Iklan! Iklan! Sila Click!

30 May 2014

Puas Hati Aku

Sejahteralah ke atas kamu...

Berikutan daripada entry aku semalam, pasal 'aku cerewet nak beli baju Luth', hari ni puas hati aku bila dapat beli baju seperti yg aku nak tu. Tak yah jauh-jauh. Kat foyer bangunan Esesem ni je. Ada flea market setiap 2 minggu. Biasanya hari Jumaat.

Actually sebelum ni aku dah pegi Sogo. Katanya Sogo ada sale. Jenama polo diskaun sampai 70%. Aku pegi la menambahkan sempit dalam Sogo tu dengan harapan ada baju murah yang best untuk aku beli kat Luth. Sekali bila pegi, seluas-luas satu floor ke 4 Sogo tu, aku rasa tak puas hati je nak memilih. Sebab tak banyak yang aku berkenan. 

T-shirt baby yang paling murah aku jumpa pun harganya RM9.90 jenama Cartoon Network tapi design baju memang ngarut le. Gambar Tweety burung kuning kepala besar tu. Tapi aku beli jugak sebab kain dia nipis dan sedap. Ala, nak pakai kat rumah je kan. Bukan utk gi jalan. Kalo gi berjalan tu harus la nak beli hok jangok skek. Pastu harga jenama baju yang lain-lain tidak la berapa nak murah jugak pun. T -shirt baby KIKO , harganya RM14.00. Lepas tu Hush Puppies RM14.85. Boleh le aku ambik baju KIKO 2,3 helai, Hush Puppies beberapa helai. Eh, banyak helai rupanya aku beli. Hehehe.. Yang lain semua aku tak berkenan. Pastu mahal.

Hari ni, memang aku tahu ada jualan kat kaki lima bangunan aku ni. [Bangunan aku? Bila mase plok aku beli bangunan ni?]. Dan aku juga tahu ada booth yang menjual baju-baju baby dan kanak-kanak. Murah dan branded tapi ala-ala F.O.S. Semua tag pada baju tu kena gunting macam kerabu mangga.

Ni la hasil rambang mata, telinga, hidung, kaki dan tangan aku kat tempat jualan tu. Macam biasa, aku duduk situ sekejap je, bila aku rasa masa dah sampai limit , aku blah dari situ. Kalau tidak semua benda aku nak beli kang. Lagi lama aku meneroka tempat tu, lagi bahaya terhadap kesihatan akaun bank aku.

Boring kan, takde kale merah. Baju 4 helai. Seluar 8 helai. Macam-macam brand. Ada Mini Care, Little Beginning, Losan dan paling banyak brand Mother Care. Semuanya untuk pakaian harian. Baju jalan tak payah sbb tak selalu gi jalan pun.



29 May 2014

Cerewet Membeli Baju Untuk Budak Yang Dah Toddler Ni

Sejahteralah ke atas kamu...

Nak gossip pasal Luth ni skit. Luth ni halus je budaknya. Dia bukan spesis sedobok macam mama papa dia. Lengan kecik je, betis kurus je. Selama ni kalau nampak dalam gambar besar, tapi for real dia kecik je. 
 
Budak Hingusan
Baju-baju dia kalo ikut ukur bahu, dia muat lagi pakai baju umur 6-12 bulan. Baju yang 0-6 bulan pun masih muat badan, tapi masalah dia ialah baju-baju tu senteng la. "Nampak pusyat shaye la mama". Pastu kalau seluar pulak bahagian cawat memang kat getah pinggang memang bawah pusat dah nak sampai ke bird dia dah. "Shian shaye mama".

Aku harus membeli baju baru untuk Luth. Tapi, dalam tak sedar baru aku tahu yang aku ni cerewet kerawit sangat. Dah 2 hari aku gugel nak beli online baju untuk Luth, tapi semua aku tak berkenan. Kalau masa dia baby dulu aku banyak je berkenan dengan baju2 comel. Ye lah, dulu boleh la pakai romper. Pastu pilihan pun corak yang sweet2 je kartun pada baju tu. Warna pun warna suci je.

Sekarang bila nak cari baju untuk si toddler ni sikit punya susah sebab mostly baju-baju yang ada di pasaran  berunsurkan; 

1.  Super heroes

2.  Yang ada logo branded besar-besar - Sedebok logo adidas sebesar-besar laman pada baju. Ataupun logo sulaman Polo [lelaki berkuda], atau Guess, atau GAP.

3.  Logo Kelab Bola sepak - Tak kira la Elephant Army ke, JDT ke, Brazil ke, Italy ke, Liverpool ke Chelsea ke dan lain-lain.

4.  Set baju dengan seluar pendek. - Walaupun anak aku kecik lagi, aku macam kurang berkenan tengok dia berseluar pendek. Nampak tak kena. Mungkin sebab kaki tak putih gebu. Heheh. Dulu masa baby tak pe la.

5.  Karektor kartun - seperti minion, sponge bob, upin ipin, boboi boy dan seumpamanya.

Kalau baju tu ada salah satu daripada  elemen yang aku senaraikan kat atas ni, memang aku tak beli le baju tu.

Aku nak mencari pakaian yang paling neutral sekali untuk Luth, supaya dia tak nampak seperti cenderung kepada apa-apa sekali pun. Aku nak cari t-shirt lengan pendek biasa, kalo boleh yang kosong atau corak yang minima bersama seluar panjang. Seluar 3/4 pun aku tak suka.  Tapi aku perasan, baju Luth banyak belang-belang dan warna oren ke kuning. Minat sangat makan tempoyak kot aku ni. So, sape ada jual baju seperti kriteria yang aku nak ni boleh la cuba promote kat aku.

TAPI... Kalau orang bagi, aku pakaikan je kat anak aku. Yang aku cerewet ni kalau aku beli sendiri. Benda yang dah ada aku takkan membazir dan sia-siakan. Hahaha.
 
Haaahh.. Kemain cerewet aku ni. Belum lagi part nak pilih menantu nanti. hehe. Takpe, menantu aku dah ada calon.

28 May 2014

Kau Tak Cukup K-Pop Selagi Tak Makan Bibimbab

Sejahteralah ke atas kamu....

Selama ni dok tengok je heroin drama Korea makan bibimbab ala-ala comel mulut penuh dengan bibimbab, sambil membebel atau tengah marah hero. Kalo aku buat macam tu, langsung tak comel. Sbb aku pernah try makan nasik goreng mulut penuh, pastu bercakap tot tet tot tet. Serius buruk.

Minggu lepas ada orang belanja aku makan sempena birthday aku yang dah lama dah lepas. Kira mcm backdated la ni. Dia bagi aku pilih tempat, dah tu aku apa lagi... Pilih le sesuka hati koi. Aku pilih restoren makanan Korea, Dubu-dubu. 


Peach Tea aku punye, pembelanja pula memilih Citron Tea. 2 orang beradik yang berlainan warna kulit.
 Cara-cara makan bibimbab :
Ini adalah cara presentation Bibimbab. Semangkuk nasik, beras warna purple, aku tak tau beras apa, campur sayur, campur jagung, telur goreng dan cheese. Ada sambal bibimbab dalam mangkuk. Sambal ni warna je merah melampau tapi hanya lakonan je merah tu, rasa dia tak le pedas sangat, Tapi tak tau le kot aku yang memang kuat pedas.

Selamat le aku dah gugel teknik makan benda alah ni. So, caranya ialah tuang sos tu dalam mangkuk.

Kemudian gaul rata semuanya.
Menjadi seperti ini. Pekat dah kembang. Hehehe.
Apa rasa bibimbab? Jawapan aku ialah, seperti rasa nasi goreng. Cuma tak berminyak. Sama je konsep dia dengan nasik goreng. Ko tengok le bahan2 pun lebih kurang. Bagi aku, agak sedap cuma tidak la sampai tahap ketagih teringat2 termimpi2 nak makan bibimbab. Sekali sekala layan okay la.

Ini Ramyeon. Lebih kurang macam megi je mee dia. Rasa dia agak sedap.
Ada rasa macam serai2 sikit. Kawan aku kata rasa macam mee udang. Aku nak define pun takleh gak sebab mee udang pun aku tak pernah makan. Sian kat aku kan. Hahah.

Ini Pa-Jeon. Walaupun nama dia macam nama pemain badminton Korea, tetapi dia tiada kena mengena dengan bulu tangkis mahupun bulu ayam. Ini adalah Korean Pan Cake. Rasa dia macam jemput udang tapi versi yang takde udang dan digoreng seperti lempeng. Agak sedap, dicicah dengan sos masam cuka berbijan seperti di bawah ini.

Sos Pa-Jeon.


Ini Dubu Bingsu. Nama dia macam 'dubur berbingcut selepas kena rotan dengan guru besar', tapi rasa dia sedap. Yang hitma tu bubur pulut hitam. Dalam tu ada tofu [macam taufufah], dengan nestum. Hehehe. Sape punye idea la ni. Ye ke dok orang korea makan macam ni? 

Yang ini Citron Dubu. Sedap yang ni. Siapa suka taufufah, mesti akan suka yang ini. Gula jernih tu ditambah dengan ala-ala jem marmalade [oren], sedap sangat yuolsss...
Ni harganya. Orang lain bayar takpe. 2 orang makan macam 4 orang je makan.

27 May 2014

Lelaki, Kalau Dah Mengumpat...

Sejahteralah ke atas kamu...

Antara lelaki dengan perempuan, siapa yang lagi kuat mengumpat? Ehehe... 

Perempuan memang sinonim dengan hobi kuat mengumpat, tapi jangan tak tahu, lelaki... kalo dia dah start mengumpat... lagi kronik daripada perempuan. Lagi direct, lagi pedas, lagi meleret-leret. 

Lagi bahaya kalau jenis lelaki yang ko nampak macam muka ganas, depan orang pun nampak kaku dan tak pandang atau tak pedulikan orang sekeliling. Tapi dalam diam-diam mengumpat. 

"Kau tau tak Gadis A ni dulu ada scandal dengan Encik A"

"Kau nak tau, perangai Puan A ni memang teruk, ada ke patut dia buat macam tu, macam ni..."

"Kau perasan tak Puan B ni sekarang dah gemuk, memang lain terus muka dia, dah jadi buruk dah aku tengok"

Serta banyak lagi statement yang aku sendiri sebagai seorang perempuan yang aku rasa macam title kaki ngumpat tu aku pegang, tak tahan nak dengar. Sakit telinga hoiihhh.... Tapi terpaksa jugak dengar. Sebab mereka mengumpat secara open, dah takde nak bisik-bisik macam geng pompuan mengumpat. 

*tengah korek telinga yang terasa gatal.*


Aku plak mengumpat orang yang mengumpat tu kat dalam blog. hahahahahah... Genius.

26 May 2014

Aku Kecewa Dengan Malaysia Tapi Aku Taknak Pindah Singapore

Sejahteralah ke atas malaysia. eh. Ke atas kamu...

Aku kecewa Malaysia kalah Piala Thomas semalam. Tapi aku tak salahkan pemain-pemain Malaysia. Mereka semua dah main sungguh-sungguh, bukan sekadar menjadi lauk cicah budu je kepada pasukan Jepun. Bila tengok kemenangan Jepun, aku terasa macam tengok drama Jepun ala-ala Meoro Attack yang pasukan underdog dapat pergi final, lepas tu sengit lepas tu tadaaaaa..... menang. Memang sangat Jepun. No, actually aku kecewa sebab hari ni tak cuti. Hahaha.

Lagi satu aku kecewa pasal coklat Cadbury. Ko bayangkan le perasaan aku yang baru je promote pompangpompang pasal betapa sedaknya cekelet Cadbury yang dijadikan pencicah buah strawberry. Sekali harommmm plak dia. Sekali ada piggy piggy oink oink plak dalam tu. Dah berapa kilo dah babi masuk dalam sistem perkumuhan aku. The worst is, that oink-oink dah jadi darah daging aku. No wonder la aku....... [sila penuhkan sendiri]. 

Aku bukan kecewa pasal tak boleh makan coklat Cadbury tu. Tapi aku kecewa sebab pada label coklat Cadbury tu ada logo HALAL. Bukan halal Asia Pasific ke Republic China ke atau benua Afrika, tapi HALAL JAKIM. Betapa lamanya kita dok percaya yang setiap makanan berlabel HALAL JAKIM itu adalah halal tapi secara tak sedar sebenarnya tetap contain porcine, apatah lagi yang takde logo halal.

Setakat yang aku ambil tahu,  begitu banyak sekali produk yang ada logo halal JAKIM mengandungi bahan E470, E471 dan segala E yang dikatakan terhasil daripada babi [aku suka baca ingredients pada sampul makanan sbb konon-konon nak cuba buat sendiri kat umah. hahah.]. E merujuk kepada emulsifier atau dalam bahasa melayunya, penstabil/mengimbang. Ada E untuk pewarna, ada E untuk rasa tiruan dan sebagainya.Kekeliruan aku terjawab sekejap bila dalam rancangan Ejen Halal di TV Al Hijrah menjelaskan bahawa sebarang produk yang menggunakan bahan E yang dibuat di Malaysia adalah halal. Gitu pulak. Dah tu Dairy Milk Cadbury apa citer?

Aku yakin, banyak lagi produk yang kalo kita test guna mesin pengesan DNA tu akan mengesan DNA Cik Biba. Aku nak mencadangkan, pekata mesin pengesan DNA Cik Biba tu dipatternkan utk dijual kepada orang ramai. Biar orang ramai sendiri yang uji makanan mereka sebelum mereka makan makanan tu.

23 May 2014

Lauk Berpantang Tu Sebenarnya Sedap

Sejahteralah ke atas kamu...

Ibu aku selalu pesan, "time berpantang ni tak payah nak lapar sangat ye. Tahan-tahan le dulu keinginan nak makan macam-macam tu. Nanti bila dah habis pantang, makan la gajoh rimau pun takde sape nak larang.". Aku bila dah kena warning camtu, ko ingat aku berani lagi nak mintak burger mekdi time berpantang? Hahaha.
 
Keterlaluan tak kalau aku katakan, aku suka lauk berpantang. Walaupun masakannya simple je, tiap2 hari ikan bakar, yang takde pedas [aku ni kan penagih makanan pedas], dan rempah perapan pun hanya kunyit dan bawang, kadang-kadang black pepper, tapi serius... sangat sedap pada lidah aku. Aku sangat okay dan happy je sebenarnya nak makan macam gitu je tiap2 hari selama 40 hari. Takde masalah pun. Ikan pun tukar-tukar, kadang ikan selar, kadang2 tenggiri, kadang2 kerisi. Ikut je ibu mentua aku bagi makan apa. Aku suka je. Heheh. [Nanti ibu plak kata, senang bermenantukan aku ni, sebab tak banyak kerenah. Bagi je makanan, nanti senyap la dia. Hahah.]

Masa berpantang, aku dijaga dengan penuh kasih sayang macam mak sendiri oleh ibu mentua aku. Untungla aku sebab dapat ibu mentua yang baik, yang aku boleh menumpang, sementelah aku sendiri dah tak ada mak. [Huuu.. rindu banget sama khamu, mak ].

Ibu ni, teknik berpantang dia lagi disiplin daripada arwah mak aku berpantang. Lagi banyak no-no daripada yes-yes-hoorey kalau bab-bab makanan semasa berpantang. Aku ni kalau di hari-hari biasa memang pemakan buah-buahan dengan kadar yang setambun, sayur pun ada jugak aku makan, tapi jarang la. Tibe2 bila waktu pantang, aku tak boleh makan buah, sayur pun tiap2 hari sawi. Ibu kata takut kembang peranakan atau urat kembang, masuk angin, anak kembung dan sebagainya. Apa relevant nya aku tak pasti. Aku ni... percaya juga perubatan moden. Aku percaya setiap yang kita makan tu yang penting adalah nutrisinya, mana la ada related sangat dengan kembung ke kembang ke semua tu kan, tapi oleh sebab dia adalah ibu mentua aku, aku hormat dia. Jadi aku ikut je. Cuma part buah tu aku mcm takleh kalau tak dpt, aku mengecek juga utk mkn buah epal. Kalo nak makan jambu batu ke, honey dew ke, kirim salam je lah. Tak boleh ye.

Kenapa aku boleh ikut je pantang larang waktu berpantang, padahal aku ni kaki melawan jugak sebenarnya? Pertama aku fikir, aku ni dah takde mak. Satu-satunya mak yang aku ada sekarang hanyalah ibu. Dia je la tempat aku nak tumpang kasih sayang dan feeling-feeling macam anak mak, walaupun sesiapa pun tau, walaupun cemana baik pun mak mentua mestilah takkan sama dengan feeling mak kita sendiri kan? Ye lah, mana la nak lawan perasaan dgn mak sendiri tu sbb daripada kita  ni sebiji benih lagi kita dah bersama mak kita. Lahir, hidup membesar, mak kita yang jaga. Takkan sama. Cuma ibu mentua ni tetap ada tempat yang tersendiri dalam hati kita, betul tak?

Okay, berbalik kepada kisah menu berpantang tadi. Kedua, aku fikir... waktu berpantang ni la aku betul2 nak recover balik tubuh badan aku yang dah penat mengandung dan bersalin. Kena makan yang elok2 dan sihat-sihat je. Betul kan, makanan berpantang ni menyihatkan. dari segi teknik masakan dia dan juga bahan-bahan. Mana ada nak letak cili sos ke, kicap ke. Perasa tambahan pun takde. Oregano apatah lagi. [oregano actually bagus je sbb dia rempah]. Lepas berpantang, memang aku kurus..... kejap je la tapinya. Heheh. Kulit pun jadi cerah husband aku kata sbb aku pakai lulur Tanamera tu, memang sedap la rasa dia panas2 je kat kulit, dah la tak keluar rumah langsung. Harus le cerah kulit malap aku ni. Heheh.

Cuma satu benda je yang aku rasa paling tak sedap waktu berpantang, Pati Ikan Haruan Polleney. Ni adik ipar aku hadiahkan. Rasa dia, nauzubillah... Horror giler. Aku rasa macam benda ni la benda yang paling fear factor pernah aku telan seumur hidup aku. TAPI, aku telan jua demi kesihatan badan dan demi tak membazir dan demi menghargai pemberian orang. Mat Azghul laki aku yang jenis 'batang kayu cicah coklat pun dia makan' tu pon bila try minum pati ikan haruan tu dia siap muntahkan balik, takleh terima. Bayangkan aku yang spesis makan memilih ni, sanggup telan tu semua. So, sekarang ni kalau aku termasuk dalam mulut benda2 yang tak sedap, aku rasa aku sanggup telan lagi sbb aku dah pernah telan benda yang paling tak sedap tu [pati haruan]. Nak aku describe rasa dia... mcm rasa ikan hanyir mentah tu bercampur arang, bau bacin-bacin skit pastu ada rasa payau, masin bercampur sekali haiyooo... Pengsan 4 saat.

Jadi, pesan aku untuk wanita yang selepas bersalin, berpantang, jaga la pantang betul-betul. Badan ni nak guna lama lagi [insyaAllah kalau umur panjang]. Hari-hari biasa kita main kedarah je semua makanan selagi ada kat muka bumi ni, apa la salahnya waktu berpantang tu je kita berkorban. Chey, cakap banyak plak aku... masuk hari ke-20 aku request nak makan kepsi dengan mak mentua. hahah. Takpe ibu kata. Sebab luka dah baik, lagipun ayam boleh je makan waktu berpantang. Protein kan? Cuma kepsi tu ada banyak MSG la, tapi badan sendiri yang tanggung, padan muka.

Sedangkan memerang pun sayangkan anak. *takde kaitan.


Mixed Nut Rice With Sweet & Spicy Dried-Curry Prawn

Sejahteralah ke atas kamu...

Seperti biasa, nama masakan seharusnya tak kalah. Kalau aku masuk Masterchef US, confirm aku selalu kena tengking dengan Chef Ramsey [sebutan dia Remzi kan?]. 

Nasi kacang ni sangat sedap. Kacang tu bila masuk dalam nasi akan jadi lembut tapi bukan lemau tau. Lembut yang sedap. Dalam nasi ni aku cuma masukkan 2 jenis kacang, Pistachio dengan Cashew Nut [walaupun biji gajus tu bukanlah sejenis kacang ye.]. 

Mutu gambar kurang cantik sebab aku lapar sangat dah time nak ambik gambar-gambar ni.



Untuk sayur, aku hanya rebus sahaja carrot tu dan potong timun. Pendapat aku on this, tak perlu ada begitu banyak rasa yang complex nanti watak utama menu ni akan tenggelam. Kalau sayur sedap sangat nanti apa akan jadi kepada nasib sang udangses? Ini hanyalah salah satu denial bahawa aku ni sebenarnya memang tak pandai masak sayur pun. Hahaha.

Nak buang kulit sekilo udang bukanlah sesuatu tugas yang membahagiakan. Tapi hasilnya bila makan memang terlebih membahagiakan.

Ye, aku sedar... daun ketumbar yang macam layu-layu tu buatkan selera jadik potong skit. Tapi next time aku akan improve dari segi presentation.


Resepi nak ke? Tak payah la kot. Macam la korang rajin sangat nak cuba. Hahahaha. Lepas ni aku insyaAllah akan selalu share resepi masakan yaang aku dah cuba daripada buku Chef Hanilieza yang 365 Resepi tu. Mu tunggu aku update!

22 May 2014

Snek Tersedap Dari Bandung, Yok!

Sejahteralah ke atas kamu...

Suami aku kata, memang senang beristerikan aku ni. Sebab aku tak banyak kerenah. Mana tidaknya. Kalau nak buat aku happy, dia tak perlu beli barang mahal-mahal, fancy atau mewah. Cukup sekadar beli makanan. Fine, terbukti kegemukan.

Dia pergi Bandung minggu lepas, aku takde nak kirim-kirim baju ke, kain pasang ke, telekung atau barangan lain yang berfaedah. Aku hanya kirim makanan ni je. BAGELEN.




Aku siap pesan kat suami aku, beli semua perisa yang ada. So, ini la 3 perisa yang ada. Special Cheese, Special Butter dan Special Mocha. Semua sedap. Bagelen ni dia lebih kurang macam biskut roti kering, tapi ini versi yang lembut sangat, rangup dan rapuh. Sedap gile pada lidah aku. Siapa yang nak ke Bandung dan nak cari Bagelen ni, boleh cari di Kartika Sari. Walaupun aku belum pergi lagi ke sana, aku tolong sampaikan je maklumat ni kat korang. Kot-kot la kan teringin nak mencari nanti.

Spicy Lemon Chicken With Stir-Fried Bunapi and Garlic Herbs Rice

Sejahteralah ke atas kamu....

Gempak tak tajuk? Hahaha. Sekali bila tengok rupa dalam gambar, elehh... cenggitu je? 

Korang penah try makan Lemon Chicken tak? Biasanya menu ni ada di restoren Cina-Muslim. Aku suka rasa manis dan masam Lemon Chicken tu cuma lidah Melayu aku ni tak boleh kalau tak pedas. Jadi, pandai-pandai la aku masukkan cili 4 ulas dalam sos lemon tu. Lemon chicken yang sedap akan menjadi lebih sedap bila dia dah pedas. Fuhh... Kalau ibu mentua lalu kat seblah pun aku buat-buat tak nampak sebab takut dia mengecek. [Macam la ibu heran dengan masakan aku sbb ibu lagi pro memasak. Kuheh..].

Untuk menu aku hari ni, agak tak menarik warnanya. Kalau tanya suami aku, dia mesti la akan kata sedap. Berani dia kata tak sedap?? Kang aku terasa hati kang aku majuk kang. Tapi to be honest dengan korang, ikut tekak aku sendiri, menu ni macam ada yang kurang. Aku rasa kalau masukkan sayur hijau sikit, atau ulam-ulam lettuce segar pun dah okay.


Warnanya kurang menyerlah sebab aku tak masukkan banyak lemon zess mahupun pewarna.

Stir-fried Bunapi on rice. Ala-ala Disney On Ice gitu.

Menu tanpa warna hijau adalah sangat tak menarik. Sebab ini aje bahan yang ada di rumah pada waktu itu.

Ayam yang sangat sedap, rangup well-cooked, juicy, tender, okay aku perasan je.
Inilah bunapi. Cendawan Jepun. Senang je nak prepare sebelum masak. Cendawan ni dah bersih, putih dan tak yah basuh.
Ini adalah part yang paling sedih. Hahah. Aku takde pemarut untuk parut lemon demi mendapatkan lemon zess [parutan lemon]. Guna belakang tapis pun jadi la. Asal boleh je aku ni. Sebab tu dapat sikit je lemon zess.





Resepi sos lemon pedas ;

Bahan-bahan:-
Satu cawan jus lemon.
*1/2 cawan gula. [ikut suka nak manis mana. Versi yang aku buat ni tidak begitu manis.]
*Sesudu teh garam.
*Pati ayam [boleh guna chicken broth atau kiub segera. Kalau guna kiub, larutkan dulu dengan secawan air]
*Cili api 4 ulas ditumbuk[ikut suka nak pedas mana]
*Bawang putih 3 ulas ditumbuk
*2 sudu parutan lemon [lemon zess]
Tepung jagung campur 1/2 cawan air.

 Cara-caranya;
1.  Masukkan semua bintang-bintang ke dalam sauce pan ataupon periuk kecik ikut suka le guane gaya pun. 

2.  Didihkan di atas api kecil sehingga gula hancur dan menjadi likat. 

3. Akhir sekali baru masukkan campuran tepung jagung dengan air. Masak sehingga pekat.


 Resepi Ayam Goreng Bersalut Tepung;

Bahan-bahan:-
-  Ketulan isi ayam.
- Tepung serbaguna [aku guna tepung dalam kotak yang bertajuk 'Kentucky']. 
-  1 biji telur. 

Cara-caranya:-
1.  Perap ketulan ayam dengan telur. Biar selama 10 minit.
2.  Salutkan ayam yang telah diperap tadi dengan tepung serbaguna.
3. Goreng dengan minyak yang cukup panas dengan api sederhana. 
4. Macam ye-ye ohh je aku. 


Resepi Bunapi Goreng;

-  Bunapi
-  Serbuk garlic-pepper
-  Bawang besar Holland mestilah dipotong-potong ikut suka la bulat ke bujur, jangan campak sebijik bergolek dalam tu sudah..

Cara-caranya;
1. Goreng  bawang dengan minyak sesudu.
2. Kemudian masukkan bunapi. 
3.  Masukkan serbuk garlic pepper. Kacau beberapa minit sampai bunapi layu di hujung mekar.

Kalau takder serbuk garlic pepper, pandai2 la tambah bawang putih sendiri dan lada hitam sendiri atau apa2 perisa pun macam buat sayur goreng.


Resepi Garlic Herbs Rice

Aku guna teknik senang yang tak tau le betul ke tak. 

1. Masak nasik macam biasa, 
2.  lepas tu tambahkan 4 ulas bawang putih, masukkan garam sesedap rasa,
3.  Masukkan oregano kering, kalau ada rosemary pun boleh, kalau ada parsley pun boleh. Ikut suka-suka hati je.
4.  Masukkan 3 keping keju slice cheddar cheese. Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua kan cheese tu.


Itu sahaja la. 

21 May 2014

Lagi-lagi Pasal Dia.

Sejahteralah ke atas kamu....

Layan gambar je la ye.
Dapat makanan terus dok diam. Memang anak papa.

Excited sangat main buaian.

Anak soleh yang genius harus la pandai melukis.

Tido pun memikir lagi masalah dunia.

Aku Ni Sebenarnya Ulat Buku

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku kalau dengan buku, memang dah jadi macam hobi, bukan baca buku tapi beli buku. Aku suka sangat beli buku, tapi aku tak habis-habis baca. Kalau tak habis baca tu kira bertuah lagi, paling teruk kalau tak start baca pun. Perangai ntah ikut sifat siapa taktau la. 

2 minggu lepas aku beli buku-buku edukesyen untuk Luth. Nak mendidik anak menjadi sebijak Imam Syafie ni bukan senang hokey. [Imam Syafie la sangat, aku beli buku tentang fruits, tentang animals je pun. Heheh.]. Dengan flash card dan puzzle lagi. Over sangat aku ni. Sebab bila aku dah sampai rumah, baru aku perasan pada muka depan buku tu tulis buku tu sesuai untuk umur berapa. Ada yang untuk 2 tahun, ada yang untuk 4 tahun. Haahaha. Aku ajar je la awal2. Biar sel-sel otak dia berhubung tanpa meminum susu Anmum.


Selamat le waktu membuat lawatan muhibbah kat MPH tu kiterang tengah nak cepat. Kalau tak aku rasa aku macam tak reti nak berjimat bila aku dah start membeli. Bajet macam aku ni jutawan internet la kot.

Weekend yang lepas, aku singgah kedai buku Popular plak. Ni niat asalnya hanya untuk membeli buku 'Rasulullah Is My Doctor' je. Sekali aku terbeli banyak plak. Itu pun aku hanya kaji kat satu rak je aku boleh berkenan kat 6 buah buku. Tetibe jadi tamok plak aku. Tomok pun tak tamak macam aku. Kedai buku Popular tu pun kecik je. Kalau besar macam MPH, aku pun tak pasti lagi macamana disasternya akaun bank aku akan jadi.


Sinopsis buku Menjadi Tetamu Barzakh

Sinopsis buku Kamal Attarturk

Sinopsis buku Rasulullah Is My Doctor

Laku Keras? Hahahahahaha... Buku 365 resepi istimewa Chef Hanilieza. Murah je kat Popular. RM29.90 je.

Sinopsis buku Anakku Seorang Hafiz

Sinopsis buku Syarah Hadis Imam Nawawi.
Setakat ni, aku baru je belek-belek buku 365 Resepi. Agak menarik. Banyak resepi yang aku rasa gelojoh nak cuba.

20 May 2014

Watermark Mengganggu Mood Nak Belek Gambar

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku akan rasa hampir nak bengang kalau aku cari image di Google, gambar yang aku nak tu, ada watermark. Memang aku tak faham apasal la tuan punya gambar suka letak watermark pada gambar yang dia sendiri share kat internet. Kedekut [kata hatiku]. Kalau dah tahu kedekut,  tak payah la share kat internet. Tak gitu? Lagi satu, aku fikir tuan punye gambar tu terlampau nak femes dengan mem'promote' link dia pada gambar tu.

Ternyata apa yang aku fikir selama itu adalah silap. Sebab, aku pernah terjadi kepada aku, bila aku share gambar kat blog aku ni, kemudian ada orang ambil gambar tu dan menyalahgunakannya untuk berita yang salah. 

Aku letak gambar 2 orang anak sedara aku mandi sungai. Entry tu pun cerita pasal aku ikut abang-abang aku mandi sungai. Dah lamaaaaa gile lepas tu, masa aku tengah tunggu makanan kat restoren dengan anak sedara aku sorang lagi, Sue buka cerita pasal gambar yang aku share tu[Sue ialah kakak kepada 2 org anak sedara aku yang mandi sungai tu]. Katanya, gambar adik-adik dia jadi gambar hiasan kepada satu berita yang bertajuk 'Ibu Racun 2 Orang Anak Sehingga Mati'. Aku terkejut la sebab dah tentu la gambar tu aku yang post kat blog. Rasa bersalah pun ada.

Abang aku, ayah Sue tu agak tegas orangnya walaupun dia kelakar. Tapi aku respect dia sebagai abang sulung aku. Aku dengan kecut perutnya tanya Sue, "dah tu, ayah tak marah ke?". Sue kata, nasib baik la ayah dia okay. Ayah dengan ibu dia ketawa je bila tengok gambar anak-anak dia disalahgunakan. Fuhh... selamat aku.

Aku, sejak daripada kes tu la aku mula rajin letak watermark pada setiap gambar yang aku rasa agak personal yang aku taknak disalahgunakan oleh orang yang tak faham etika. Kalau gambar general macam gambar ubat gigi ke, gambar pokok ke, aku takde ketagih sangat nak promote address blog aku. Tapi kalau gambar yang ada muka Luth, muka aku dan muka kearaban suami aku [hakhakhak], aku terus tet..nonet..nonet... bertukar menjadi rajin. 

Pesanan aku kat kawan-kawan blogger semua, kalau letak gambar yang ada muka kita tu, lagi afdhol kalau letak watermark pada muka, kena sikit kat dahi pun takpe. Sebab kalau orang ambil gambar tu dan salahgunakan, nanti kita sendiri yang sakit hati tau. Kalau dia gunakan gambar tu untuk berita yang baik-baik, tu kira syukur la, sebaliknya kalau dia guna gambar kita tu untuk berita tak senonoh, berita yang mengaibkan, walaupun dia ada letak caption 'gambar sekadar hiasan', tapi kita akan rasa sakit hati. Percaye la.

*ada yang protect gambar dalam blog dengan menyekat fungsi 'right-click' pada sebarang contents dalam blog tu, tapi korang tau tak kalau korang sekat fungsi click kanan, orang masih boleh ambil gambar tu dengan teknik print screen image tu. Aku selalu buat. Hahaha.. 

** Ye la, walaupun letak watermark, kalau org nak cilok gmbr tu, orang boleh cilok, cuma dia kena ada effort skit la utk remove watermark tu. 

Hujung Minggu Yang Berkesan

Sejahteralah ke atas kamu...

Loves of my life. FRIM Kepong.

Attending wedding reception. Setia City Convention Centre.

Spring Season. Taman Botani Negara fomerly known as Bukit Cahaya Seri Alam. Riadah katanya.

19 May 2014

The Sweetest Award To Mummy Dearie.

Sejahteralah ke atas kamu.. 

Suka lettew mummydearie. Award ni aku tujukan khas untuk Mummydearie sebab beliau dengan penuh gaya mutu keunggulan dah tagged aku untuk Liebster Award. Dengan ucapan, sowri la sis, i ni kalo bab-bab yang ada stepses ni memang la lembab nak digest melainkan stepses untuk masak nasi arab tiru resepi kat belakang kotak.

Ok, apa soalan tadi?

11 soalan cepumas dari MD : Ini lagi susah daripada soalan peksa SPM.

(1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie? - Blog dia sangat full of sincere. Entry di dalamnya seperti diceritakan face to face dengan kita je gaya dia. Dan semua cerita sangat menarik. Mummy dearie ni pun sentiasa bersemangat dalam memenuhi keperluan rumahtangga dia. Very inspiring.







(2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD? -  Ini Mummy Dearie ke? *sambil buat muka tak percaya*, dan tanya lagi, "serius ke ni MD? Ye ke ni? Macam tak percaya ye. Tak sangka u ni seorang yang cantik.. -Haaa.. lebih kurang gitu la soalan yang akan ditanya.

 
(3) Antara MD dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
- Ini soalan perangkap. Okay, demi tak mengecilkan hati yang bertanya, we move to the next question. :p

(4) Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan yang paling mudah. - Unpredictable [eh, ni bahasa susah], pemakan, penido, rajin [ini adalah sekadar doa utk karektor yang bertentangan sebenarnya] dan lefthanded.

(5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian? - Accident kat Lebuhraya Karak km 27 Kuantan - KL. Kereta terbalik, i sorang-sorang antara hidup dan mati. Huhu.. Sedih dan takut sgt.

(6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi? - Bila orang lain dah berenti makan, i masih lagi bertambah nasik.

(7) Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela MD ni? - Ini la caranya nak mengekalkan silaturrahim. Disamping terbaca secara tak sengaja, ingatkan nak baca satu perenggan pertama je, sekali tak sedar terbaca sekali yang bawah2 tu.

(8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa? - Tak boleh nak kata mudah bagi kedua-duanya. Tapi kalau yang lebih seronok dan dapat kepuasan tentulah sepenuh masa. Sebab tugas mendidik itu sepatutnya bermula dari rumah, bukanlah dari rumah pengasuh. Huhu.

(9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati? - Yey... nak sponsor ke. Nak ke Turki. Eh, Jepun la. Ermmm... Japp... tukar la.. nak gi haji la.

(10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal? - Apa-apa je perkataan atau ayat yang tak elok terutamanya bila banyak komplen masa tengok TV. Nyesal sbb nnt anak dengar, takut dia ikut.

(11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si MD ni..) - MummyDearie ni seorang yang kelakor, nampak macam happy go lucky dan rasanya seorang yang sangat bahagia di samping suami Uzbek beliau serta anak-anaknya yang encem2 dan gebu2 itew. Dari segi rupa plak, rasanya, muka dia mesti penuh keibuan dan ada senyuman yang menawan dgn sebaris gigi yang tersusun cantik.




11 perkara tentang diri aku yang korang pasti menyesal kalau tahu... [harap tak menyesal]


  1. Sama negeri dengan Dato Siti Nurhaliza.
  2. Suka barangan berjenama, tapi suka tengok dan ambil tahu je. Tak suka memiliki pun. Sebab tak sesuai dengan penampilan. Hehehe. Lagipun tak mampu.
  3. Suka makan. Terutamanya coklat. Cheese. Makanan-makanan gemuk yang tak menyihatkan. Nom.nom.nom..
  4. Kenapa la 11 fakta? Kalau 3 je kan senang. 
  5. Suka seni. Seni lukis. Seni fotografi. Seni jahitan. Seni kraf. Kalau boleh semua benda aku try nak buat sendiri. Kalau boleh nak jadi macam Martha Stewart. 
  6. Aku bercinta selepas kawen dan membuktikan cinta selepas nikah itu sangat indah. Booo! *tersipu-sipu.
  7. Tak pandai baking. Tak pandai buat kek. Tak pandai buat cookies. Tapi pandai makan je semua hasil baking.
  8. Imperfectionist. Aku ni jenis yang buat keja tak suka buat perfect. Contoh kalo pakai tudung, aku suka tudung aku senget. Kalau aku mengemas, aku akan tinggalkan sikit bahagian tak kemas. Untuk bagi dia tak perfect. Maybe this is art or maybe perfect is boring. Hahaha..
  9. Ada masalah kulit kering sejak kecik. Sampai sekarang.
  10. Baru je suka makan sayur sebab kawen dengan orang yang suka makan sayur. Kalo takde sayur dia nangis guling-guling. [ok, berdosa memfitnah suami].
  11. Yes! Dah habis. Sangat berusaha keras untuk buat entry ni.


Kenapa JPJ Tak Bagi Tinted Cermin Kereta Sampai Betul-betul Gelap?

Sejahteralah ke atas kamu....

Semalam aku terrrr'tengok' rancangan Keeping Up With Kardashian, satu rancangan lagho yang memang takde fekdah langsung untuk kehidupan aku, tapi main tekan-tekan remote tetibe terpaku kejap tengok tambut baru Kim Kardashian. Dia dah buat rambut blonde yuollzz... Lagipun Kim dah makin berisi aku tengok. Nak lawan aku ke Kim? Hooonooo... 



Dalam episode yang aku ter'menonton' tu semalam, Kim keluar dengan mak dia dan seorang lagi kawan dia. Tapi bila sampai di shopping mall, Kim tak keluar pun daripada kereta. Dia menyorok daripada paparazi di dalam kereta yang bertinted penuh, gelap zulumat tiada cahaya keimanan langsung pun. Jadi, paparazi yang sibuk mengejar dia, memang langsung tak nampak dia ada dalam kereta tu. [Eleh, ntah2 berlakon je semua paparazi tu. Puih!]

Setakat itu, aku terfikir.... betul la.. ada la bagusnya tinted gelap ni [untuk retis femes macam Kim Kardashian.]. Boleh lindungi dia daripada gangguan peminat. Itu positive side cermin bertinted gelap. Tapi aku fikir jugak..... Cara yang sama juga penjenayah yang bertaraf 'WANTED' boleh nyorok daripada polis. Kan? Bagaimana kalau ada penjenayah yang sangat-sangat berbahaya, menyorok di dalam kereta bertinted gelap, polis dah ada di luar kereta tu tetapi tak nampak penjenayah tu? Maka penjenayah tu akan terlepas. Bahaya juga kan?

Aku sempat lagi merasai hidup zaman 90an. Seingat aku, bermulanya akta larangan memasang tinted gelap pada cermin kenderaan ni berpunca daripada satu kes culik dan rogol yang mana mangsa tu cuba meminta tolong daripada orang ramai yang ada di luar kereta pada masa tu, tetapi orang tak nampak mangsa sebab cermin kereta yang digunakan untuk membawa mangsa itu ber'tinted' gelap. Aku pun dah lupa-lupa ingat details kes tu, tapi lebih kurang gitu la jalan cerita dia. 

Memang, aku tak nafikan ramai yang bertaki di laman sosial tentang isu cermin tinted gelap ni sejak isu ni ditimbulkan semula oleh pihak media baru-baru ini. Aku faham betapa pentingnya cermin kereta di'tint' sampai gelap demi keselamatan dan menahan cuaca panas. Ramai yang bagi contoh, kalau perempuan memandu kereta berseorangan pada waktu malam dan sunyi, sekurang-kurangnya, penjenayah tidak akan nampak mangsa dengan begitu mudah sehingga boleh dijadikan sasaran untuk merompak/merogol/meragut. Betul la tu. Aku pun setuju. 

Kalau pasal cuaca pun aku setuju cermin kereta bertinted, tapi tak perlu sampai terlampau gelap. Aku rasa limit yang JPJ tetapkan untuk gelapkan cermin kereta tu dah mencukupi bagi melindung kulit putih gebu rakyat-rakyat Malaysia ni daripada sinaran matahari. So, kalau alasan nak tinted cermin gelap pasal cuaca, itu namanya memang lebih straw daripada air oren.

Bagi pendapat peribadi rakyat kuli macam aku ni, isu cermin gelap ni, aku setuju je dengan peraturan yang JPJ dan tetapkan tu, cuma aku agak tak setuju kalau peraturan macam ni hanya dikenakan kepada rakyat biasa sedangkan pembesar negara dibolehkan pula memasang tinted gelap cermin kenderaan mereka. Ini tidak adil. Takkan la keselamatan orang atasan je yang penting, keselamatan rakyat tak begitu penting? 

Aku ni rakyat Malaysia yang mematuhi undang-undang, tapi aku sangat tak setuju kalau seseatu undang-undang itu ada kelonggaran untuk 'sambadi'. Dah tu, nak buat sangat peraturan, tapi ada pilih-pilih bulu hidung dalam perlaksanaan. Apa signifikannya peraturan itu dibuat? Ini bukan pasal tinted kereta je. Boleh dikatakan semua peraturan dan undang-undang kat Malaysia ni, orang besar yang ada kuasa, tak perlu patuhi pun, contohnya seperti saman, denda, kompaun dalam apa-apa jua institusi. Jadi, aku hanya mampu memandang tanpa suara dan berdoa di dalam hati agar fenomena sebegini akan berubah, iaitu setiap peraturan jika ingin dilaksanakan di negara bertuah khazanah kita ni, perlu dipatuhi oleh semua golongan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Ye, aku tahu, harapan ini semua adalah lebih palsu daripada bulu mata Cik Ta dan tak mungkin akan berlaku pun keadilan seperti yang aku harap ni. Tapi aku harap je la. Berharap tak kena bayar.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...