Skip to main content

Jam Tangan Baru

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku suka pakai jam tangan [ada korang tanya?] dan aku ni jenis manusia yang hanya ada 1 je jam tangan. Tak kira occasion apa pun, formal ke, kasual ke, lasak ke, aku pakai jam tangan yang sama je sebab aku tak suka ada banyak jam. 

Sebelum ni jam tangan yang aku pakai dihadiahi oleh kawan aku. Yang satu tu la aku dok sarung tiap2 hari, tetiba aku tak sedar bila masa jam tangan tu hilang dan tercicir. Sedih aku. Dah la dia je satu-satunya jam yang aku ada. [Aku tengah cerita kisah sedih ni tau, baik korang nangis sekarang.].

Aku beli jam baru. Kat Lazada.com. Murah je jam tangan yang aku beli tu. Jenama Casio. Hihi. Harganya RM77 je termasuk pos. Tu pun kalo tidak aku nak beli jam pasar malam je. Lagi murah, tapi sebab dari dulu aku biasa pakai jam pasar malam, macam pakai 4 minit je dah rosak. Takleh kena air langsung. 

So, pilih la jam yang ada jenama yang established skit, supaya kualiti terjamin dalam masa yang sama tak membazir berlebih-lebihan beli yang mahal. Sebab aku tahu dah aku ni, kalo aku beli yg mahal pun, aku tetap jugak sampai ofis lambat. Hahahah. Memang spesis Nobita.
Ini la budaknya yang aku tengah ceritakan ni.

Berbalik kepada kisah jam tangan ni. Aku beli secara COD kat Lazada, pastu bila aku pakai, tali dia terlebih panjang. So, aku gi kedai jam untuk potong sikit [actually jam besi tak dipotong, dia cabut skru tanggal beberapa slot, alah, korang mesti la tahu. Bukan korang duduk planet Nibiru pun]. 

Sementara tunggu orang kedai tu buat jam aku, aku tetibe rajin plak nak usha2 skit jam kat kedai tu, biasanya time menunggu apa-apa, aku jadik ayam daging je, tunggu je terpaku kat situ. Aku nampak jam tangan yang sebiji sebuntat macam jam aku tu, bila aku skodeng harganya RM149. Tetiba aku terasa macam aku adik beradik kembar Albert Einstein yang lahir berlainan dekad, sebab aku genius berjaya beli jam tangan murah macam separuh harga kot beza dia. Hahahahahah... gelak macam Wan Maimunah masa berlakon jadi pompuan gile.




Comments

  1. Beli online lagi murah dari kedai. Ema hanya ada satu jam tangan yang boleh pakai hingga hari ini. hadiah harijadi tahun lepas.. Tak boleh pakai jam tangan sebarangan sebab elergik kulit.

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. mama hakim plak memang tak gemar pakai jam.
    Tak gemar ade aksesori kat tangan pun,,

    btw Lyd, Amni bukan anak sedara tapi anak salah sorg member Shaklee gak.

    ReplyDelete
  3. Boleh la tahan la lakonan wan maimunah anda...nora bagi 5 bintanggg

    ReplyDelete
  4. kwang kwang kwang jam tangan kita sama lyd..sebijik sejibon
    laki zee beli kat kedai memang rege 100++ tapi dah lama ler..beberapa tahun yang lalu..
    time tu rasanya belon tahu pasal online lazada or zalora..
    still elok sampai sekarang..tu la peberet..ada yang lain tapi suka yang tu lagi..

    ReplyDelete
  5. Ak u tengah aim 1 jam dekat LAZADA tunggu hari jer nak sambar. Padahl bukan bangsa pakai jam pun.

    ReplyDelete
  6. aku pun ada 1 jam tgn yg aku guna hari2.. hantaran kawin tu pun lepas satu jam tgan aku biasa pakai dah habis bateri aku tak buh2..
    satu hari aku teringgal dlm surau. aku lngsung x ingt bila aku tertinggal..sampai 4..5 hari org gtau ada tinggal jam ke baru aku perasan aku x de jam.

    ko gelak lah dpt jam ko rasa murah..kalau mahal aku rasa saat tu je ko sedih..sila bersyukur, kurng ketawa.

    ReplyDelete
  7. yeay..menang membeli menang memakai..kahkahka

    ReplyDelete
  8. sama kes mcm kita...suka guna 1 jam je..jenama pun sma casio ;p

    ReplyDelete
  9. Okje jarang beli jam tangan jugak Lyd...tp hubby suka belikan jam tangan....banyak dah rosak , satu hal lagi jam tangan ni kalau lama tak pakai adalah jarum yg terhenti hehe

    ReplyDelete
  10. SA pun sama jam pakai satu je dari dulu sampai sekarang...dah rosak baru berganti baru...

    ReplyDelete
  11. KA pun x leh berjam tangn sensitif abis gatal .. hehehe

    ReplyDelete
  12. lagi mahal ok la berbaloi beli kat lazada..
    pakai molek molek.. pas ni jgn sampai x perasan plak kalau tercicir..

    ReplyDelete
  13. Ada 1jam tgn jgk. Hntaran kwn. Dh bertahun kekal dgn jam tu. Purse pn dh bertahun pakai. Hantaran kawen jgk. Bgs jgk jenama renoma nih.

    ReplyDelete
  14. betul ker lyd separuh hagra boleh dpt kat lazada..memang dah untung & genius gilerr...
    sy sejak jd surirumas nie hmm langsung tak paham jam tangan sampai dah mati2 dah jam tuh..hhuhuh

    ReplyDelete
  15. lazada mmg berbaloi la harga murah bendanya sama..(sy plak tak suka pakai jam tgn..ada lyd tnya.huhu)

    ReplyDelete
  16. untungla kalo dpt rega gini dr rega asal..jimat berganda

    ReplyDelete
  17. Cantik jam.

    Daku pakai jam tangan hantaran masa kawin. Masih bertahan sampai skang. Hanya tukar bateri jewr.

    ReplyDelete
  18. giler ko seram aku imagine gelak wan maimunah tu, tau la genius berjaya dapat harga murah. btw kiter mmg banyak kesamaan la kiter pun ada satu jer jam at a time, buat masa skang ni since bertahun jugak dah la duk pakai yang satu ini jer. kalau beli pasar malam mmg lagi membazir kot, nak kena beli banyak2 kali.

    ReplyDelete
  19. Mmgnya beli kat Lazada ada murah sikit kan .... *sambil mengajak berbelanja lagi di Lazada*

    Dulu I ada banyak jam tangan sebab tamak haloba berleluasa. Daripada yang murah sampai yang mahal (tapi takdalah sampai sploh ribu gitu harganya ...) Pastu dengan bangganya I letak setempat semua. Bila kong pun setempat semuanya jam tu kong tau. Meronta-ronta rasa nak pukul diri dgn penyapu aje masa tu *ingat...jangan gelak sebab ini cerita sedih I nih*

    Sekarang ni cuma ada 2,3 aje jam dalam simpanan. Yang dipakai, satu aje selalunya sebab malas eh nak tukar-tukar selalu!

    ReplyDelete
  20. weh...jam hadiah aku yg dihadiahkan kt ko ke yg hilang tu? heheh... ke hadiah yg dihadiahkan kat ko tu dah lama kiok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah weh. Jam tangan hadiah yang ko hadiahkan tu la hilang. Yang fossil tu mmg kiok terus, aku nak repair kena bayar rm200. So, aku mcm tak mampu nak repair.. kwee...kwee.. [nangis style anak patung tun fatimah].

      Delete
  21. Akak sika beli jam tapi x suka pakai sgt. Pakai pun sbb rs rugi kalau beli x pakai. Beli pulak sbb cantik dan minat. Sll klw pi keje dr rumah pakai jam tapi bila sampai opis bukak dan simpan dlm drawer. Time nak balik pakai balik.

    ReplyDelete
  22. Tetiba aku teringat jam tangan yang aku hadiahkan kat mantan makwe aku..
    . membazir sungguh pi beli.. Hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya