Skip to main content

It's His BIRTHDAY!!!!!

Sejahteralah ke atas kamu...


Tarikh lahir Luth mengikut kalendar masihi ialah pada 14 Mac 2013. Sepatutnya minggu depan. Tapi memandangkan aku dah tak sabar nak isytiharkan dia berumur setahun, maka aku ikut kalendar Hijrah, iaitu 2 Jamadil Awal 1434. Hari ni sudah 4 Jamadil Awal 1435, bermaknanya 2 hari sudah berlalu hari ulang tahun kelahiran Luth yang ketama.

Aku memang tak celebrate harijadi dia. Sebab aku dilahirkan dan dibesarkan dalam family yang memang tak buat sambutan harijadi. So, jangan la pulak ada orang yang kesian kat Luth sebab mama dia yang genius ni taknak buat birthday party untuk dia bertemakan katun-katun pujaan kanak-kanak. [eh, jangan salah faham ye. kalau ko jenis yang sambut birthday anak ko, aku okay je. prinsip yang aku pegang ni hanya untuk aku dan keluarga aku. so, tak sepatutnya jadi isu pun. kan? respect each other is the best way ever].

Aku plan nak buat sessi bergambar je malam tu. sekali aku demam daaaa.... badan dah seram sejuk, aku baring je. tapi kalau ikutkan aku, aku larat je demi mengukir kenangan harijadi yang ketama anak sulung aku tu, tapi pelakon utamanya sendiri pun tido awal. sabar je la aku. hehehe... takkan nak biar papa luth selfie sensorang. tak sesuai hokeh.

tido sambil peluk kawan dia Si Poko Chan

muka banyak akei

sape buat sepah tu???!! tertonggeng la Poko Chan kat situ.

Yang sempat aku lakukan pada malam 2 jamadil awal itu hanyalah solat sunat 2 rakaat berjemaah dengan papa luth, untuk menyatakan betapa bersyukurnya kami bila dianugerahi anak yang seperti luth, dipermudahkan segala urusan menjaga luth dan kesihatan yang baik untuk luth.


Perasaan aku....

bila aku kenang balik masa aku mengandungkan luth, mabuk yang aku alami sewaktu mengandung itu seperti mabuk laut yang tak berkesudahan sehingga la aku bersalin. sakit pinggang, sakit tulang punggung, tak selera makan, asyik muntah je sampai muntah air kuning je yang keluar, pendek kata memang sangat susah aku rasa bila mengandungkan luth dulu. tapi semua tu tak pernah sekali pun buat aku rasa menyesal [gile kau nak menyesal??!!]. malahan aku rasa seperti berbaloi sangat semua yang aku rasai tu bila Allah balas kesusahan itu dengan Luth anak yang baik, tak banyak ragam dan mudah dijaga. bersyukur sangat subhanAllah masyaAllah alhamdulillah. sekarang dia dah makin reti bahasa, bila aku cakap dia dah faham. sangat kembang kuncup lubang hidung aku tau tak... bak kata kawan aku yang sekarang dah jadi tokei shaklee, bangga sungguh rasa bila kita cakap, anak ikut walaupun hanya sekadar tolong ambik remote tv. serius ni. mmg bangga. heheh.

kehidupan aku sekarang, sangat sederhana. aku tak miliki rumah sendiri. kereta aku pun kereta buruk dah lebih 10 tahun yang confirm tak lepas nak bawak masuk Singapore, aku takde duit simpanan beribu-riban[ribu riban tu takde la, juta-juta ada la skit. hahahha], aku tak ada beg tangan mahal jenama terkenal luar negara, baju aku pun biasa-biasa saje, kerja aku pun ala-ala kadar je, suami aku pun orang biasa yang bukan bergaji besar..... namun.... walaupun aku tak punyai semua kemewahan yang orang lain ada, tapi aku miliki kebahagiaan yang betul betul bahagia dan menenangkan hati yang Allah beri kepada aku dan keluarga kecik aku. bagi aku itu pun dah jadi harta yang paling tinggi nilainya untuk aku. hidup aku terasa cukup lengkap dan sempurna dengan adanya suami dan anak yang menyenangkan hati. syukur kepada Allah.
main gusti dengan poko chan

nak pegi buat nakai pun bawak poko chan. nanti kalo buat sepah, mama marah, senang la nak petik nama poko chan kan?

Luth, aku mengharap agar dia akan sentiasa dilindungi Allah dari segala kemungkaran dan bala bencana. Agar dia dapat membesar dan menjadi hamba Allah yang berkualiti, campak kat mana pun boleh hidup dan semua orang suka dan sayang. 

Satu perkara yang paling berharga sejak hadirnya Luth dalam hidup kami, ialah kami masing-masing secara beransur-ansur menjadi a better person. bangun pun dah awal sebab nak tunjuk teladan yang baik untuk luth supaya senang untuk dia bangun awal pagi untuk dia gi skolah bila dia dah skolah nanti. kalau tidak, memanjang je kiterang terbabas then subuh gajoh. itu hanya sebagai contoh. banyak lagi yang tak perlu dihebahkan di sini nanti dikatakan 'macam riak jeww... macam bongkak jeww'. sungguh aku tak rela dituduh begitu oleh yang membaca blog ni.

akhir kata.... terima kasih la sebab membaca dan mendoakan aku sihat. [dalam entry sebelum ni]. 


Comments

  1. Kejap jer dah setahun yer lyd. Rasa mcm baru jer ☺☺

    Happy born day luth. Smoga membesar sebagai anak yg soleh.

    ReplyDelete
  2. Sealamt ulang tahun Luth, kejap jer kamu dah setahun. May Allah bless u.

    Baca apa u tulis ni, its exactly how my life is, also. Birthday si JJ pun kami tak sambut hehehe, same reason as yours. tu la orang tua2 cakap kan, anak itu adalah harta, now I get what it means.

    ReplyDelete
  3. akak rasa cam barujer dia setahunni.. selamat hari lahir untuk Luth...
    walau apapun cara kita janganlah kita nak bersalah sangka dengan orang lain pulakan..
    tak kisahlah janji jangan keluar dari batas agama kitakan..
    Makcik doakan Luth akan membesar sebagai anak soleh...

    ReplyDelete
  4. sebenarnya hidup cara sederhana pun boleh buat anak belajar untuk bersyukur bila besar nanti..tak payah bermewah2 sangt.kadang2 tengok ada jugak blogger yang hidup mewah bagi itu ini pada anak.(berdasarkan apa yang dia tulis kat blog la..)..niatnya nak yang terbaik untuk anak tapi dalam tak sedar cara tu salah sebenarnya,..ye la.dah banyak duit apa salah nya,mungkin dia pikir gitu.kesan nya tunggu anak besar nanti.mesti dia jenis berani minta macam2.ni pengalaman depan mata saya sendiri.

    ReplyDelete
  5. Hey baby Luth....happy birthday dear...mmuah dari mama Long SA....semoga membesar menjadi anak yang bijak....

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir luth..sebak pulak sy baca entry nie huhuhuh

    ReplyDelete
  7. Saya juga dibesarkan dalam keluarga yg tak pernah sambut harijadi. Sebab itu sampai sekarang saya tak pernah menyambut hari jadi utk diri sendiri, malah tak membenarkan isteri dan anak2 mengingatkan hari jadi saya. Tapi saya tetap meraikan hari jadi isteri dan anak2 kerana mereka menyukainya...

    ReplyDelete
  8. tengok Luth, ingat Luth.. :)
    dah besar dah Luth.
    sama la kita..hidup makan hari2..tak ada dah harta dunia ni..Luth jua.

    ReplyDelete
  9. family juga tak sambut ahri jadi . Bila masing2 ada anak , sambut gak tapi cuma sekadar beli kek jer .

    ReplyDelete
  10. kami pun jenis yg tak sambut besday anak,selalunya just beli kek je bagi anak syok.hehe

    happy birthdy luth..beg luth kaler purple sebijk macam afia..poko chan tu mainan peberet luth ye.semoga luth jadi anak soleh...:)

    ReplyDelete
  11. happy birthday luthhhhhh!! hadiah mintak kat auntie ina ye.. kira sekali la tu.. *tetiba*

    ReplyDelete
  12. semoga luth jadi anak yang soleh dan baik masa besar nanti...

    by the way, kalo ikot kelender masihi ni luth sehari awal dari beday aku....

    :)

    ReplyDelete
  13. aamiin.
    sama la ngn kite juge.dari kecik x pernah nyambut nyambur hari lahir ni.x dibiasakan.
    tapi kite slalu beli kek je la.makn mkn bg knyang .hihi

    ReplyDelete
  14. So kalau ikut kalendar omputih, hari nilah hari jadi Luth. Tapi takpa, kita ikut kalendar Islam makanya selamat belated hari ulangtahun yang pertama ya Luth comel ! Ishhh, memang geram tengok gambar kawan baik si Poko Chan ni. Lyd muka Luth ni ikut muka awak yang comel ke atau hubby awak yang bergetah tu? Hehehe ....

    Samalah pengalaman kita. Masa pregnantkan Adik pun mabuk darat sampai ke penghujung. Sampai habis semua lemak dalam badan terbakar sebab tak lalu makan. Coke yang jadi peberet past time tu pun tetiba rasa payau amat. Maka dah mmg boleh bayangkan keaktifan Adik yang berlarutan selepas lahir. Tapi of course, of course mana ada sesal punya. Zuriat Allah bagi tu memang harta paling berharga okey !

    ReplyDelete
  15. Dah setahun ye? Alhamdulillah..membesar dgn sihat dan sempurna.
    Mak mana yg tak bangga ngan anak Lyd..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya