Skip to main content

Mencabar Diri Sendiri

Sejahteralah ke atas kamoo...

Semakin Luth membesar, semakin banyak la baju dia aku kena beli. Dah pandai berjalan nanti, mesti la dia akan makin lasak. Baju makin cepat rosak, kotor, koyak. Aku suka mencabar diri aku, untuk buat sendiri baju dan seluar untuk Luth. Untuk pakaian harian. Fesyen dezainer mama Luth katanya...

Aku nak buat seluar ni untuk Luth. Boleh rujuk website M A D E ni untuk tengok tutorial. Buat sendiri tapi nampak macam beli. Aku cabar diri aku ni. Supaya jadi santek macam ni jugak seluar yang akan aku jahit nanti.

Kemas je jahitan dia. Nampak macam buatan kilang. Menurut tuan punya blog M A D E ni, kalau nak jahitan kita nampak macam hasil jahitan pro, kena iron. Nak jahit, iron. Nak jahitan kelepet, iron. Lepas jahit, iron. Baru la santek.



Baju ni macam baju melayu kan. Nama kolar macam ni ialah Mandarin Collar. ooooo begitu kesahnya...

Ko bayangkan.... semua baju dan seluar Luth, aku jahit sendiri.. Perghh.... mesti stylo anak aku pasni. Hehe. Nanti dia akan jadi ustaz stylo.

Comments

  1. setakat ni koi mmg selalu jahit seluar tido...untuk mak dan anak...ayah belum

    ReplyDelete
  2. Boleh buat jenama sendiri nanti babe. Pastu jual ☺

    ReplyDelete
  3. sejak terbaca cita2 u nak jahit sendiri baju harian Luth tu kan, I duk cuba la imagine pesen2 lagu mana agaknya yang akan u buat, akhirnya imaginasi ku terjawap tak perlu nak bayang2 lagi dah hehehe. memang stylo giler ah seluar tu, nampak pun selesa pakai cuaca malaysia, I ada satu dulu suar faveret beli kat key Ng lebih kurang tu, pakai tak letak sampai koyak kat bontot.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada 6 anak macam saya dan semua pakaian anak kena jahit sendiri, alamat patahlah semua jejari agaknya...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  5. Internet ni, kalau kita guna betul-betul memang banyak bahan rujukan. Hari tu ada plan nak buat soya, memang detail dia punya tutorial ajarkan sampai memang soya tu lagi sedap rasanya dari bazar ramadhan punya.

    ReplyDelete
  6. Sy nyer MIL biasa buat sendiri pakaian tuk anak2 dia..skrang mata dah serius tak nampak takdapeklah nak buat tuh cucu kan. kalau sy jgn beranganlah nak menjahit mmg tak kreatif...cuma boleh jahit tangan kalau terkoyak sana sini sikit jer...

    ReplyDelete
  7. bagus2 moga impian jadi kenyataan yer... !

    ReplyDelete
  8. Kreatifnya. Bagus la ada niat yg suci murni. Klw akk ni klw tgk dlm website je x paham.

    ReplyDelete
  9. Kreatifnya. Bagus la ada niat yg suci murni. Klw akk ni klw tgk dlm website je x paham.

    ReplyDelete
  10. La... dah komen ke belum nih? Lupa pulak. Jap, jap...tengah membayangkan si Luth pakai pakaian jenama Lydsunshine. Wow, mesti gempak! Tapikan betul ke gambar kat atas tu pakaian jahit sendiri? Macam beli kat kedai aje.... Tetiba seru menjahit muncul. Padahal nak masuk benang dalam jarum, jahit butang pun kelam kabut!

    ReplyDelete
  11. smga dipermudahkan buat lyd utk melaksanakan misi ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya