Iklan! Iklan! Sila Click!

31 January 2014

Kenapa Makanan Berkhasiat Mahal?

Sejahteralah ke atas kamu...

Antara gula perang dan gula pasir yg berwarna putih, gula perang lebih baik. Ini kerana gula putih itu adalah asalnya gula perang yang telah dilakukan proses 'bleaching'. Semasa proses penjernihan tu, ada la bahan-bahan tertentu yang dimasukkan ke dalam gula perang untuk menjadikannya putih kristal. yang akhirnya kekal di dalam gula itu setelah diproses. Maka sebab itulah gula putih itu dikatakan tidak elok untuk kesihatan..

Beras juga sama, beras perang adalah yang terbaik berbanding beras putih. Beras putih juga telah di'bleach'. 

Kalau secara logiknya, penyediaan yang putih lebih susah daripada yang asalnya [yang perang]. Pun perlu ada bahan tambahan yang pastinya memerlukan kos yang lebih untuk menghasilkannya. Tapi kenapa yang sudah di'bleach' tu lagi mahal daripada yang berwarna perang? Kenapa gula perang lagi mahal daripada gula putih? Kenapa beras perang lagi mahal daripada beras putih? Aku rasa persoalan ni sama konsepnya dengan persoalan, 'kenapa harga CD lebih mahal daripada harga kaset sedangkan membuat CD lebih mudah daripada membuat kaset'?. [ni persoalan zaman 90-an la. Budak2 mmg la tak tau.]

Dah tu macamana la kita nak pilih makanan yang lebih menyihatkan? Eh..eh... tapi kalau murah, nanti jenuh plak nak makan beras perang. Huhu. Beras perang kalo makan sekali sekala boleh la. Tapi kalau tiap-tiap hari, mati kutu dibuatnya.

Bukan tentang beras dan gula je. Makanan-makanan yang perlu diambil lebih banyak yang tersenarai di dalam piramid makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mahal harganya. Sayur kangkung je yang murah. Sawi, bayam pun masih murah. Tapi kalau nak makan untuk gantikan portion untuk kenyang macam nasik, berapa puluh ikat nak beli? Setakat seikat tu, eleh... celah gigi pun tak sempat lekat. Lagi plak kalo seikat tu utk makan 2 orang. Tak dpt nak kenyang la. 

Buah pun sama je mahal. Kalau nak amalkan sehari sebijik epal, harga epal sebijik yang standard RM1.50. Ok, sebulan baru RM45. Tapi larat plak nak makan apple je tiap2 hari kan? Pisang pun dah mahal, betik, tembikai, jambu batu, tembikai susu semua mahal. 

Itu belum termasuk ikan. Ikan kembung mentah last aku beli seekor RM2.50. Tak tau cemana dia kira, tapi kebetulan aku beli 4 ekor harganya RM10. So, betul la 2.50 sekor kan? Oat pun mahal. Susu pun mahal.

Dah tu, ada banyak sangat ke pilihan kita untuk pilih makanan yang berkhasiat? Yang organik. Yang bermutu. Yang tinggal untuk kita hanya makanan bertoksin tinggi je la. Nak amalkan makanan sunnah? Boleh. Tapi tengok la jugak harga madu asli berapa rm? Habbatus sauda berapa rm? Susu kambing? Semua mahal.

Eh, aku bukan merungut. Cuma bengang je skit kenapa makanan berkhasiat mahal sangat harganya. Nak atau taknak, kita memang terpaksa juga makan makanan-makanan yang boleh memberi risiko cancer dan segala penyakit. Ye... aku tau. Kalau nak sihat, makan sikit. Jangan makan banyak. Kbai.

Tahun Baru Cina Cap Kuda

Sejahteralah ke atas kamu.... [Entry meramal masa depan]

Hari ni hari Jumaat. Aku nak balik kampung setelah 2 bulan tak balik kampung. Nak buat cane. Harga minyak naik. Kena la jimat. Jimat cuti, jimat duit. Belake jimat. 

Banyaknya aktiviti aku plan nak buat bila balik kampung. Nak gi sana, gi sini. Nak buat itu ini. Jangan penyudahnya semua tak buat sudah le.

Balik kampung dan lain bila ada Luth. Sebab banyak benda-benda renyah yang nak kena prepare utk dia. Makanan dia, botol susu, lampin, baju siang, baju malam. Eh baju tu sama jgk mama dan papa pun kena prepare jugak.

Aku doakan perjalanan kami akan sampai dengan selamatnya. Rabu depan baru aku masuk ofis dan bersiaran kembali. Waktu cuti aku tak online hokey. Peace yoow.

Entry ni auto publish.

30 January 2014

Mosquito Repellent : Sticker, Roll On or Spray?

Sejahteralah ke atas kamu....

Cakap Melayunya obat nyamuk. Zaman dulu, ubat nyamuk hanya ada sepesen je. Yang lingkaran tu, perlu dinyalakan dan berasap le sampai pagi. Hidung bersawang. Ubat nyamuk jenis lingkaran ni agak bahye, pertama asap tu boleh efek kepada paru-paru, kedua bara pada ubat nyamuk tu boleh menyebabkan kebakaran jika tidak berhati-hati dan ketiga, pemegang ubat nyamuk tu tajam terpacak ke atas. Kalau tak perasan, terpijak, boleh nampak bintang dan burung berterbangan atas kepala.

Waktu arwah mak aku masih hidup, dia banyak guna spray nyamuk untuk halau nyamuk, lalat, lipas dan segala serangga yang dia tak berkenan. Bukan serangga je dia spray. Kucing yang badannya berkurap pun dia spray. Alhamdulillah luka kurap pada kucing cepat je sembuh kalau spray dengan Ridsect. keke. Masalahnya spray seperti Ridsect atau Shieltox ni, bau dia kuat sangat. 

Kemudian bila dah maju skit, kat umah aku kat kampung tu start guna ubat nyamuk elektrik yang perlu ditukar token tiap2 hari. Eh, token ke nama dia? Lebih kurang macam disc tapi kecik je bentuk 4 segi. Aku tak rajin nak gugel utk cari gambar. Harapan aku agar ko dpt imagine la yang mana satu.

Lepas dah guna yang tukar2 token tu, aku gunakan pulak ubat nyamuk elektrik yang jenis liquid. Yang ni tukar sebulan sekali. Dulu-dulu nyamuk gentar jugak la nak masuk rumah aku kalau aku pasang ubat nyamuk jenis ni. Lama-lama, nyamuk dah hilang respect dah pada ubat nyamuk tu. Selambe jugak derang attack umah aku. hisshh.. nyamuk ni. Aku pasang ubat nyamuk ni kat bilik tidur, pagi-pagi tengok kaki tangan anak aku dah berbintat-bintat merah. 

Aku pernah guna mosquito repellent jenis sticker. Yang ini aku dapat free masa pergi Mom & Baby Expo kat MidValley tahun 2012. Dah lama dah tapi aku rasa macam baru je lagi aku pregnant. Padahal anak aku dah nak masuk setahun dah. Huhu... Time...time..time... how fast you fly?


Jenis sticker ni, perlu ditampal sama ada pada kulit bayi atau baju. Baunya ala-ala serai wangi tapi tak kuat sangat. Aku tak tau apa silapnya, bila aku tampal anak aku dengan sticker ni, nyamuk tak takut pun. Dia gigit jugak anak aku.

So, aku berusaha untuk cari alternatif lain. Aku cuba beli spray yang boleh di spray pada badan dan kulit baby. Mula-mula aku beli yang ini,

Selama aku pakai Meditots 2 in 1 Mozzie Block ni, alhamdulillah sangat berkesan mengelakkan nyamuk. Aku spray pada kulit anak aku yang tak ditutupi baju, pada kaki, tangan. Dan aku spray sikit pada tangan aku untuk sapu nipis je pada pipi anak aku. Sampai habis spray ni aku pakai. Memang nyamuk tak dekat. Bau dia takde pun bau serai sangat. Bau Lavender. Wangi.

Bila dah habis Meditots tu, aku ingat nak beli lagi. Tapi pegi farmasi lain, tak jumpa plak brand tu. Aku pun jenis yang tak rajin nak dapatkan apa yang aku nak, aku tak pegi pun farmasi yang ada jual Meditots tu. Jadi, aku beli je mana2 yang ada. Yang ini je yang ada untuk baby. Jenama Pureen pun femes kan. Pureen Rekito Mosquito Repellent Liquid. Aku tak tau lagi prestasi dia macamana. Setakat ni aku baru pakaikan 2 kali kat anak aku. Dan tak ada nyamuk gigit lagi. Bau dia lagi wangi dan ala-ala baby sikit berbanding Meditots. Dia punya spray pun sekata. Cuma texture dia macam melekit sikit. 

Saje-saje je aku nak cuba, yang ini jenis roll-on. Tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. Maknanya aku beli untuk aku la. Tapi aku belum try lagi. Aku mengendeng yang pureen Rekito tu je dengan anak aku. Heheh.

Mosquito repellent ni sesuai kalau kita gunakan masa balik kampung. Senang nak bawak, senang nak guna. Lagi satu kalau sesiapa yang suka masuk hutan, memancing ke, berjungle trekking ke, elok la ada spray2 macam ni. Dapat protect daripada nyamuk. 

Kalau rasa tak suka nak beli dan rasa membazir. Jangan risau. Ada caranya.... Iaitu boleh buat sendiri. Cara ni aku dapat daripada rancangan BackYard Medicine. 

Bahan-bahan nak buat mosquito repellent spray sendiri di rumah;

1. Serai 30 batang
2. Minyak bunga matahari [boleh tukar guna minyak apa2 yang tak berbau dan tak berwarna]
3. Cengkih
4. Botol spray kosong.

Caranya ; 
1. Blend serai dengan minyak bunga matahari.
2. Masak di atas api dengan menggunakan periuk bersama dengan cengkih.
3. Tunggu sehingga serdak serai seperti 'terasing' daripada minyak.
4. Sejukkan kemudian tapis.
5. Letak dalam botol spray. Wallaaa... boleh le guna bawak masuk utan. 
 



3D Hands & Feet Print [Casting]

Sejahteralah ke atas kamu....

Tengok promotion kat Groupon. Ada offer untuk 3D Baby Hands & Feet Casting Kit. Harganya tanpa frame, hanya RM38. Bersama frame pula RM68. Free delivery. 



Tapi tak penting pon, cuma rasa seronok nak buat kerja-kerja ala-ala 'art attack' macam ni. Bagi yang tak faham apa kegunaan dan fungsi 3D casting ni, biarlah aku bagitau. Fungsinya hanya sebagai nak buat kenangan je. Kan comel je tangan masa baby, pastu kita abadikan dalam bentuk sebenar. 

Mungkin aku tak beli offer kat Groupon ni. Kalau aku nak buat pun aku hanya akan pergi kedai hardware, beli serbuk plaster yang macam org buat plaster simen tu, then beli plasticine je. Untuk warna mungkin aku boleh beli spray metallic je kat kedai hardware jugak. Kan senang. Boleh dapat harga lagi murah rasanya. 

Kalau nak tengok tutorial untuk buat benda ni, boleh tengok di sini.

 

29 January 2014

Minum Kopi Anda Bersemangat Juara!!

sejahteralah ke atas anta, ente dan antum... 

Greeting aku ni aku cakap arab skit, sebab nak cerita tentang insan kesayangan kita semua yang berbangsa Arab, siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad, rasul kita yang teragung. Peace Be Upon Him. tentang minuman kegemaran baginda ialah kopi. 

perenggan kat atas tu, aku taip lepas tu aku cuba cari hadis. tapi aku sengaja tanak padamkan perenggan atas ni. biar la orang tahu kesalahfahaman aku ni.

syukurlah aku cuba mencari dulu hadis yang berkaitan, tapi melalui google search, aku tak jumpa satu pun hadis berkenaan nabi suka minum kopi. ada satu artikel yang aku jumpa di blog OTAK BEKU DOT COM, katanya begini; 

Masyarakat kita cukup sinonim dengan kopi. Ada yang mengatakan kopi adalah minuman sunnah, namun tidak dinafikan dari sudut kesihatan kopi mempunyai kelebihan. Tetapi, adakah kopi ialah minuman sunnah seperti yang diperkatakan sesetengah orang. Setakat saya tahu, tiada satu hadis sahih pun yang menunjukkan Rasulullah pernah meminum kopi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenama produk minuman atau makanan mengunakan label ''minuman sunnah'' yang boleh didapati dalam pasaran

Namun, agak pelik jika dikatakan sesetengah orang bahawa Rasulullah pernah meminum kopi kerana mengikut sejarah kopi hanya mula ditemui pada abad ke-9, iaitu 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Saya di sini bukan nak mengutuk tapi berdosa hukumnya berbohong atas nama Rasulullah. Seperti hadis nabi yang bermaksud :

"Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya ia mengambil (bersiap) tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)

Walaupun di sini tidak menunjukkan kopi haram diminum tapi haram berbohong menggunakan nama Rasulullah untuk melariskan jualan. Ada sesetengah masyarakat menganggap kopi sekarang tak sama ketika kopi zaman Rasulullah. Mereka menyatakan kopi zaman Rasulullah adalah kopi habbatus sauda. Tetapi tahukah anda apakah ia habbatus sauda ?. Habbatus ialah sejenis jintan hitam dan bukannya kopi.

Saya tidaklah menyatakan bahawa kita tidak boleh mencampurkan kopi dan habbatus sauda kerana mungkin ianya boleh menjadi minuman yang berkhasit, tetapi ulasan ini hanyalah ditujukan kepada sesetengah pihak yang mungkin tersalah faham bahawa nabi meminum kopi dan juga kepada mereka yang menganggap bahawa habbatus sauda ialah sejenis kopi.

Tidak dinafikan, kopi juga mempunyai banyak kelebihannya, tetapi janganlah kita mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat untuk melariskan produk jualan dan menggunakan nama Rasulullah untuk kepentingan diri sendiri sedangkan perkara tersebut tiada usul padanya sama sekali. Wallahualam.


mula-mula tadi, aku nak cerita pasal aku ni bukanlah penggemar kopi. sejak kecik memang tak suka minum kopi. sakit kepala kalau minum. pastu, suami aku ni tetibe je menyarankan supaya kami amalkan minum kopi. sebab mengikut sunnah katanya. maka, aku yang tak suka kopi ni pun, ikut la minum. memang dah ditakdirkan yang coffee maker pemberian seorang sahabat sempena perkahwinan aku dulu, akan dapat dimanfaatkan oleh kami. kami minum kopi o pekat tanpa gula dan hanya letak sedikit madu. sampai sekarang ni, aku minum la jugak walaupun aku tak begitu suka rasa kopi. support suami la katakan. heheheh... lama-lama aku macam boleh terima la rasa kopi tu. ada rasa refreshing.

point yang aku nak ketengahkan hari ni ialah tentang betapa pasangan kita mampu mempengaruhi kita. sebenarnya kami saling mempengaruhi antara satu sama lain. korang pulak macamana? ada tak apa-apa yang pasangan korang dah berjaya pengaruhi korang?

Kegilaan Terhadap Tudung Hoodie

Sejahteralah ke atas nkorang hoi....


sense of fashion aku agak lambat berkembang. orang lain dah lama dah apply sesuatu fesyen tu, aku baru je nak mula. selama ni, aku hanya suka pakai tudung bawal. sampai sekarang pun aku sebenarnya masih suka wajah aku di dalam tudung bawal. nampak lebih soft dan ada shape muka aku. padahal orang tengok sama je. hehe. cuma masalahnya tudung bawal ni, perlu digosok. part yang kena gosok tu, aku masih boleh kompromi. tapi bila dah lama-lama pakai tudung bawal, satu perkara tentang tudung bawal ni yang buat aku jadi surrender, ialah fabricnya yang jarang. hampir nak transparent. nampak bayang telinga cegeng dan tengkuk aku. yang itu dah tak boleh kompromi la. terpaksa berkorban walaupun suka.

maka, aku pun mula la berjinak-jinak pakai tudung express yang ada awning. memang senang memakai tudung jenis tu. takyah nak lipat 2 jadi 3 segi. main sarung je. kadang2 aku tak gosok pun. kalo rajin aku gosok le. huhu... buruk perangai. tapi tudung express ni aku tak la minat sangat. sebab takde style. [eh, sejak bila plak aku kisah pasal style2 ni. kata taknak bergaya kan? heheh...ini azam tahun baru la. kena berpakaian kemas sebab Nabi Muhammad suka. Allah pun suka akan kecantikan.].

dah boring dengan tudung express, aku cuba beli tudung hoodie, yang berjahit terus antara inner dengan hoodie tu. senang nak pakai. sarung je, pastu naikkan yang bahagian belakang tu ke atas kepala. terus nampak bergaya macam natalie portman. tetibe. macam hijabista gitewww... walaupun ko hanya berhijab je, tak bista pun. huhu.

aku minat betul tudung hoodie kat zaharah hoodie. tudung hoodie dia, sangat cantik. tapi ya hampon, mahal. aku ada beli satu, ternyata tudungnya labuh dan boleh menutup dado den. satu yang aku suka pasal tudung hoodie, walaupun kepala ko nampak bulat togel je sebab inner melekap kat kepala, tapi ko boleh cover dengan efek hoodie tu. 
[yaaaa.... hasil seni aku datang lagi... kalau picasso tengok lukisan aku ni, boleh menangis keinsafan kejap dia sebab rasa rendah diri.. ]. ini la konsep tudung hoodie. ko sarung je semua pastu nanti, yang part bintang tu ko angkat naik atas kepala.

santekkk kan adik ton.


28 January 2014

Petanda Langit Dan Bumi ; Bagi Kaum Yang Berpemikiran

sejahteralah ke atas kamu...

aku sedang menghabiskan buku ini. dah lama baca tak habis-habis.


eksyelli, buku ni sangat menarik untuk dibaca. [bagi sesiapa yang suka buku tentang fakta, tentang sains, tentang keajaiban ciptaan Allah, buku ni sesuai la. takde drama-drama, takde fiksyen. semuanya kisah benar.]


aku baca buku ni sebagai pengisi masa, sewaktu aku pam susu. daripada tak buat apa-apa, baik aku membaca. dapat 2 muka surat sehari pun dah okay le daripada takde langsung kan.



Harun Yahya ko kenal? aku tak kenal sangat, yang aku tahu, beliau adalah seorang penulis buku sains yang bersandarkan Al-Quran. beliau berasal daripada turki. hasil karyanya diterjemah ke banyak bahasa. agak femes di situ. buku lain yang aku pernah baca tulisan harun yahya ni ialah seperti buku;

 dan juga satu lagi, Kaum-kaum Yang Pupus.. sangat menarik. insyaAllah aku akan beli lagi buku-buku lain tulisan Harun Yahya ni.

*ada satu gossip pernah aku baca beberapa tahun lepas pasal harun yahya ni. katanya dalam begitu banyak buku tentang kekuasaan Allah yang dia tulis, dia sendiri sebenarnya pelaku maksiat. pernah berbuat zina dan macam-macam. *aku tak fokus sangat akan salahlaku yang didakwa harun yahya dah buat tu. bagi aku, tak kira la dia buat apa pun, yang pasti ilmu yang dia sampaikan tu lebih patut aku highlight berbanding kehidupan peribadi dia. bagi aku, dia manusia. jadi dia terdedah untuk melakukan dosa-dosa. yang penting, sumbangan dia terhadap dunia islam sangat besar.

Ada Masa Takde Hobi, Ada Hobi Takde Masa

sejahteralah ke atas kamu....

sekarang ni, bila dah ada anak, aku baru sedar hobi yang aku betul-betul suka ialah menjahit. mungkin minat ini diwarisi daripada arwah mak aku. warisan pusaka yang tak perlu dibahagikan mengikut faraid. iaitu ilmu mengendalikan mesin jahit. chey. [aku rasa menjahit ni memang mak-mak zaman dulu kebanyakkannya reti menjahit. semua jahit baju anak-anak sendiri. agak mengkagumkan betul tak? bukan setakat baju je jahit sendiri, kuih muih pun tiap2 hari buat sendiri. kagum..kagum..].

malangnya, bila aku dah jumpa hobi yang aku betul-betul suka ni, aku dah tak punyai banyak masa untuk mengadap hobi aku tu. untuk pengetahuan korang, ni la hobi yang paling konsisten aku pernah ada selain daripada buat karangan dalam blog ni, sejak aku beli mesin jahit masa mula-mula aku kawen dulu, [hampir 3 tahun lepas], aku memang memanfaatkan sungguh-sungguh mesin jahit tu. senang hati suami aku sebab tak sia-sia pembelian mesin jahit tu. bukan sekadar saje-saje nak buat tukun, beli pastu tak pakai. memang ade je yang aku jahit walaupun tah hapa-hapa je. janji ada fungsi ye dakk..

biar aku bagitau satu rahsia, dulu masa aku bujang.... aku ada banyak masa lapang. sangat banyak. tu pun aku baru sedar yang dulu aku ada banyak masa lapang bila aku comnpare dengan masa lapang aku sekarang. ye lah.. dah bujang. memang ko hanya perlu bawak diri sendiri je. nak bersiap gi mana-mana pun untuk diri sendiri je. masa aku yang banyak tu, selalunya aku habiskan dengan tidur, tidur, tidur. selainnya aku dok layan perasaan jiwa kacau. memanjang jiwa kacau. waktu lapang, tapi aku rasa aku takde masa sebab aku dok habiskan dengan perkara tak berfaedah seperti yang aku sebut kat atas tu la. time tu aku takde hobi. nak cari hobi pun takde idea.

nak penyesal pun tak elok jugak kan. yang dah berlalu tu biarlah berlalu. sebab itu la masa lalu boleh dijadikan pedoman untuk kita meniti masa hadapan. cuma dalam fikiran aku berlegar-legar idea ini, "kalau dulu aku dah jumpa hobi menjahit ni, sekarang aku dah expert menjahit, dan macam-macam benda yang aku boleh jahit dan mulakan bisnes, mesti sekarang aku dah mampu beli keta Peugeot.". tapi, memang tak tak baik aku nak ber'kalau-kalau' lagi waktu ni. sebab aku takkan tahu nak hargai masa kalau aku tak lalui tu semua. 

apa yang aku buat sekarang, aku bangun kul 5 pagi tiap2 hari supaya aku boleh menjahit. okay aku tipu. bukan la on the dot kul 5 pagi. ada la lebih-lebih skit. dalam 5.06 pg, 5.10 pg camtu la. biasa la set alarm kul 5, pastu snooze 2, 3 kali baru bangun. gitu le kaedahnya. ehehehe... biasanya dapat la aku menjahit sekejap, menyiapkan tempahan kawan-kawan. sikit-sikit lama-lama jadi habis kan? *projek yang aku tengah run skrg ialah set sarung tilam baby cot [sekali dengan sarung bantal dan sarung bolster] untuk bff aku yang dah bersalin dah sabtu lepas. lambat la siap ni sebab aku dapat kain yang dia nak bagi aku jahit tu pun dalam 4 hari sebelum dia bersalin. dah tu, mmg tak sempat le kan. hehe.

27 January 2014

Terpaksa Balik Rumah Waktu Lunch

sejahteralah ke atas kamu...

dah lama aku tak balik waktu tengahari untuk hantar susu kepada luth. susu alhamdulillah cukup untuk keperluan anak aku. tapi hari ini terpaksa jugak aku balik. sebab breastpump spectra 3 aku tertinggal pulak kat rumah. bukan itu aje. pagi tadi sesampainya di ofis, konon-konon nak terus whatsapp suami aku untuk bagitau dia aku dah sampai. bawak keluar henfon, tetiba baru aku perasan aku tersilap bawak henfon yang takde simcard yang aku gunakan untuk buat alarm. sabar je la aku.

jadi, alang-alang dah balik ni, makan tengahari terus la kat rumah. aku kalau henfon tertinggal, aku memang takde nak balik untuk ambik nya. sampai ke petang la henfon tu kat rumah. tapi kalau breast pump tertinggal, aku memang kena balik. huhu.... tangki penuh nanti mula la rasa seram sejuk nak demam. bengkak susu nanti lagi leceh.

korang pulak macamana? kalau tertinggal henfon kat rumah, patah balik tak ambik?

Mencari Barang Yang Kita Lupa Letak Di Mana

sejahteralah ke atas kamu.....

kat rumah, aku selalu je lupa aku letak barang kat mana. yang paling selalu aku lupa ialah speck mata dan henfon. yang lain-lain tu kadang2 kunci keta atau getah ikat rambut[kunci keta jarang la, sebab mmg ada tempat letak kunci, cuma kekadang je tak letak kat tempat kunci tu yg lupa tu]. 

waktu bujang dulu duduk sorang-sorang kat rumah tu, bila terlupa letak barang kat mana, pandai la cari sendiri. sama ada cepat atau lambat je nak jumpa. waktu tu kalau speck mata yang hilang, memang berpinau la bijik mata nak cari. [power aku kanan 4.00, kiri 4.00. kalau tak pakai speck ni dah tahap nampak berjerebu je pandangan, pastu semuanya kembang je tak sharp.].

sekarang dah tinggal dengan manusia lain dalam rumah tu, bila terlupa letak barang senang la sikit nak cari. tak cari pun sebenarnya. main tanya je. "ada nampak tak speck mata syg?". masa mula-mula kawen dulu, jawapan dia selalu je buat aku menyirap limau, "syg letak kat mana?". eiii... kalau aku ingat aku letak mana, dah tentu la aku tak tanya. orang tanya dia, dia tanya aku balik. ni maroh ni.... hinss.. [eh, tak baik marah suami. berdosa.]

tapi bila dah lama kawen, dia pun dah faham dah. kalau aku tanya ada nampak tak barang aku yang aku terlupa letak kat mana tu, sama ada dia akan terus jawab tak tau kalau dia tak nampak atau dia akan bagitau barang tu kat mana bila dia nampak. hehehe... dia baru sedar kot istewi dia ni naga tasik chini. cepat benor keluar asap ikut hidung. 

aku tau pelajarannya, lain kali letak le setempat kalau dah tau ko tu pelupa. tapi aku macam tak sungguh-sungguh pun nak berubah. rasa macam best je bila terlupa letak speck kat mana. baru la penuh drama skit hidup aku. [padahal suami aku plak yang menyirap cincau sebab asyik kena cari je. alaa... boleh la boleh la boleh la... ].


24 January 2014

Aku Dan Al Quran : Keajaiban Doa Dan Harapan.

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu, yey!!! Cuti! 

Aku bukanlah manusia yang paling warak yang pernah ko kenal. Sunguh. Aku muslim biasa yang banyak kekurangannya. Masih terangkak-rangkak mengutip pahala hasil daripada amal-amal ibadat aku yang berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian ni.

Dalam gigih aku cuba untuk istiqomah dengan setiap makruf. Dalam jerih aku cuba kikis satu persatu mungkar. Di sini, ingin aku kongsikan kisah aku bersama Al Quran.

Satu masa dulu, aku biasa membaca Al-Quran, hanya sekadar baca. Pengetahuan tajwid aku kurang. Sekadar suam-suam kuku je. Itu pun hasil didikan dan teguran arwah mak bila dengar bacaan aku. Selainnya, aku main baaaaaca aje. Makna ayat yg aku baca tu, tak pernah aku kaji. Tak pernah aku cuba nak faham apa yang aku baca. Tapi bak kata seorang tua, sedangkan sebuah bakul yang dikotori arang tebal, jika setiap hari air cuba ditimba dengannya, walaupun sedikitpun tidak dapat menakung air, tapi lama-kelamaan bakul itu akan bersih kerana air yang lalu. Begitu jugalah hati manusia yang membaca Al-Quran. Walaupun tidak difahami ayat-ayatnya, dapat juga menyucikan hati manusia yang dikotori dosa dan noda.

Sehinggalah ke suatu masa, aku diajar untuk mendalami makna isi kandungan Al-Quran. Aku tidak mengingkarinya. Maka, sejak aku diberi pedoman tentang itu, setiap kali aku membaca Al-Quran, akan aku sertakan terjemahan di sisiku. Melihat makna setiap bait kata-kata indah daripada Allah. Walaupun tidak sepenuhnya aku fahami, tapi 'klu'nya dapat aku tanggapi.

Pernah sekali..... sewaktu jiwa aku begitu sedih. Sedih tentang masa depan yang nampak seperti gelap. *Ala, senang cakap masa tu aku jiwa kacau. Muahahahaha. Gagal bercinta yuolzz.* Lepas solat, aku mengadu kepada Allah, aku mohon agar diberikan petunjuk untuk aku. Kemudian aku berniat, aku nak baca Quran, tapi aku nak buka je mana-mana mukasurat dan tengok pada surah mana bukaan aku tu akan terpilih. Dalam hati masih sedih. Bila aku buka, tepat-tepat pada surah yang ke 31, Surah Luqman. Aku terus membaca... Di dalam bahasa Arab, kemudian terjemahan. Satu ayat Arab, satu ayat terjemahan. Tetapi sekian aku baca, jawapan yang aku cari tidak pula aku temui. 

Akhir sekali.... tiba kepada ayat yang terakhir....... ayat yang ke 34...


Allah seperti menjawab kesedihan aku. "Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang diusahakannya besok.". Terus aku macam terjaga daripada kesedihan. Membuatkan aku terfikir. Ye la... Yang aku nak sedih-sedih sangat hari ni kenapa. Esok lusa, siapa tahu apa yang akan terjadi. Esok lusa siapa tahu bahagia apa yang menanti aku. Dan aku betul-betul yakin itu komunikasi Allah dengan aku, hambanya yang sangat-sangat kerdil ini... *berlinangan airmata.*

Dan Allah memang Maha Adil, Maha Mendengar, Maha Melihat. Tak lama je selepas aku bersedih tu, Allah memberi aku  berita gembira, bila suami aku, yang aku anggap kawan biasa pada waktu tu, melamar aku. Erm, walaupun hanya melalui telefon, tapi aku masih anggap ianya sweet. Macam Dia Pinang Ku Dengan Bismillah gituu.. Ehehe...

Sejuk Tak Beerti Salji

Sejahteralah ke atas kamu...

Ada dengar-dengar [baca-baca actually], Indonesia dilanda salji. Secara harfiahnya, [ada kaitan ke guna perkataan harfiah tu kat sini???!], jika Indonesia iaitu negara beriklim Khatulistiwa mengalami salji, bermakna itu bukanlah sesuatu yang normal. Salji sepatutnya hanya ada di negara 4 musim.
Untung la pokok pisang tu... Dapat rasa salji. Ehehe,.

Tetiba ada jiran blogger [akubahrain.com] buat entry yang bagitau berita pasal Indonesia turun salji tu hanyalah palsu. 

Walaupun aku tau, jika turunnya salji di Indonesia, beerti.... hari pembalasan semakin hampir, tapi harus aku mengaku kat sini yang aku kecewa. Sebab kalau Indonesia turun salji, tak mustahil Malaysia pun boleh turun salji. Dekat kan. Kata jiran kan. Kalau Malaysia turun salji, boleh la aku main salji, feeling macam Yoo Jin dalam Winter Sonata. Sambil naik beskal kejar mengejar dengan Jun Sang aku di bawah deretan pokok kat Jalan Gasing. Perghh.... Perghh... Bahagianya ku rasa.

Tapi kalau betul Malaysia nak turun salji, nak sehari je. Nak rasa je. Takmo le lama2 sampai air paip pun beku. Nanti syusyah la shaye nak mandi. Lagipun ramai org yg dok negara salji kata tak best sejuk2 sangat. I percaya itu. Huhu. Aku cuma nak rasa sekali je. Ala boleh la boleh la. Nak gi oversi, lambat lagi la. Kena tunggu nak tunaikan haji baru pegi.

Okay, semua tu tak mungkin berlaku[salji turun]. Jabatan Meteorologi pon dah keluarkan statement yang walaupun cuaca sejuk kat Malaysia, tapi salji takkan turun. Cess... Makan cendol je la balik karang.




23 January 2014

Misi Mencari Acuan Telur Comel

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku suka bajet macam aku ni orang Jepun. Boo!! Kalau makanan nak buat yang comel-comel kalau boleh. Masa baru kawen dulu, aku rajin jugak potong sayur carrot buat bentuk bintang la, bentuk hati. Feeling macam dalam telenovela la kan. Sekarang takde masa dah nak potong bentuk-bentuk ni, kalau anak dah peluk kaki time aku masak. Semua nak buat cepat2 asal boleh je. Lagi haru selalunya sayur pon dah tak masak dah sekarang. Masak lauk utama je.

Nak diikutkan memang tak sempat nak berseni-seni kat kat dapur, tapi minat tu tetap tak padam. Tu sebab aku nak cari egg mould atau acuan telur yang comel-comel bentuknya. Selain dari gunakan untuk goreng telur, boleh juga guna untuk buat pancake yang aku suka makan tu. Semalam aku dah google, jumpa satu website ni, BentoCraft. Ya ampun, comel-comel sangat tools yang dijual kat situ. Macam-macam jenis. Acuan sosej, acuan telur rebus, acuan pancake, acuan nasik. Shommelllll shangatshangat tau. Aku terus je rasa tak sabar nak tunggu Luth masuk skolah, aku nak buat Bento kat dia. Tu pon kalau dia ikut perangai papa dia, suka dan tak segan bawak bekal gi skolah. Kalau dia mengikut aku, dulu aku malu nak bawak bekal gi skolah. Hishh... perangai tah hapa2 masa kecik. Tak pandai nak hargai bekal yang mak nak bagi. Satu lagi ada aku jumpa kat Facebook. Acuan Telur Comel. Harga dalam 20an. Yang acuan silikon kat Bento Craft dalam RM6.00. 
Ini sauce container. Comelnya.

Boleh le buat telur bentuk comel2. Baru semangat nak makan. *tak comel pun selera kus semangat ni, kalo comel double la kussemangat dia.


Bayangkan pagi-pagi, buat nasi goreng, pastu buat bentuk beruang, bagi Luth bawak bekal... Sampai skolah, dia berlari dengan bekas bekal tu, bila buka bekal time nak makan, Bento dah jadi Beto Khusyairi. Huhuhu... Tutup muka.
Ko mampu?


Sebelum aku beli online, aku nak gi cari kat Daiso IOI Mall dulu. Kot-kot ada jumpa yang best-best kat situ, boleh la aku beli. Harga satu mesti la lime hingget je. Kalau dah confirm kat Daiso takde jual tu, baru beli online.



22 January 2014

Bila Naluri Fitrah Itu Dicabut

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku, kalau anak aku menangis yang aku tahu nangis dia tu sebab kesakitan, aku pun akan rasa nak nangis. Aku kesian sebab dia kecik, dia tak mampu nak bagitau dia sakit kat mana. Sebab dia kecik. Dia bergantung kepada aku. Dia tak mampu tanpa aku, tak berdaya nak selesakan diri sendiri.

Orang Tu Yang Jahat

Korang mesti dah baca tentang kes pembunuhan kanak-kanak yang terjadi di Paka, Kemaman. Sebaknya hati aku bila tertengok gambar gadis kecil tu terbaring dengan darah berlumuran dan pakaian yang terselak ke atas pinggang. Aku terbayang, gadis kecil itu menangis kesakitan, merayu minta dilepaskan. Tapi si orang jahat terus je menyudahkan 'tugas' dia. *nangess*. Aku cuma tak dapat bayangkan sengsara yang gadis kecil itu hadapi di saat-saat terakhir nyawanya melayang di tangan si penjahat. Hoi penjahat!! Tak adakah belas kasihan kamu???!



Mak Ayah Pun Sukar Difahami

Banyak kejadian kematian yg melibatkan kanak-kanak berlaku di negara kita ni berpunca daripada kecuaian mak bapak. Aku selama ni, memang tak pandang negatif kepada mak bapak yang secara tak sengaja menyebabkan kematian anak mereka. Ye, aku tak salahkan mereka. Sebab bagi aku, mereka manusia. Memang biasa cuai. Kadang- kadang aku pon cuai. Cuma kecuaian mereka menyebabkan mereka kehilangan anak mereka. Waktu tu, aku fikir, tak mungkin ada mak ayah yang sengaja nak biar anak mereka menerima musibah.

Tapi dalam aku bersangka baik tu, banyak pulak aku baca pasal mak ayah yg biar je anak dia yang masih kecil main kat luar pagar, sendirian. Bila orang hantar anak ke rumah, mak dia boleh cakap "dia memang macam ni". Pastu muka tak risau langsung, terus je masuk umah semula tanpa membuka pintu. Dibiarkan je terus anak tu kat luar. Tak baca surat khabar ke korang ni? Tak tengok berita ke? Paling tidak pun, tak ada ke jiran-jiran atau kawan yang sampaikan berita jenayah sana sini berlaku kat Malaysia ni kat ko? Tak tau ke Malaysia ni bahye? Haiyo.

Aku bila dah dengar macam gitu, mula la aku terfikir.... Orang beranak ni untuk apa? Serius aku jadi keliru. Kenapa ko nak beranak kalo ko taknak peduli, kisah dan jaga anak ko? Sedih aku bila fikir nasib anak yang terabai oleh ibu bapa sendiri ni. Sedangkan betapa ramai orang yg nak anak dan sanggup sayang anak tu dengan lebih baik. Allah jualah yang tahu, kenapa Dia anugerahkan anak kepada orang yang tak sayang anak, tapi tak berikan anaka kepada orang yang betul-betul menghargai anak. Betul betul hanya Allah yang tahu rahsianya.

Tentang gadis kecil ini, sedikit masa lagi, rakyat Malaysia akan lupa tentangnya, termasuk aku juga. Tapi orang jahat tetap jugak tidak pernah berhenti melakukan jenayah.....




20 January 2014

Pengalaman Pertama Luth Mandi Kolam... kecepurrr....

Sejahteralah ke atas kamu....

Cemas je muka, takut air memercik ke muka.

Pastu pandang kiri kanan, tengok orang tu, tengok orang ni. "Anehnya tempat ni. Bakpe ramai orang terjun dalam air ni", kata Luth di dalam hatinya.

Kolam renang rakyat kebanyakan di Kompleks Kejiranan Presint 11. Waktu pergi ni dah jam 6 petang.

Kaki tu tengah excited tu, menendang-nendang. Tapi muka, maintain kontrol jambu.

Pelampung INTEX ni ada tali kat belah dalam jadi baby boleh duduk dalam tu dengan selamat tanpa meluncur ke dalam air. "Hai everyone. Rambut saya macam Chucky".

Ini kali kedua pergi kolam renang rakyat kebanyakan di Kompleks Kejiranan Presint 16 pulak. Kolam dia kecik je, tak sebesar kat Presint 11. Tapi 2-2 kolam cantik. Yang ini siap ada air terjun lagi daripada boomboom.

Mama dan papa lupa nak bawak pelampung Luth. Nak tak nak, papa kena la pegang sampai lenguh tangan. Ko bayangkan macam ko pikul kampit beras 8 kilo, dalam kolam selama sejam. Perghh... Kampit beras takpe lagi sebab tak bergerak. Ini budak bergerak2, hehehe... Papa memang hebat.

Sambil mandi, sambil mata mencari mama. Bila tak nampak mama je sedih. Bila mama panggil, suka kemain. Ish anak mama dekomei ni.

First time pergi kat Presint 11 tu, tak sampai sejam pun. Dah petang pun waktu kami sampai tu. Luth pun macam terkena kejutan budaya kejap. Sessi petang tu dari jam 5 ptg sampai 7 malam. Kami sampai pun dah kul 6.10 ptg. sekejap je la.

Second time pergi kat Presint 16 pulak waktu pagi. Dalam kul 9.30 macam tu. Sessi tu sepatutnya 2 jam dari jam 9 pagi ke 11 pagi. Tapi bila masuk sejam je duk dalam kolam, Luth dah sejuk terketar2 bibir. Comel sangat. So, tak cukupkan 2 jam pun. Bayaran sama je, untuk 2 jam RM2. Muroh je.

Lepas mandi kolam, bila balik tu, budak Luth ni bantai tidur je. Mengantuk sangat gayanye. Macam la dia yang kena dukung papa. Kalo kena dukung papa tu logik gak nak mengantuk sampai macam tu sekali. Papa kan tak kurus. Muehehe... Peace papa Luth. Papa Luth encem. 

Seperti yang aku dah jangka, Luth mungkin akan selsema atau demam lepas mandi kolam. Tepat sekali. Ada la selsema sikit, tapi sebelum sempat melarat, aku dah bagi dia makan madu 2 kali. Bagi guna syringe macam bagi ubat. 1.5 ml je. Kemudian, mandikan je macam biasa waktu pagi dan petang, lepas mandi sapukan vicks untuk baby yang penutup pink tu siap2 kat dada dan hidung. Alhamdulillah, Luth sihat, tak jadi demam walaupun ada rasa dedar skit mula2.

InsyaAllah nak jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti mingguan sampai Luth pandai berenang. Mama memang takkan mandi sama2 la. Sebab mama segan. Kolam tu bercampur lelaki dan perempuan. Kecuali la nanti papa Luth nak belanja mandi private pool kat Grand Lexis Garden Terrace. Peace papa Luth, peace....

Ada satu hadis ni, berkenaan dengan larangan wanita mandi di tempat mandi awam;

Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu ‘anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi tanpa mengenakan sarung penutup aurat. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia membawa masuk isterinya ke tempat mandi umum. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia duduk di meja hidangan yang disuguhnya khamr di atasnya. [Hadits hasan, riwayat at-Tirmidzi (2801) dari jalur Laits bin Abi Sulaim, dari Thawus, dari Jabir r.a.] ~dicopypaste daripada blog Kerana DIA oleh En Muzir.

Kalau mengikut hadis ni, wanita takleh pergi pun ke bahagian mandi awam seperti kolam, sungai, pantai, taman tema air dan sebagainya sebabbbb.... walaupun wanita tu tak mandi, tapi orang lelaki yg mandi kat situ nanti tak tutup aurat akan ternampak la juga yang haram. Huhu.



17 January 2014

Persediaan Berenang Untuk Bayi

Sejahteralah ke atas kamu.....

Kata je berenang, tapi sebenarnya berkubang je dalam kolam. Orang Malaysia payah skit nak ajar anak berenang, betul tak? Kalau ada pun masih lagi dalam golongan minoriti. Mana taknya, banyak sangat pantang larang. Tersampuk hantu air la, jin ikut la, takut kembung la, macam2. Tak mengata orang la, aku sendiri pun tak yakin sangat bila mat azgul kata nak ajar Luth berenang start umur 3 bulan. Tengok tengkuk lembik je lagi, tak confident la aku. Padahal omputih selambe je campak bayi kecil mereka ke dalam kolam renang. Menurut teori, bayi lagi senang belajar berenang sebab paru2  mereka masih lagi di dalam mode 'air ketuban'. Gitu la serba meleretnya muqadimah aku.

Rasa dah makan sebulan jugak aku dan mat azghul plan nak bawak Luth berenang. Ye lah, Nabi Muhammad pun menggalakkan kita ajar anak kita berenang, berkuda dan memanah. Jadi, sementara Luth kecik ni, ajar la berenang dulu. Dah besar skit baru register dia masuk kelab menembak. Atuk Luth bekas polis tau, penah aktif dalam sukan menembak. Atuk Luth kata, kalau nak latih dia supaya menembak dengan tepat, kena la selalu suruh dia pumping. Haaa.... Siap la ko Luth, mama tak sabar nak dera Luth ala-ala askor *capai rotan pastu pukul tapak tangan sendiri sambil buat muka komander dalam iklan Dequedin*.

Minggu ni, insyaAllah nak bawak Luth pergi mandi kolam kat Putrajaya. Pergi kolam awam je la kita. Memang ada aku baca pasal pusat untuk bayi belajar berenang kat Damansara. Satu sessi dalam Rm35 (betulkan aku kalau info ni salah). Aku sanggup je bayar, demi anak la katanya. Tapi aku fikir, tempat tu exclusive. Aku sedar diri aku kat mana. Dan aku pon nak Luth membesar dalam suasana seperti rakyat kebanyakan, maka aku akan pilih yg paling marhaein sekali utk dia. Untuk pergi berenang dalam bahasa tersiratnya, mandi kolam ni, aku dah prepare beberapa alat bantuan berenang untuk Luth. Let's che...che...chec....checkidautttt...


Aku mudah sangat beriya, siap beli diaper utk kegunaan dalam kolam. Punye la aku risau kalo anak aku berak dalam kolam. Takut nyusahkan orang je. Sekali kawan2 aku kata takyah pakai pon takpe. Hehe. Sengal je aku nih.

Baju mandi ni aku beli online. RM15 je. Kalau swim suit yg branded aku tgk, harga dalam 59.90rm. Jenama ogival. Yang aku beli kat Luth ni jenama cap cina. Keke. Asal boleh je aku ni. Bukan nak good-good sangat.

Seluor kecik ni longgar dgn luth. Aku jahit kat sisi kiri kanan tu bagi kecik.

Tak pasal2 pistol buih ni pun aku masukkan dalam list. Yg ni sebagai backup je kot2 luth tak minat mandi kolam ke. Boleh la guna ni sebagai umpan utk dia suka masuk kolam.RM10 beli kat Melaka.
Ini pelampung, atau baby float jenama Intex. Harga RM26 beli kat ebay Malaysia. Aku baru je sedar yg ebay dah ada kat Malaysia.
Itu je la buat masa ni. Aku harap Allah permudahkan untik kami ajar Luth berenang. Selamat le aku tak jumpa kaki itik yg org buat diving tu, kalo tidak aku beli gak tu. Melampau. Hehe.

16 January 2014

Luth Sepuluh Purnama



Sejahteralah ke atas kamu...

Anak soleh aku yang taat kepada Allah, pada Rasul, pada mama dan papanya tu sekarang dah berusia 10 bulan. Waktu ni, bila aku recap balik video Luth masa dia berusia 3 bulan, boleh menitis air mata aku. Apa bleh buat, dah memang aku drama queen. Itu anak baru umur 10 bulan. Kalau Luth dah 10 tahun nanti aku tak bleh imagine drama apa plak yang aku akan buat. Hahahah.

Setakat ini, Luth ini sangat menyenangkan hati, sangat menghiburkan. Dia ada karektor tersendiri yang selalu buat aku melting.  In fact, semua parents pun akan rasa anak dia unik dan paling comel, paling best. Itu memang naluri yang Allah anugerahkan untuk setiap parents. So, jangan pelik le kalau aku asyik nak puji anak aku je, macam le anak aku yang paling comel di alam semesta. Aku rasa aku baru je lagi review perkembangan Luth 9 bulan. Sekarang dah nak review umur 10 bulan plak. Tadah le mata korang untuk baca ye.

Fizikal
Aku lupa nak sukat panjang Luth semalam. Last aku ukur, panjang dia 74cm yang aku pasti berat dia 8.6kg.  Dia ni nampak je halus, tapi badan dia padat, berat. Ramai orang yang dukung dia akan kata gitu.  Rambut masih lagi tak berapa lebat kat belah belakang. Tapi improve berbanding rambut ‘antu kak limah’ dia 3 bulan lepas. Masa umur dia 7 hari dulu, papa dia cukur rambut belakang dia tak habis. Jadi, rambut dari syurga masa dia baru lahir dulu ada lagi. Aku suka cium rambut baldu dia tu. Sebab masih bau wangi macam baru lahir. Rambut lain dah 2 kali dah potong, berganti dgn rambut keras mcm berus sabut dah sekarang.

Gigi.
Dia ni aku tak tau le apa masalah dia, gigi masih belum tumbuh. Kot, dia kurang makan. Aku tengok dia ni, dah lama start gatal gusi. Aku dah beli teething toys kat dia sejak umur dia 4 bulan lagi. Tapi sampai ke sekarang batang hidung gigi pun tak muncul lagi. Kot-kot ini kesan buruk sebab dia selalu jadikan ibu jari kaki aku sebagai teething toy dia kot. Adakah ibu jari kaki aku membantutkan pertumbuhan gigi Luth? Ini misteri yang tidak dapat dijawab.




Aktiviti


seluar sampai senget-senget ke diri.

kalau buat muka gini, mama tak jadi sokmo nak buat2 marah muka serius.
Perkembangan dia sekarang, dah pandai berdiri dan meniti hari.  Pantang ada peluang, berdiri saje dah sekarang. Asal boleh capai, dia main capai je untuk berdiri. Bulu kaki papa pun dia sempat capai untuk berdiri. Tangan kecik je kuis bulu kaki papa. Haiyooo ini budak. Ko bayangkan, muka beriya nak berdiri tu, dengan lidah terjelir sikit je kat hujung. Memang muka menakal. Dia pun dah mula boleh menapak sikit-sikit tapi berpegang la. Tak sia-sia aku sewa Play Wall Fisher Price ni. Ini yang dia paling enjoy nampaknya. Dulu yang Rain Forest Jumperoo dengan BounceBounce Baby dulu dia tak berapa suka sangat. Selalu je nangis kalo aku letak dalam tu.  Dia dah mula pandai bizi main dengan fridge magnet. Fridge magnet mana yang aku rasa sesuai tu, aku pindahkan dari atas ke bawah untuk memudahkan Luth capai. Jadi, aku dah dapat cara untuk buat dia bz tanpa mengganggu aku buat kerja dalam masa yang sama aku nampak dia main dengan selamatnya.

Pertuturan
Masih lagi bertutur dalam bahasa Tibet bercampur bahasa Uruguay. Paling kerap dia akan sebut tetetete.  Sama jugak macam bulan lepas, perkataan yang dia boleh sebut hanya mama, papa dan air. Standard kot permulaan pertuturan bayi macam tu.

Kefahaman
Aku tengok dia dah makin faham apa aku cakap. Bila aku sebut, jom baca buku, terus mata dia pandang pada soft book dia yang aku letak kat rak sebelah TV. Dia ada satu plushie toy Poko Chan yang dapat percuma bila beli Mami Poko. Aku selalu tanya dia, where is poko chan, then dia mesti akan cari melilau pastu bila jumpa poko chan, dia akan tenung poko chan tu lama. Kadang-kadang dia siap pergi amik poko chan tu bagi kat aku.  Terharu sangat aku rasa. Kalau dia main benda-benda yang bukan mainan dia seperti henfon atau remote, aku akan kata, ‘Luth, bagi mama tu, mama nak’. Dia akan lepaskan tanpa menangis. Tu kira dah baik la kot.  Tapi biasanya aku bagi je dia main remote. Sebab aku tau dia akan main kejap je. Gile boring permainan remote tu kot. Hahaha. Kalau aku suruh duduk, dia boleh duduk. Kalau aku kat dapur, dia datang pastu dia nangis nak dukung, aku akan ajak dia pegi ruang tamu tapi aku tak ambil dia. Aku ajak dia datang kat aku. Aku agak kejam, tapi aku memang suka dan terharu bila tengok dia datang kepada aku dengan penuh bersungguh-sungguh. Aku hanya tunggu dan hulurkan tangan tanda aku nak dukung dia. Biarlah dia berusaha skit. Lagipun aku bajet macam berlakon iklan susu formula plak bila buat aksi gitu. Kehkeh.

Panjang
Panjangnya entry ni. Aku harap korang sudi la baca pasal hal ehwal anak aku yang lebih kurang sama je dengan anak2 lain. Perkembangan anak-anak memang macam ni, tak de beza jauh betul tak. Tapi kasi can la kat aku yang excited nak bergossip pasal anak sendiri ni. Baik, meh sambung lagi. Haihhh ada lagi rupanya. Apa, korang ingat dah habis ke? hahah.

Karektor
Kan aku ada kata yang karektor dia ni selalu buat aku melting. Kadang2 aku ketawa bila tengok perangai dia ni. Memang mengarut macam papa dia. Hahahah. Selambe aku petik nama papa pulak. Padahal mama pun sama je merepeknya. Luth ni, bila dia mengantuk, kalau ko agah dia, dia akan ketawa melampau sampai hilang suara, memang over sangat. Suara Eric Tsang dia pun muncul.

Biasanya bila aku nak susukan dia, aku akan baca doa makan kuat-kuat bagi dia dengar. [takde la kuat sampai menjerit tu, Cuma kuat untuk dia dengar je la.]. Dia ni kalau dia nak susu pun dia boleh lagi bersabar. Aku biasanya tahu dia lapar sebab aku rasa susu aku dah banyak. Time tu, bila aku tanya dia, ‘Luth nak susu?’, dia akan terus ketawa. Maksudnya betul la tu. Sama jugak kalau dia dah lama sangat tahan lapar, dia akan merengek, bila aku mula letak dia baring kat tilam, pastu aku mula baca doa, dia dah ketawa dulu. Dia dah faham dah habuan dia akan sampai sekejap lagi. 

Sekarang ni, dia dah pandai menangis nak ikut papa. Dulu sentiasa sedih kalau mama takde. Pastu sensitive dengan perkataan bye. Kalau org say goodbye dia mula la nangis. Over sungguh.

Dengan orang dia nak je dukung. Tak kira le sape. Mungkin kat umah nenek dah biasa ramai orang.

sesuka hati je dia ni dok melepek kat bahu orang.


Pakaian
Aku suka pakaikan Luth dengan baju baby yang berwarna putih sejak dia lahir lagi. Walaupun peringkat ni dia kuat merayap dan akan kotorkan baju dia, pastu airliur asyik selebet je yang akan kena baju dan membuatkan baju bertahik lalatun, aku tetap suka dia pakai baju putih. Sebab bagi aku, baby sangat comel dan nampak suci bila pakai baju putih. Nanti dia dah besar, baru aku akan pakaikan baju yang color terang2. insyaAllah. Ada satu seluar panjang yang aku baru je pakaikan 2 kali kat dia, hilang. Then sepasang baju tolly joy long sleeves warna putih yg ala-ala kpop pun hilang. Tak tau mana pergi. Aku dah la sayang kat 2-2 baju tu. Huhu... kalau ikutkan nafsu aku, nak je aku pegi beli lagi sekali baju dan seluar tu. Tapi, tak baik pulak. Dah hilang tu maknanya setakat tu je la Allah bagi kami pinjam baju tu.

Kalau diikutkan, banyak lagi aku nak cerita. Tapi aku nak taip pun bosan, inikan pulak korang yang baca. Jangan salahkan shaye kalau mata uols berpinar. Itu je la kisahnya.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...