aku ternampak satu suit untuk baby. Sekali dengan neck tie. Geramnya aku rasa, sebab kiut gile suit tu. Biasanya aku tengok yang jenis2 baju formal tu kat section Truly and Teddy. Tapi harga dia memang ketar tangan la nak bayar. Suit 4 pieces yang aku tengok di H&M tu harganya RM99 sepasang. Ada kemeja, seluar panjang, vest dan neck tie. Actually kira murah la utk satu set. Sebab kalau beli kemeja sehelai pun mesti dah RM30. Seluar panjang budak pun paling selekeh kalau brand Kiko pun dah RM59.

Aku teringin nak tengok Luth pakai baju formal. Tapi takkan la aku nak beli pulak suit tu untuk dia. Tak logik nak mensia-siakan wang ringgit sebegitu rupa. Aku lagi prefer beli buku untuk dia dengan duit sebanyak itu. Boleh beli 7 buah buku Touch & Feel book kat MPH tau.

Oleh sebab aku ni, pada satu masa dulu adalah 'I iz kuruzzz', dan baju-baju aku dulu hanyalah bersaiz 'S' yang sekarang dah langsung sendat takleh di buttoned on langsung, maka aku berprinsip "size yang lama usah dibangga"  atau  mungkin boleh kata"baju yang lama usah ditukunkan". Aku tenung je baju suit aku dulu. Perah otak seminit untuk fikir, apa benda la yang aku nak buat dgn baju kecik ni. Nak bagi kat orang rasa sayang pulak. [Ini la dia namanya sayang tak bertempat. Huhu. ]

Jenama cikai je, yang aku nak highlight ialah size tu. Huhuhu... Sebak dada bila melihat saiznya...

Blouse ni aku suka sangat fabric dia. Lembut dan nipis serta selesa dipakai. Sebab tu aku agak 'tangkai' nak derma kat orang. Huhu.

Tenung punya tenung, tetibe mentol idea pun menyala, blink..blink... Pekata aku buat suit untuk Luth. Boleh la dia pakai masa pegi wedding sepupu dia Sabtu ni. Owh, sebelum terlupa, nak beritahu yang malam ni aku nak balik kampung lagi naik bas. Anak sedara aku kawen. Heheh. Papa Luth, hari Sabtu baru boleh balik sebab takleh cuti. Org meniaga la katakan.


Mula-mula sekali, aku guna seluar suit aku untuk buat seluar Luth dan juga vest. Vest adalah yang pertama aku jahit. Aku siap lining dengan kain satin. Kain satin tu pun upcycle daripada baju tidur satin aku. Fully utilize betul aku ni sekarang. Semua aku nak alter. Untung tak untungnya ibu mentua aku bermenantukan aku yang ghajinnnn sesangat ni hoih.

Bahagian lengan jahit tangan je.


Macam biasa, jahitan memang la tak secantik jahitan Rizalman for Zalora. Tapi cukup la untuk anak pakai. Sebab anak tak reti komplen lagi khennn.. Berleluasa la omak beliau ni menggayakan beliau.

Lepas dah buat vest, aku buat seluar. Seluar pun aku buat seluar getah macam ala-ala seluar tidur je. Bior le. Bukan ada orang nak belek pun dan kalau ada sekali pun orang nak belek, aku pedulik hape. Janji seluar tu padan dengan anak aku dan dia selesa dengan cutting tu.

Lepas buat seluar baru, la buat kemeja. Kemeja buat last sekali sebab rasa mcm complex sikit pembuatannya. Nak cantum lengan lagi, nak buat kolar lagi. Aku tak pernah buat collar sebelum ni. Aku hantammmm saja labu. Aku tak pernah ada basic menjahit, tak pernah juga masuk kelas menjahit. Semuanya aku hantam sajalah labu sayong dan jagung. Sebab tu la hasilnya pun tak seberapa. 

Aku terus potong tengah2 blouse tu untuk dijadikan butang tengah baju si kenit. Tak kisahlah selisih butang tu ikut baju perempuan. *untuk yang tak tahu, selisih butang antara baju lelaki dan perempuan adalah tak sama. Baju perempuan, belah kanan kat atas, baju lelaki pula belah kiri dia atas.*



Inilah hasilnya.



Korang impress kan? Betul tak? Betul tak? Tak banyak pun msti ada sikit kan? At least sikitttt je kan? Impress besar anak kuman pun mesti ada kan? Kan? Eheeeee. Aku bukan nak cakap besar, tapi aku sendiri macam tak sangka dengan kebolehan diri sendiri.Wekkk... Booo!

25 November 2014

Luth 20 Bulan 11 Hari.

Sejahteralah ke atas kamu...

Luth dah makin stable bila melangkah. Memang ranking di tempat pertama di kalangan cucu-cucu atok nenek, dalam bab paling lambat berjalan. Heheh. Finally berjalan juga masa umur 18 bulan. [Luth, kalau Luth baca ni bila Luth dah besar, sila la berbangga dengan pencapaian Luth ni ye.]. 

Dulu, masa dia tak berjalan, dari bulan ke bulan, kami, mama dan papa dia jenuh menunggu bila la hengkau ni nak berjalan Luth. Jiran kat kampung siap suruh pukul kaki Luth dengan daun seringan yang aku pun tak pasti cemana rupa bentuk geometrinya daun seringan tu. Juga aku tak dapat relate apa kaitan dengan 'cepat ke lambat budak tu berjalan' dengan daun seringan. Adakah sebab nama daun tu 'seringan'? Wallahua'lam. Sekarang ternyata, bila tiba masanya untuk dia berjalan..... Dia akan berjalan juga.

Orang kata, budak-budak ni, kalau dia lambat berjalan, dia bercakap cepat. Tapi Luth tak la cepat jugak dia bercakap. Kalau bercakap bahasa baby tu, of cos la sejak lahir lagi. Aku tak rasa bercakap bahasa baby tu dikira sebagai bercakap. Beberapa perkataans yang dia dah pandai sebut sekarang seperti ; mama, papa, habis, nak lagi, nak sikit, sedap, macih [terima kasih], gajah, allahuakbar, jatuh, sakit, air, keta dannnnn...... apok. 

Aku ajar dia, apok tu keropok. Bila nak makan keropok keping memang dia akan kata nak apok. Lepas tu, nak makan biskut pun nak apok. Nak cornflakes punnnnn nak apok.... Sampaikan.... nak nenen pun dia kata nak apok... Huhuhu...Belaka la apok dia tu.


24 November 2014

Penjawat Awam Di Selangor Akan Terima Bonus!!

Sejahteralah ke atas kamu....

YB Azmin Ali umumkan perkara itu di dalam Belanjawan Selangor bagi tahun2015 sebentar tadi. Bonus tersebut akan dibayar pada 18 Disember 2014. Untunggggg la..... 

Bila aku baca komen-komen kat FB, bahasa masing-masing memang mengalahkan malapetaka. Ada yang kata, "eleh, pekerja kerajaan bukan buat apa pun, tetibe nak dapat bonus". Kebanyakannya adalah komen yang negatif dengan penu rasa tak puashati sebab diri sendiri tak dapat bonus kan? Boooo!! Tak malu dengki!

Bagi aku, orang lain dapat bonus ke, dapat BRIM ke, itu dah bahagian masing-masing. Rezeki tu memang Allah yang beri, hanya saluran itu kebetulannya adalah melalui YB Azmin @ PM @ majikan. Kenapa la nak kecoh-kecoh mempertikaikan 'berapa banyak tugas orang lain'. Kenapa la nak perasan kononnya diri sendiri la yang paling kuat kerja berbanding orang lain. No..no... tak baik tau. 

Aku menetap di Selangor. Kerja di KL. Aku juga bukan penjawat awam. Aku juga tak dapat BRIM. Tapi senyap sudahlah. Tak perlu pergi marah orang lain yang dapat bonus atau BRIM. Kata-kata hengkorang tu kena la jaga, sebab semarah mana pun hengkorang, takkan la takde langsung sedara mara ko kerja kerajaan, takkan takde sorang pun keturunan ko yang dapat BRIM. Jgn dimarahi mereka. Mereka terima duit, mereka gembira. Kalau kita dapat duit pun kita suka kan? Kalau nak marah, marah le orang yang boros mentadbir harta negara. Hak...hak..Hak. Peaceee....



14 November 2014

Mr Flossy

Sejahteralah ke atas kamu...

Salah satu barang penting yang mesti kena ada dalam henbek aku adalah dental floss. Aku memang kena floss gigi setiap hari. Kadang-kadang setiap kali lepas makan aku perlu floss gigi [kalau menunya daging atau makanan spesis keras dan liat]. Sampaikan husband aku panggil aku, "Mr Flossy". [terlalu panjang nak cerita kenapa "mr', bukannya 'mrs' atau 'miss'. Aku pendekkan cerita, ada satu watak dalam movie yang kami pernah tonton, watak Mr Flossy, yang habitnya floss gigi. Sama mcm aku.].

Sumber gambar daripada Google.


Agaknya, sebab tiap-tiap hari tengok aku floss gigi, Luth pun selalu je mintak sikit floss aku. Dia kalau nak mintak apa-apa, dia akan cakap "nak cit" maksudnya "nak sikit". Kuat mengecek ni. Kalau aku taknak dia ganggu ketenteraman aku memflosskan gigi aku, aku akan bagi dia floss yg aku potong pendek je. Tapi kalau aku rajin, aku akan floss gigi dia dulu. Baru aku floss gigi aku. Yang comelnya, dia sangat memberi kerjasama sewaktu aku nak floss gigi dia. Duk diam dan nganga mulut. Kekeke. Tapi kalau aku nak sental gigi dia guna kain, tak pulak dia beri kerjasama macam tu. Selekeh betul mama dia ni ye, gosok gigi anak guna kain je. Aku tak beli lagi berus gigi untuk Luth. Yang ada hanya berus gigi getah je, yang aku perlu masukkan jari dalam tube getah untuk gosok gigi dia.

Ermmm... lagi apa aku nak cerita ye. Tetibe idea terbang. 

Nah, aku tunjuk gambar Luth je la...

Mula-mula, shaye makan nasi arab.

Lepas itu, shaye floss gigi


Lubang hidung shaye bersawang.


Oh, hari ini... Luth duduk di rumah dengan papa dia. Nenek pengasuh Luth masuk hospital semalam dan akan menjalani pembedahan appendix mungkin hari ini atau Isnin. Aku pun tak tau nanti siapa yang akan jaga Luth sebab selepas operation, paling kurang pun perlukan 2 minggu untuk pulih. Cuti aku pulak dah habis, tapi Isnin aku la yang kena cuti untuk jaga Luth. Semoga Allah permudahkan untuk kami.. Aku serahkan diri kami, bulat-bulat kepada Allah.

07 November 2014

Baju Selesa Haruslah Seperti Belacan

Sejahteralah ke atas kamu....

Ada satu baju ni. Aku kerap pakai bila duduk di rumah. Baju ala-ala baju kelawar tapi paras lutut je, tidaklah labuh sehingga buku lali seperti baju kelawar biasa. Diperbuat daripada kain cotton viscose, mungkin viscose bermutu rendah sehinggakan baju itu sudah mereput dan koyak di sana sini. Setiap kali aku pakai baju itu, suami aku tegur "baju ni lagi". Atau kadang-kadang suami bertanya, "syg ni tak ada baju lain dah ke? Baju tu kan dah koyak. Dah boleh buat alas kaki". Huhu... Simpul biawak kejap aku bila dia mensamatarafkan baju aku dengan alas kaki.

Dia tak tau, baju tu selesa gilerrrr bila dipakai. Kainnya sangatlah menyerap peluh dan sangatlah sejuk pada kulit. Dan sebenarnya yang paling penting ialah baju itu dibelikan oleh Allahyarham emak aku, satu masa dulu sewaktu beliau masih hidup. [Of cos la dia beli masa dia idup. Ye dok?]. Lepas aku dah jaja nama Allahyarham mak aku, baru le hasben aku tak cakap apa dah bila aku pakai baju lunyai yang dah macam belacan ni. Maybe dia cuba nak faham feeling betapa berharganya pemberian insan tersayang yang sudah kembali ke alam barzakh. 

Nak bukti betapa teruknya baju tu? Heheh, jangan menyesal tengok ye. 


Bila dah rabak macam ni baru le aku berenti pakai baju ni. Huhu... Kalau nak diikutkan hati, aku nak je jahit balik, tapi karang bila dah jahit, aku pakai lagi, nanti hasbeng aku yg ke'arab'an tu bising lagi.

Mensedihkan.
Actually, bukan baju ni satu je baju belacan aku..... Ada lagi..... Yang satu ni pun baju belacan jugak. Memang selesa gile jugak. Baju ni pulak, kawan aku bagi. Dia beli kat Bali. Nyaman terlampau ni kalau pakai baju ni. Korang just JANGAN imagine je la cemana rupa aku bila aku pakai baju-baju ni. Tak tido malam la korang karang sebab terlampau seram bayangan rupa paras aku tu.



  Koyak, reput merata-rata dah ni. Tapi aku tetap pakai jugak.


Bahu pun berlubams.

Bukan sebab aku takde baju lain. Banyak t-shirt lain. Malahan kalau dah habis sangat pun baju aku, baju hasben aku banyak, aku boleh pakai baju dia sebab aku dengan dia sama je saiz. Aku kan Ladybird paling besar diantara 3 ladybird kat cover photo aku ni. Hakhak.... Tapi yang aku suka sangat baju-baju tu ialah sebab fabric dia. Memang jenis kain sejuk. Yang ini jenis kain cotton nipis je. Kalau kain t-shirt lain tu, walaupun still nyaman, tapi tak senyaman baju belacan ni. Ohhh... suami... tolong la paham perasaan isterimu ini, walaupun rupa aku dah macam anak gorilla bila duduk di rumah. Tapi blissss** la paham. [**please]

Oleh sebab..... aku ni walaupun terlampau suka sangat dengan baju-baju belacan tu, aku tetap consider teguran suami aku. Tadi aku dah simpul biawak kan bila dia kata baju aku patut buat alas kaki. Jadi aku berinisiatif untuk do some'ing. [menari skit macam Britney Spear time sebut ayat ni, why donchu du sum'in].

Aku buat baju lain yang cutting dia sama macam baju ala-ala kelawar tu, guna kain viscose yang aku beli untuk buat skirt labuh masa aku berpantang lepas bersalinkan Luth dulu. Jadi, dapat la baju ini. Ganti kepada baju belacan aku yang 2 tu. Yang ni dah tak koyak. Dan yang penting, fabricnya memang nyaman. Boleh la jadi pengganti kepada baju belacan aku. Huhu.. Hasben aku puji, dia kata pandai aku jahit baju sendiri. Ewahh... Kecik besor la lobang hidums aku bila kena puji oleh kearaban.


Plus, memandangkan aku ni jenis over sokmo..... Aku beli lagi beberapa pasang kain viscose untuk aku buat baju kelawar kecik untuk mengantikan baju belacan. Stylo la baju ni kalau pakai dengan legging yang beli kat pasar malam yang harganya RM10 tu. Serius, memang lagi stylo daripada Wan Maimunah dalam iklan 'Berwaspadalah' yang dia kena rompak lepas tu terlompat-lompat tu. Hahaha.. [if you know what i mean].

Inilah hasil ke'bijaksanaan' aku mentadbir ekonomi rumahtangga aku pada 2 minggu lepas. Yang kain kosong warna hijau dan biru tu beli kat Jakel. Itu niatnya nak buat baju raya kami sekeluarga tahun depan. [Visionery sungguh aku ye. Raya tahun depan lambat lagi hoi]. Yang bercorak-corak tu, fabric viscose, beli kat Nagoya. Aku prefer corak-corak kain kat Nagoya berbanding Jakel. 


Ni semua tengah tunggu turn untuk dijahit. Yang belang-belang coklat tu aku beli untuk buat baju reggae Luth dan papa dia. Papa dia la yang rasa tercabar dengan penyanyi reggae kesayangan aku, Quino. Dia nak juga baju cam Quino*.



*Quino - vocalist reggae band, Big Mountain*



JUbah Muslimah Yang Sangat Cantik!!!! Baju Muslimah

06 November 2014

Apa Le Ke Sengal Sangat Ni

Sejahteralah ke atas kamu...

Pecah kepala fikir, "apa benda la yang nak aku ceritakan kat blog ni". Buntu. Betul-betul buntu. Aku rasa personal live aku biasa-biasa je. Tak menarik pun untuk dikongsi. Melainkan kalau aku masak menu yang lain sikit daripada kebiasaan. Atau perkara menarik yg anak aku buat. Boleh le aku cerita kat korang. 

Haaa... tetibe aku dah dapat idea nak cerita.


Minggu depan, taska ofis aku nak buat graduation day. Apa kena-mengena dengan aku? Anak aku, aku tak hantar kat taska ofis. Tapi anak ofismate aku, iye. Sempena graduation day tu, akan ada pertunjukan pakaian beragam. Kalau tak silap, anak ofismate aku baru je setahun 2 bulan. Ko bayangkan la sekenit tu kena masuk pakaian beragam. Bapakkk comel aku rase. Terkedek-kedek je berjalan atas pentas. Tidak ke comel?

Jadi, perkaitannya persembahan pakaian beragam tu dengan aku ialah, mak budak tu, iaitu kawan ofis aku tu, tempah baju melayu sepasang sekali dengan sampin. Eh, bukan itu aje. Dengan tanjak sekali yuollz... Beragas betul persembahan tu. Hahahah...

Aku sebenarnya suka bila aku dapat task yang macam tu, err.. sekali sekala aku suka la. Kalau jadi tugas rutin, Jovian Mandagie pun boleh nangis. Aku terima tugas tu pun sebab aku terasa comel. Bukan aku la yang comel tu. Budak setahun 2 bulan tu la yg comel. Namanya Abbas. Oklah... Cakap banyak pun tak guna ye dak. Meh la aku share gambar baju melayu ala songket yang aku jahit tuh.

Contoh tanjak untuk bayi. Kemain kan aku lipat ikut dan aku je. Boleh bayangkan betapa hancurnya hati pembuat tanjak tradisional yang kat Pekan Pahang tu bila tengok hasil lipatan tanjak tradisional ni dah diubahsuai ikut suka aku.

Baju Melayu songket bayi.

Sampin pakai kat dalam, sebab leher baju teluk belanga style Johor. [Padahalnya sebab aku tak reti lagi nak jahit leher cekak musang]



Eh, boleh ke aku terus post kat blog gambar baju ni? Tak menyalahi hak cipta ke? Nanti tak surprise plak persembahan fesyen si Abbas tu nanti. Gambar ni aku ambil pun sebab tuan punya baju request suruh Luth pakai sebab dia pun tak sabar nak tengok juga hasil jahitan aku yang bertaraf international ni. Chey wahh. Baju dalam gambar ni tak siap jahit kancing lagi kat leher. So, nampak le ternganga camtu je.

Aku doakan all the best untuk Abbas. Harap dia menyerlah di pentas. Ini bukan pertandingan. Sebab kalau pertandingan, nanti kalau tak menang nanti aku nak gi komplen pulak. Hahaha... Perangai sangat kan tukang jahit ni. Lebih over daripada mak abah budak Abbas. Chaiyokkkk Abbas! 

Diingatkan bahawa, model di dalam gambar di atas ialah Luth, bukan Abbas. Abbas anak org lain, aku takleh sesuka hati tampal gambar anak orang kat blog sendiri. Etika namanya.  



Nursing Dress For Sale!!!

Baju Muslimah

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...