Skip to main content

Luth 11 Bulan

Sejahteralah ke atas kamu.....


Hidung Sungai Lembing ni kata pokdi.

Dah hampir setahun dah usia Luth. Tapi belum setahun lagi. Baru 11 bulan.

Dia baru je reti bersalam. Selalunya dia malas, ikut mood.

Takde mood lah nak bersalam. Tido menonggeng lagi baik.

Baru reti babai, setiap kali aku amik dia kat umah nenek pengasuh, dia akan lambai kedua-dua belah tangan tanda betapa sukanya bila dia nampak mama dia yang ayu jelita ni.

Baru reti tepuk tangan, kadang-kadang confuse dengan baca doa.
Menonton biri-biri sambut besday dengan menu rumput segar dari ladang kelapa sawit.

Baru reti tepuk kaki, aku yang selalu suruh dia tepuk kaki sambil nyanyi lagu tepuk amai-amai.

Baru reti tadah tangan berdoa sebelum minum susu atau makan atau naik kenderaan. 

Sebelum mandi kolam, tak sempat nak baca doa.
Makin kuat makan. Nak-nak lepas baik demam ni.

Makin reti bahasa. Kalau aku suruh duduk, dia duduk. Kalau dia baru nak main kasut kat rak kasut, aku kata "haip", dia tak jadi main. Kalau aku suruh dia tunggu aku kejap sebab aku nak pegi dapur ambil apa-apa, dia dah pandai tunggu. Kalau dulu, akan ikut aku sejurus aku bangun.

Dah mula selective nak dukung dengan orang kalau balik kampung. Tapi kejap je. Lama-lama okay.

Tak reti plak nak cerita perkembangan Luth. Sebab tak tau nak start daripada mana. Ni pun kira boleh la ye. Kupai.

Comments

  1. semoga membesar sebagai anak yg soleh ye luth..
    comel luth macam muka ummi dia nih

    ReplyDelete
  2. kadang2 bayi seusia ini dah pandai berjalan jatuh...dah pandai menyebut sepatah dia perkataan...kene rajin bercakap dia bayi walaupun belum tentu dia faham...

    ReplyDelete
  3. Handsome nya. Happy 11th months old luth ☺☺

    ReplyDelete
  4. akak dulupun gitu tak pandai nak mulakan perkkembangan anak2.. tengok orang punya blog cam bestjer... oo Luth dah nak besday yerk....

    ReplyDelete
  5. Makin besau makin encemlah bakal nantu acik nie..heheh..anak acik nak keno melawo jugok kalo gini kan..hehehe..
    Sy ingatkan 3 bln bze luth ngan Arissa..dkt 4 jgk yer ms kite sama2 tengoh boncit dolu2..heheh..
    Jap agi bila luth dah pandai berjalan lagi seronok..byklah mama dia seronok nak shopping baju2 cantek tuk luth..
    p/s-yg cara hafal tuh lyd nanti ade ms sy buat entri yer..

    ReplyDelete
  6. hehehe mkn besar dan mkn bergaya luth ni hehehe

    ReplyDelete
  7. Comelnya Luth, pandai tunggu mama, dah faham tu.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum lyd...sekejap jer dah besar yer...:)

    ReplyDelete
  9. Oh, baru 11 bulan ya! Tak lama lagi siaplah Lyd. Tak payah kemas rumah. Tak payah cakap banyak. Letih melayan keletah anak-anak sebaya ni nanti tapi yang bestnya, endingnya memang asyik terkenang-kenang aje sepanjang hidup nih :) Comellah Luth ni...hidung Sg Lembing tu yang mahal. Nak buat menantu, takda anak perempuan pulak! Eh, dia ni...abis semua anak orang nak dibookednya! Ngengada betullah!

    ReplyDelete
  10. dah pandai salam yer? Alaaaa comel. Jelita sekarang ni gedik minta nak salam kadang2, boring ler teww.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah. sekejap je kan dh besar luth. smga luth mmbesar sbgai anak yang soleh.aamiin

    ReplyDelete
  12. sama geng dgn qisya ni suka tdo menonggeng hehehe...tp qisya lbh suka meniarap..skrg ni jenuh nk mengemas dapur..lyd rajin tlg mama dkt dapur x hehehe

    ReplyDelete
  13. Sebelum baca komen awak, saya baca entry ni.. memang Amsyar nampak macam Luth.. saya sangka saya sorang jer perasan hihi..

    ha'ah genetik pahang atau mungkin masa pregnant kat Amsyar dulu suka tengok gambar Luth kot.. ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya