Sejahteralah ke atas kamu...
Hobi aku menjahit. Suami aku pulak menyokong dan beri dorongan untuk aku menjahit. Itu aku memang sangat suka dan sangat berbesar hati sebab suami aku faham dan menyokong. Memang aku dah buat perjanjian dengan suami aku, bila aku menjahit, suami aku akan tolong layan Luth. Aku tak kata 'jaga' tapi 'layan', sebab takde benda yang nak perlu dijagakan sangat pun pada budak sekenit itu semasa berada di dalam rumah. Tapi perlu layan je sebab karang kejap hekkkk sana, sekejap hekk sini. Kalo sekejap hek, sekejap hek, dah tu bila jahitan aku nak siap kalau takde orang lain yang layan dia, kan?
Ini kisah malam tadi. Aku menjahit. Suami aku layan Luth. Tapi korang tau je lah kan... Anak-anak ni, berapa lama sangat dia nak duduk dalam jagaan papa dia? Setiap 10 minit terkedek-kedek datang kat mama. Pulak tu nampak mama buat sesuatu yang lebih menarik dan interaktif, ada bunyi pulak tu [mesin jahit], lagi la excited nak tau. Suami aku pulak, layan Luth sambil tengok TV. Memang lagi banyak layan TV la daripada anak sendiri. Huhu... Tapi aku takde la nak bengang pun. Aku nak expect lebih-lebih pun tak boleh sebab suami dah izinkan aku buat hobi aku dan menyokong aku tu pun aku dah sangat-sangat bersyukur. Dia dah rela hati nak tolong tengok-tengokkan anak pun aku dah seribu kali bersyukur.
Dalam masa aku menjahit tu, agak banyak kali juga Luth datang kacau aku. Setiap kali dia datang, suami aku akan 'uruskan' dia. Tapi last sekali, bila Luth dah tepu sangat dah semalam, agaknya lama sangat dia tunggu, dia pun dah gian nak pekena trumpet, dia nangis-nangis kat tepi meja. Sambil tangan hulur kat aku nak suruh aku dukung dia. Kesian pulak aku tengok. Nangis dengan muka yang paling sedih sekali, tapi air mata tak keluar. Aku ni pun terus stop menjahit untuk entertain dia.
Bila aku dah berenti menjahit tu, aku tanya dia dia nak apa. Luth pun berjalan terkenit-kenit menghala ke dapur. Aku pun ikut belakang dia. Aku ingat dia nak tunjuk balang keropok. Sekali bukan. Dia terus berjalan menghala ke bilik tidur. Aku follow je dia. Sampai kat katil, terus dia panjat katil. Ooooo... kisahnya dia nak ajak aku tidur. Aku terus ketawa sebab macam comel je berjalan pergi katil sendiri. So, aku pun angkat dia letak atas katil. Bila dia baring je kat katil, dia jerit panggil, Biiiiiii....... Biiiiiii..... Biiiiiii.... Dia panggil papa dia dengan 'Bi'. Yang aku paling nak ketawa bila intonasi dia panggil tu, memang sama dengan intonasi aku panggil suami aku. Haiyooo... Lawan tokey betul anak aku ni.
Sejak dia dah pandai berjalan ni, perangai dia... haiii... macam-macam.
Comelkan? Heheheh! Mcm tulah Aydin ms baya Luth dulu. Tp makin bsr, makin kena kuat sabar. Mommy yg nanges!
ReplyDeleteeh,,macam aish sikit2 la..swh dokong n ajak boom sebab nak bf...huuuu...
ReplyDeletetapi nasib baik xajak abah dia sekali..hahahhaa
ahah comel betul si Luth ni
ReplyDeleteanak kecil memang inginkan perhatian lebih
:)
Wah, ada persaingan nak merebut perhatian ni! Hiks...dipanggilnya bapaknya Bii...kelaslah Luth. Belajar dengan mamanya jugakan... Anak I dulu ditanyanya kat kita kenapa panggil 'Dear'? Daddy bukan 'mahal' pun.... Pastu kalau terpanggil 'sayang' ke ditanya balik kenapa ubah panggilan. Siap suruh Daddynya panggil Mommy 'Honey' lagi macam dalam cerita kartun favoritenya!
ReplyDeletehehe...comelnyer panggil papa dia biii
ReplyDeletesiap boleh bayangkan macamana kelakuan dia
hehehe..comelnya bila bayangkan...^_^
ReplyDeletesiap ajak mama ngan papa dia tidur..paling comel siap tiru gaya mama dia panggil papa tidur..hihihi.. :P
hehehee... comel....teringt lak anak buah sy... sebijik
ReplyDeletesama la jugak dengan iman.. asal kita menjahit je..dia sibuk nk on kan suis mesin.. .. pastu tunggu sebelah...bila stop jahit,,dia tanya pulak.. "mama..dah? " motif..sebab nk off suis..hahaha..anak2..gitu la depa
ReplyDeleteAlololo...comelnya luth ajak masuk bilik. Macam qhalif klo nak mengemeng+tido mcm tu lah. Ajak baring sambil tepuk bantal 'ying...ying'.
ReplyDeleteheheh..dah pandai cakap tu..macam2 la dia..sama macam Mikhail...kalau kejut kan ayah dia mesti panggil abam..heheh
ReplyDeletehehehe.. terbayang-bayang kecomelan Luth sebut bii.. bii.. :)
ReplyDeletemak borek anak rintik, eh! :)
follow me: syikinmaarop.blogspot.com
terima kasih.
Usia gitu mmg tgh seronok diajak bermain....
ReplyDeleteGunakan masa dgn dia sebaiknya sbb biladia dah besar sikit nnt, you 'll miss this time alot...
Agaknya Luth da biasa dengar uminya panggil Biii...hihi..So cute :)
ReplyDeleteluth..luth..bocor rahsia hehehe..
ReplyDeletealolo cutenya.luth nk tido ye.. pandai dia :)
ReplyDeleteBersabarlah sbb anak br dpt kaki ni mmg mcm2. Kalau Aus ni dh pandai dok dpn sliding. Mula2 ddk je. Lps tu sdr2 dh keluar. Bijak2. Tp mmg btl la. Anak ni kjp je nk dgn ayahnya. Sdhnya crk mak jgk.
ReplyDeleteaku dah boleh bayang kan mcm mana tahan kecomelan anak hang.
ReplyDelete