Skip to main content

Hari Telur Sedunia.... Pun Ada?

Sejahteralah ke atas kamu...

Macam-macam le manusia ni nak celebrate. Hari telur sedunia pun nak sambut. Huhu. Bilakah sambutan hari telur sedunia? Jawabnya ialah pada hari Jumaat minggu kedua di bulan October.


Sempena dengan Hari Telur sedunia ni, mari sini aku nak kongsi beberapa kaedah yang menakjubkan yang kita boleh manfaat dengan telur.

1.  Syampu - nak dapatkan rambut yang anjal dan bersinar? Campurkan telur kuning dengan madu, jus lemon dan minyak zaitun... Sapu pada rambut. Selepas 10 minit bilas. Lagi lama lagi bagus.

2.  Gam - Kalau kat rumah tak ada gam, boleh gunakan putih telur. Untuk projek sekolah anak pun lagi selamat kot guna putih telur ni sebagai gam sebab non-toxin.

3.  Penyubur Tanaman - Pekebun-pekebun, air yang digunakan untuk rebus telur boleh digunakan untuk siram pokok-pokok tanaman kamu. Boleh membantu menyuburkan tanaman u know. Kulit telur pula, boleh digunakan sebagai baja. Caranya, hancurkan kulit telur dan taburr...taburrrkan ke tanah.. Biar dia jadi baja kompos.

4.  Menghindarkan Siput dan Lintah Bulan - Kalau kebun kamu selalu dikunjungi siput atau lintah bulan yang boleh merosakkan tanaman, boleh gunakan serbuk kulit telur untuk mengusir atau menghapuskan mereka. Rasa serbuk kulit telur yang tajam-tajam itu boleh menyukarkan pergerakan siput dan lintah yang bergerak menggunakan kaki berlendir itu.

5.  Masker Wajah - Yang aku selalu buat dulu, housemate aku ajar. Guna putih telur, sapu ke seluruh muka kemudian tampalkan selapis tisu muka pada setiap permukaan yang kita sapu dengan putih telur tadi, biarkan mengering dan bila nak tanggalkan tu senang sebab ada tisu muka yang dah mengeras sekali dengan putih telur tadi. Nanti akan tertanggalkan segala sel kulit mati dan blackheads dan whiteheads. Best sangat tau.

Ada lagi cara lain untuk manfaatkan telur ni. Aku dah tak berapa nak rajin tuliskan kat sini. So, kalo nak baca, boleh direct to this page Happy World Egg Day.

Comments

  1. nice tips.. tq for sharing :) salam perkenalan ^_^

    ReplyDelete
  2. hehe...saya baru tahu pasal hari telur ni
    apapun nice sharing =)

    ReplyDelete
  3. Mujurlah telur ayam...kalau telur lain...? Maklumlah mat saleh ni kadang-kadang terlebih kreatif dan gila...hehehehe...

    ReplyDelete
  4. mcm2 je depa ni kan hahha ;) hari telur ;p

    ReplyDelete
  5. Ada jugak erk. Baru tau. Masker tu dulu selalu buat. Campur ngan limau nipis. Tapi sejak jadi #makbanyakanak ni dah jarang buat.

    ReplyDelete
  6. Bunda pun baru tahu...ishh! macam2 hari...

    ReplyDelete
  7. wow, baru tau jugak ni.telur ni la antara makanan paling murah dan berkhasiat..faberet hero2 ku..haha..nak masak pon sonang (^_^)

    ReplyDelete
  8. ada jgk yea hari telur sedunia,biasa tgk tomato je org putih main baling2 sampai berlori2.

    ReplyDelete
  9. dulu rajin wat masker telur...itu dulu waktu anak dara..skrg byk guna utk masakan hahaha nmpk x perubahan seiring usia..

    ReplyDelete
  10. sayapun baru tahu..
    banyak juga manfaatnya telur ni kan.. ^_^

    ReplyDelete
  11. lagi satu telur pun kena hati2 jgk kulitnya tu..ianya makanan jin so jgnlah letak merata2 yer ..ingatan tuk kita seme..:)

    ReplyDelete
  12. Patutllah hari tu rasanya OKje bukan main lagi masak telur.... ada yg buat separuh masak, ada yg goreng dgn roti...rupanya hari depa hihi

    ReplyDelete
  13. Baru tahu ada hari telur sedunia rupanya. Kalau sebelum tarikh sambutan baca entri ni, nak je I manfaatkan dengan masak segala menu menggunakan telur. Biar muka macam telur je seisi rumah. Macam-macam sambutan ada ye.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya