Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku ini....
Ada sekali tu, saudara aku datang ke rumah. Mereka satu family singgah di rumah aku sebab mereka ada urusan di kawasan berhampiran. Berlabuh je punggung mereka di ruang tamu rumah aku, salah seorang daripada mereka menegur bila nampak section mainan Luth, "Ini je ke mainan Luth?". Kemudian dia sambung lagi, "Kalau mainan D [nama anak dia], takyah cakap la, berlambakkkk". Gayanya seperti sangat terkejut. Aku pulak, terkejut sebab dia terkejut. Jadi kami sama-sama terkejut.
Terus terang aku tunjukkan, mainan Luth hanya ini...
Mainan yang canggih-canggih ada muzik, lagu-lagu dan elektronik macam ini, orang bagi. Aku tak mampu nak beli mainan canggih untuk Luth. Lagipun aku berkira juga nak beli benda-benda macam gini.So, bila ada orang sudi nak hadiahkan mainan yang best-best macam ni kepada Luth, aku tersangat la lompat bintangnya.
Aku beli hanya soft toys, bola dan educational toys. Yang paling mahal ialah wooden blocks ini, harganya RM53.
Yang ini pula puzzle, Pintar Belajar. Walaupun dia tulis kat kotak tu, sesuai untuk umur 4 tahun, tapi aku beli je la. Harga dalam belas-blas ringgo. Kemudian yang kotak ada tulis fruits tu ialah flash cards. Then buku cerita. Setakat ni, aku nampak kecenderungan Luth untuk menyusun puzzle. Gaya tu dah ada, bila dia tekan-tekan puzzle tu pada acuan gambar tu. Cuma belum boleh susun lagi la.
Ini pula Mad Art. Dapat non-permanent marker dan buku yang permukaannya licin, nanti boleh padam balik lepas lukis. Yang ini pun sesuai untuk 3 tahun ke atas, tapi aku bagi je anak aku conteng tak tentu hala. Biarkan. Pendedahan awal katanya..
Lepas tu, ni haaa, ntah apa benda nama dia. Yang boleh tulis2 lepas tu hilangkan balik tulisan tu dengan menarik pelaras kat bawah tu. Aku suka benda ni. Tulisan tu terhasil daripada serbuk magnet halus yang tertarik oleh pen yang hujung matanya besi. Murah je ni aku beli kat Mydin, Kuantan. RM6.90 je kot. Biasanya kalo aku tulis ni tunjuk pada Luth, aku tulis nama dia, Lam Wau Tho. Lam Wau Tho. Lam Wau Tho. Pastu aku lukis sambil nyanyi lagu, "bulat kecil bulat kecil jadinya besar. Sayang mama, sayang papa senyum selalu". Alaaa.. lagu anak beruang tu. Mesti korang ingat kan?
Ini je la mainan Luth yang ada. Normal ke mainan dia ada banyak ini je? Nampak macam sikit ke? Aku rasa, ini pun dah banyak kot. Huhuhu... Adakah aku ni seorang emak yang membosankan sebab tak belikan banyak mainan untuk anak aku? Ada satu teething toy Luth yang aku beli, warnanya putih jernih dan berbentuk beruang panda. Memang fungsi dia untuk dia gigit ajelah. Bile biras aku tengok mainan Luth tu, dia kata, 'mainan apa ni? Macam boring je'. Heheheh... Nampak tak betapa boring nya pemikiran aku nih.
Setakat ni, mungkin sebab aku jarang keluar ke tempat-tempat yang ada jual mainan maka sebab itu aku jarang membeli mainan untuk Luth. Dan kalau ada terjumpa pun tempat yang jual mainan, let say tepi-tepi jalan, aku macam takde perasaan pun nak beli untuk Luth. Sebab nampak macam permainan yang tak berfaedah je semua tu. Hahahah.. Jangan marah ye mak-mak sekelian. Itu aku le. Dah aku ni kan jenis yang pemikiran boring. Bukan aku berkenan sangat nak beli pistol atau kereta lumba untuk anak aku. Sebab Luth ni, lastttt sekali karang, mangkuk dengan sudu jugak la yang dia akan main paling lama. Botol kosong, cawan plastik, beg susu mama pun dia suka. Terbaru, hobi dia ialah selongkar purse mama yang ada berkepuk-kepuk duit dalam tu [sangatttt..*mata terbuntang]. Abih belaka kad-kad dalam tu dia bawak keluar. Cari mende ntah. Nak cari bukti yang dia tu anak angkat ke. Aku dah berapa kali kabo ke dia, dia tu anak kandung aku. Ok. Over.
Luth pun setakat ni, kalau tak sengaja lalu di tempat toys, memang dia ada pegang apa-apa yang dia berkenan. Aku bagi dia pegang kejap, bawak pusing-pusing kejap, lepas tu aku suruh dia 'simpan, simpan'. Dia rela ke tak rela, setakat ni aku tengok dia masih patuh cakap aku. Harapannya semoga berterusan dia patuh begitu.
Terbaru, aku baca blog siapa ntah yang orang share kat FB, dia tunjuk anak dia main kanta pembesar ni. Kemain aku gelepor pegi contact penjual tu untuk beli. Aku ni nak anak aku explores this world dengan penuh curiosity, maka aku bagi le dia kanta pembesar sebijik. Dengan harapan, senang nanti dia nak kaji semut. Boleh dia skodeng kaki semut tu ada berapa.
Pastukan...pastukan...bila Luth dapat je kanta ni, wahhh kemain suka lagi dia. Aku ajar dia tengok jari, besar kecik, besar kecik.... Aku sangka dia faham.. Rupa-rupanya dia tak faham lagi. Hehehe... Yang dia suka sangat tu, bawak ke hulu ke hilir, dia hayun je kanta tu macam reket. Okay, mekasih ye Luth. Pandai menghargai walaupun salah kepenggunaannya.
Dahhhh... Kupai.
kira oklah tu dak
ReplyDeletebanyak pun bukan semua main
saya pun tak ada mengajar anak beli apa yang diroang nak
so saya tak ada masalah setakat lalu tempat mainan sebab diorang tak akan minta
lagipun yang penting sifat explorer anak tu dari mengadap gajet semata
Okla tu..banyak sangat mcm taska pulak. Yg penting luth sukakanya dan boleh bermain sambil merangsang minda..
ReplyDeleteStill ok drp mainan aish..
ReplyDeleteKlu aish lori kereta je..
Yg educational punya dh hncur lebur sbb aish kasar..suka bling2 brg kekdahnya..hahaha
lg banyak dari apa yg zharif ada.haha, bukan takmau beli.cuma beli yang paling rasa okay.tp idea kanta tu macam tertarik sgt.mau nye esok lusa p cari kanta.tengok keterujaan dia macam mana.hehe
ReplyDeleteMacam terlebih banyak lah tu....Anak2 saya masa kecil2 dulu lebih minat dengan kereta, bas, lori, motor dan benda-benda berinjen lain. Patutlah bila besar, belum cukup umur mereka dah minta belajar memandu...
ReplyDeleteok lah tu...saya pun paling mahal rsnya blikan basikal utk dia..dlm rm100 gak lah..yang lain2 banyak mak saudara dia yg bagi..tapi kalau belikan dia sesuatu yg boleh buat minat dia nak belajar memang saya tak berkira...utk perkembangan iq dia juga..
ReplyDeletesalam perkenalan dan jemput singgah blog saya....;-)
dah banyak la tu..anak aku takmo mainan sgt pon..habis dia selongkar benda lain buat main ada la..mainan bg kat dia setengah jam je pastu boring lah..aku pon boring nak belikan..hahaha
ReplyDeleteMasa anak sorang...mainan anak koi lahi sikit drpada mainan Luth tu...
ReplyDeletebila dah ada beberapa orang...dan dah pandai minta...
barula ada byk sikit mainannya...
Oh, mainan anak I banyak juga tapi semuanya tak berfaedah. Huhuhu.... Yang berfaedah macam educational books ke apa, semua dibuat santapan harian ataupun kapal terbang jelmaan. Lunyai semua...
ReplyDeleteAnak I ni rasanya cam nak jadi engineer...habis semua benda dikaji lepas tu diterberaikan. Nangis-nangis tengok duit 'gone with wind' bila tengok mainan dia ....
eh mainan luth ni dah lagi banyak dari jj dulu, and i pun tak beli menan2 dia...mostly orang bagi, sekeng ker third hand ker....doesnt matter. tu pun I sorok kebanyakannya, stress ah tengok mainan penuh lantai.
ReplyDeleteOk lah ni. Tapi saya suka tengok mainan bebudak. Kekadang buntang biji mata nengok mainan budah yg sgt mahal reganya.
ReplyDeleteAgatha Christie pun sama - masa kecil dia tak ada banyak mainan - dan perkara ini buatkan dia ada imaginasi yang tinggi sampai jadi penulis buku yang popular.
ReplyDeleteContohnya - seorang cucu Agatha mengadu bosan kerana tiada kawan bermain & tiada alat mainan.
Jawabnya ; "Awak boleh main seorang diri!"
Cucu tu bertanya ; "Macamana, Granma Agatha?"
Terangnya lagi ; "Awak lukis gambar seekor burung. Kemudian gunting lukisan itu. Kemudian lukis pula gambar sarang burung. Kemudian gunting gambar sarang itu. Sekarang masa bermain - bayangkan burung itu terbang cari makan, dan kemudian balik ke rumahnya di sarang itu!"
Orang tu terkejut??saya lagi terkejut sebab banyak dah nih..saya terkejut sebab dia tanya macam tu ..amboi..Luth tu besaq mana nak mainan sampai segudang...kalau nak tau mainan Mikhail cuma 7 biji kereta je..yang kat luar basikal sebijik dan yoyo car..itu je..tunggu la besaq sikit,dia dah pandai mintak nanti baru beli..masa tu mula nak ngelak kalau bertembung kedai mainan.hheheh
ReplyDeletetengok mainan Luth baru dapat idea nak belikan mainan buat amsyar.. mesti ada yang terkejut besar kan..hihihi..
ReplyDeleteTak yah belikan banyak sangat membazir jer .....nanti sok luth dah besar pandai le dia mintak mainan yg di suka. Kat rumah ni yg suka layan belikan mainan ayah dia....nak harapkan okje mmg idaklah teman hehe
ReplyDeletebanyak tu mainan luth . klu my anak buah , bila mainan musnah barulah mamanya belikan yg baru ...
ReplyDeletekiranya saya pon ibu yang membosankan sebab tak belikan anak mainan banyak2..
ReplyDeletemain periuk belanga ibu je la eh...
bnyk gak tu idak la sikit.....mainan bnyk pon kang ibu nya gak yg kena kemas kan hehhe...
ReplyDeleteokhe la 2... biar xbanyak tapi berfaedah... lagi pn jgn ajarkan sangat membelikan brangan mainan nih.. t dia besar sikit pantang lalu tmpt mainan mesti nak kan... lagi satu klu banyak mainan kesian lak dekat maknya nak kena kemas.. hehehe
ReplyDeleteok kot lyd...
ReplyDeletexperlu byk2 rasanya..biar dia main/belajar dgn mainan tue smpai cekap...
yg plg byk sy beli..itulah board putih yg boleh tulis dan padam tu..rosak ja beli..rosak ja beli hehehehe...
tp dr pemerhatian sy..qisya lbh suka mainan masak-masak...
walaupon xbyk tp tetap ada faedahnya..
ReplyDeleteXde yg pelik. Main Aus apa yg kakaks dgn abang dia main itulah mainan dia. Sepanjang dia setahun nak msk 2 bln ni dia cuma ada bola je. Itu pn sdhnya dia rembat bola abg dia yg bsr. Pensil kakaks dia. Haha...
ReplyDelete