Skip to main content

Comforter Baby Mungkin Boleh Dijadikan Alas Tilam Baby

Sejahteralah ke atas kamu...

Oleh sebab aku takde idea nak merepek apa lagi petang ni, maka sudilah kiranya korang tatap hasil jahitan aku untuk adik ipar aku yang tengah benandung dan akan bersalin dalam bulan 4@5 nanti. 




Sarung bantal yang sedondon belum siap lagi. Owh, just in case ko tak tau apa kegunaannya ini, aku boleh suggest untuk dijadikan alas tilam. Biasanya tilam baby walaupun coraknya dah comel katun-katun, tapi fabric tilam tu mcm tak serap peluh. Atau, kalau serap peluh sekalipun, cepat la kotor kalau tak alas. Sama la konsep dia kalau korang nak tidur, bentang tilam atas lantai, mesti nak kena alas dengan cadar sket, bagi rasa selesa dan tak miang. Ini kan pula baby. Baby dah la kadang-kadang muntah, kadang2 kalo baby lelaki tu laju je cencing memancut tak bagi signal. So, kalo dialas tilam baby tu, kurang la sket kotoran yang akan singgah di siteww. Haa... gitu la kesahnya. 

Comforter ni, aku gunakan kain cotton plain warna purple untuk belakang, frame yg corak bulat-bulat tu kain flanel dan yang pink tu kain cotton jugak tapi jenis nipis je. Kain sejuk ni. Pastu kat dalam tu aku letak batting. Batting tu ko tau tak apa? Meh aku bitau sesape yang tak tau. Batting ni ialah fibre yang orang gunakan letak dalam comforter tu. Texture dia sama je macam fibre untuk buat bantal cuma batting ni dia dah buat dalam bentuk berkeping. Jadi kemas dan elok je bila letak dalam comforter. Semeter RM22 untuk batting yang tebalnya seinci. Pitam. Mabuk kulat kejap.

Batting ni nipis. Yang aku beli tu lagi tebal.


*gambar tak berapa semenggah sebab amik guna henfon je. Malam hari plak tu. Tapi kira sap sap soi la kan. Sesama jiran je nak tgk, ye tak. Jiran blogger la maksud aku.

Comments

  1. amboi.. rajinnyer, comel pulak tu !

    ReplyDelete
  2. yang I punya mana? ngeh ngeh ngeh. eh batting tu ada tak dari latex punya, yang tu best ooohh dulu I beli tilam untuk JJ jenis latex tu kan, siap I sanggup tido atas lantai ngan dia dari atas tilam katil pelamin kami sebab best sesssangat wlau direct atas lantai marmar tetap tak sakit belakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nas, u punyer, i berbesar hati nak buat. Cuma part nak pos ke Jerman tu pitam lagi skali mabuk cendawan. hahaha.

      Delete
  3. alahai..comelnya... nak jugak.. doakan saya ye..

    ReplyDelete
  4. Bila nak amik order?...hehehe...Cantik plak tgk kalernya.

    ReplyDelete
  5. pandai jugak menjahit ye..saya pandai apa ye..hehe..

    ReplyDelete
  6. Kreatif sungguh Lyd...beruntung dapat kakak ipar seperti Lyd...

    ReplyDelete
  7. Wah kretifnya, cantik, untung adik ipar..

    ReplyDelete
  8. rajin awk...kita beli yg dh siap punya..

    ReplyDelete
  9. rajin awk...kita beli yg dh siap punya..

    ReplyDelete
  10. Ini ke katanya yang tak berapa pro menjahit? Serius nih...kalau saya nak jadi competitor memang tak dapat langsunglah job menjahit macam nih... Lyd, kita takda anak kecil lagi yang memerlukan tilam ini tapikan, kita macam suka pulak tengok benda alah nih....

    ReplyDelete
  11. boleh la tempah.. bila? tunggu la k..doakan smga sy baik baik aja dan dipermudahkan segalanya.aamiin

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Fibre tu satu meter potong 2. Sebab bidang 90. Sama lebar dgn cadar.

      Delete
    2. Fibre tu satu meter potong 2. Sebab bidang 90. Sama lebar dgn cadar.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya