Skip to main content

Ubat Demam Luth

Sejahteralah ke atas kamu,....

Minggu lepas aku EL 2 hari, Rabu dan Jumaat. Aku tidoklah begitu bangga nak ceritakan yang aku ni tak berdisiplin. Aku kemalu-maluan paham??!![ceh tetiba plak tinggi suara.]. 

Nak buat cemana. Luth demam. Hari Rabu demam je. Hari Khamis dah elok tak demam. Hari Jumaat demam, batuk dan selsema sekali. Mintak-mintak la dia demam nak berjalan. Tapi sebenarnya dia demam sebab gigi dia baru nak keluar. Dah ada dah menjelma gigi bawah dia dan gigi atas 2 skali. Nervous plak aku rasa bila anak baru nak tumbuh gigi ni. Macam nervous orang yang anak dia nak amik SPM plak ni. Mana la aku tak nervous, sebab dia masih menyusu badan. Kang aku jugak yang sakit. 


Madu

Masa dia demam baru-baru ni aku bagi dia makan ni je sebagai ubat dan juga aku banyak beri dia minum air zam zam. [walaupun rasa macam nak kiok sebab air zam zam satu liter = RM20....huuuhuuu...nanes kiteww].

Alhamdulillah dia dah sihat sepenuhnya hari Ahad tu. Dah ceria dan aktif bermain macam biasa, kalau tak melepek je, meragam je. Sampai rasa stress giler. Dah tu nak marah tak boleh, sebab dia bukan buat salah pun. Marah pun sia-sia je sebab dia meragam sebab dia tak sihat, tak selesa, bukan dia reti pun.

EL = Emergency Leave

Comments

  1. Alahai lyd..nasib kita sama..
    Semoga luth cpt sembuh..
    Rin kebetulan ank tiri hr tu blk dr umrah..
    Dptla air zam2..
    Pastu adik hubs (adik ipar) pun blk dr umrah..dpt jugak air zam2..
    Alhamdulillah dpt la bg dak Aish..
    Tp madu tu blm pnh try bg..

    ReplyDelete
  2. Budak klo demam memang meragam jer lah lyd. Klo menyusu asyik nak mengempeng jer sampai pedih nipp dibuatnya. Alhamdulillah luth dah sembuh, Kat umah tu iman hakimi ngan qhalif dah start batuk2. Bagi madu lena tidunya,

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Luth dah sihat..
    owh madu ngan air zam2 ye.. biasanya saya bagi syp PCM jer..

    ReplyDelete
  4. Get well soonest yer Luth, takper la at least badan dia react accordingly to the pertumbuhan kan, thats why la demam. And mamanya Luth worry not k, takder nyer dia gigit dengan sengaja. I myself pun dulu seriau bila orang duk citer nnt ada gigi depa gigit apa sumer, takder la. but at least u are aware kan.

    ReplyDelete
  5. Sekarang bukan saja musim budak2 demam, mak bapak pun ramai yg demam. Perubahan cuaca agaknya. Saya pun kalau tak telan 6 biji paracetamol sehari sejak semalam, mungkin sekarang dah demam juga...

    ReplyDelete
  6. Luth aku kekadang mengigit tetek..time lapar..
    Selalu ugut, gigit lg bg air teh ayah.haha

    ReplyDelete
  7. anak akak umo berapa? syukurlah dah sihat balik. kalau EL sebab tu, takde la nak cakap sajeje nak EL.hehe :)

    ReplyDelete
  8. Entahlah. Musim skg ni kot. Kat rmh ni tggl aus je demam.

    ReplyDelete
  9. kadang ubat sepital mmg macam (macam ye..) tak berkesan. madu jugak yg ok :)

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  10. Kalau ada anak kecil ni memang terpaksa kadang-kadang meng-EL kan diri selalu. Nak buat camna. Lagilah kalau dapat Mommy yang havoc cam saya ni memang temperature anak naik sikit aje, dah kecoh telefon boss nak jaga anak kat rumah. Kalau pi jumpa doktor yang Lyd cakap dalam entri sebelum ni memang for sure kena marah apatah lagi kalau ditanya dah berapa lama jadi ibu dan jawabnya 8 TAHUN!

    Eh, lupa nak tanya dalam entri sebelum ni? Ada ek rupanya soalan cam tu - dah berapa lama jadi IBU? Cam pelik aje....sayalah, saya yang rasa cam pelik tu!

    ReplyDelete
  11. Harap2 luth dah kembali sehat yer lyd..dl sy pun bg arissa madu jugak tp leps bcmadutuh slh 1 makanan yg tak elok bgkat babylepas gigi dah tumbuh, sy dah tak bg dah wpun dia baru kena demam..nak tumbuh gigi lagi jugak cam abe luth..heheh..

    ReplyDelete
  12. Luth mesti dah sihatkan..
    syukur Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. sy ada baca budak baby below 1 yr tak boleh mkn madu..luth dah 1 year kan..mmg bagus madu dari ubat klinik tu semua..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya