Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Budak Bobok Sorang Ni

Sejahteralah atas mu... Anak aku Luth, muka dia sebijik seputat macam muka aku. Sampai aku bila tengok Luth, aku terasa macam tengok diri sendiri versi kenit. Bukan setakat muka je, karektor pun hampir nak sama. kenkadang rasa cam seram pun ada bila tengok ada mahluk halus yang menyerupai diri sendiri. Sungguh epic huhu. Papa Luth plak memang kuat menganjeng. kadang2 tu dia siap gelak terbahak kalau tengok aku dengan Luth duduk sebelah menyebelah. Muka sama dia kata. Ciskek punye suami. Ada banyak karektor Luth yang sama dengan aku. Diantaranya penakut. Huhu. Dia tu kan, sampai sekarang belum berjalan sebab dia takut nak lepas tangan. Selalunya dia bertatih kena pegang tangan papa dan dia akan ajak papa pusing dalam rumah sampai biru jari papa. Punye kuat dia pegang tgn papa. Bila papa cuba lepaskan tangan nak suruh dia menapak sendiri, terus sappppp dia duduk. Takmo usaha langsung. Apa laaa Luth ni. Lagi, Luth sensitif sangat macam aku. kalau aku tinggikan suara sikit

Pertama Kali Jahit Baju Melayu Luth

Sejahteralah ke atas kamu... Entry ni mungkin berunsurkan takbur sikit. Mana tak bangga hoihhh..... Baju melayu pertama anak aku, aku jahit sendiri. Walaupun belum lulus untuk buka tempahan, tapi sebagai seorang mama bosan , aku rasa puashati dapat jahit sendiri baju raya anak haku. Macam biasa, kalau beli lagi senang, tapi bila jahit sendiri ada rasa puas dan hepi. Err... warna tema tahun ni? Ekekeke, takde warna tema. Aku pakai baju kaler pink. Luth pakai baju warna oren pastel. Papa Luth plak akan pakai warna peach gelap. Mekasih je la. Langsung tak muafakat. Luth la ni. Comel sangat. Keh, tetibe. Amboi, ciung anok dara orang. [Luth with his cousin, Zaara] Di Putrajaya Sentral. Hantar Atuk dan Nekwan naik bas balik Kuantan. Baju melayu ni aku jahit, main hentam je. Aku ukur baju melayu Abang Ariq [anak Ina, anak sedara aku], pastu potong ikut suke je, then cantum pon ikut suka. Nak cantum pesak tu agak berbulu jugak hati aku. Nak cantum kikek ke kekek ke ikan keke

Pesanan Ibu Mentua Yang Sentiasa Aku Ingat

Sejahteralah ke atas kamu... Sebelum aku kahwin dulu-dulu, aku memang dah persiapkan mental aku tentang hubungan antara menantu-mentua. Aku memang dah sedia faham, walau macamana sekalipun keadaannya, suami aku tetap perlu utamakan ibu dia, berbanding aku. Kalau ada aku terkecil hati dengan mentua, aku dah prepare mental aku untuk tidak bercerita dengan orang.  Semua tu aku dah cuba fahamkan betul-betul. Mungkin sebab hikmahnya aku ada 3 orang abang. Dan aku belajar semua perkara tu melalui setiap situasi yang mak aku alami. Syukurnya lah, antara arwah mak aku dengan kakak-kakak ipar memang tak ada masalah. Dan triple the bersyukur bila setakat ini, hubungan aku dengan ibu mentua aku pun tak ada masalah. Mungkin, sebab aku ingat pesanan ibu mentua aku, yang selalu dia pesan pada aku....."walau apa pun keadaannya, kita kena ingat diri kita siapa". Pesanan tu memang la kalau korang baca, rasa biasa je, tapi aku rasa sangat berjasa untuk aku, sebab bila aku rasa mac

Perkembangan Terbaru? Baca Blog Aku, Aku Malas Nak Explain

Sejahteralah ke atas kamu.... Jangan Nak Perasan Blog Ko Hebat. Bukan sekali dua aku terasa nak jawab macam ni bila orang tanya perkembangan terbaru aku, "Boleh ko baca blog aku kalau ko nak tau?". Tapi syukurlah perasaan tu aku hanya 'rasa' je nak jawab mcm tu, aku belum betul-betulm tergamak nak jawab gitu.  Kita ni tu la masalahnya. Teknologi mendorong kita jadi malas bercakap dengan orang. Terutamanya kalau ada blog. Dah explain, cerita panjang x lebar x tinggi dengan details siap buat lawak sikit-sikit yang mana, lawak tu biasanya kita sorang je faham, tetiba ada lagi orang tanya, "Luth dah pandai buat apa dah sekarang"? Waktu gini la perlunya pertimbangan rasional. Ko jangan ingat ko macam Red Mummy, atau Fynn Jamal atau Mat Luthfi yang ramai orang kenal dan setiap kali ko post benda baru, orang rasa nak click. Jangan. Jangan ada perasaan Diva Universal mcm tu. Sbb ko kena sedar diri ko, yang blog ko tu suam-suam kuku je. Malahan, ada orang

Mesin Jahit Baru Hak Hak

Sejahteralah ke atas kamu. Rasanya dalam masa terdekat ni, kedatangan aku memang champion. 7 hari aku MC. Masa kat kampung aku demam 4 hari, balik KL sambung dgn batuk dan selsema 3 hari, lepas baik batuk selsema, aku demam lagi 2 hari, demam plak menyebabkan aku takde selera makan. Aku dah kurus tau. Hahahah..Bila aku tak makan, aku terus kena gastrik 4 hari. Huuuuu... Yang lebih menge'huuuu'kan, bila Luth pon tak sihat, demam, meragam je. Susu aku plak memang betul-metul drop down menu . Kesian sangat Luth. Sekarang dia tido dah tak perlu bergantung pada mama dah. Dia boleh tido sendiwi. Kalau dia menetek pun, dia akan bangun cari botol susu yang aku letak air masak. [Huhuuu... Mama rasa sungguh tak berguna...] Oleh sebab aku kena jaga Luth, jadi aku tak dapat nak fokus untuk pulihkan diri sendiri walaupun aku MC 4 hari minggu ni. Baru hari ni aku masuk kerja. Keke. Ini pon lengan aku kiri kanan naik ruam, mcm alergik. Semalam aku langsung tak tidur. Sebab