Skip to main content

Roseola - Ruam Pada Bayi Selepas Demam Panas

Sejahteralah ke atas kamu....

masa luth demam baru-baru ni, hari ke 4, nampak macam ada ruam di bawah kulit yang belum muncul. dr norbaya tengok, dia kata nak naik measles [campak]. aku pun dah risau la. sebab kalau confirm ruam campak, maknanya lagi 2 minggu la aku kena ambil cuti yang mencemaskan tu. 

masuk hari ke 5, ruam tu dah betul-betul keluar pada dahi, dagu, pastu perut. doktor rosnah pula kata, itu bukan measles, tapi roseola. katanya, ruam measles dengan roseola ini nampak macam sama, tapi berpunca daripada virus yang berlainan. tanpa menafikan kredibiliti dr norbaya, aku memilih untuk lebih yakin dengan pendapat dr rosnah, sebab dr rosnah memang seorang pakar kanak-kanak. 

daripada pembacaan aku, roseola ni hanya muncul pada kulit bayi selepas 3,4 hari bayi mengalami demam yang panas. ruam ini pula tidak akan lama bertapa pada bayi. paling lama pun seminggu, mungkin juga 2 atau 3 hari sahaja. ruam roseola ini juga tidak berjangkit. 



aku bersyukur, ruam yang naik pada luth tak seteruk mana. sikit-sikit je. tapi kulit dia dah jadi tak cantik mcm bergerutu dah sekarang. 

semoga bermanfaat.

Comments

  1. Thanks Lyd for sharing. Alamak, namanya pun dah nak dekat-dekat sama, Macam kembar tiga pulak! Tergeliat lidah ni nak membezakan setiap satu. Betul tu, kalau lepas demam memang akan keluar ruam kat badan ke atau muka anak. Setakat ni kalau Adik yang kena, tak terkesan manapun cuma Mommynya yang freaking-menakutkan ini aje yang over-over gelabah! Yalah, anak kita kan....

    ReplyDelete
  2. Ruam-ruam macam ni la yang biasanya disalah anggap sebagai demam campak pada baby ni kan?

    ReplyDelete
  3. Oo..itu namanya..aish pnh naik..dr ckp bkn measles..tp ruam kua lps relieve demam

    ReplyDelete
  4. macam2 ruam kan, bagus la tak la melarat teruk, moga sembuh cepat yer Luth. Kulit menggerutu sikit sekarang takper, asalkan benda alah virus tu tak bertapak lama di tubuh kamu, nnt mama Luth letak la losen bebanyak bagi licin balik kulit Luth Mickey Joon ku ini ;)

    ReplyDelete
  5. dekat dekat je namanya.
    thanks sharing lyd

    lyd, nak alamat baru, boleh?
    nak ganti blk hadiah hari tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya