Skip to main content

Jatuh Hati Dengan Wet Tissue

Sejahteralah ke atas kamu...

Sejak ada anak dan menggunakan wet tissue untuk bersihkan hasil nyahtinja anak aku, aku semakin jatuh cinta dengannya. Dulu aku tak tau pun ke'best'an wet tissue ni. Sekali, bila dah selalu berkecimpung dengan wet tissue ni, perghhh...pepepepergghhh... memang maveles.

Biasanya kalau lepas makan nasik, walaupun dah basuh tangan dengan sabun, bau still bersisa. Tapi kalo lepas tu ko lap plak dengan wet tissue, memang hilang bau. Pastu tangan akan rasa bersih. Kalau meja berdebu atau ada apa-apa tumpah kat meja [tumpah dalam range yang bertitik-titik la, bukan tumpah selambak sampai berladung atas meja tu], ko lap just one shot pastu takyah nak lap lagi guna kain kering. Sebab pada wet tissue ni, ada glycerin yang membantu mempercepatkan proses pengeringan. 

Yang paling best bila ko cuci screen henfon atau laptop atau segala screen yang ada dalam hidup ko. Memang cantik hasil dia. Kan kalau kita lap guna tisu biasa, nanti screen tu akan ada serat-serat tisu kering yang tertinggal. Guna kain pun sama. Mesti ada habuk2 kain tu. Hahhh tapi kalau guna wet tissue, selesai masalah. Aku dah gaya jurujual. Eh, aku tak jual tau. Aku cerita je. heheh.



Setakat ni aku main beli je wet tissue apa-apa pun. First time beli Pureen. Yelah, dah tentu la kegunaannya untuk cuci vuntuit baby, mesti le kena cari yang paling kebabyan sekali. Kadang-kadang aku cilok gak beberapa helai wet tissue Luth untuk buat sental dapur gas yang ada kesan2 memasak tu. Rajin memasak la katakan. Hakhak.

Untuk dalam kereta plak aku saje je try beli yang jenama Watson. Ternyata, tak kira brand apa pun, wet tissue memang best. Kalau time nak makan dalam keta tu, laki bini pun sama naik je makan dengan penuh perasaan masing-masing, tak kira la apa, kalo sampai tangan comot2 kalo kena sos keropok ke, minyak pisang goreng je, memang wet tissue sangat membantu membersih dan menghilangkan kesan.

Aku suka yang berbau wangi. Brand Mami Poko wangi. Jenama Watson pun wangi, ada macam2 haruman. Aku try Drypers pun wangi. Semua la wangi. Aku pernah beli jenis Johnson N Johnson je yang tak berbau. So, bila tak berbau, jadi tak best skit la. Kalo lap benda2 busuk, wet tissue brand tu tak dpt cover bau busuk tu. Heheh. tapi Johnson kan jenama terunggul. Mestilah mereka dah jalankan ujikaji terhadap penggunaan bau-bau dalam produk mereka. Jadi, itu jangan nak fikir sangat le. Kalo tak suka takyah beli, kalo suka beli.

Now, dekat ofis pun aku standby wet tissue. Senang aku nak mengudap, then aku takyah gi pantry basuh tangan. Hahahaha... gile pemalas aku ni. Tapi takpe. Guna wet tissue je dah cukup. 

*sekarang dah tak pakai wet tissue ni utk cuci vuntuit Luth. Sebab dia dah besar pun. Kalo vera kincin terus je bawak masuk bilik ayorr.

Comments

  1. Rin pun suka borong wet tissue byk2 sbb sng nk lap makeup bila nk solat.sentiasa ada dlm beg sbb nk lap tgn ngn mulut ank kotor senangkan.suka bli yg pureen je

    ReplyDelete
  2. I sebelum ada anak lagi mmg wajib ada wet tissue, hehehe banyak guna dia kan, even untuk JJ ni pun kami tak pakai sangat for her sebab setiap kali berak kami basuh, cuma kencing la kadang2 lap ngan wet tissue tak larat wei nak basuh setiap kali (eh apa lak I cerita lari topik ni). apa pun wet tisssue sangat serbabergunaguna, dah la tahan lasak tak koyak.

    ReplyDelete
  3. sampai tahap tu ko kaji?

    hahaha.

    mungkin aku takde anak dan tak pernah beli lagi...

    tu aku tak tau ape-ape tu. dari gaya cerita kau mcm menarik...

    ReplyDelete
  4. bila mkn dlm keta , sgtlah diperlukan kan kan ... byk sungguh kegunaannya .

    ReplyDelete
  5. betul wet tissue mmg byk kegunaan..masa dalam pantang sekejap je guna utk lap bontot,pastu pakai air je..pasal lap skrin tv,laptop tu mmg terbaiklah pakai wet tissue.sy pun selalu guna..:)

    ReplyDelete
  6. Dah ada kemudahan dan ada kemampuan, beli aje apa yang patut. Lagi pun tak ada apa2 punya bila jatuh hati kepada wet tissue, yang bahaya bila jatuh hati kepada penjual tissue....huhuhu...

    ReplyDelete
  7. eh, bukan penjual ek. aku baru ingat nak beli...

    ReplyDelete
  8. Wet tisu luth brand puren beli sblm bersalin lg x hbs2 pn.
    Po..po dia main jirus je..x cukup nk guna wet tisu..hu

    ReplyDelete
  9. multi purpose jugak la wet tissue ni ye kak. Hehe

    ReplyDelete
  10. hehehe... mmg byk kegunaannyer kan !

    ReplyDelete
  11. Saya pun suka wet tissues ni. Memang keperluan sekarang ni. Tapi takdalah sampai rembat anak punya...hohoho....

    Saya suka beli kat Watson. Apalagi kalau ada promo, beli ni dapat beli tu seploh, hah lagilah saya dok membeli aje. Letak dalam kereta, kat rumah, kat pejabat, dalam handbag. Pendekata kat mana-mana pun ada senang tangan nak mengambilnya!

    ReplyDelete
  12. beda wajib ada kat rumah dan dalam kereta.hehhe..saya kalau beli barang baby,ada free gift wet tissue ni memang suka sangt la..banyak kegunaan nya..tambah2 dengan anak2 yang makin membesar ni..comot tak kira masa,wet tissue la jalan mudah nya..hahahah

    tapi kan masa dalam pantang depan mak,mak mertua basuh bontot anak guna air.balik je rumah sendiri wet tissue jugak di cari nya..

    ReplyDelete
  13. Memang best pakai wet tissue. Kat umah tu pon dah lama habis. Tao top-up2 lagi.

    ReplyDelete
  14. hihi.byk kepentingan juga wet tissue ni.
    jarang beli pon sebenrnya

    ReplyDelete
  15. ada wet tissue yg mcm tak berapa basah. brand anakkku, pureen drypers, fiffy ok la sebab dia basah2 gitu. ms mula2 guna pureen time Alya husben kata mcm bau tahi baby. entah apa2 entah.

    ReplyDelete
  16. yelah..dah tak pakai untuk istinjak si Aril..cuma tetap beli untuk standby dlm handbag je. anak sulung koi yg super hygienic tu...kala gi mkn kat luar..walaupun mamak tu dah lap meja..dia tetap suruh mama dia lap meja tu pakai wet tissue pula..alasannya...kain lap tu hitam..kotor..geli tgk. huhu..macam rumah dia bersih sgt je

    ReplyDelete
  17. Suka juga dengan wet tissue ni sebab wangi :D

    ReplyDelete
  18. kalau malas...den guna wet tisu je buat lap lantai..ganti mop..nampak tak kemalasan disitu...hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya