Iklan! Iklan! Sila Click!

30 April 2014

Spaghetti Sup Berdaging Dengan Telur Puyuh

Sejahteralah ke atas kamu...

Nama masakan kalau tak diva memang tak masterchef la kan. Aku tengah diet tak makan nasi during weekdays. [Tapi tidok le kurus pun sebab tak makan nasi tapi aku dok melantak coklat tiap2 hari.]. Semalam suami aku ada meeting sampai malam. Memang selalunya kalau dia balik lambat maknanya aku pun tak perlu masak nasi untuk dia.

Punye la aku kerah otak aku nak masak apa untuk diri sendiri makan berseorangan, akhirnya resepi ini juga yang aku pilih. Spaghetti, rebus seperti biasa. Lawannya aku pilih untuk buat sup daging batang pinang yang aku beli Ahad sudah. Bahan-bahan lain cincai boncai je la; aku hanya ada park choy [biasanya orang letak sawi], fish cake atau fish ball pun takde, tauhu pun takde, carrot pun takde. Rasukan ablasa saja la, janji boleh makan, kenyang perut gendut suka hati sambil bergendang dan bermain tali kecapi.

Telur puyuh aku beli dengan harga RM2.80 [15 biji].

Sempoi je masakan aku. Takyah beriya sangat sebab sendiri mahu makan kan. Lagipun aku bukan reti masak pun. Setakat nak bagi kenyang tu bleh la. Kalo untuk hidang kat orang, memang buat malu je. Bleh jatuh reputasi sebagai wanita anggun.

Spaghetti nya dah terselindung disebalik sayur dan daging. Spaghetti tu aku rebus tak la 'ala-dente' sangat seperti yang standard piawaian untuk orang makan spaghetti. Sengaja aku rebus terlebih masak sebab aku suka spaghetti tu lembut dan takyah kunyah beriya [aku ni kan sangat tak rajin mengunyah].

Sambal kicap cili campur bawang putih tidak harus dilupakan. Ini adalah mandatory kalau aku nak makan any mee yang bersup. Tak payah kata mee la. Aku makan Domino Pizza pun dgn kicap cili ni. Sedap ya amat ko tau. Ni kalau founder Domino dapat tahu ni, silap-silap dia amik idea tu untuk serve kicap cili kat semua rangkaian restoren Domino kat Malaysia.


Resepi ni aku rasa tak perlu share pun sebab sup yang aku buat tu memang simple sesangat. Resepi ni kalau nak kata mee sup versi Terengganu pun boleh juga cuma tak cukup bahan. Resepi asal perlu ada fish ball [yang buat gentel sendiri lagi meletopss yuolss], kena pecahkan telur dalam sup tu [tapi aku tak mo makan banyak sangat telur, nanti kuntuit bau tulur hakhakhak].



29 April 2014

Motor Skill [Kemahiran Motor]

Sejahteralah ke atas kamu....


Biasa dengar orang sebut 'motor skill' untuk perkembangan bayi, tapi aku bukan tau pun apakebende yang di'motorsekil'kan tu. Omputih ni memang macam-macam. 

Motor skill ada 2 kategori; 

  1. Fine Motor Skill
  2. Gross Motor Skill
  3. Kolej Master Skill

Apa Itu MOTOR SKILL?

Motor skill [kemahiran motor] adalah kebolehan bergerak apabila otak, sistem saraf dan otot berfungsi serentak.

Fine motor skill [kemahiran motor halus] ialah pergerakan kecil contohnya seperti memegang sudu, mengutip objek-objek kecil ataupun apa-apa juga pergerakan halus yang lain yang menggunakan otot-otot kecil seperti pergerakan bibir, jari, ibu jari kaki, lidah dan sebagainya.

Gross motor skill [kemahiran motor kasar] adalah pergerakan yang menggunakan otot besar pada badan seperti otot lengan, otot kaki, tapak kaki dan torso*. Contoh kemahiran motor kasar ialah seperti berguling, duduk, berdiri, bertepuk tangan dan sebagainya. sumber

Semoga bermanfaat.

*torso - bahagian badan manusia daripada pinggang ke atas.

Supplement Untuk Kanak-kanak Berasaskan Makanan Sunnah

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ni selalu je poyo ala-ala yang macam nak bagi makanan-makanan sunnah kat anak aku. Ubat-ubat moden ni macam bo-layan la konon. Padahal kalau anak demam, bawak pegi hospital jugak. Sebab tu aku kata aku poyo. 

Aku selalu bagi anak aku makan kurma. Korek isi lembut kurma tu, suap kat anak. Alhamdulillah dia memang suka. In fact, anak aku sedang dalam waktu dia nak merasa semua benda. Semua benda yang orang sua ke mulut dia, dia nganga je. 

Selain kurma, aku ada juga bagi madu. Dalam masa yang sama, aku nak jugak bagi dia makan kismis, badam, buah delima, makan sayur, buah tin, habbatus sauda dan banyak lagi la. Tapi tak kuasa aku nak suap satu persatu. Buang masa. Hahaha. Melampau plak aku rase bila aku ckp buang masa ni. 

Jadi, aku decide untuk bagi anak aku makan satu produk all in one. Yang semua sekali dah ada. Aku belum pernah cuba sebelum ni, ini kali pertama nak try. Barang ni pon baru je sampai ke tangan aku pagi semalam. Qaseh Gold Junior. Tak tau la cemana hasil dia. Aku hanya nak mencuba je.

Nampak tu ada gambar astronaut pada kotak. Kot-kot bila minum ni anak aku jadi astronot macam Sheh Muzapa ke kan.

Yang paling menarik aku rasa dalam produk Qaseh Gold Junior ini ialah ia mengandungi GAM ARAB. Aku ni kan suka sangat apa-apa yang ada unsur keARABan. ;p


Gam Arab ni katanya merupakan unsur prebiotik yang baik untuk usus. Di dalam bahasa Arab, gam arab ni dipanggil Manna. Ada dalam surah Al-Baqarah yang menceritakan tentang makanan terbaik daripada syurga yang Allah turunkan kepada kaum Yahudi tetapi mereka tidak bersyukur, manna dan salwa.

Sumber gambar
Harapan aku agar produk ni berkesan untuk si soleh baik taat, Luth aku tu.

28 April 2014

Ajarkan Anak-anak Supaya.....

Sejahteralah ke atas kamu....


Lagi, beberapa perkara kecil yang perlu diajarkan kepada anak-anak,

1. Tolong bukakan pintu untuk orang yang membawa barang.
2. Menahan pintu untuk orang yang ingin masuk selepas dia.
3. Memberi peluang untuk orang lain keluar lif terlebih dahulu dengan 'hold' pintu lif.
4. Makan/mengunyah dengan mulut yang tertutup supaya tidak berbunyi sewaktu makan.

 
Sama ada anda perasan atau tidak, semua yang disebutkan di atas ini, tidak dapat diajarkan kepada anak melainkan ibubapa dahulu yang melakukannya. Anak melihat setiap perbuatan kita dan akan meniru perbuatan itu. Oleh itu, untuk mendidik anak menjadi seperti yang kita harap-harapkan, kitalah yang perlu melakukannya terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat.

Welcome To A New Journey.....

Sejahteralah ke atas kamu....

Adik ipar aku, Ina dah selamat melahirkan anak ke-3 nya pada Khamis lepas. Bayi itu adalah seorang gadis, sekuntum bunga diantara 2 ekor kumbang. Kami dengan excitednya pergi buat menyemak kat spital, siap berkelah plak tu. Hohhohhoh. Tak baik betul dah mengganggu privacy si pemberanak dengan yang diberanakkan tu. Maafkan la kami ye adik ipar.

Sesungguhanya baby ini sangat la comel.

Kecomelan yang melanda.

Aku tgk muka Luth dalam gambar ni ada jugak macam muka papa dia.

Makngoh beriya nak mengambik gambar, baby buat muka pasrah [dalam hati nyanyi lagu Erra Pajira]

Harith, Mama Harith, Luth dan Mama Luth.


Nama baby masih belum finalized. Esok lusa ada la tu namanya. Jadi itu je la kisohnyeee.... Kupai.

24 April 2014

Lipat Baju Buang Masa

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku yakin ramai yang dah dengar pasal perkhidmatan melipat baju kat Lembah Klang. Rasanya dah ramai org share tentang itu. Ada yang mengalu-alukan perkhidmatan tu dan ada juga yang mengutuk habis-habisan. Katanya pemalas tahap gaban sape yang menggunakan perkhidmatan tu. Huhu.. Aku baru je nak call ejen melipat baju tu. Kehkeh...

Kalau nak tau, aku ni masa bujang dulu, kalau aku lipat baju [baju aku je la. hakhak], kalau tak cukup simetri, aku bleh rasa jiwa kacau. Penah cuba utk lipat je ala kadar, then simpan, tapi takleh tau. Aku rasa tak tenteram, sampai aku keluarkan semula baju yg dah disimpan tu then lipat semula. Melampau juga aku rasa aku ni. 

Sekarang, semua tu tinggal kenangan je. Sebab kalo aku masih ada sipat jiwa kacau tu bila melipat baju tak cukup simetri, nampaknya akan ada harapan aku mc le tiap2 hari. Nak lipat baju yang menambun tu perlukan masa. FYI, aku sidai baju dalam rumah. Umah aku takde ampaian kat luar umah sbb umah aku umah flet bawah skali. Bila dah takde ampaian, baju lambat kering. maka longgokan akan jadi makin banyak bila nak tunggu yg lama kering, yang baru sidai. Nak sangkut2 kat luar tingkap kang bukan baju aku je kering, harta dalam rumah aku skali kering.

Tu belum kira yang si ustaz Luth tu buka laci, selongkar semua baju-baju dalam laci then tinggalkan je lepas dia dah bawak keluar semua. Bagus, stimulasi otak Luth ye? Ko ingat aku sanggup buang masa nak mengadap lipat baju-baju tu semula? Baik aku main dengan anak aku [eh ye ke main dgn anak.. kot-kot aku buka FB kot? Hakhak]. Atau pun baik aku menjahit. So, yang mana Luth dah buat sepah tu, aku kutip, aku sumbat je tanpa lipat semula. Cemerlang.

Bagi aku la.... Kalau aku ada banyak masa lapang untuk spend dengan anak aku, aku akan buat semua tu dengan sempurna. Tapi kalau masa dengan anak hanya ada 4 jam je sehari [hari bekerja], so, babai je la semua tu. Dalam masa 4 jam tu jugak nak prepare keperluan untuk hari esok, 4 jam tu jgk nak masak, nak makan, nak baca buku, last2 masa yang ada untuk spend dgn anak hanya tinggal sejam. Weekend la biasanya akan tekun menyelesaikan urusan yang tertangguh pada hari biasa. Sesungguhnya, aku belum cukup wonderpet lagi la utk jadi supermom.

Hasil sebegini boleh dilakukan pada weekdays hanya apabila Ustaz Luth tidur seawal jam 6.30 petang sampai ke pagi esok. Ini baru baju Luth sorang. Belum masuk baju mama dgn papa-papa hey dia.

23 April 2014

Luth Setahun Sebulan : Albert Einstein

Sejahteralah ke atas kamu....



Anak soleh yang taat kepada Allah ni masih belum boleh berjalan. Masalah dia ni bukan apa, dia sangat 'tak rajin'. Bila aku pimpin tangan dia untuk bagi dia berjalan, dia akan duduk. Macam tak kuasa nak layan la aktiviti penat macam tu. Bertuah punye anok.

 
Pertuturan pon masih sama macam bulan2 sudah. Hanya mama, papa dan kadang-kadang dia sebut perkataan tractor = tektor [ada dalam soft book dia gmbr tractor]. Sumtimes ada jugak dengar dia sebut perkataan yang seakan-akan pepepapo [purple flower]. 'Allahuakbar' pun ada dengar juga dia sebut tapi pelat la. Eii, gerang plok bile teringat. Sebab comelnya suara halus tu bercakap pelat. [comel di mata aku je.]. Aku tak kisah sangat sebab aku yakin apa yang aku ajar, dia serap. Cuma mungkin dia tak keluarkan apa yg dia dah belajar selama ni. Albert Einstein pun bercakap masa umur 4 tahun. Genius jugak. 

Aku tak sure aku pernah cerita ke tak dalam blog. Luth ni bila aku sebut 'Ya Allah' je dia akan nangis teresak-esak. Kelakar sangat aku rasa. Sampaikan aku selalu je menyakat dia sebab sengaja nak tengok muka dia menangis. Itulah gewdik santai namanya mama Luth ni. Dah elok2 anak tu dok diam2 tetibe je nak suh dia nangis plak. 

Luth Setahun Sebulan : Cakor Dinding

Sejahteralah ke atas kamu..


Aku perasan, habit dia sekarang, lepas dia menyusu [biasa aku susukan dia depan tv tapi tak on tv pun], dia akan memanjat sofa kat sebelah tempat aku baring tu, then dia akan duduk kat bucu kerusi lepas tu dia berdiri dan cakor dinding. Ntah apa relevannya perbuatan dia tu pun aku tak faham jugak.




video
 Warning : Kalau tgk video ni please turunkan volume sebab ada suara raksakse kat tengah2 video.

Luth Setahun Sebulan : Wooden Block

Sejahteralah ke atas kamu.... Wahai hamba-hamba Allah..


Macam yang aku cerita kat entry sebelumnya, gigi Luth baru tumbuh 2 batang. Satu atas, satu bawah. Gusi dia gelembung-gelembung tu dah lama dah sejak 6 bulan lagi. Tapi gigi tak muncul2.



Setakat ni dia dah mampu memasukkan block kayu ke dalam bekasnya ikut lubang-lubang yang ada. Memang la kalau ikutkan anak orang lain dah lama dah pandai masukkan block tu, tapi nak buat cemana mmg anak aku kemampuan dia gitu je. Itu pun aku dah bangga tau.



Muka muncung duck face ke Luth? Block kayu ni, aku rasa permainan yang paling berbaloi sekali aku beli untuk dia. Sebab dia memang suka sangat main ni. Harganya aku beli ari tu dalam RM53. Kalau dia tak  masukkan dalam lubang-lubang tu, dia akan masukkan dalam mulut papa. Kadang-kadang sanggup datang dari jauh kat papa semata-mata nak masukkan block dalam mulut papa. Boleh dikatakan semua benda dia nak test masuk dalam mulut papa. Aku tak faham apa ABC Specialnya mulut papa tu. 
 
Aku nampak Luth ni sukakan sesuatu yang bulat seperti tayar kereta atau roda mainan, object yang boleh bergolek seperti botol susu, botol kosong, gelung masking tape dan wooden block bentuk silinder. Dia akan main ala-ala polo bergajah utk semua object bergolek tu.  Dia pukul dengan tangan, bagi bergolek-golek kat lantai, dia kejar dan bila dah dapat, dia pukul lagi bagi bergolek ke lain pulak. Itu aku ingat nak beli bola untuk dia.


video 

 Warning : Kalau tgk video ni please reduce kan volume sebab ada suara raksakse kat tengah2 video.











22 April 2014

Breadelicious : Cheese Stick Untuk Digonyeh

Sejahteralah ke atas kamu....

Terpanggil untuk membeli ini di Breadelicious. [Sape yg panggil?]





Keras jgk cheese stick ni. Rasa dia tak manis, tak masin macam tawar2, pastu ada rasa macam nestum pun ada. Aku beli pun sebab nak bagi Ustaz Luth tu gonyeng. [apa perkataan yang betul ye. Korang paham tak apa makna gonyeng/gonyeh tu? ]. Dia kan baru nak tumbuh gigi. Eh, dah tumbuh dah. 2 batang baru tumbuh. Sebatang atas, sebatang bawah. Tu pun tak keluar habis lagi. Tapi walaupun ada 2 batang je, dia dah mula suka pegang makanan sendiri.

Ni la gigi dia. Satu atas, satu bawah. Dia ni pelik daripada org sokmo. Org biasa tumbuh 2 batang, sama ada  2 atas je atau 2 bawah je. Selamat le tak tumbuh geraham dulu. Kalo tak lagi la aku pelik.



Nenek pengasuh kata, petang2 dia nak keropok. Kalau tak bagi keropok dia nangis. Huihhh, ikut perangai kucing sebelah rumah tok penghulu kampung Kuale Kenau lettew. Sekarang ni yang aku rasa sangat comel bila aku dengan hasben makan kat meja makan, bila dia nak datang mengacau, aku bagi biskut ke, roti ke, terus senyap duduk diam2 kat lantai tepi meja. Maka kiterang pun boleh la makan dengan aman. Hehehe.. Aku dengan hasben aku macam selalu je tak tahan nak gelak bila tgk macam setompok je budak kecik makan dengan sungguh2 tak pandang kiri kanan, fokus menggigit biskut dgn gigi kecik.

Excited Dapat Beli Baju Murah

Sejahteralah ke atas kamu....

Si bakhil macam aku ni kalau dapat beli baju atau barang murah memang rasa nak buat chicken dance kat kedai tu jugak. Lebih-lebih lagi bila baju tu santekkkk dan best sangat.

Tapi percayalah.... barang murah biasanya memang kurang kualiti. Dalam waktu terdekat ni, aku dah terbeli 2 baju murah. Satu maxi dress aku yang aku beli dgn rege RM49 je. Aku rasa bangga sangat masa dapat beli baju tu dengan harga yang lebih murah. Sbb  aku tengok kat tenet, harga orang jual online lagi mahal macam RM60 ke atas. Waktu itu aku rasa itu la pencapaian terbaik aku seumur hidup. Pfftt... 

Baju kedua pulak baju Luth. T-Shirt yang ada label Disney tapi kat depan tulis GAP. Dah tu mana satu brand ko nih? Disney ke GAP? See, nampak tak kecelaruan identity pada baju murah ni. Jenama sendiri pun dah tak dapat kenalpasti.  Harga dia lapan hingget je. Kawan aku beli baju yang sama utk anak dia, tapi kaler lain lagi murah, lime hingget je.

Dua-dua baju nihhhhh.... Lepas 2 kali basuh dah rabak. Huuuwaaa.... 

Baju Luth aku boleh le jugak jahit lagi, tapi maxi dress aku tu memang takleh nak buat apa sebab complicated skit. [ngaku je la aku memang tak reti menjahit kan?]. Jadi, maxi dress tu akan masukkan dalam senarai menunggu untuk di'alter' menjadi baju lain. Maxi! Mu tunggu aku alter!



Fabric baju ni memang sedap, nipis dan tak berbulu. Cuma silapnya jahitan tepi tu kena sikit je pada jahitan cantuman tu. Kudukut!


So, kesimpulannya, kalo nak beli baju murah tu, belek dia kena lebih skit. Kalo yang mahal yang betul2 branded tu biasanya memang kualiti terjamin dan kita tak perlu risau sgt, hanya perlu risau sikit je la. Sebab kadang2 untung nasib kita membeli baju ni pun kita tak tau jugak kan. Tapi tu la. Macam aku cakap le, kena belek lebih sikit la tengok jahitan cemana. Ok, tu je la. Kupai.

21 April 2014

Menghias Beg Kanak-kanak

Sejahteralah ke atas kamu....

Beg yang aku bawa ke rumah nenek pengasuh Luth untuk letak diapers, baju dan susu Luth, aku panggil beg sekolah Luth.

Mula-mula dulu aku pakai beg diaper Pureen yang abang aku bagi dalam hamper Pureen sempena kelahiran Luth. Tengok gambar ni, yang warna biru. 

Gambar dari SINI


Pastu, bila baju Luth asyik tak kembali ke pangkuan je, aku pun tanya nenek, mana pigi daaaa itu baju??? Nenek kata mungkin tersalah letak dalam beg budak lain sebab ada budak baru yang nenek jaga pakai beg exactly sebijik seputar alam dengan beg Luth. Jadi, sebelum aku bertukar menjadi dragon Smaug dalam citer Hobbitses, lebih baik aku mengalah aku tukar beg Luth.

Aku ni tak la beriya sangat nak beli beg baru utk Luth. Korek-korek belakang pintu, jumpa bag pack yang aku dapat percuma masa beli barangan P&G kat Carrefour lama dah dulu. Asal boleh je la Luth. Asalkan ko ada beg, tak kisah le beg hape pun. Sap sap soi la.

So, untuk tidak menampakkan sangat beg ni beg percuma [padahal dah cerita kat blog, dah tentu la pecah dah rahsia ni kan], mama Luth yang terlebih aura penyulam ni memandai je la tambah sikit decoration pada beg tu. 

Tidok le lawa sangat, tapi asal boleh je.

Hanya logo P&G dan logo Olympic tu je yang mampu ditutup. Worldwide partner tu biar je la.

Guna felt untuk buat 'applique' [sebut dia 'ap-li-kay']. Felt senang sebab dia tak yah jahit tepi.

Felt ni dulu aku dah gunting membulat untuk buat flash card warna untuk Luth, sekali tetibe kerajinan merudum plak, so tak jadik plak project tersebut.

Ni saje la hasilnya. * Dah yang ko melintang ni ngape plok gambor hoii??!*

Aku ada idea juga untuk masukkan bentuk-bentuk haiwan seperti singa, beruang atau lebah. Tapi macam semak sangat pulak karang. Lagi pun takkan tetiba nak letak bentuk haiwan dengan kereta. Tak relevant langsung kot ye pun.

18 April 2014

BETUL KE KILAT DAN PETIR TU MENGEJAR SYAITAN?

Sejahteralah ke atas kamu....

Masa kekecik dulu orang-orang tua selalu kata, kalo tengok kilat atau petir tu maknanya Allah sedang murka terhadap syaitan.

Betul ke tidak?

Jawapannya ialah..... Confirm betul.

Bukti?

Ini buktinya....

Ada di dalam Surah As-Shoffaat. [As-Shaaffaat], ayat 1 hingga 1-10.


Dalam satu lagi terjemahan Al Quran, suluh cahaya itu dikatakan meteor. Jadi, kita boleh kaitanlah sendiri suluh cahaya tu. Sebab itu bila ternampak kilat atau petir, kita digalakkan membaca 'la hawla wala quwwata illabillah'

Kisah Pelik Aku, Harga Semuanya Adalah 5 Jelly

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku pergi Mydin mini mart... Aku ambik cream cheese Philadelphia dengan whipped cream dan beberapa lagi barang lain. Aku pergi kat kaunter bayaran nak bayar semua barang-barang yang aku ambik tu, pastu cashier cakap kat aku... 'nak bayar guna jelly pun boleh'. Aku macam tak sangka ada juga such thing. Bayar dengan jelly memang menggembirakan aku. Kebetulan pulak dalam poketses aku memang ada jelly yang bentuk beruang gemuk-gemuk. So aku tanya le cashier tu, semua barang ni harganya berapa jelly? 

Dia jawab, 'semua ni harganya 5 jelly'.

Aku raba dalam poket jacket aku. Aku keruk mencari jelly, dapat segenggam jelly. Mujur la tak berlengas. Dapat jelly tu aku hulur kepada cashier. Jellies itu dia masukkan dalam scanner kecik untuk tolak amaun dalam sistem. Ala, konsep dia lebih kurang macam kupon la. Cuma ini guna jelly. Kehkeh. Sekali dia try scan banyak kali, scanner tu tak dapat baca jelly aku sebab jelly aku tu macam bersusu. Then baru aku tahu hanya jelly jernih je yang diterima. Hampa....

Dah tu aku nak bayar barang-barang yang aku beli tu, aku cakap la kat cashier tu, tak jadi la bayar guna jelly. Dia tanya, aku nak bayar guna cash ke kad kredit. Then aku pilih nak bayar cash. Bila aku tanya berapa jumlah harga barang-barang tu, cashier kata rm65. Mak aihhh... mahalnya. Maknanya 5 jelly sama nilainya dengan rm65. 

Aku buka purse. Aku tgk duit aku ada rm20 je. Tak cukup plak nak bayar. Pastu aku bagitau balik kat cashier tu aku nak bayar guna kad kredit. Aku dah bawak keluar kad Maybank yang ada gambar cherry, sekali baru aku teringat yang aku ni mana la ada kad kredit. Cemana nak bayar. Dalam kalut tu, aku terdetik plak aku nak check wallet aku plak. Owh aku ada 1 purse, satu lagi wallet yg mcm lelaki punya tu. Fuhhhh... lega sungguh bila aku tengok dalam wallet tu ada note rm100 sekeping dan note rm50 sekeping. 

Ni la bahana dia kalau kutuk resepi cheesekut dengan kawan-kawan dalam grup whatsapp. Sampai termimpi-mimpi nak buat cheesekut pastu gi beli barang kat Mydin. Diulang. Aku hanya mimpi ye bayar guna jelly tu. There is no such thing in reality. Bukan mengutuk apa pun, aku cuma kata trend sekarang buat dessert memang mengelat sebab guna biskut je. Kek batik pun gitu, cheesekut pun gitu, pastu ntah apa benda lagi yg ala2 tiramisu tu. Wei aku bukan kutuk dari sudut negatif tau. Actually bagus pun sebab senang je nak buat, mudah kerja, jimat masa. Lepas kutuk2 manje tu, terus je Allah bagi aku nafsu nak makan cheesekut. Haaa... kalo dah rasa nak makan, maka kena lah buat sendiri. Huhuh... pastu ada la content yg boleh masukkan dalam blog. Hahahaha.

Sorry ye. Cerita ni memang mengarut.

17 April 2014

Kisah Dajjal Bermata Anggur Busuk

Sejahteralah ke atas kamu...

Meh sini aku bagi briefing sikit pasal Dajjal.

Bila cerita pasal Dajjal dan fitnahnya... aku selalu je rasa macam, "aku yakin, takkan terpedaya dengan fitnah Dajjal". Iman kuat sangat doh ni aku ghase. Tapi ustazah Suraya* kata, Dajjal tu kalau keluar2 je terus mata ada sebelah dan kat dahi ada tulis hurup 'ka fa rho', confirm la kita boleh buat pilihan bijak di tangan kita. 

Masa-elahnya sekarang ni, Dajjal tu.... di awal kemunculannya, dia berpenampilan menarik. Maksudnya dia normal. Muka dia encem ke tidok tu tak tahuk la. Yang pasti dia ni akan banyak membantu semua manusia di muka bumi ni. Segala keperluan manusia dipenuhi. Sampai tahap..... bila dia mengaku yang dia adalah Tuhan, baru la Allah akan burukkan rupa dia. Mata dia jadi buruk sebelah dan hanya tinggal sebelah. Tapi waktu wajahnya sudah diburukkan itu, manusia dah ramai yg termakan budi dan pertolongan Dajjal ni [sebab dia sangat berkuasa]. Maka ramai yang akan percaya bahawa dia itu memang Tuhan. Nauzubillah.. takutnya aku rasa. 

Menurut Ustajah Suraya lagi, Allah telah memberikan kelebihan kepada Dajjal dengan memanjangkan usianya. Menurut riwayat, Dajjal itu sendiri telah wujud sejak zaman nabi lagi. Huuwaa... dah tu cemana. Berapa ribu tahun dah umur dia?

Rasulullah pernah bersabda menyuruh umatnya membaca surah Al Kahfi bagi melindungi kita daripada fitnah Dajjal. Aku ni bukanlah nak melawan, aku cuma bertanya je sebab aku tak tahu maka aku tanya. Soalan aku pada Ustazah, "Kenapa dalam banyak-banyak surah di dalam Al Quran, Surah Al Kahfi yang Nabi suruh kita baca untuk mengelakkan fitnah Dajjal ni? Kenapa bukan surah-surah lain? Sedangkan bila dibaca terjemahan ayat 1-10 dalam surah Al Kahfi tu, macam tiada perkaitan pun dengan ke'Dajjal'an. Sepuluh ayat terakhir dalam Surah Al-Kahfi juga seperti tiada perkaitan sangat dengan Dajjal.". Itu soalan aku. Maka ustazah dah jawab dan aku rasa make sense juga jawapan ustajah. Maka pueh la hati den. Alhamdulillah.
Sumber

So, korang rasa siapa Dajjal tu sebenarnya? Satu masa nanti.... bila musim kemarau makin berpanjangan..... bila waktu itu, pertanian akan lumpuh, maka secara tak langsung sumber makanan kita pun semakin susut, kita dah kebuluran sebab tak makan dah sebulan, waktu itu bila si Dajjal muncul dengan mempelawa kita nasik lauk ikan singgang, tak ke kita rasa macam nak menyanyi intro lagu Cik Mek Molek macam M Daud Kilau sambil bergelek pakai baju blink blink? Masa tu belum tentu kita begitu kuat untuk menolak godaan itu walaupun sekarang kita rasa kita pasti takkan terpedaya. Kalau kail panjang sedepa sekalipun, jangan la Lautan Hindi hendak diduga hokey. Jangan pandang sinis dengan ketibaan zaman sukar itu nanti. Mungkin kita sempat rasa, tapi harap2 tak sempat rasa la. So, untuk melatih diri kita supaya dapat bertahan apabila tiba waktu sukar tu, ayuhlah kita berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis. Dapat berlatih rasa lapar.


Kata ustajah lagi, Dajjal ni kalau kita masih berupaya untuk menilai, dia sentiasa akan memberi habuan 'keduniaan' kepada kita. Semuanya berunsurkan duniawi je. Salah satu contohnya rasuah. Riba. Keseronokan dunia. Hiburan. Semuanya yang boleh membuatkan manusia rasa seronok is type of keropok. Persoalan yang bermain polis sentri dalam kepala aku ialah.... Mampu ke aku ni?


Entry aku ni pun ntah-ntah Dajjal baca. [Dah kalau dia hidup beribu-ribu tahun, tentu la dia adalah makhluk yang paling genius dan full of experience di dalam dunia ni. Jadi, mestilah dia boleh fahang bahase melayu.]. Then, ini je la yang aku nak kongsi dengan korangs today. 


*Ustazah Suraya ialah pendakwah yang selalu dijemput untuk memberi kuliah muslimah di Esesem.




16 April 2014

Sila Gunakan Akal

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ni online shopper separa tegar dulu dulu dulu dulu.. Tapi tengok jugak la apa benda yang aku nak beli tu. Aku dah estimate siap2 risiko yang bakal aku hadapi, seperti kerugian kalau kena tipu.

Kalau aku ada duit nam belas ghibu tige ghatus, aku tak beli online benda ni walaupun aku sangat-sangat terhegeh-hegeh perlukan benda ni. Huhu. Paling mahal aku pernah beli online ialah air purifier harga RM300++. 

*aku terlebih vitamin M [malas] dengan vitamin O [idea zero] serta vitamin S [terbuat-buat sibuk] plak sekarang ni. Blog ni pun melukut di tepi gantang je kat aku buat masa sekarang. Rindu nak baca kisah korang kat blog koram.

08 April 2014

Puding Roti Masin [Savory Bread Pudding]

Sejahteralah ke atas kamu....


Pandangan atas ; puding roti masin dengan hiasan mayonis dan blueberry jam. Bajet ala ikea meatball yang dimakan dgn raspberry jem ke apa ye yang merah tu.

Biarpun rupanya buruk tapi rasanya delicious tahu.


Aik, nak share resepi ke aku hari ni? Ehehehe... Aku ni tak reti masak. Setakat nak makan berdua dengan suami tu boleh le. Sedap tu idok le, setakat boleh makan je. Tapi aku akan cuba sedaya mungkin untuk masak setiap hari. Walaupun hanya sekadar puding roti... hahhhh?? 'Sekadar' kau kata??! Bersilat ni tau, nak siapkan ni walaupun caranya senang ya amat bagi CheMatGebu. [*tetibe terus compare dgn che mat gebu mmg takleh blah*]

Aku masak ni Khamis lepas. Ingat terus nak share hari Jumaat tu kat blog diva aku ni. Tetiba Tengku Luth aku tu demam dan aku EL, maka terpaksa le postponed. Asalnya aku tergoda tengok resepi banana-bread pudding MamaJJ, cik Puan NASTYNA yang dia share kat blog dia[ambik, hurup besar nama dia. sorry ye kalo saye mengkomersilkan nama kamu]. Tapi aku fikir, kalo aku buat yang manis, nanti malam aku kena masak nasik plak utk santapan 2 orang hippo ni. Tak de selera la aku nak masak 2 kali. Maka tak sengaja menggugel resepi 'savoury bread pudding'. Kan dah kata, gugel ni lah sebenarnya dajjal sebab dia serba tahu. Then jumpa la dengan khazanah yang aku cari-cari tu. [oppss... perkataan khazanah sangat sensitip sekarang].

Now, let me show you the meaning of being lonely, step by step to make savory bread pudding. 

Ingredientses ; [kalau Gollum ajar memasak cenggini la kot. Semua benda dia nak jadikan plural walaupun benda tu dah plural. Contohnya, ada 2 pocket sepatutnya sebut 'pockets' tapi dia pluralkan lagi menjadi 'pocketses'. okay.. motif aku cite pasal Gollum dalam resepi ni??]




1.  ROTI [bread or bun]. Ikut suka nak guna roti apa. Lagi bagus kalau guna roti yang sedap. Aku guna milk bun tu sebab papa Luth yang tersalah beli roti, aku sebenarnya order Potato Bun untuk makan cicah dgn air Vico, tapi dia beli hok itu plak. So, aku guna je la milk bun tu untuk buat puding.

Pada dasar pemanggang aku sapukan butter.





2.  Telur [EGG] campur susu cair, campur garam dan lada sulah. Berapa biiji itu terpulang kepada berapa banyak roti untuk buatkan semua roti dan bahan-bahan lain tenggelam.

apa water mark aku cenggitu? *Gmbr susu takde. Ko jangan kata ko tak kenal susu cair. Meh sini aku tindik kening ko.




3.  Keju [CHEESE]. Ikut suka jugak berapa keping nak letak.

Nampak tu keju dalam bulatan merah tu. For vegetarians hokey.



Okaylah. Aku rasa macam mengada-ngada plak aku nak cerita panjang2 sangat. Aku akan serius start dari sekarang... 

4.  Kacang pis[bintang]

5.  Bilik yang terkecil di dunia - Mushroom [bintang]
6.  Sayuran terpulang la nak guna broccoli atau bayam atau asparagus. [bintang]
7.  Daun bawang [bintang]

8.  Sosej lagi elok guna isi ayam segar. Lebih menyihatkan [bintang]





Dah yang aku berbintang bintang ni apa maksud?? Sorry ye kengkawans, keyboard aku ni key shift dia rosak. Aku maksudkan bintang tu ialah asterisk = '*'. Maksudnya, yang bertanda bintang adalah optional. Nak letak boleh, tanak letak pun boleh dan nak ganti dengan apa pun boleh. PAHAM??!


 Cara-caranya ;-












Sekian. Finish line.

Walnut BROWNIES With CHOCOLATE Ganache

Sejahteralah ke atas kamu...



Turut boleh ditempah ;



Variety of mini tarts – cheese, fruits, chocs, (shell biasa/colourful shells)

Berry tarts

Pavlova

Congo bars

Chocs walnut brownies

Cream puff

Profiteroles (mcm cream puff tapi topped dgn choc ganache)

Baklava
Macarons



Kek:

Lava cheesecake (tiramisu, pandan, vanilla)

Marble nutella cake

Devil food choc cake

White raspberry cake

Red velvet

Rainbow cake

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...