Skip to main content

Free Photobook Ni Boleh Percaya Ke

Sejahteralah ke atas kamu....

Bulan lepas ada offer free photobook by Photobook Malaysia di Groupon. Aku ada beli. Tak beli la actually sebab percuma, tak bayar, maka cemana nak panggil 'beli'? Yang itu aku belum redeem sebab aku tak faham sangat. 

Tak lama lepas tu, aku dapat email daripada Photobook Malaysia [ada banyak sarekat yang jual fotobuk ye. Tapi yang ini sarekat dia memang namanya Photobook Malaysia]. Emailnya, tajuk dia macam ni la exactly;



 Bila aku buka email tu, isi kandungan dia pulak exactly macam ni;



Aku memula tu anggap yang ni mesti fraud ni. Kalau bukan fraud pun, kang bila aku sap sap sapp klik, tetiba kena bayar 400 hingget. Berdebor le jugek sikit. Tapi bila aku nampak dia bagi code FREEMINI tu, aku cam yakin plak tetibe.

Maka, aku pun pilih la 40 gambar Luth. Ye lah. Gambar dia je la yang paling comel yang aku ada pun. Nak letak gambar aku dengan papa dia kang terlajak comel plak. Lepas dah pilih gambar Luth, aku ikut je step yang dia bagi, susun gambar. Then part bayaran, aku masukkan code FREEMINI tu, then aku hanya bayar RM8 untuk delivery. Harga delivery fotobuk, memang RM8. Kadang-kadang RM10. Lepas dah selesai buat tu semua.... Aku dok diam-diam. Buat hal sendiri. Cuti, tidur, menjahit bla..bla..bla...

Satu hari, dapat bungkusan nipis yang berisi photobook ini.....





Ooooohooooo.... Sangat comel photobook ni. Kecik je. Saiznya 6inci x 6 inci. Soft cover je, tapi still nice la untuk barang yang free kan. *template tu memang dah sedia ada. aku tak ubah sangat warna dan corak kotak-kotak tu sebab malas. *

So, next time.... kalau korang dapat offer photobook free, tak salah mencuba jaya. Kalau part bayaran tu dia suruh bayar, takyah la bayar kalau korang rasa ada unsur penipuan. Yang penting, korang baca je arahan atau maklumat yang dibekalkan. Sila rajin membaca. Kbai.

Comments

  1. okey kan..boleh la kalo free..zee pon redeem 2..
    semalam ada lagi free photobook ni tau kat groupon..kali ni under pixajoy tapi page 36 jerk..

    ReplyDelete
  2. Nanti nk try tgokla..nk boh gmbr ank2...hehe

    ReplyDelete
  3. berani buat, dapat la barangan free. I duk nak buat photobook dah lama dah tapi tak tergerak2 lagi. heishh anak dah nak masuk dua, photobook tah kemana. pihak sekolah Jelita minta gambar sefamily untuk folder dia pun, sampai ke la tak bagi2 lagi adoi la.

    ReplyDelete
  4. berbaloi la awak mencuba kan...
    saya rasa tu langkah promo mereka...

    ReplyDelete
  5. was was akhirnya selesai juga. puas hati kan..
    cntik plak tu :-)

    ReplyDelete
  6. Saya ni kalau bab free-free ni selalu prejudis, sebab pernah kena tipu. Tapi bukan semua begitu kan, ada yang memang genuine, bukan tipu....

    ReplyDelete
  7. Rezki tu lyd...untung badan...btw luth trsangatlh comel....

    ReplyDelete
  8. Aloh comelnya photobook nie..untung lyd awak mencuba..rs pun dah psg angan2 tuh buat photbook tuk anak dara sy jugak nie..tp agaknya kena tunggu balik mesia dl kot br bulih buat kan..

    ReplyDelete
  9. Argghhh...bestnya dapat free. Dah namanya free taklehlah nak demand lelebihkan. Tapi seriously, cantiklah dapat tempek 40 gambar Luth yang comel ni for free! Lyd, malas nak scroll lelebih, nama penuh Luth ni apa yek?

    ReplyDelete
  10. tak pernah cuba.. mungkin lepas ni boelh dicuba...
    memang nampak bestjer bukuni...

    ReplyDelete
  11. x pernah dpt emel dr photobook malaysia nih. kalo dpt, bole la cuba.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya