Skip to main content

Rahsia Hati Aku Yang Terpendam

Sejahteralah ke atas kamu...

Adalah diingatkan bahawa entry ini hanyalah sessi meluahkan perasaan yang terbuku selama ini... Tapi ini serius bukan main-main.


Aku tak ramai kawan Cina. Kawan India pun takde. [Sila baca berbangsa Cina dan India]. Kenalan Cina dan India, ada la juga. Tapi setakat kenal gitu-gitu je.

Kat ofis aku ni, ada beberapa orang Cina yang kerja sementara kat ofis aku sampai habis project mereka dengan Esesem [bukan nama sebenar]. Lepas tu, aku ada sorang cikgu Cina yang mengajar aku Matematik masa sekolah rendah dulu, aku dapat add dia to my friend list di facebook. Cikgu Cina aku ni, boleh dikatakan setiap hari dia akan share post berunsurkan keagamaan di wall dia. Agama kristian. Dalam hati aku, dia ni penganut agama yang taat.

Mereka ini orang-orang yang baik. Tapi sayangnya, mereka tidak pernah [mungkin tidak pernah, mungkin pernah], diperkenalkan dengan Islam. Aku sangat teringin untuk mempromosikan agama Islam kepada mereka. Paling tidak, aku menerangkan tentang Islam kepada mereka. Sebab.... aku rasa itu dah tanggungjawab aku. Aku sangat takut, satu hari nanti di padang mahsyar, apabila ditanya kepada kawan-kawan cina dan cikgu cina aku tu, kenapa mereka tidak masuk Islam, aku sangat takut mereka akan pointing out to me dan berkata, kerana tiada orang memperkenalkan Islam kepada mereka, kerana LydSunshine tidak menceritakan tentang Islam kepada mereka.

Aku tidak tahu bagaimana. Bagaimana nak mula? Ko pun tahu kan, selain politik, agama pun akan boleh memberikan kesan awkward jika salah cara approach terhadap seseorang. Aku buntu, perkataan apa yang perlu aku gunakan. Ayat apa yang perlu aku susun supaya mereka sudi mendengar aku ceritakan tentang Islam kepada mereka. Memang bukan niat aku untuk mengajak mereka masuk Islam, cukup sekadar aku dapat beritahu apa sebenarnya Islam tu pun dah okay. Sama ada mereka dapat hidayah atau tidak bukan kerja aku. Hidayah itu Allah yang beri. Yang penting aku hanya nak sampaikan saje, tapi tak reti.

Itulah masalah domestik aku sekarang ni. Aku harap ko faham perasaan aku ni. Ye, aku bukan insan yang terbaik yang layak untuk jadi pendakwah atau da'i. Tapi aku umat Nabi Muhammad, aku nak lakukan sunnah Nabi yang paling utama itu iaitu berdakwah, jauh lebih penting daripada sunnah makan menggunakan 3 jari, jauh lebih utama daripada sunnah menyimpan janggut mahupun berkahwin 4 bagi lelaki.

Saat aku taipkan entry ini... otak aku tepu dengan permasalahan ni. Doakan aku menemui cara terbaik untuk memulakan langkah memperkenalkan Islam kepada kenalan-kenalan aku yang bukan beragama Islam. Ya Allah... permudahkan lah untuk ku...

Comments

  1. in shaa Allah semoga dipermudahkan
    ciksu dulu ramai kawan siam.

    mmg nampak agak sukar, cara nak memulakan.


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya pernah ajak je kawan saya masuk Islam, dia marahkan saya tapi sekarang dia dah Muslim, moga permudahkan urusan kita bersama.

    ReplyDelete
  3. Nanti email kat akk details yem sila rujuk blog akk.

    ReplyDelete
  4. Cuba Tanya mereka yang ariff dan belajar taktik-taktik berdakwah ini... kalau silap masuk nanti mereka lari. Menunjukkan budi pekerti yang mulia dan islamik kepada mereka juga adalah satu dakwah juga...ramai orang jahiliyah masuk islam bila tertarik dgn budi pekerti Nabi...itu cara yang paling selamat dan passive...

    ReplyDelete
  5. Kalau niat kita baik, In Shaa ALlah akan dipermudahkan Lyd

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn Nizam.Ariff..di samping itu kita harus tahu apakah soalan2 yg bakal di tanya nanti, terutamanya yg beragama kristian tu. Di antara tips yg terbaik, cuba baca surah Ali Imran ayat 1-80, maksudnya dan sejarahnya..InsyAllah.

    ReplyDelete
  7. Saya juga belum ada keberanian dan keyakinan untuk mempengaruhi orang bukan Islam memeluk Islam. Mungkin suatu masa bila ilmu agama saya sudah tinggi dan saya sendiri memahami agama-agama lain, saya lebih yakin untuk berbahas dengan orang bukan Islam mengenai agama saya dan perbandingan dengan agama mereka....

    ReplyDelete
  8. moga dipermudahkan kak....saya rakan kerja hanya sebelah je pun bukan Islam..orang punjabi.. saya sendiri tak pernah menyampaikannya... sebab di keliling dia ada orang Islam pun tak menurut perintah agama.

    ReplyDelete
  9. lyd, nak barut baby la.hihi. barut dewasa nak bagi kat sapa. kiki.
    boleh buat hadiah GA ke kan. tak pin simpan utk my bby coming soon.aamiin

    ReplyDelete
  10. akak memang tak berani... cuma berdoa dalam hatijer.. tapi kalau diaorang tanya tu akak cuba sampai sebaik mungkin.. selalunyer diaorang boleh terima.. tapi tuler ramai orang melayu Islam kelilingnyer hampeh...

    ReplyDelete
  11. betul jugak kan..tambah2 sekarang ni isu agama dan politik dianggap isu yang kena ada temnpat untuk di bincangkan.tak boleh sebarang2..padahal kita ni kat negara islam..

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahkan niat Lyd yang baik itu. Saya pun tak tahu bagaimana caranya lagipun bab-bab diplomasi, memujuk orang memahami apa yang kita cuba sampaikan ni, saya ada failed sikit. Apa-apa pun saya harap Lyd akan ditunjukkan cara yang terbaik untuk memperkenalkan Islam kepada mereka.

    ReplyDelete
  13. Thats exactly whats in my mind lately (yerrr diri sendiri jauh terbelakang) but since I kat sini dikelilingi of course lots of non muslim, and mereka orang yang baik2, I was thinking macam its not fair for them not knowing about Islam. hmmm

    ReplyDelete
  14. dilema lyd mcm yg husband sy sll luahkan..exactly lah sbb jiran kami kiri kanan bukan muslim..risau takut ditanya diakhirah..nak bukak mulut terasa berat..cuma tunggu the right time kalau kita dah tersentuh isu tuh blh disuntik sikit..

    ReplyDelete
  15. mmg bnd mcm ni x sng. kena kuat smgt utk memulakan tu.

    ReplyDelete
  16. Kalau niat baik insya allah allah tolong.

    ReplyDelete
  17. semoga dipermudahkan utk lyd..sy ada jugak ofismate cina...pernah melawak dgn dia u xnak masuk islam ke...dia senyum je...xtau apa yg ada dihati dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya