Skip to main content

Teknik Setup Tempat Tidur Dalam Kereta

Sejahteralah ke atas kamu....

Balik kampung, jauh, perjalanan 4 jam. Nak riba si anak yang dah tak berapa ringan tu hoiihhh, naik kematu lengan siku bahu semua. Sebagai penyelesaiannya, moh le kita pindah duduk kat seat belakang. Anak baru sorang ni boleh la bermaharatuleha kat dalam kereta kan... Nanti anak dah sepuluh [amboi ramainya], baru ko tahu kereta tu kecik ke besar.

Dok belakang, aku sendal beg balik kampung kat ruang antara seat pemandu dengan seat belakang. bagi dia rata, then alas dengan SPORT TOTO. Ceraaaaaaaah masa depan. Lena kemain anak aku dengan aku-aku sekali tidur kat belakang. Suami aku la yang drive sorang-sorang. Syukur la dia tak kisah aku nak dok belakang. Kalau diikutkan aku lagi suka dok depan temankan dia memandu. Tapi sama-sama give and take la kan. Bukan saje-saje nak berlagak diva dok kat belakang. Aku bukan Datin Seri Rosmah. Waaaahh... gitu contoh... Takkan hilang rasa cinta dan rasa hormat kalau isteri duduk di belakang. Takkan berubah hakikat yang isteri itu tetap isteri, bukan 'mem' besar dan suami tetap suami, bukan wak supir walaupun memandu sendirian di depan. 

Macam sin-chan tak shaye?

Bergolek macam kat umah plak dia ni. Nampak betapa selesanya tempat tidur yang papa setup untuk dia.

Krohhhzzz... kroohzzz....


Sementara anak aku masih belum pandai bawak diri sendiri je aku akan pilih untuk dok seat belakang. Nanti bila semuanya dah kembali normal, jangan harap la seat penumpang depan tu nak kosong.

Akhir kata, majulah keta kenari untuk negara.

Comments

  1. Hahah.. saya dulu duk depan gak Lyd, sbb pening bila duk belakang. So bertabah je la bantal selimut segala kat depan tu. Seat omak nyer pun tak tegak dah, mesti menyandar kebelakang skit.

    ReplyDelete
  2. selesa sungguh tengok Luth.. sayang masa Asyraf dulu tak terfikir pun nak wat camtu.. dok riba dia jer kalau balik kampung.. nasib Mentakab tu 2 jam jer perjalanan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Ngeh..ngeh..sebijik setup utk Razin stp kali balik kg..yg paling kecik tetap atas riba ibu di depan..huhu..(T T) ..Razin syok bergolek2 kat belakang..jelezzzz je rasa..

    ReplyDelete
  4. amboiii..lena tol tidurnye...mcm kat umah pulak ye...

    ReplyDelete
  5. Kihkih..mmg terbaek la tmpt tido luth..first class!!!

    ReplyDelete
  6. Masa kat KL dulu walau pun undang2 jalan raya tak seserius Jerman, tok laki I tetap strict dengan kami, maka wajib saya duduk belakang temankan si Jelita yang baby masa tu dalam car seat dia, no no la nak duduk senang lenang macam si Luth ni. Pastu bila si Jelita tidur baru I lompat pi duk depan, macam tu la keadannya tiap kali balik kampung KB yang sometimes makan bulan, eh makan 12jam.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya luth golek2 kat belakang tu. Kampung iols dekat jer. Tak sampai satu jam ☺

    ReplyDelete
  8. alahai beznya dia tdur..nynyak je..idea bgus ni..hihi

    ReplyDelete
  9. sy pakai myvi..pun mcm ni jgk, nasib seat belakang tu boleh tarik bg lebar..so selesa la..tp tetap lapik juga toto ni..kalo qisya ni kiri kanan penuh dgn mainan dia..luth nyenyak sungguh smpai pusing kiri kanan..

    ReplyDelete
  10. Kenari besar jgk..viva aku..aduh.
    Aku cdg nk beli kereta besar sikit..bila ank 10lah..
    Aku beli car seat, rugi luth x nk duduk dlm tu.

    ReplyDelete
  11. Setakat anak 4 org ni, yg kecik mmg ddk dgn mak. Walau mcm mana pun mmg ddk depan kecuali kalau ad yg sakit, br pindah blkg.

    ReplyDelete
  12. wah kemain lena lagi luth
    selesa la tu kan

    kdng kdng suka jugak dok blkg. hihi. ikut mood

    ReplyDelete
  13. Lyd, I dah lama jadi mem besar kat belakang tau. Pak Supir yang suruh sebabnya kalau isteri mithalinya duk depan, kecoh ruang tamu :) Tapikan memanglah takda bernanah pun kasih-sayang suami isteri tu... Maintain serupa aje gitu :)

    Maharatulela... macam best aje nama ni kalau jadi kata ganti diri sendiri.... erhmmmm...boleh cilok, boleh cilok nih....

    ReplyDelete
  14. akak dulupoun gini duk belakang jadi mem besar..
    suami memang tak bagi kalau nak duk depan sampai anak dua tahun gak kot..
    di larang utk dua orang duduk kat kerusi penumpang depan...
    kalau anak mengada nak duk depan gak kena dia sorangjer mak kena kebelakang...
    katanya tak selamat ....

    ReplyDelete
  15. X merasa la nak dok blkg even ms anak kecik kecik dulu. En hubby masam.muka kalau mem dok kat belakang

    ReplyDelete
  16. sy mmg selesa dok seat belakang..lgpun dengan anak senang nak lepak2 baring setup tempat tidur macam luth.lg anak dh lasak dok depan mana reti diam..ganggu pemanduan en driver sebenarnya..masa takde afia dulu pun mmg Aiman yg dok seat sebelah abahnya..sy puan seri rosmahkah?muahaha...

    ReplyDelete
  17. klu kita nak tido plak..settingnya camner??

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya