Iklan! Iklan! Sila Click!

30 September 2014

Mercedes Benz Versus SultanThe Pony

Sejahteralah ke atas kamu...

Semalam layan Luth main kereta remote control di Dataran Putrajaya. Mula-mula singgah untuk solat di Masjid Putrajaya je, tak plan pun nak bagi dia main. Masa nak balik tu, Luth dok tenung je budak-budak yang main kereta kat Dataran Putrajaya ni, sambil tangan tunjuk-tunjuk ke arah budak-budak tu. Aku ni macam tak yakin je Luth ni boleh duduk dalam tu sebab dia ni kan biasanya kurang keberanian sikit.

Tapi untuk tidak memanjangkan drama TeleMundo yang bakal berlaku kalau aku tak beri dia main, aku kasi can jugaklah[maknanya, drama menangis]. Yelah, walaupun kereta remote control ni aku tengok ramai je orang beli untuk anak masing-masing, tapi terus terang aku katakan yang aku tak mampu nak beli. Ehee.. So, kalau ada yang sewa macam ni, eloklah aku sewa je. Lagipun, dulu aku selalu je sewa mainan kat RentAToys.com untuk Luth. 

Menggelatat sekali budak kenit ni dapat main keta remote control. 



Sewa kereta ni 20 minit = RM10. Mahal la kot, tapi untuk sekali sekala main boleh la. Cukup 20 minit, nak angkat Luth daripada kereta tu, mencelabak menangis taknak berenti. Haiyooo... minggu lepas pun sama bila pergi Kolam Flamingo kat Taman Wetland, taknak balik, pun menangis jugak. Time-time gini la mama dengan papa terpaksa bertukar jadi badut sarkis untuk mendiamkan tangis dia tuh. 


Sebelum balik, sempat pergi skodeng kuda kat Taman Ekuestrian Putrajaya. Hanya nak tau tempatnya di mana. Next time boleh pergi terus, senang. Ini pun tak turun daripada kereta pun. Skodeng je dari jauh. 
Nampak Sultan the pony ni, sugul je gayanya. Depress kot dengan perhatian yang melampau. Macam wajah keinsafan pun ada juga. Lepas raya haji la gi melawat Sultan ni lagi ye.

29 September 2014

Ubat Selsema Dan Demam Yang Serasi Untuk Luth

Sejahteralah ke atas kamu...

Syukur alhamdulillah, Allah dah temukan aku dengan ubat yang mujarab dan serasi untuk mengubati demam dan selsema Luth secara alami/semulajadi/natural; Madu Kelulut + minyak habbatus sauda. 

Minyak habbatus sauda ni aku ambil daripada pil habbatus sauda jenama Kuda Emas. Ermm... aku biasa makan sofgel jenama Baraka yang kotak oren putih. Tapi rasanya Kuda Emas ni lagi serasi dengan aku. Mungkin sebab dos yg Kuda Emas ni lagi tinggi kot. Itu aku la. Lain orang, lain la kan.

Tiba-tiba baru aku ternampak yang jenama Habbatus Sauda ni ialah Kuda Arab, bukan Kuda Emas seperti yang aku tulis kat atas tu. Hahaha. Kondifen je.

Gunting hujung pil, then picit masuk dalam botol madu.

Bila dah masukkan tu, boleh mix-stir kan bahan dalam botol ni seelok-eloknya guna lidi Sebab minyak habbatus sauda tu akan lekat pada sudu kalau guna sudu. Nanti rugi je. Bila nak suap kepada Luth, aku akan guna syringe. Dalam 1ml je dah cukup.

Makan Dalam Dulang

Sejahteralah ke atas kamu...

Biasa makan dalam dulang? Aku baru je nak start makan dalam dulang dengan Mat Azghul. Saje je. Ikut sunnah. Perkara-perkara yang Rasulullah buat, pasti ada kebaikan. Setakat ni, kebaikan yang aku nampak bila makan dalam dulang ni ialah, kami makan tak setambun macam dulu, tapi kenyang. Lepas tu, boleh enhance toleransi diantara kami sebab bila nak suap tu, kena tunduk, bila nak tunduk kena take turn sementelah dulang tu kecik je. Nanti bila Luth dah besar sikit, boleh la beli dulang yang lagi besar kot, insyaAllah.

Asam pedas cair dan broccoli je lauknya. Pekan [Pahang] style memang jenis asam pedas cair, tak macam asam pedas Melaka ye tuan puan. Sejak akhir-akhir ni aku rasa masakan aku tak makin tak semenggah, ntah sedap ke tak. Sebab deria bau dan deria rasa aku macam tak berfungsi je sejak akhir-akhir ni. Jadi, aku tak dapat nak detect rasa masin atau pedas atau manis sgt. Resdung kot.

26 September 2014

Solat Pakai Tak Senonoh

Sejahteralah ke atas kamu...

Ni mazhab mana ni, solat pakai cawat?








Luth di Hotel D'Art, Shah Alam. Hotel yang menarik, bersih dan cantik. Ini sebelum gi mandi kolam kat Pusat Akuatik. Pusat akuatik memang sangatlah crowded. Agaknya, kalau ada bahan yang menukarkan warna air kencing jadi hijau dalam kolam tu, rasanya seluruh air kat kolam tu dah jadi warna hijau, pekat. Eii.

Mama mendoakan agar Luth, akan istiqomah rajin bersolat sampai ke akhir hayat. 

25 September 2014

Suka Makan Buah-Buahan

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ni kalau nak beli barang-barang mahal aku berkira, tapi kalau bab makanan, bila datang rasa keinginan nak makan makanan tu, aku sanggup je beli walaupun mahal, langsung tak berkira. Nampak sangat gemuk. Hekhek.

Ada satu kedai buah-buahan di Nu Sentral, bernama MBG. Kat situ, dia jual buah-buahan import yang memang tak biasa jumpa kat kedai-kedai buah tepi jalan. Aku ni pulak penggemar buah-buahan. Bila lalu kat situ, mula timbul perasaan nak mencuba semua jenis buah-buahan import yang ada kat situ. Buah yang aku pernah beli kat situ diantaranya; 

1. Peach
2. Kurma
3. Buah ara atau buah tin atau fig
4. Apple yang sebesar bola takraw [sebijik apple tu harganya rm8].
5. US Cherry
6. Champagne Grapes [yang halus-halus je buahnya... besar manik-manik tasbih je]

Dalam senarai kat atas ni, yang paling aku suka dan jatuh cinta sekali ialah buah peach. Memang sedap, wangi, texture dia lembut sangat, lepas tu memang juicy. Luth suka sangat buah ni. Mana tak sukanya hoi. Harga dia mmg mahal. Sebiji tu kalau aku tak silap harganya berbelas ringgit. Untuk sekali cuba je mampu la aku beli, tapi kalo nak beli untuk dijadikan diet harian, aku boleh jadi papa kedana. Huhu.

Ini buah peach.
Kurma fresh pun aku suka jugak. Sebab rasanya dia crunchy dan manis-manis lemak, walaupun kulit dia rasa kelat sikit. Tapi kurma memang terbaik.





Bahagian dalam buah tin yang masih fresh. Aku pernah baca yang buah tin ni baik untuk kecergasan otak. Tengok la rupa dia pun. Memang ada rupa otak kan. Yang buah tin ni, mungkin aku tak dapat yang sedap, so aku kurang suka skit la rasanya. Bukan selera aku kot sbb dia takde rasa manis sgt. Tapi kalau orang hulur kat aku, aku tetap akan makan dengan gembiranya. Asalkan namanya buah-buahan. Allah memang Maha genius.


Serius cakap, aku ni memang suka sangat makan buah. Boleh dikatakan semua jenis buah. Eh, atau pon aku sebenarnya memang suka makan. Kalau kat rumah, buah yang paling kerap aku beli ialah jambu batu dan honey dew. Tapi masalah aku ialah aku tak rajin nak kupas dan potong. Jadi bila tiba saat ni, aku memang sangat bersyukur sebab suami aku sangat la memahami aku, dan dia la yang selalu potongkan buah-buahan tu untuk aku. Mekasih hubby. You are the bestest. Tengok ni, buah rambutan pun dia tolong potong-potong untuk isteri dia ni melahap.

Sedap giler vavi nak mampus.

Siapa nak try beli buah-buahan yang jarang jumpa kat Malaysia, boleh le singgah Kedai buah MBG di Nu Sentral. Ari tu, time aku pergi situ, aku tengok ada pelancung2 daripada Jepun dok terpa ke buah duku. Excited kemain aku tengok derang memilih buah duku untuk dibeli. Macam tu la kot gaya aku bila jumpa buah peach. Derang dah tak heran dengan buah peach sebab kat negara derang ada berlambak. Aku pulak tak heran dah dengan buah duku sebab dari kecik makan buah duku. Tapi tak kira la buah duku ke, buah peach ke, semuanya memang sedap dan aku suka. 


23 September 2014

Bisikan Naluri - Daripada Allah Atau Syaitan?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku ingin kongsikan isi kandungan kuliah Subuh yang aku dengar semasa kursus baru-baru ni. Berkaitan dengan naluri atau instinct

Kita biasa ada suara hati, yang akan berbisik kepada kita tentang... ermm.. boleh dikatakan tentang semua perkara. Suara hati itu la yang biasa kita panggil instinct atau naluri. Selalunya suara hati ni hanya kita yang rasa. Lebih-lebih lagi kalo melibatkan orang yang rapat dengan kita dan yang kita sayang. Biasanya wanita la yang ada naluri paling kuat sekali tentang suami dia. Contohnya, ada sorang ofismate aku ni. Dia lelaki yang dah kahwin. Masa tu, aku bujang lagi. 

Ofismate aku ni dia rajin le melayan aku dan kawan-kawan perempuan aku yg lain bersembang. Tapi bukan bersembang tak senonoh la, sembang yang biasa-biasa, gossip-gossip tempatan, masalah domestik dalam pejabat dan seumpamanya. Lelaki ni kan. Walaupun dia setia, tapi kadang-kadang mulut manis dia tu akan terlepas juga ke perempuan lain, tanpa niat, tanpa ada perasaan apa-apa pun. Tapi satu je aku perasan, kalau dia mula je nak bercakap gedik-gedik, mesti wife dia akan call, tanya dia tengah buat apa. Padahal, bukanlah kami bersembang pada waktu yang sama setiap kali. Dan wife dia memang la ada call dia cuma aku nak katakan, timing tu, tepat je setiap kali. Memang aku terasa agak magis. Mungkin itulah yang dinamakan naluri atau suara hati.

Bisikan hati ini juga la yang biasanya akan memberi kita rasa was-was di dalam banyak perkara, terutamanya bab beribadah. Jadi, bagaimana kita nak kenal rasa was-was itu yang mana kita nak gunapakai, sama ada ya atau tidak, ya atau tidak, ya atau tidak? Ustaz Sabri memberi contoh..... Katakan kita nak solat. Sebelum solat, kita masuk dulu ke dalam toilet untuk menyahtinja. Setelah selesai urusan nyahtinja, kita terus keluar. By the time kita melangkah kaki keluar toilet, terus kita teringat, 'eh, aku dah ambil wuduk ke belum ni?', lepas tu kita mula berfikir, rasa macam dah, eh tapi rasa macam belum, eh macam dah, eh, ke belum. Jadi, Ustaz Sabri tekankan bahawa, the first positive thought kita tentang sesuatu, itu adalah daripada Allah. Ingat ye, yang baik-baik sahaja. Bisikan hati, kata hati, naluri atau apa saja kamu nak panggilnya, asalkan yang baik adalah soft reminder daripada Allah yang sayangkan hamba-hamba-Nya. How sweet kan? 

Manakala, the 2nd thought, the 3rd dan so on thoughts tu dah bercampur aduk dah dengan bisikan syaitan sebab bila dah ber'thought-thought' tu dah automatik fikiran dan hati kita jadi was-was. Was-was tu kerjaan syaitonirrojim. Kenapa Ustaz kata yang pertama itu daripada Allah? Baik, kita ambil contoh wuduk tadi. Wuduk itu adalah syarat sah solat. Perkara yang Allah syariatkan. Dah kalau bisikan hati pertama kita kata, 'aku belum berwuduk', maksudnya kita perlu ambil wuduk untuk sahkan solat kita. Syaitan ni... mana ada dia nak bisikkan sesuatu yang Allah suka dan Allah suruh. Tak mungkin syaiton akan membantu kita taat kepada Allah. Kalau membantu untuk kita ingkar tu boleh le harap. 

Jadi key pointnya di sini ialah, setiap perkara baik yang terlintas di fikiran itu adalah sapaan daripada Allah. Tak bangga ke berada di dalam perhatian Allah?Betapa tingginya kasih Allah kepada kita, walaupun kita ni on-off, on-off je ingat pada Dia.

Semoga bermanfaat ye kawan-kawan.
 
Intipati ilmu ini disampaikan oleh Ustaz Sabri Ab. Rani. Ada yang aku tambah untuk sesuaikan dengan gaya penulisan blog ini. Ustaz Sabri ni agak terkenal dalam dunia da'i dan dakwah. Siapa tak kenal, ni aku selit sekeping gambar Ostad.

Henseng kan?





22 September 2014

Malaysia Islamic Arts & Tourism Souq, Shah Alam

Sejahteralah ke atas kamu...

Cuti sekolah sudah pun berakhir. Di sisa-sisa waktu cuti sekolah yang baru berlalu itu, ibu dan bapak mentua berkunjung ke rumah ku ittew. Aku berbesar hati menerima kunjungan tetamu, al maklum sajalah... Rumah agam kami yang sebesar alam tu, bukan selalu dikunjungi tetamu. Ibu dan pak datang Jumaat malam. Sedang elok la sebab cuti hujung minggu. Aku tak perlu ambil cuti untuk entertain mereka. Aku hanya hidangkan roti canai dan kuah kari ayam sebagai menu minum makan mereka sebab ibu dan pak tak makan nasi pada waktu malam. Jaga kesihatan katanya.

Alah, korang ni aku tau... aku buat mukadimah guna ayat bahasa persuratan cenggini, bukan korang rajin pong nak baca. Dah...dahh... korang jangan cuba nak nafikan lagi. Aku dapat detect semua itu. Eheee.. Tapi aku tak kisah pon kalo takde orang baca. Aku menulis bukan kerna nama, sekadar untuk catatan peribadi je. 

Demi untuk tidak me'lebam'kan kedua orang tua kami tu dengan dok je kat rumah sepanjang hari, kami bawa mereka ke Pameran Kesenian Islam di Shah Alam. Plan nak juga bawa mereka ke Putrajaya bawak tengok kuda. Tapi sebenarnya Pak mentua aku tu kurang sihat, lelah. Kaki pun tak berapa kuat nak jalan lama-lama. Kalau ikutkan, dia nak tinggal je di rumah. Tapi kami kejam. Ye, kami paksa dia pergi. Huhu.. Tak baik betul perangai paksa-paksa orang tua nih.


Tengok le muka Pak. Macam terpaksa kurelakan je.
Tak dapat jumpa unta betul, dapat jumpa unta papan lapis ni pun syahdu dah rase.

Kat sini pun ada kuda hokey. Boleh joyride jugak, cuma aku tak tanya berapa hingget sekali pusing.

Luth buat muka kerek plak sambil makan keropok keping.

Ini mimbar kat dalam tempat pameran pedang. Aku takleh nak amik gmbr pedang sebab tak dibenarkan ambil gambar. Kalau nak curi-curi amik gambar aku rasa sempat je, cuma aku sengaja memilih untuk mengikut peraturan, demi Luth. Kena belajar untuk petuh undang2 walaupun undang-undang yang kecil, sebab aku dan suami adalah role model untuk Luth.

Aku tgk gmbr ni, terasa macam nak betulkan tudung tu.

Amboi sukanya dia nak main dengan unta papan tuh.
Hari Ahad, ibu dan pak dan kembali semua ke kampung. Maka, tinggallah kami menjalani rutin harian yang bosan seperti biasa.

19 September 2014

Taman Ekuestrian Putrajaya - Mari Berkuda

Sejahteralah ke atas kamu...

2 hari lepas, aku ada up post pasal Taman Botani Putrajaya, pastu ramai yang komen. Mekasih untuk sesape yang sudi komen tu. Pastu Mummydearie ada komen pasal Friendship Park di Putrajaya. Aku bila baca tu terus macam buntang kejap biji mata sambil jejari patuk ayam tekan keyboard semata-mata nak google kaedahnya Friendship Park tu. Semangat nih. Maklumla kan, anak baru belajar nak kenal dunia, maka mak dia ni plak yang terlebih excited. Bila aku google Friendship Park tu, aku takde jumpa gambar yang menarik tertarik sangat. Cuma dapat maklumat sikit pasal taman tu ialah taman tu letaknya di Presint 5, dan dibina sempena menghargai persahabatan Malaysia dengan negara China selama 40 tahun. Lama betul. Tapi aku terfikir plak, dengan negara lain Malaysia tak jalinkan persahabatan ke? Macam dengan Saudi Arabia ke, bukan ke daripada dulu lagi jemaah haji dari Malaysia pergi Mekah tunaikan haji. Takkan takde hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Saudi kot? Tanak buat Friendship Park sempena friendship dengan negara lain ke? Kenapa China? Atau sebab MH370? Opsss... Aku tertanya-tanya je la. Biasanya tertanya ni sebab memang pengetahuan am aku rendah. Jadi maafkanla haku.


Info pasal Friendship Park aku tak berapa nak jumpa. Tapi yang aku jumpa pasal Taman Ekuestrian Putrajaya. Terletak di Presint 4. Macam menarik je untuk aku pergi dengan family kecik aku tuh. Yang paling aku minat ialah budak ini.

Budak ini namanya Sultan. Katanya kuda padi milik Dr M. Comel kan? Putih-putih melati ali baba gituu...

Taman Ekuestrian Park ni, dibuka untuk kunjungan orang awam. Boleh joy ride naik kuda, kalau weekend bayar RM5 je untuk 3 minit. Weekdays plak bayar RM10.

Permandangan daripada atas.

Ini peta dia.
Aku berhasrat nak beriadah kat sini nanti[cheywahh berhasrat sangat kan.]. Mungkin minggu ni atau minggu depan. InsyaAllah. 

Di TEP ni, rakyat jelata boleh register untuk belajar menunggang kuda bagi sesiapa yang berminat. Fee dia pun rasanya agak berpatutan. Sesiapa yang dah terel menunggang kuda, boleh try main polo pula. Sesiapa ada soalan nak tanya tentang Taman Ekuestrian ni, boleh hubungi mereka di;

Call : 603 8888 6080
Fax : 603 8888 8699
GPS Coordinate: 2.896114, 101.684638
 
Aku pernah try email, laju je dapat jawapan. Bagus service dia. Terkesima seminit. Hehehe. Layan gambar je la ye. Gambar-gambar ni pun aku rembat daripada website rasmi Taman Ekuestrian Putrajaya. Aku harap pemilik gambar ni tak sentap mengkarung ye, jangan shaman shaye ye encik, shaye orang syusyah.  Huhu.

Ko mampu?

Aku suka kuda sebab kuda ni haiwan yang hensem. Nabi Muhammad pun suruh kita ajar anak untuk berkuda kan?


18 September 2014

Apa Yang Perlu Disediakan Sebelum Gi Kursus

Sejahteralah ke atas kamu...

Sebelum gi kursus, pertama sekali yang paling penting, mental ko la yang kena prepare. Mentally prepare bak kata bapak angkat to be aku kat Britain sana. Siapa la yang suka pegi kursus kalau dia ada anak kecik kan? Lebih-lebih lagi kalau kursus yang perlu bermalam beberapa hari. Tapi kalau kita nak melayankan perasaan tak suka dan tak redha tu, tetap takkan menguntungkan diri kita juga. Aku, bila tengok nama aku naik untuk pergi kursus tu, memang aku jiwa kacau. Cuma aku fikir, setiap kali apa-apa terjadi kepada aku, aku hanya nampak semua tu Allah yang aturkan untuk aku belajar sesuatu. Walaupun tak suka, aku harap kursus tu akan berakhir cepat. Macam-macam la yang aku fikir untuk buat hati aku lupa perkara-perkara yang aku tak suka tu.

Lepas tu, aku mula fikir pasal Luth. Dia ni kalau nak tido malam-malam kena 'tiup trumpet' [you know what i mean]. Kalau tidur siang kat umah pengasuh, dia tidur dengan buaian. Kat rumah tak perlu la buaian tu kan, sebab trumpet tu kan ada. Heheh. Tak pernah lagi aku tidur tanpa Luth sejak dia lahir. So, aku agak pening. So, solutionnya, aku pinjam buaian daripada adik ipar aku, demi untuk membantu Mat Azghul menidurkan Luth semasa aku bergalok masa kat kursus. 

Haa, kat mana nak pulas ni papa. Meh biar Luth buat.


Sama la sibuk dia menolong papa.

Jadi, masalah Luth nak tidur malam dah nampak solution. Lepas tu aku dok risau pasal susu. Luth ni mmg aku ada bagi susu formula kat umah nenek. Susu Dutch Baby je uollss.. hahakhakhak.. Saje aku pilih susu paling murah sebab ada orang pesan mcm tu, try bagi susu paling murah. Kalau serasi bagus, kalau tak serasi baru cari yang mahal sikit. Tapi nenek kata Luth tak la minum sangat susu tu. Aku pun pesan kat nenek, susu Dutch Baby tu hanya bagi kalau susu aku tak cukup je. Setakat ni tak habis pun lagi susu yang tak sampai sekilo tu. Luth ni, tiap2 hari lepas aku ambil dia dari rumah pengasuh, memang dia akan tiup trumpet. So, aku risau la time aku gi kursus, bila papa dia ambil dia nanti dia nak tiup trumpet cemana. 

Perah otak gak aku fikir pasal susu apa nak beli untuk Luth. Nak try susu formula lain, aku tak tau nak pilih susu yang mana. Banyok sangak dekpong pilihannya. Macam-macam jenama. Mana aku nak tau yang mana sesuai untuk Luth. Dalam masa singkat tu aku tak rasa aku sempat kaji semua jenama susu formula. [Ohhh, in case kalo ada sesape terlupa, aku memang jenis yang beriya skit kalo bab-bab cenggini. Semua nak kaji. Pening kepala suami aku nak layan kot nye.]. 

Bukan aku tak tau, susu formula tu ada yang bagus. Formula tu orang dah uji dalam makmal dengan ujian klinikal, tapi aku tak fikir pasal formula tu sangat. Yang aku tgk, ingredients dia je. Macamana la aku nak percaya pada susu formula kalau bahan-bahannya banyak sangat yang sintetik. Pewarna sintetik, perasa sintetik, sintetik sana, sintetik sini. Cemas je aku nak bagi kat anak aku. Last-last lepas dah tanya orang-orang yang sepatutnya.... aku decide untuk bagi Luth minum susu lembu fresh je. Bukan susu UHT tau. Tapi fresh milk. Aku try jenama Goodday. Pastu aku campur madu. Alhamdulillah, Luth minum. Jadi, sesiapa yang tak mampu nak beri anak dia susu badan tapi tak mau beri anak dia susu formula, boleh cuba bagi susu lembu fresh. [pastikan anak dah cukup setahun, takut perut dia tak dpt digest je susu lembu tu]. So, selesai lagi satu masalah....

Dipendekkan cerita, masa kursus tu jumlah peserta wanita ialah ganjil. Ada 9 orang. Dan semuanya dapat bilik twin sharing kecuali seorang. Aku nego dengan peserta yang dapat bilik single tu, dia setuju nak tukar bilik dengan aku. Maksudnya aku duduk bilik seorang, dan dia duduk bilik share. Aku pun apa lagi, cepat-cepat bagitau Mat Azghul. Maknanya, dia boleh datang bermalam kat situ bawak Luth sekali. Yey! Malam, lepas isyak Mat Azghul datang bawak Luth, pagi kul 8 dia balik, hantar Luth gi umah nenek baru dia gi kije. Gitu le 3 malam. Syukur, semuanya selesai dan Allah permudahkan. Kursus itu, ternyata banyak kebaikannnya. Ilmu yang aku dapat tu sangat bermanfaat. Itu yang paling penting aku rase.

17 September 2014

Taman Botani dan Taman Wetland Putrajaya

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku suka Putrajaya. Sebab tempatnya luas, bersih, tenang dan banyak tempat rekreasi berunsurkan kekeluargaan. Kalau kolam renang awamnya biasanya tak sepadat kolam renang awam di tengah-tengah bandar besar. Aku pernah pergi Pusat Akuatik Shah Alam.. Ya ampunnn kejung nak bergerak, punye sesak. Kat mana nak cari kolam renang awam di Putrajaya? Cuba cari Kompleks Kejiranan di mana-mana Presint di Putrajaya. InsyaAllah ada kolam renang. 


TAMAN BOTANI
Aku pergi Taman Botani, Putrajaya pada Sabtu lepas. Ada apa kat Taman Botani tu? Actually takde apa yang menarik  pun, hanya taman untuk beriadah, jogging, bersiaran di tepi tasik. Di dalam tasik tu, ada berlambak-juta ikan lampam. Beri makan roti, akan nampak le beriuk-riuk ikan tu. Lain-lain, aku belum explore. Sorry eh. 




iNI budak, takut nak pijak rumput. Eh, tak sure takut ataupun geli.


TAMAN WETLAND
Hari Ahad tu pulak, aku pergi Taman Wetland. Perkara yang paling menarik di Taman Wetland bagi aku ialah habitat spesis itik dan angsa serta bangau ni. Ohh, tidak lupa juga burung undan. Menarik la jugek bagi orang-orang mcm aku yang hanya kenal ayam kampung dan itik serati pulang petang ni.

Luth kemain lagi menggelitik kaki dia bila nampak banyak spesis burung-burung ni semua. Aku pun kalau boleh nak menggelitik kaki gak, cuma aku masih pandai control keayuan aku. Wekkk muntah darah.







Itu je lah kisah cemana kami manfaatkan hujung minggu kami. Yang penting, pegi riadah kat Taman Botani dan Wetland ni free/percuma/gratis sahaja. Boleh bawak satu kampung pisang ramai-ramai kat situ.

11 September 2014

Antara Mak Sendiri Dan Ibu Mentua Hidang Makanan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Ibu mentua aku ialah seorang surirumah yang memang agak particular dalam bab-bab umahtangga. Dari segi langsir, cadar, karpet, cuci habuk semuanya terjaga rapi dan sangat excellent. Beliau juga pandai menjahit. Berbeza dengan arwah mak aku. Arwah mak aku tahap sederhana je, asal kemas dan bersih dah cukup la, tapi arwah mak aku rajin. Sangat rajin berkebun, memasak, buat karipap, rajin menjahit; selalu jahit baju untuk cucu-cucu dia walaupun di akhir usia dan arwah mak aku suka kucing. Aku rasa sifat arwah mak aku tu turun kat aku. Hihi. Aku ni sederhana je orangnya. Tak la rajin melampau dan tidak la juga malas melampau. Aku duduk di tengah-tengah di antara malas dan rajin, tapi lebih berat ke malas la. Kalau nak beri peratus kerajinan tu, mungkin 49% je la kot.

Salah satu perkara yang aku perhatikan ibu mentua aku ni kalau bab-bab hidang makanan, mesti nak kena berhemah. Kalau hidang minuman tu, cawan pastilah kena sepasang dengan piring. Kalau tak sepasang sakit mata tengok. Aku, kalo hidang air guna mug je. Tak payah piring2 la. Kalau ibu mentua aku guna mug pun, pastikan seragam. Kalau aku, mug nak warna-warni pun takpe. Pastu ibu akan pastikan piring, cawan, pinggan hidang yang dia guna tu pun seragam. Aku, mana nak dpt seragam macam tu. Hahahah.. Aku mana pernah beli set pinggan. Pinggan yang ada kat umah aku sekarang ni pun aku mengecek pinggan arwah mak aku dulu. Arwah mak aku pulak, asalkan jangan pinggan atau cawan tu sumbing dah le. Kalau cawan dan piring sepasang pun masa dia muda2 dulu je la kot. Bila dah makin berusia, dia dah tak heran nak seragamkan pinggan mangkuk dia. Hehehe.. Oh, arwah mak aku, hobby dia beli pinggan. Tapi bukan pinggan yang correlle atau giacomo not even Vantage, hanya sekadar pinggan jernih arcoroc tu je. Memang banyak dia beli. Tu semuanya aku rasa dia kumpul untuk senang buat kenduri, takyah pinjam2. Sebab tu aku boleh cilok skit pinggan dia.

Aku ni sejak berumah tangga, masa mula-mula tu rajin jugaklah aku hidang letak dalam pinggan, pastu letak atas meja makan. Bila dah siap makan, tutup dengan tudung saji. Ohhh, korang sempat tak dengan zaman dulu yang orang simpan lauk dalam gerobok yang ada jaring halus tu. Siapa ingat? Aku sempat jugak la lalui zaman tu. Bila nak simpan lauk untuk orang yang tak makan sama-sama dengan kita, diasingkan lauk tu dan simpan dalam gerobok. How sweet. 

Ok, berbalik kepada cara aku hidang makanan. Memang terasa hidup 'berkeluarga' sangat kalau buat teknik hidang then simpan bawah tudung saji tuh. Tapi yang lecehnya bila makanan tu tak habis, nak simpan dalam peti sejuk. Aku memang pantang kalo nak simpan lauk atau makanan dalam peti sejuk, main masukkan je dengan pinggan-pinggan. Masa mula-mula dulu aku selalu bebel kat Mat Azghul kalau dia simpan makanan dalam bekas yang takde penutup. Aku tak berkenan kalo peti sejuk aku berbau kepam. So, aku akan pastikan lauk atau makanan yang tak habis walaupun buah-buahan sekalipun, akan disimpan di dalam container yang ada penutup. Biasanya guna tupperware. Tupperware tu pun bukan aku beli. Orang bagi hadiah kawen. Aku tak penah beli container jenama tupperware sebab aku bakhil. Tupperware mahal. Tapi pakai tupperware memang puashati, kan?

Satu lagi problem kalau nak hidang guna pinggan ni, bila ko nak panaskan lauk, guna microwave. [ni bukan cerita pasal tak elok panaskan lauk guna microwave sebab boleh sebabkan cancer ye. ;p]. Untuk sesiapa yang tak tau, kalau nak panaskan makanan guna microwave, lebih afdhol kalau bekas makanan tu ditutup. Terutamanya kalo panaskan daging atau sotong atau makanan berkuah. Boleh meletup-letup dalam microwave tu dan mengotorkan ruang dalam microwave. So, makanan dari pinggan tadi kalo nak panaskan kena tukar bekas lain plak. Leceh. Aku tak suka leceh. Nak kena basuh banyak kali bekas2 tu.

Jadi, solutionnya, aku hidang terus guna tupperware... Macam ni....

Senang nak simpan dalam peti sejuk. Dan senang nak panaskan guna microwave. Nak susun pun jimat ruang boleh susun bertingkat. Pastu takpayah guna tudung saji. Masalahnya kalo simpan bawah tudung saji pun, anak cicak boleh menyelit tau ikut lubang tudung saji.


Ni nasi lemak yang aku masak masa bulan Ramadhon dulu.



Untuk sementara waktu, aku rasa cara hidang gunakan Tupperware tu macam terbaik dah. Tapi tetiba aku terfikir, kalau la ibu mentua aku tau aku hidang macam tu kat anak dia... tidak ke malu aku nanti. Rosak la reputasi aku sebagai menantu kesayangan [uhukk...uhukkk... tersedak plak aku... perasan je menantu kesayangan. ngee]. Lagipun masalah lain bila guna tupperware, bila panaskan guna microwave akan ada kesan kerepot atau warna lekat yang tak tanggal pada bekas tu. Jugak oleh sebab tupperware tu diperbuat daripada plastik, maka kesan minyak terutamanya bahagian bucu tu susah nak hilang. 

Aku mula berfikir nak beli bekas kaca [sebab aku suka kaca terutamanya yang putih jernih]. Aku ushar kat Parkson Nu Sentral, aku tengok ada brand Pyrex. Tapi, dia jual satu set yang ada 4 segi, ada bulat dalam satu set tu pastu saiz tak sama. Aku tak berapa suka bulat, aku suka 4 segi. Sebab senang nak sodok tepi dinding. Pastu aku menggelintar kat website IKEA, jumpa la bekas idaman aku ni. Ni la dia bekas kaca berpenutup seperti yang aku dambakan itewww... Elegant like elephant kan?


Lauk kesihatan katanya. Insap plak semalam lepas baca entry pasal jaga pemakanan kat blog Daddy Ziyyad.
 
Elephant tak? Elephant tak?

10 September 2014

Penyediaan Makanan Terbaik Untuk Anak

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Ada sekali dulu, kawan aku datang dekat aku dan kata, 'aku rasa aku ni bukan mak yang baiklah'. Aku pelik plak, tetibe je cakap macam tu. So, aku tanya le ngape. Lalu dia kata, 'sebab aku tak buat bubur pun untuk anak aku, aku cuma bagi bijirin nestum je. Aku tak rajin macam nkorang'. Nkorang kat sini merujuk kepada aku dan sorang lagi kawan aku yg lain yang ada kat situ.

Persoalannya sekarang ni, betul ke siapa yang tak masak sendiri untuk anak dan hanya beri nestum kepada mereka itu adalah bukan seorang emak yang baik? Bagi aku, tiada ukuran yang boleh ukur cara mana yang terbaik dan tidak terbaik untuk mendidik anak, specifiknya dalam bab memberi makan. Contoh macam aku sendiri, aku memang masak bubur untuk anak aku, tapi aku ada juga beri anak aku makan process food yang keluar daripada kilang [yang mana aku sungguh tak gembira untuk beri anak aku makan benda-benda tu melainkan dalam keadaan terpaksa dan terdesak seperti tak sempat nak masak, atau keluar rumah]. 

Aku masak sendiri untuk anak aku pun bukan sebab dipengaruhi sesiapa juga. Cuma memang jenis aku ni suka buat sendiri apa-apa benda pun demi kepuasan sendiri. Yelah, aku kan kalau boleh baju-baju Luth pun aku nak jahit sendiri. Walaupun aku tahu hasilnya tak secantik beli di kedai, tapi aku akan rasa satu kepuasan kalau dapat jahit sendiri. Tapi masalahnya skrg, aku tak reti je nak jahit sendiri baju anak aku. Kuheh---kuhehh.---. So, macam tu juga la perasaannya bila aku masak sendiri bubur untuk anak aku. Aku terasa puashati sebab dapat sediakan sendiri makanan untuk anak aku dan perasaannya bila dia sungguh-sungguh buka mulut nak makan apa yang aku masak untuk dia tu.... ermm.. is like... priceless. Bahagia nak mamfuss.

Setakat ni aku boleh tengok perkembangan pemakanan anak aku. [Pergh ayat aku, sungguh Kevin Zahri gitew.] Dia bermula dengan Farley's Rusk yang aku sendiri tak berapa hepi tentangny.


Kemudian baru diikuti dengan pisang, labu yang dilenyek. Mula-mula je lenyek, pastu dia kekah je pisang tu.




Kemudian bubur nasi yang dikisar bersama sayuran dan ayam. 
Yang merah tu aku letak bayam merah, yang hijau ni aku letak broccoli.

Kepekatan bubur ni pun cair je. Tu yang habis bersepuas kat muka.


Then advance sikit, menu yang sama tapi tak payah blend dah. Fasa makan bubur jenis yang tak dikisar ni agak lama. 

Biskut pun boleh. sorry ye, kalo gambar kelabu tahik hanjing ni maknanya amik guna henfon.

Keropok pon boleh


Kadang-kadang bila tak sempat, aku bagi je roti gardenia yang ada inti coklat tu. Hehehe... Orang kata kalo bagi anak makan makanan yang berasaskan gandum boleh dapat anak yang berangka besar. Macam homputih la kot. Ececeh.. Ada hati nak anak macam homputih sedangkan diri sendiri honghitam. 


Sekarang Luth dah 18 bulan. Buat masa ni aku dah mula beri Luth makan nasi. Tapi aku masih akan lenyek-lenyek nasi tu bagi dia senang kunyah. Kiranya macam aku dah buat proses kunyah separuh jalan dah untuk dia. Lepas dah lenyek, aku gentel bulat-bulat mcm guli. Senang nak suap. Kadang-kadang aku bagi Luth kutip sendiri dalam pinggan dan suap sendiri.

Nampak kesan nasi melekat pada pinggan.


Yang aku perasan tentang Luth ni, dia sangat-sangat suka makan nasi yang berempah seperti nasi beriyani dan nasi arab. Nasi minyak dan nasi ayam pun dia suka juga. Lagi satu nasi goreng. Semua nasi berempah tu, dia makan nasi je dah cukup takyah lauk pun takpe. Kalau lagi nasi arab, memang banyak la dia makan. Sampai aku sendiri pun dah tak sanggup nak suap sebab takut terlebih makan. Pastu bila anak makan sikit aku gelabah juga. Huhu.

Bagi aku, sama ada kita beri anak kita makan makanan yang dimasak sendiri atau yang segera, belum boleh lagi menjadi ukuran sama ada kita ni emak yang baik ke tak. Aku yakin setiap emak dan juga ayah, berusaha yang terbaik untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. Memang lagi elok kalau kita masak sendiri sebab boleh kontrol apa yang kita nak masukkan dalam makanan anak. Tapi kalau dah tak mampu nak masak [mungkin masalah kekangan masa atau keadaan yang tak mengizinkan], maka, beri je la apa yang termampu. 

Aku nak selit resepi bubur anak-anak kot-kot ada yang perlukan bimbingan.

Resepi Bubur Beras Dengan Sayuran Dan Ayam.

Bahan-bahannya;-

1. Setengah cawan beras.
2. 4 bahagian air [kalau kat sini guna 1/2 cawan beras, maknanya darab 4 = 2 cawan air la. Kalau beras secawan, maksudnya air 4 cawan. Tapi kalau lebih air pun takpe, sebab mmg nak masak bubur kot.]
3.  Sayuran yang telah dipotong [boleh tukar-tukar gunakan broccoli, bayam merah, bayam hijau, sawi [tapi pahit plak kang], bunga kobis]
4.  Protein sama ada isi ayam atau ikan [ikan  merah, tenggiri]. Kalau nak nutrisi lebih, rebus sekali dengan tulang2 ayam masa masak bubur tu. Nanti bila nak blend, keluarkan la tulang tu. Jangan kau blend skali dengan tulang plak. Tercekik anak kau karang.
5.  Tambahan karbohidrat mungkin boleh tambah kentang atau labu dalam bubur.

Cara-caranya ;-

1.  Cuci beras, toskan air, masukkan air ikut sukatan. 
2.  Masukkan ayam dan kentang [kalau nak masukkan labu, masukkan last skali. Sebab labu kejap je dah lembut]
3. Masak menggunakan api paling kecil supaya proses memasak ala-ala slow cooker. 
4.  Bila air bubur dah separuh kering, boleh tambahkan sayuran yang telah dipotong ke dalam bubur. 
5.  Tunggu sehingga beras betul2 hancur atau lembik. [kalau nak masak bubur lebih lama, takyah masukkan sayur dulu. Masukkan sayur hanya lebih kurang 3 minit sebelum tutup api supaya nutrisi tak hilang.].
6.  Jika mahu, boleh tambahkan sedikit sahaja garam untuk rasa selepas bubur masak. Kalau doktor tak bagi tambah garam la kan sebab takut usus baby tak boleh digest. Tapi aku tambah je skit. 
7.  Kisar. Tuang dalam mangkuk. Ambil sudu, dan suapkan kepada anak. Haaa.. gitu la kaedahnya ye.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...