Iklan! Iklan! Sila Click!

03 April 2014

Mengata Aku, Sentap. Mengata Anak Aku, Double The Sentap.

Sejahteralah ke atas nko.

Pernah sekali sewaktu Luth berusia dalam 7 ke 8 bulan, bila dia demam aku bawak pergi klinik. Doktor bleh plak kata aku ni paranoid sebab anak aku demam viral je katanya. Kalau setakat sehari demam tu biasa je. Dia nasihat aku suh guna petua orang2 tua seperti jelun kepala, lap badan dgn tuala basah. Katanya lagi, dengar la cakap orang-orang tua, mereka lebih berpengalaman, mereka dah jadi parent berpuluh tahun. Last skali soalan paling menyentap tangkai hati bila dia tanya, u jadi parent baru berapa bulan? Huuwaa... Jawapan aku, baru 7 bulan. Yelah..yelah... Nanti aku tunggu la anak aku demam 3 hari baru gi klinik.

Sekarang, dah setahun aku jadi mak. Aku rasa macam lama. Tapi sebenarnya baruuuuu je setahun ubi. Kalo gajah disahkan mengandung pada hari Luth lahir tu pun belum bersalin lagi sekarang. Kahkah. [Info : Gajah bengandung 22 bulan ye].

Selama setahun ni, baru le aku tahu 'rasa' tu. Kalau ko rasa ko sayang mak ko, sebenarnya perasaan sayang ko tu, takkan dapat beat perasaan sayang mak ko pada ko. Bila aku dah ada anak ni, baru aku tahuk perasaan sayang seorang ibu tu macamana. Dan baru aku faham, apa yg arwah mak aku rasa dulu, bila sehaprak mana pun aku, walaupun sebiadap manapun aku pada dia, tapi oleh sebab rasa sayang seorang ibu tu terhadap aku, maka semuanya seperti dia lupakan je. Tapi... apa bleh buat... Semua benda ni aku sedar bila Allahyarhamah mak aku dah takde. Sebab Luth lahir pun selepas mak meninggal. [Mode : Rindu arwah mak].

Dulu seingat aku, aku tak fokus sangat pasal perkembangan baby orang lain. Aku bukan tahu pun cepat ke lambat usia baby berjalan, aku juga tak tahu cepat atau lambatnya usia baby bercakap dan tumbuh gigi. Aku rasa biasa je. Macam Luth ni, sejak dia dalam pantang lagi, Nekwan dia kata [nekwan is ibu mentuaku alaaa kasim], "budak ni cepat berjalan ni sok.." Aku pun rasa macam kembang kuncup hati nurani aku... Ye lah.. itu aku anggap sebagai pujian. 

Tunggu punya tunggu daripada bulan ke bulan, sehingga la ke setahun... Luth masih tak berjalan-jalan. Dia sampai sekarang, cara dia mobile dari satu tempat ke tempat lain ialah dengan merayap. Dia pandai merangkak. Kalo dalam mode makan angin di Taman Botani dia merangkak la, maksudnya kalo dia hanya nak bergerak perlahan... Tapi kalo mode nak mengejar penjahat[mode nak gerak laju], dia akan merayap.

Bercakap pun gitu jugak. Dari dulu sampai sekarang, hanya mama je yg dia reti sebut. Papa jarang-jarang. Pastu yang aku takleh blah, dia reti sebut jap dgn jom. Aku ni kan... bila time Luth nangis nak susu ke nak tidur ke, aku akan kata... 'japp'.... So, sekarang bila aku suruh dia buat apa-apa contohnya... "Luth, pegi sayang [cium] Poko-Chan", dia akan jawab 'jaappp'. Kadang-kadang kat umah nenek waktu aku amik dia, sebelum aku balik rumah, aku akan berborak dulu dengan nenek. Tanya perkembangan dia. Dia kalo dah lama sgt aku berborak, dia akan cakap 'jomm, jomm'. Aihh.. Sabor je la. Dan-dan nenek lepuk dia depan aku. Nenek kata.. amboiiii pandai ajak jom ye...

Ni satu lagi. Gigi. Selama setahun ni, gigi dia tak tumbuh pun lagi. Skarang ni dia dah setahun 3 minggu. Lagi 10 hari akan jadi setahun sebulan, tapi gigi dia baru keluar semalam. Baru menjelma sikit gigi bawah dan gigi atas. 


Kesimpulannya, anak aku memang lambat. Serba lambat. Aku sendiri tak kisah, sebab aku tak rasa anak aku lambat. Sebab dia aktif. Cuma aku rasa dia ni pendam skill dan sedikit perangai 'tak rajin'. Juga aku nampak Luth ni macam 'tak berani' sangat. Nak cuba berjalan tu takut-takut je. Tapi still aku tak risau lagi. Aku yakin perkembangan dia masih di dalam track sebab Luth ni bila aku cakap dia faham. Part comel tu memang banyak. Maksud aku, karektor dia yang comel. Ye, aku sedar anak aku tak la secomel model iklan dalam TV. Kulit pun gelap. Ikut aku la katakan. *okay, motip sangat kan aku ni?*

Yang membuat aku rasa sikit tersinggung, bila orang lain komen dengan intonation yang annoying macam cengkerik, "ei, lambat ye dia". Dalam hati aku, rasa macam nak panggg.. pangg je muka orang tu. Macam la anak aku tak berjalan pastu mintak dukung dengan ko. Ko tak penah dukung pun anak aku kot. So, takyah nak sibuk sangat. Takyah nak banyak cakap. Puiii..

"Ya Allah... Insafkanlah orang yang menyinggung hati mama shaye"

Memang macam tu ke perasaan bila orang mengata anak kita? Ke aku je yang over the rainbow? Ngeee...

32 comments:

  1. Haah..btul..setuju..mmg xberapa nk blh hadam klu org mengata ank kita esp yg kck la kan..sbb ank drh dgg kita kot..tipula klu kita xd terasa..huhu

    ReplyDelete
  2. kalau saya pun sentap..usik saya tak pe..tapi anak saya jangan di perkotak katik kan..mendapat la nanti..hehehe

    ReplyDelete
  3. memang sentaplah kak...bukannya sama anak kita dengan anak lain dr segi tumbesaran ni..

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat2 Lyd. Memang double sentaps klo org mengata anak kita. Tak per lyd, abaikan jer org mcm tu. Dia perasan anak dia jer yg hebat.

    Si kimi dulu start berjalan masa umur dia nak masuk setahun 5 bulan. Siap gi berubat lagi. Mulut org mengata jgn ckp lah kan. Buat bodo jer lah. Development budak berlainan. Ada cpt ada lambat.

    Cute sgt gambar last ru ☺

    ReplyDelete
  5. biasa la kan..bila dh 2,3 hri bru bwk jumpa Dr. nnti Dr. tu cakap plak dh 2,3 hri bru nak bwk gi clinic apapuntakbleh! sabar je la ek ;p

    ReplyDelete
  6. Giler ko tak terasa... even doctor cakap macam tu pun aku dah boleh terasa, eh kat sini demam sari jer dah kena bawak gi doctor tau, I ritu macam lengah2 kan la pastu cikgu dia bising suh bawak doctor, yer la takut jangkit kat budak lain pun kan.

    Lambat cepat tak kisah sebenarnya, hanya ibu yang memahami akan gerak laku anak dia, yang penting anak sihat dan cargas. Kalau laju sangat pun, tak dengar kata tak alert ngan sekeliling, tiada guna.

    Masa kat kampung ritu ada gak I sentap ngan jiran duk cakap JJ boncit (banyak kali), I cakap takper la, yang dia tu...cakap macam I tak reti jaga anak, hello... buncit2 dia pun tak pernah sakit teruk tau, anak awak tu kempis perutnya tapi setiap bulan masuk wad kenapa? opsss ni yang malas nak start cerita pasal anak ni, mmg senang sentap oh, aku kalau dah sentap, buruk mmg akan ingat sampai bebila muahahaa.

    ReplyDelete
  7. Macam malas nak layan jer doktor tuh cakap gitu..swasta ker kerajaan? kalo kat sini lak kalo bw jumper doktor baik takyah..terus jer gie beli ubat kita leh agak apa hipnosis dia tuh...cam biasalah kan..
    Sebenarnya jgn pikir sngat pembesaran anak nie.just enjoy jer saat dia membesar secara semulajadi..takperlu tkg guidelines ke hper..sy dl ms aidan concern jugak (tp dia alhamdulillah semuany ikut track)..yg Arissa nie sy tak pikir sgt pun bilalah dia nak berjalan2.. nak bercakap..biarlah trjd secara semualajadi..inshaallah...Luth menantuku mmg encem & boleh..muaahhh sayang luth baju super ngan arissa...:)

    ReplyDelete
  8. Tanggungjawab membesarkan anak ni dapat kita faham bila diri kita sendiri dah ada anak. Kasih sayang terhadap anak tu mengatasi segala-galanya. Dulu, walaupun tau mak ayah sayang saya, tapi sebab masih belum ada anak, saya masih belum faham sepenuhnya. Sekarang bila dah ada anak, baru tau betapa besar pengorbanan yang mak ayah saya berikan.

    ReplyDelete
  9. kalau x terasa bila orang ckap macam tu kat anak kita memang la xde perasaan kan.....SA confirm sentap punya....orang ni pun nak bercakap x pandang keliling....

    ReplyDelete
  10. perasaan saya pun begitu juga...memang sentap kalau ada yang cakap macam tu..
    Asyraf dan Aishah pun sama lambat tumbuh gigi dan lambat berjalan. Anak orang 8 bulan dah pandai berdiri, tapi Asyraf umur 1 1/2 baru pandai, perkembangan kanak2 berbeza. Sekarang Asyaf dah 9 tahun gigi susu dia baru luruh 4 batang.. tak kisahlah kan janji dia comel bagi kita.
    paling sentap bila ada orang komen video Aishah.. "Macam comel jer macam cantik jer.." tapi Aishah tiru gaya bobo bagi mama dia memang nampak comel dan kelakar tapi bila ada yg cakap macam bangang jer.. tersentap giler tapi sabor jer pasal saya tahu dia takde anak lagi..
    Saya juga sering rindu mak bila fikir pasal anak...

    ReplyDelete
  11. org klu mulut jenis x de insuran , apa saja yg tak kena kat mata dia , dia kan tegur lah ... saya dah biasa jumpa org cam ni . selalunya saya templak sekali ... grrrr . ha ah , jumpa ex boy . dia baru jadi blogger dlm sethn lbh ... siapa dia ... tuttt ... ramai blogger yg follow blog saya juga follow page dia ...

    ReplyDelete
  12. Anak2 bunda 3 orang setahun 2 bulan baru berjalan....yang no2 tu jer cepat...11 bulan dah jalan...anak2 walau pun satu rumpun tak sama perkembangannya...

    ReplyDelete
  13. Nak bagi dia cepat matured hadiahkan adik kepadanya....huhuhu..Anak-anak saya dulu umur setahun dah dapat adik....

    ReplyDelete
  14. naluri seorang ibu.. memang cepat sntap biler melibtkn anak kn... :)

    ReplyDelete
  15. alahai cutenya dia...jd ank yg baik ya..

    ReplyDelete
  16. amboi doktor mcm nak xnak je...skang penyakt mcm2..xkan tunggu teruk bru bawak g klinik

    ReplyDelete
  17. lyd..giler xsentap, biarlah org nk ckp apa..kalo lyd org sekeliling, sy ni lagila..kakak seniri..asyik duk ckp, lmbtnya qisya ni berjalan..lmbtnya qisya ni boleh bercakap..duk puji anak dia yg cpt berjalan n bercakap..lantak dia lah, malas nk amek kisah dgn ckp org gitu..sy diam jer..takut ckp kang nti ada jiwa yg sentap!

    ReplyDelete
  18. hehehe, perasaan mak2 gitulah, 3 anak KA berbeza perkembangannyer.... Adik paling lambat segalanya baik tang berjalan baik tang berjalan, tpi sagt2 bijak berbanding along & angah pada usia dier !.. yg penting sentiasa doakan anak2 kita yer lYd

    ReplyDelete
  19. sentap sentap ni mmg terasa.skrg xda anak lagi pon dah sentap lebih

    in shaa Allah nanti luth dpt kuasi sesuatu ,makin cepat la.dont worry k

    pic last comey anggat.malew malee gitew.hihi

    ReplyDelete
  20. lyd, prejok nasi lemak tu utk majlis makan makan je.bukan nega.hihi.

    ReplyDelete
  21. Tak lmbt pun Lyd, Hakim dulu berjalan betul2 umo setahun 4 bulan. sebelum tu takde pun tgk dia berlatih ke ape. Tetiba je dia nak berjalan, terus bangun dan berjalan.
    Skang ni hakim dah 3 tahun 9bulan, masih pelat. Pun ade mak2 yg tak senstitip cakap "eh lambatnya hakim bercakap, nak masuk 4 tahun masih pelat?"
    kubuat pekak je..hahaha

    ReplyDelete
  22. Luth will be fine. :)
    saya dulu mula bercakap umo 4 tahun kak.
    saya bukan expert dengan budak2 dan bukannya ada anak sendiri, tapi saya pasti anak akak nanti mesti sorang yng kreatif. :)
    all the best, jangan dengar apa yang orang nak komen lebih sgt, and mother's love is the best!

    ReplyDelete
  23. Td dah taip komen skt pny pjg. Sekali line sengal. Adeh... Patah hati nak taip lg. Huhu...

    ReplyDelete
  24. sebenarnya betul juga kata doktor tu tau..sbb dulu masa sy anak sulung pantang je demam terus bawak gi klinik,padahal kadang2 belum mkn ubat dh baik..skang ni dengan Afia anak dah dua pandai la sikit kan..setakat sehari dua tu sy just jerlum n mandikan sellau supaya panas dia keluar..

    bab cptke lambat jgn amik sentap sgt..walaupun kadang2 mmg sentap..jgn dilayan la.janji anak kita sihat n aktif..org mmg nmpk perkembangan fizikal je,sebenarnya yang perkembangan otak lg penting tau..biar anak kita bijak dr cpt berjalan tapi nmpk macam biol.haha kan dah keluar ayat tak sedap didengar..:)

    afia pun kira lmbt gak.gigi sama macam luth,masih takut2 nak jalan juga..beza depa ni sebulan dua je kan..

    ReplyDelete
  25. Luth dah 8bulan..gg atas 2batang, gg bwh 2batang. Berjalan belum, tpi kat sofa tu dah boleh gantung sendiri..xlama lg jalan la..

    Lyd, tolong jgn pang aku, aku seronok sgt dgn perjembgan anak aku.

    Tp aku syg jgk luth ko..aku sy

    ReplyDelete
  26. sepenuh perasaan baca entry ni. cuba nak selami hati seorang ibu....sayangnya ibu pada anak hanya ibu je yang tahu banyak mana, besar mana, melimpahnya sayang macam mana kan..hehe. gambar luth yang last tu super duper comel. :)

    ReplyDelete
  27. Jauh dtg komen ni. Sentap weyh.. dulu syukrii mase bru 5 6 bln gitu. Ade mokcik ni ckp syukrii ni lembik cm gurl. Silap2 setahun lebih xleh jln lg. Hangen kot. . Baru2 ni jumpa siap tnya. Dah le jln ker.. i jwp la. Dah bole berlari da pun. Geramm makk..

    ReplyDelete
  28. sama la..mode sentap-sentapan ni mmg jd makanan dah..ngap je..hihi

    ReplyDelete
  29. Eh, orang tak ngata anak dia, dia yang lebih-lebih cakap anak dia gelaplah, lambat serba-serbilah...pastu siapa yang sentap nih, Lyd? Huahahaha.... rileks kawan, jangan sentap dengan I, very takda guna punya :)

    Kata orang kalau lambat jalan, cepat tumbuh gigi ke sebaliknya. Gitulah. Anak I serba-serbi pantas. Sekarang ni pun bercakap dah macam train tapi rileks beb, tak mainlah nak compare-compare anak orang ngan anak kita. Kita dengar aje orang kata sampai umur ni boleh jalan, umur ni patutnya boleh cakap...gitu-gitulah tapi kita tak ambil pot pun sebenarnya. Yang penting bila anak kita sampai satu level baru, kitalah ibu yang paling gembira sekali dalam dunia.

    Sekarang ni apamacam perasaan kalau Luth terlebih menunjukkan sayang kat Mat Azghul lebih daripada ibunya? Ada rasa cemburu tak? Ke biasa-biasa feelingnya takda terasa apapun :)

    P.S. Kita type comment ni sikit punya lama dari 8.30 pagi sampai la ni baru tekan publish. Siap tinggalkan kejap nak gi FOMEMA tau. Kesian kat kita ....

    ReplyDelete
  30. memang takde insuran gamak nyer yang komen tuh. sabo je la.

    ReplyDelete
  31. Mmg la geram kalau org kata anak kita mcm mcm. Rasa nk pangg jugak.

    ReplyDelete
  32. Mak mana tak sayang anak kan Lyd..

    Abaikan jela kata2 orang, anak lambat tak bererti dia akan lembab, proses perubahan tu memakan masa, bukan semua budak aka bayi akan cepat perkembangannya kan..
    Sabo jela

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...