Skip to main content

Biiiii... Biiiiiiii

Sejahteralah ke atas kamu...

Hobi aku menjahit. Suami aku pulak menyokong dan beri dorongan untuk aku menjahit. Itu aku memang sangat suka dan sangat berbesar hati sebab suami aku faham dan menyokong. Memang aku dah buat perjanjian dengan suami aku, bila aku menjahit, suami aku akan tolong layan Luth. Aku tak kata 'jaga' tapi 'layan', sebab takde benda yang nak perlu dijagakan sangat pun pada budak sekenit itu semasa berada di dalam rumah. Tapi perlu layan je sebab karang kejap hekkkk sana, sekejap hekk sini. Kalo sekejap hek, sekejap hek, dah tu bila jahitan aku nak siap kalau takde orang lain yang layan dia, kan? 

Ini kisah malam tadi. Aku menjahit. Suami aku layan Luth. Tapi korang tau je lah kan... Anak-anak ni, berapa lama sangat dia nak duduk dalam jagaan papa dia? Setiap 10 minit  terkedek-kedek datang kat mama. Pulak tu nampak mama buat sesuatu yang lebih menarik dan interaktif, ada bunyi pulak tu [mesin jahit], lagi la excited nak tau. Suami aku pulak, layan Luth sambil tengok TV. Memang lagi banyak layan TV la daripada anak sendiri. Huhu... Tapi aku takde la nak bengang pun. Aku nak expect lebih-lebih pun tak boleh sebab suami dah izinkan aku buat hobi aku dan menyokong aku tu pun aku dah sangat-sangat bersyukur. Dia dah rela hati nak tolong tengok-tengokkan anak pun aku dah seribu kali bersyukur.

Dalam masa aku menjahit tu, agak banyak kali juga Luth datang kacau aku. Setiap kali dia datang, suami aku akan 'uruskan' dia. Tapi last sekali, bila Luth dah tepu sangat dah semalam, agaknya lama sangat dia tunggu, dia pun dah gian nak pekena trumpet, dia nangis-nangis kat tepi meja. Sambil tangan hulur kat aku nak suruh aku dukung dia. Kesian pulak aku tengok. Nangis dengan muka yang paling sedih sekali, tapi air mata tak keluar. Aku ni pun terus stop menjahit untuk entertain dia.

Bila aku dah berenti menjahit tu, aku tanya dia dia nak apa. Luth pun berjalan terkenit-kenit menghala ke dapur. Aku pun ikut belakang dia. Aku ingat dia nak tunjuk balang keropok. Sekali bukan. Dia terus berjalan menghala ke bilik tidur. Aku follow je dia. Sampai kat katil, terus dia panjat katil. Ooooo... kisahnya dia nak ajak aku tidur. Aku terus ketawa sebab macam comel je berjalan pergi katil sendiri. So, aku pun angkat dia letak atas katil. Bila dia baring je kat katil, dia jerit panggil, Biiiiiii....... Biiiiiii..... Biiiiiii.... Dia panggil papa dia dengan 'Bi'. Yang aku paling nak ketawa bila intonasi dia panggil tu, memang sama dengan intonasi aku panggil suami aku. Haiyooo... Lawan tokey betul anak aku ni. 

Sejak dia dah pandai berjalan ni, perangai dia... haiii... macam-macam.

Comments

  1. Comelkan? Heheheh! Mcm tulah Aydin ms baya Luth dulu. Tp makin bsr, makin kena kuat sabar. Mommy yg nanges!

    ReplyDelete
  2. eh,,macam aish sikit2 la..swh dokong n ajak boom sebab nak bf...huuuu...
    tapi nasib baik xajak abah dia sekali..hahahhaa

    ReplyDelete
  3. ahah comel betul si Luth ni
    anak kecil memang inginkan perhatian lebih
    :)

    ReplyDelete
  4. Wah, ada persaingan nak merebut perhatian ni! Hiks...dipanggilnya bapaknya Bii...kelaslah Luth. Belajar dengan mamanya jugakan... Anak I dulu ditanyanya kat kita kenapa panggil 'Dear'? Daddy bukan 'mahal' pun.... Pastu kalau terpanggil 'sayang' ke ditanya balik kenapa ubah panggilan. Siap suruh Daddynya panggil Mommy 'Honey' lagi macam dalam cerita kartun favoritenya!

    ReplyDelete
  5. hehe...comelnyer panggil papa dia biii
    siap boleh bayangkan macamana kelakuan dia

    ReplyDelete
  6. hehehe..comelnya bila bayangkan...^_^
    siap ajak mama ngan papa dia tidur..paling comel siap tiru gaya mama dia panggil papa tidur..hihihi.. :P

    ReplyDelete
  7. hehehee... comel....teringt lak anak buah sy... sebijik

    ReplyDelete
  8. sama la jugak dengan iman.. asal kita menjahit je..dia sibuk nk on kan suis mesin.. .. pastu tunggu sebelah...bila stop jahit,,dia tanya pulak.. "mama..dah? " motif..sebab nk off suis..hahaha..anak2..gitu la depa

    ReplyDelete
  9. Alololo...comelnya luth ajak masuk bilik. Macam qhalif klo nak mengemeng+tido mcm tu lah. Ajak baring sambil tepuk bantal 'ying...ying'.

    ReplyDelete
  10. heheh..dah pandai cakap tu..macam2 la dia..sama macam Mikhail...kalau kejut kan ayah dia mesti panggil abam..heheh

    ReplyDelete
  11. hehehe.. terbayang-bayang kecomelan Luth sebut bii.. bii.. :)

    mak borek anak rintik, eh! :)

    follow me: syikinmaarop.blogspot.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Usia gitu mmg tgh seronok diajak bermain....
    Gunakan masa dgn dia sebaiknya sbb biladia dah besar sikit nnt, you 'll miss this time alot...

    ReplyDelete
  13. Agaknya Luth da biasa dengar uminya panggil Biii...hihi..So cute :)

    ReplyDelete
  14. alolo cutenya.luth nk tido ye.. pandai dia :)

    ReplyDelete
  15. Bersabarlah sbb anak br dpt kaki ni mmg mcm2. Kalau Aus ni dh pandai dok dpn sliding. Mula2 ddk je. Lps tu sdr2 dh keluar. Bijak2. Tp mmg btl la. Anak ni kjp je nk dgn ayahnya. Sdhnya crk mak jgk.

    ReplyDelete
  16. aku dah boleh bayang kan mcm mana tahan kecomelan anak hang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya